Total Pageviews

Tuesday, October 20, 2009

Please make song selection...

Berjalan terus tidak aku menoleh dah.
Terus melangkah. Kiri kanan tidak aku kisah.
Semuanya sunyi. Betol2 sunyi sepi.
Hanya kedengaran siulan sumbang lagu versi mp3 yang keluar dari bibir aku.

Waktu ini semua staf telah sibuk dalam pejabat.
Aku yang sejak tadi menahan ragam perut telah gagal bertahan. Kesejukan mencucok-cucok perut.
Dan kerana itu aku berjalan sambil bersiul.

Pintu tandas aku kuak...kreeekkk! (bunyi ini hanya hiasan semata-mata!)
Dan aku terus berlaboh di perlabohan yang sesuai. Pot feveret aku.
Sambil berlaboh...aku menyanyi. Rossa - Terlanjur Cinta.

aku terlanjur cinta kepadamu
dan tlah kuberikan seluruh hatiku
tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku...

Dan tiba-tiba, ada suara dari sebelah...

aku pun tak mengerti yang terjadi
apa salah dan kurang ku padamu
kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
karna sekali cinta, aku tetap cinta...

Ah, aku kenal suara mamat ini. Azman! Ingatkan tadi tade orang dalam tandas. Siot!

Cilaka kau, Azman.
Ini bukan karaoke box bayar singgit satu lagu. Ini tandas!
Brani kau berduet dengan aku!

4 comments:

  1. Lawak ah! Hahaha. Sengal. Az baru nk feeling2 jugak terikut2 nyanyi lagu part Did nyanyi, tapi bila masuk part kedua, i can imagine u how feel potong stim tu. Mmg potong stim! Hahaha! (Yg Az ni pun baca entry sambil nyanyi part Did nyanyi tu pasai apa x tau.Hahaha).

    ReplyDelete
  2. kisah yang boleh buat senyuman terukir tatkala sedang ketat berekspresi diri ha3... terima kasih untuk ruangan lucu kali ini... ingat cerita hantu tadi... cerita pasal perut tak bisa tahan ada satu cerita lucu... sedang menengok teater perut bunyi macam nyanyi lagu rock pecah anak tekak... punya la tahan perut tapi bunyi lagi nasib tak semua sedar sebab waktu itu musik perlahan dan aksi sedang dalam nada perlahan... tau je la kalau dalam dewan macam mana bunyi bole pecahkan sunyi...

    ReplyDelete
  3. haha rakan duet kat sebelah tanpa diundang..ok ler tuh hehe

    ReplyDelete
  4. kahkahkah. kau rossa ke azman yg rossa?
    kau tahu kakak rossa ni tinggal di cameron higland?
    rossa passadena

    ReplyDelete

Search This Blog