Total Pageviews

Sunday, February 27, 2011

Setahun bersamaan satu tahun!

Seorang anak muda telah berjaya mengumpolkan tahun pertama beliau.

Tahniah! Wajib untok kita raikan bersama. Tapi baru satu yang berjaya dipungotnya. Pakciknya ini sudah mengumpol tahon sebanyak 27. Sila berusaha lagi ya? Kahkahkah!





Kepada Amirul Amin.
Selamat Hari Laher!
(gambar dicilok dari Fesbuk bapaknya)

p/s: Jangan ngade buat muka manje, Ayoh Did takde duit nak beli hadiah mahal-mahal ye. Kahkahkah!

Wednesday, February 23, 2011

Hakikat Yang Sebenar


Petang minggu yang disirami hujan agak sunyi di rumah saya ketika itu. Saya yang sedang enak menghirup kopi buatan sendiri sambil membaca akhbar Sinar Harian, terpana melihat Amat sedang berkehulu-hilir tanpa tuju. Saya coba buat tak endah kepadanya dengan meneroskan pembacaan akhbar yang sebenarnya sudah pon tamat tarikh luputnya. Akhbar itu pon hajatnya saya hendak membuat lapik ketip kuku kaki, tetapi tajuk "Suami Sewa" membuatkan saya terkaget sebentar.

Amat yang bagaikan langau kepanasan merayap di depan muka saya, membuatkan diri saya sangat rimas. Kalau langau bolih je saya tibai dengan penyapu lidi, tetapi ini Amat - saya maseh sayang rakan saya ini. Saya yang tak senang dudok ini bertanya kepada beliau.
"Aok ni pehal dari tadi dok kulu-kilir nih?" tanye saya sebagai rakan yang prihatin.

"Koi cari baju kemeja koi. Aok ade nampok? Yang kotok2 tuh. Koi nak gi dating nih!" Jawab Amat.

"Ade sangkot dalam almari Jo. Dia nak pinjam tapi senteng - tak jadi pinjam." Saya tunjok ke arah almari Jo.
Amat terus selongkar almari Jo sambil tersengih. Suka benar dia baju kotak-kotak tu. Pelik perangai sahabat kawan saya seekor ini. Amat teros menyarong baju itu dihadapan cermin. Lalu beliau berpusing-pusing menggayakan bajunya itu.

"Aok rase koi nampok gemuk tak pakai baju ni?" Soal Amat.

Saya yang malas melayan Amat teros berdiam diri sambil membaca akhbar yang terhenti di perenggan kedua tadi. Saya buat-buat kusyuk membaca. Amat yang tak puas hati melihat saya berdiam diri - teros berdiri tercegat di depan saya sambil mencekak pinggang.


"Did, Koi tanye nih. Baju ni buat koi nampok gemuk ke?" Kali ini nada Amat agak tegas.

Saya menjeling Amat ke atas - ke bawah - ke atas tiga kali. Saya menguap sepam. Dengan hati tulus ikhlas saya pon menjawab:
"Baju tu tak buat aok nampok gemoklah..." Amat tersenyum mendengar jawapan saya lalu sekali lagi pergi mengadap cermin.
"Tapi aok yang buat baju tu nampok gemok." sambung saya.

Amat yang terkesan dengan komen saya terus keluar menghidopkan enjin motornya tanpa sebarang kata. Saya pula tundok menyorokkan muka di belakang lutot kanan sambil tersenyum puas. Masa untok mengetip kuku!

Wednesday, February 16, 2011

The Joker


Perlu ke saya berlabon panjang tentang ini? Anda pon tahu kisahnya. Apa yang wajib anda buat - gelak KAHKAHKAH!

dan padan muka!


posted from Bloggeroid

Sunday, February 13, 2011

Hari Minggu Saya

Cerita Bergambar:


- kenduri kahwen -



- mencari lokasi tapak perkhemahan -


- @Genting 8 till 11 pm -


P/s: Anda bolih mula mengarang sekarang, TQ!

Wednesday, February 9, 2011

Jalan-Jalan Blog

Rasanya dah hampir 3 bulan saya ber'blogwalking' ni.

Akhirnya saya rasa wajib saya post satu entry bagi memberitahu para pembaca saya maseh wujod.

-Gambar sekadar hiasan ok...



Friday, February 4, 2011

Melalui web mudah alih

Ya, ini yang pertama.
Akan ada yang kedua.
Buat masa ini - saya wajib tersenyum nipis.
Maaf lama tidak menulis.

~senyum...senyum...

posted from Bloggeroid

Search This Blog