Total Pageviews
Tuesday, June 12, 2012
Cuti-cuti tukar kerja
Sebagai permulaan kepada cuti yang baru bermula ini, aku berhasrat nak menghidopkan kembali blog yang telah lama kesepian ini. Olih itu para peminat aku, wajib korang bersedia! Sediakan kopi o, biskut kering, dan kain tuala good morning. Sila terpacak depan monitor anda. Kerana akan muncol topik terhangat di blog aku ini. YA! Jangan ke mana-mana!
Errr...korang ada cadangan tak topik apa aku patot tulis? Aku rasa aku patot mencari ilham dengan bertapa di dalam bilik dulu. Baring-baring, golek-golek, pusing kanan, pusing kiri. Lelapkan mata dan Zzz...
Friday, April 22, 2011
Majelis Perkahwinan Doc Hadi n Doc Yaya!








Sunday, February 27, 2011
Setahun bersamaan satu tahun!
Tahniah! Wajib untok kita raikan bersama. Tapi baru satu yang berjaya dipungotnya. Pakciknya ini sudah mengumpol tahon sebanyak 27. Sila berusaha lagi ya? Kahkahkah!

Kepada Amirul Amin.
Selamat Hari Laher!
(gambar dicilok dari Fesbuk bapaknya)
p/s: Jangan ngade buat muka manje, Ayoh Did takde duit nak beli hadiah mahal-mahal ye. Kahkahkah!
Tuesday, November 9, 2010
Meraikan Deepavali (penampilan khas Prabhu dan Jeya)
Ketika saya muda remaja (sekarang juga maseh muda cuma tidak remaja) saya memiliki seorang rakan India. Nama beliau Prabhu. Saya kira Prabhu adalah seorang budak lelaki India paling kool pernah saya kenali. Pertama kali saya bertemu beliau adalah ketika usia 13 tahon. Ketika itu, saya tidaklah rapat dengan beliau kerana berlainan kelas. Prabhu bagi saya bolih dijadikan seorang model untok berbangsa India. Bertuboh tinggi lampai, muka kachak, Ber-IQ bolih tahan sengalnya - pakej yang lengkap untok mengiurkan gades-gades India. Cuma beliau tidaklah sepopular Sivaji the boss.
Ketika tingkatan 3 iaitu ketika saya berusia 15 tahon, kami agak rapat. Salah satu sebab utamanya adalah kerana dia merupakan satu-satunya budak berketurunan India dalam kelas kami. Menurut rakan yang dudok sebelah Prabhu, beliau adalah seorang India yang warak. Jarang meninggalkan sembahyangnya. Taat kepada tuhan. Setia kepada raja dan negara. Keluhoran perlembagaan...ok, anda bolih sambung sendiri. Malah pernah sekali ketika rakan-rakan bermain badminton, beliau terlewat kerana menunaikan kewajipannya. Olih itu, saya sangat respek dengan beliau. Rakan-rakan sekelas juga sering mengusik beliau. Pernah sekali Blek (bukan nama betol) telah bertanya mengapa beliau suka letak kapor atas dahi. Mungkin itu punca kapor tulis kelas kami selalu hilang. Tapi beliau tidak ambil hati dan tersengih saja menayangkan gigi putih beliau sambil menyikat rambut ke belakang. Biarpon lawak-lawak kami sangat kasar dan bolih menimbolkan kekecohan dan konflik antara kaum, beliau tetap kool. Kami juga amat berterima kaseh kepada beliau kerana walaupon kami tidak pernah sudi bertandang ke rumah beliau, beliau tetap bermurah hati membawa murukku dan mengagihkannya untok kami semua. Sesunggohnya saya berasa sangat terharu kerana memiliki seoarang sahabat india yang baek seperti beliau.
Saya juga memiliki seorang rakan india bernama Jeya. Jeya ini bolih dianggap jelmaan Roberto Baggio berkulit gelap kerana gemar bermaen bola dan berambut ekor kuda. Ketika di sekolah, beliau pastinya akan berpakaian ala-ala pemain bola yang professional dengan baju besar tuck-in menggelebeh di belakang. Memang sangatlah bergaya. Lincah menggelecek tetapi sering tersadong kaki sendiri. Mungkin itu sebabnya karier bolasepak beliau tidak ke mana. Beliau merupakan anak taukeh sekolah memandu, olih itu saya rasa beliau tiada masalah jika hendak ke mana-mana. Kali terakhir saya berjumpa dengannya adalah ketika meleser di Telok Cempedak 3 tahon yang lalu – beliau berkepit dengan seorang gades manes iras-iras Kajol. Berdua melayan angin pantai tanpa pedulikan terik cahaya mentari. Mujor sahaja tidak berjoget menyanyi di situ. Kalau tak, ingin juga saya turot serta. Jadi penari latar pon jadilah. Jelas biarpon beliau tidak hebat di padang, tetapi beliau tetap hebat mengayat perempuan. Kahkahkah!
S.Chanturu - bukan Jeya
Itulah antara rakan-rakan saya yang berbangsa india. Memang cukop lama tidak berjumpa dengan mereka. Harap-harap jika berjumpa, bolihlah saya paw murukku sebalang dua. Harap mereka semua berjaya dalam hidop biarpon sering saja ditindas kami. (kahkahkah) Rasanya maseh tidak terlewat untok saya mengucapkan Selamat Hari Deepavali untok semua. TQ!
Sunday, October 3, 2010
Moleklah perangai...
Bermacam-macam mereka mengata.
Mulanya saya kebal.
Dan coba buat-buat bebal.
Tapi akhirnya saya gagal.
Yelah...
Yelah...
MAAF ZAHIR DAN BATIN!
Salam... salam...
Monday, May 31, 2010
Terlebih sudah!
untok anak remaja menjadi anak muda. ٩(-̮̮̃-̃)۶
untok anak muda mendobrak dunia. ٩(-̮̮̃•̃)۶
Runtoh kini air mata bercucuran.
Bantuan dinanti tidak kesampaian.
Tangan terketar-ketar menadah doa.
Kerna hari besok belom pasti kunjong tiba.

Sempatkah bayi ini membesar?
Sempatkah anak kecil bergurau senda?
Sempatkah anak remaja bercinta lara?
Sempatkah anak muda mengubah dunia?
Pabila rejim tiada ihsan menzalimi manusia.
Kini doa digarap.
Harapan dicoret.
Mimpi dilayar.
Untok kita bersatu.
Tolonglah, Sang pencinta!
Thursday, May 6, 2010
Hari Hol!
Besok adalah hari cuti bagi rakyat Pahang dan Johor. Saya amat jeles dengan penduduk Pahang dan Johor. Biarpon saya adalah warganegeri Pahang jati yang lahir di Kuantan pada tahon 1983, tetapi saya gagal menuntot Hari Hol ini dari majikan saya. Biarpon hati ini luka pedih jiwa berdarah kerana gagal menuntot Hari Hol, saya redha. Ini lumrah dunia pemburoh seperti saya yang merantau di dunia Selangor. Lumrah dunia kapitalis yang mana sang majikan mengerah tenaga pemburoh murahan bagi mencipta keuntungan maksima.
Saya pada mulanya ingin terus menuntot hak saya sebagai warga Pahang untok turot bersama meraikan hari hol ini namon hasrat itu terbantot. Ini kerana saya sendiri kurang pasti apakah maksud Hari Hol itu. Kekantoian daya ilmu pengetahuan saya ini pasti akan membuatkan majikan saya tergelak berguling-guling kelak. Pasti di benak fikiran mereka kejadah apa Hari Hol itu beriya dituntot jika saya sendiri tidak tahu tujuannya. Setelah agak lama termenung, saya nekad untok merungkai misteri ini. Lalu menapaklah saya bagi mencari sebuah jawapan.
Demi untok tidak dijadikan bahan lawak murahan, saya telah pergi ke kedai mini Bismi dan mencari kamus dewan namon gagal. Menurut macha di situ, hanya bahan bacaan majalah Hai, Pop, Kau dan Aku Kecundang Akhirnya dan sewaktu dengannya sahaja yang ada dijual. Lagi sekali aku kecewa kerana layanan mesra Macha itu yang sebelomnya mengatakan semua ada - bateri ada, lampu picit ada, ubat nyamuk ada, semua ada - adalah dusta semata-mata. Kamos Dewan yang begitu penting pon tiada - hati kecil memaki hamon sambil mata terus ralit membaca isi kandungan buku berjudol 'Permata Yang Hilang'.
Akibat terlalu lama membelek buku itu, Macha telah menepok-nepok bulu ayamnya di buku-buku yang tersuson dan tidak berhabuk itu. Fahamlah saya maksudnya lalu saya meletak kembali buku itu dan bernekad untok ke perpustakaan terdekat. Tetapi lagi sekali hasrat saya terbantut kerana saya tidak tahu lokasi perpustakaan di Selangor ini. Selangor begitu asing sekali bagi saya - saya ini anak jati Pahang. Menggaru kepala sebentar. Lalu saya terfikir untok ke kedai buku berdekatan. Saya memilih sebuah kedai buku bernama Popular untok menyelesaikan kemelut muara kasih saya ini.
Saya tersenyum puas apabila berjaya ketemu Kamos Dewan di Popular. Rasa gembira ini seperti berjumpa dengan Diana Danielle untok berdating di hari minggu yang indah. Betol-betol syok! Tanpa membuang masa, aku menyelak satu persatu kamus itu lalu ketemu maksud yang telah lama (2 jam setengah) bersarang di kepala hotak saya.
Kamus Dewan mendefinisikan bahawa Hol bermaksud kenduri arwah yang diadakan setahun sekali.
Kenduri arwah? Untok siapa? Mengapa pula hanya Pahang dan Johor sahaja? Semakin banyak persoalan yang timbul. Lalu saya terus menuju dekat Starbuck. Jangan burok sangka, dekat Starbuck tidak bermaksud di Starbuck. Saya cuma mahu mengakses internet dan bukan mahu menikmati secawan kopi yang berharga RM10 itu.
Setelah bertanya Pak Google, saya menepok dahi. Mengapa perlu ke Kedai Buku Popular dan Kedai Mini Bismi jika segalanya bolih ditanya pada Pak Google ini. Aduh, mungkin kaedah klasik sudah sebati di jiwa ini. Hati tergelak kecil. Usaha tangga kejayaan.
Saya tidak berpatah semangat lalu mencari info yang ada. Lalu terdapat satu lagi sumber mengatakan Pahang dan Johor meraikan Hari Hol kerana cuma kerabat di raja mereka yang dianugerahkan gelaran Sir olih British - lalu apabila sultan mangkat, negeri-negeri di bawah naungan sultan tersebut telah menjadikannya Hari Hol. Sumber ini tidak pasti kesahihannya. Saya mengurut-ngurut janggut sambil dahi berkerut.
Saya terus menyoal siasat Pak Google lalu mendapat lagi satu info yang mengatakan Hari Hol bertujuan membolehkan majlis tahlil dan bacaan Yasin diadakan untuk memperingati kerabat diraja negeri.

Lalu fahamlah saya apa itu Hari Hol. Bergegaslah saya menaip surat menuntot Hari Hol diumumkan sebagai cuti kepada majikan saya supaya saya juga dapat mensedekahkan doa tahlil dan bacaan Yassin kepada majikan saya. Kahkahkah!
p/s: Hol dengan Haul itu samakah?
Thursday, September 24, 2009
Gentle man...start ur engine!
Balik Kay Ell...hohoho...balik Kay Ell!
Hati suram!
P/S: sila menyanyi ikut irama balik kampong - sudirman
Friday, September 18, 2009
Raya! Raya! Raya!
Jangan dilupa pada yang papa.
Mereka juga perlu meraikan perayaan ini bersama.
Usah makan banyak nanti saket perut.
Jangan kedekot duit raya!
Sila hulor pada kanak-kanak tanda gembira.
Aku nak beraya juga.
Langsong tak siap hape. Cuma baju melayu sepasang saja.
Malam ni rase nak gempor pasaraya.
Siapa nak turut serta bolih Call saya.
Duit sendiri-sendiri, belanja sama-sama.
Dan jangan segan silu, jempot lah datang ke rumah.
Akhir kata, Salam Aidilfitri.
Maaf segalanya...
CERIALAH!
-Dam dam dum...maen mercun sorok2!
Tuesday, May 19, 2009
Kaji-kaji sampai mati
Harapan saya yang tinggi menggunung kepada saudara-saudara pembaca yang baek agar dapat berkongsi info dan sumber untuk saya mengkaji perkumpulan illuminati ini. Info yang saya perolehi amat terhad. Akan saya tampal di edisi akan datang pendapat dan pandangan senteng saya mengenai illuminati di blog ini.
Akhir kata, terimalah pantun dari saya:
Buah keranji dalam perahu,
Kura-kura buat tak tahu,
Saya budak ingin nak tahu,
Huhuhuhuhu...
Cerialah!
