Total Pageviews

Showing posts with label Tepuk...tepuk...tepuk.... Show all posts
Showing posts with label Tepuk...tepuk...tepuk.... Show all posts

Friday, April 22, 2011

Majelis Perkahwinan Doc Hadi n Doc Yaya!

Memori itu tiada tanda harga.
Pahet atau manes ia wajib dikenang.
Selamat Mengharungi Alam Rumahtangga, Doc!
Ok, mari kita nikmati turotan atucara pada hari tersebot.
Driver ini sangat hebat - melakukan 2 pekerjaan dalam satu masa - driver dan pengapit - saya salut beliau!
Jurugambar ini pula pantang nampak muka saya - pasti mahu ambil sepam dua - gua nak makan pon tak senang!
Ini bukti kehadiran kami - wajib disimpan!
Para VIP sudah mula tunjok perasaan - pengantin gagal muncol pada waktu yang tepat - semua terlayan blues!
Second driver yang terlewat - gua terpaksa cerita semula susor jalor majelis ini - beliau terpaksa menahan nafsu makan untok sebentar.
Yeay! Pengantin sudah muncol!!
Ini sebenarnya yang kami tunggu-tunggu - Ambil gambar reramai!!
P/s: lama betol gua nak update kan? kahkahkah!
Yang bawah ni - para jejaka yang maseh solo - kahkahkah!

Sunday, February 27, 2011

Setahun bersamaan satu tahun!

Seorang anak muda telah berjaya mengumpolkan tahun pertama beliau.

Tahniah! Wajib untok kita raikan bersama. Tapi baru satu yang berjaya dipungotnya. Pakciknya ini sudah mengumpol tahon sebanyak 27. Sila berusaha lagi ya? Kahkahkah!





Kepada Amirul Amin.
Selamat Hari Laher!
(gambar dicilok dari Fesbuk bapaknya)

p/s: Jangan ngade buat muka manje, Ayoh Did takde duit nak beli hadiah mahal-mahal ye. Kahkahkah!

Wednesday, January 19, 2011

Salam Thaipusam!

Untok warga Pahang - usah bersedih.
Cuti tiada, kita cuti sendiri.
Kahkahkah!
Untok penganut hindu...

SALAM THAIPUSAM!

Selamat memecahkan kelapa.

p/s: Dulu aku ingat Thaipusam itu adalah perayaan untok warga Thai. Oh jahilnya aku.

Monday, November 15, 2010

Lintas Langsong Dari Guangzhou!

LIVE: Malaysia VS Iran - ulasan saya.

o
Nazrsyadid Kadri Pasukan msia sedang berbaris menyanyikan lagu negaraku.
2 jam yang lalu
o
Amz Campro fuhh...mmg bes lah dpt tgkmu...
2 jam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri amz - blom kik of
2 jam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri talaha berbontot tongek menjadi kapten nampaknya...
2 jam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri iran dah kik of. sdg mengawal bola di kawasan msia. alamak! nak hujan...astro dah kaco daun.
2 jam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri percubaan pertama iran tepat ke dakapan PG. hebat2. seinci saja dari tiang gol.
2 jam yang lalu ·
o
Amz Campro arghh...bahaye2...teruskan hasbullah...
2 jam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ya, amz. mmg bahaya. badan2 iran tegap2 belaka dan tidak tongek.
2 jam yang lalu ·
o
Marcelo Max msia pkai jersi wane ape?ahhaahhahha
2 jam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri sperti biasa, kaler biru. mungkin kaler kuning tak sempat amik di dobi. musim hujan lambat kering. masia maseh teros di asak nampaknya. rajagobal maseh belom warming up.
2 jam yang lalu ·
o
Amz Campro bahaye2...togek lg bagus...dpt defend...haha
2 jam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri bertubi-tubi nampaknya iran mengasak. sepakan sudot iran berjaya dikekang. sudah minit ke 8 skrg.
2 jam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri amz - bumper berat. dari segi teknikal akan menjadi slow. tapi dari segi kelebihan akan sukar injured. untok biodata talaha, anda bolih tanya pacik google.
2 jam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ‎10' tandukan iran hampir mnghasilkan gol! mujor che mat cekap. natang goh...bahaye2!
2 jam yang lalu ·
o
Marcelo Max lau kaler biru mungkin ade lap.............huhuuhuuuu
2 jam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ya, pi. harap2 begitulah. nampaknya pertahanan msia sedikit gelepor disitu. tapi maseh terkawal.
2 jam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri Satu lg gerakan bahaya! hanya bergolek melintasi pintu gol msia. bagos2!
2 jam yang lalu ·
o
Amz Campro natang guh...cekap2...teruskan hasbullah...ade kad skg ni?
2 jam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri maseh bersituasi bahaya. iran dapat spkan sudot yg ke tah berapa kali.
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ‎17' chanturu tergolek disitu. kamera fokus pada rajagobal yg macam dah nk warm up.
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Marcelo Max msia mungkin main bthan...dan trus menang melalui sepakan penalti.......
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri maseh tiada kad amz. kad raya pon takde. mungkin sold out. ya, pi...mungkin itu tektik rajagobal. mungkin nampak keji tapi itu saja pilihan yg ada.
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Syahrul Norwiraterbo ooowwwwhhhhhh...... rugi iran...
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ‎19' - chanturu dikuarkan. othman masok.
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Sheikh Hanafi Did-Guru 15 kacak kawal bola kah2
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri sheikh - tidak2...guru maseh terkontang-kanting. iran maseh mengasak di kawasan msia. sekali sekala msia buat counter attack. bukan kaunter pertanyaan.
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Mohd Yuzaimi Bin Da GOLLLLL!!!!!!!!!!!
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Sheikh Hanafi Did- Guru adalah Prit...kah2
lebih kurang sejam yang lalu .
o
Nazrsyadid Kadri ‎23' - maseh mampu menyerap asakan iran. blom ada kad. blom ada gol.
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ‎24' satu lagi rembatan tepat. hebat che mat hari ini.
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Syahrul Norwiraterbo fazli shaari xmain ke encik komenteter???
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Marcelo Max chanturu dikuarkn?abisla..........
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri chanturu terhincot2. saket denggi gamaknya.fazli shaari tidak mencapai stenderd piawai.
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri hiruk pikuk peminat fanatik iran nampaknya. peminat msia maseh malu2 kucing.
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri posession: iran 90% - 10% msia.
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ‎30' maseh 0-0. sepakan sudot utk iran. che mat nampak cool.
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri iran sedikit cuak dgn kelincahan pemain2 msia. seperti ada 8 penjaga gol msia skarang.
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ‎31' satu lagi rembatan voli. berjaya che mat menangkap.
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ‎35' msia sedang berkubu. ancaman iran ditepis selamba nampaknya. rajagobal bolih dudok tenang rasanya.
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ‎38' terok msia kena asak. pujian untok mereka kerana maseh berjaya mengekang asakan iran.
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Marcelo Max raja gopal rugi x amek fadzli shaaari hahhahahhahahah
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ‎41' satu lagi sepakan tepat berjaya diselamatkan che mat.
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Marcelo Max che mat cmfm man u bli season br nnti hhahahah
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri pi - rajagobal ckp dia lagi hebat dari padeli shaari. hahaha!
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ‎45' maseh 0-0. seminit masa tambhn
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri saya rasa msia main formasi 8-0-2 hari ini. masa tamat sparuh masa pertama.
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Amz Campro fuhh...ulasan standard espn ni...
masih 0-0...mase minum super power utk msia
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri separuh masa kedua bermula. kahkahkah!
amz - aku layan 801. gelak golek2 dgr ulasan.
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ‎48' free kik utk iran di sblah kanan msia.
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri melambong tinggi di situ tandukan iran. che mat maseh kool. apasal aku dok sebot nama bapak je nih.

Lagi skali hantaran lintang iran. terselamat msia. sayang sekali untok iran. rahagobal tersenyum nipis.
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ‎50' lagi hantaran lintang dari iran. tiada sapa menandok. ayam jugak iran ni rupanya.
51' iran ofside. berpeloh ketiak nampaknya iran skarang nih.
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ‎52' GOL!!!! untok iran.
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri rembatan lerek kaki kanan. terloncat-loncat pemain iran meraikan gol. tak terkejar pemain malaysia.

kad kuning utk kyril
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ‎56' iran ofside. msia cuba menyerang selepas ketinggalan.
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ‎58' iran datang lagi! sepakan sudot untok iran.
GOL!!! untok iran.
lebih kurang sejam yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri iran 2-0 msia. nampak keletihan pemain msia. tercungap-cungap. wajib pergi b2b selepas ini.
59 minit yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ‎65' arash kuar - moosavi masok untok pasukan iran.
53 minit yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ‎66' - kad kuning untok muslim yang mengait kaki moosavi. tergolek dog moosavi.
53 minit yang lalu ·
o
Farid Abdillah panggil halim napilah jadi keeper

kah kah kah
52 minit yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ‎66' GOL!!! untok iran yg dijaringkan olih pemain no 3 iran. sepakan kencang luar kotak penalti.
52 minit yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ‎70' iran maseh 3-0 msia. msia bertahan dan serang sesekali dgn m16 mereka iaitu talaha. iran ketor kepala sekali-sekala.
48 minit yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ‎71' abu bakar kuar - ramlan masok untok msia. peluang untok iran! tetapi tersasar sepakan leret itu. 5 inci di kanan tiang gol. dasat sekali.
47 minit yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ‎72' senali masuk. hamidreza kuar untok iran.
46 minit yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ‎74' mehdi kuar. masoud masok untok iran. lontaran untok msia.
44 minit yang lalu ·
o
Farid Abdillah ibnoriza bila nak masok
mimpi tak sudah sekali

kah kah kah
43 minit yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ‎76' lincah sekali muhaimeen. gelecek sambil bergolek2. iran keliru. iran counter. hantaran lintang yg membazir.
42 minit yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ‎77' robbat masuk. rohidan kuar utk msia. robbat dilaherkan pada 1992. main untok harimau muda. lebih bersifat sbg pasukan pelapis. info dari hasbullah. TQ.
40 minit yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri nampaknya rajagobal tidak akan bermain hari ini. maseh iran mengasak. msia sudah macam lesu. saya kira msia sudah bolih menempah tiket kapal untok berlayar pulang.
38 minit yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ‎82' hantaran lintang muhaimeen tepat ke keeper iran. situasi yg jarang terjadi. iran kembali kuasai permainan. bertukar-tukar passing. tapi msia kental bertahan.
35 minit yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ‎84' penalti untok msia! talaha berjaya mendapatkan penalti
33 minit yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ‎85' GOL!!! untok msia. dijaringkan olih talaha hasil sepakan penalti. iran 3-1 msia.
32 minit yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ‎86' asrarudin putra kad kuning setelah bergomol dgn pemain iran. dasat sekali cara tahanan beliau.
32 minit yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ‎88' kyril muhaimeen!! owh....tersasar rembatan beliau. satu gerakan cantik dari msia.

89' kad kuning untok izzaq. rempuhan gaya kereta kebal disitu. pemain iran tak bangon2. fuh!
29 minit yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ‎3 minit masa tambahan.
29 minit yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ‎90' sepakan sudot untok msia. tetapi sia-sia. langsong tak merisaukan iran.
27 minit yang lalu ·
o
Nazrsyadid Kadri ‎93' tamat sudah. keputusan rasmi iran 3-1 msia! begitulah liputan dari saya. berjumpa lagi kita di hari dan waktu yang sama. majulah fesbuk untok sukaneka. TQ!
25 minit yang lalu .

Thursday, September 23, 2010

Wow!


Nenek kebayan yang rawk...
kahkahkah!

bik mama pasti jeles.

KAHKAHKAH!

sumber: www.krustudios.com/magika

Wednesday, January 20, 2010

Misi hampir selesai!

Dahulu saya pernah bercita-cita menjadi pemain bolasepak. Zaman kanak-kanak saya hampir 1/3 masa diluangkan untok bermaen bolasepak. Malah zaman remaja saya juga dipenohi dengan aktiviti bermaen bolasepak. Olih itu tidak hairanlah jika kawan-kawan saya juga adalah dikalangan pemain bolasepak seperti Michael Owen, Wayne Rooney, Dimitar Berbatov, Nemanja Vidic dan orang paling otai, Ryan Giggs. Biarpon saya mengenali mereka, namon mereka tidaklah pula mengenali saya. Mungkin kerana saya pemalu orangnya.

Tetapi dikalangan keluarga dan saudara-saudara kandong saya, nama-nama seperti Jala, Azizol dan Azhar lebih kerap tersembor keluar. Bagi mereka, nama-nama ini telah berjaya menaikkan taraf permainan bolasepak Jalan Wong Ah Jang. Salah satu skill yang menjadi igauan saya ialah skill 'crossing' di belakang pintu gol yang mana sehingga kini maseh gagal saya kuasai. Olih itu saya disarankan mencontohi mereka. Biarpon saya mengagumi bakat mereka tetapi sehingga kini saya maseh belom berjaya berjumpa mereka. Saya harap dapat melihat mereka dalam Piala Dunia akan datang.

Dahulu saya cuma pemain bolasepak bagi sabuah kelab yang sangat kerdil. Babylon FC. Nama pon dah Baby...terserlah lah kekerdilan kelab ini. Biarpon kerdil saya sanggop bekerja keras dan membanting tulang ayam. Saya berpantang tidak akan berhenti bermain sehingga mencapai skill yang diingini. Kini satelah hampir sebulan saya menjalani latihan, saya telah mencipta nama di kelab-kelab gergasi.

Rembatan bak peluru M16 menuju tepat di sudut 90 darejah tiang gol. Dribble dengan tahap kelajuan keretapi KTM dengan bola melekat dikaki umpama ada gam UHU di boot Nike saya. Tandokan tajam sehingga bocor bola Jabulani. Serta bentesan keras yang saya yakin bolih menumbangkan Kane dan Bigshow. Dengan segala skill yang telah saya perolehi ini, saya juga percaya bahawa saya akan berjaya menjadi pemain yang disanjung tinggi.

Malah saya telah berjaya menggondol Piala Dunia dan kini tibalah masa saya untok bersara. Rasanya inilah nikmat yang pernah diperolehi oleh Zinadine Zidane, Diego Armando Maradona dan Ali Tahar. Mencipta nama dan kemasyhuran di tahap tertinggi kemudian berhenti sebelom jatoh menyembam ke bumi. Betol kena dengan tajok misi saya ini, 'Become A Legend'.

Pro Evolution Soccer 10.

Rasa saya sampai kiamat tak jumpa pemain Malaysia dalam game ini.

Wednesday, November 4, 2009

Ayatmu membunohku

Teringat saekor sahabat yang gemar berpujangga berkata-kata.
Kata-katanya ini dilafazkan semasa aku menghadapi tekanan ketika belajar bagi kertas peperiksaan semester akhir. Pernah beliau membebel kepada diri aku yang sangat gembira-pergi-bernasib baik ini.

"Kita membuat perkara bodoh untok menjadi bijak.
Perkara bodoh itu adalah kesilapan.
Jika kesilapan itu dilakukan berulang-ulang adalah satu kebodohan.
Dan jika kebodohan itu dilakukan berulang-ulang bukanlah satu tindakan untok menjadi bijak!"

Tetapi hari ini aku terkenang kata-kata ini. Beliau memang sifu. Tak sia-sia imej janggut A. Samad Said yang dipelihara beliau. Janggut panjang beliau bolih diguna pakai. Baru kini kata-katanya membunuhku. Satu lagi kebodohan aku untok menjadi bijak!

Cerialah! - aku.

Tuesday, October 20, 2009

Please make song selection...

Berjalan terus tidak aku menoleh dah.
Terus melangkah. Kiri kanan tidak aku kisah.
Semuanya sunyi. Betol2 sunyi sepi.
Hanya kedengaran siulan sumbang lagu versi mp3 yang keluar dari bibir aku.

Waktu ini semua staf telah sibuk dalam pejabat.
Aku yang sejak tadi menahan ragam perut telah gagal bertahan. Kesejukan mencucok-cucok perut.
Dan kerana itu aku berjalan sambil bersiul.

Pintu tandas aku kuak...kreeekkk! (bunyi ini hanya hiasan semata-mata!)
Dan aku terus berlaboh di perlabohan yang sesuai. Pot feveret aku.
Sambil berlaboh...aku menyanyi. Rossa - Terlanjur Cinta.

aku terlanjur cinta kepadamu
dan tlah kuberikan seluruh hatiku
tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku...

Dan tiba-tiba, ada suara dari sebelah...

aku pun tak mengerti yang terjadi
apa salah dan kurang ku padamu
kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
karna sekali cinta, aku tetap cinta...

Ah, aku kenal suara mamat ini. Azman! Ingatkan tadi tade orang dalam tandas. Siot!

Cilaka kau, Azman.
Ini bukan karaoke box bayar singgit satu lagu. Ini tandas!
Brani kau berduet dengan aku!

Friday, September 18, 2009

Raya! Raya! Raya!

Esok raya. Pasti.
Jangan dilupa pada yang papa.
Mereka juga perlu meraikan perayaan ini bersama.
Usah makan banyak nanti saket perut.
Jangan kedekot duit raya!
Sila hulor pada kanak-kanak tanda gembira.

Aku nak beraya juga.
Langsong tak siap hape. Cuma baju melayu sepasang saja.
Malam ni rase nak gempor pasaraya.
Siapa nak turut serta bolih Call saya.
Duit sendiri-sendiri, belanja sama-sama.
Dan jangan segan silu, jempot lah datang ke rumah.

Akhir kata, Salam Aidilfitri.
Maaf segalanya...

CERIALAH!

-Dam dam dum...maen mercun sorok2!

Sunday, September 13, 2009

Dam Dam Dum...bunyi mercun!

Hari ini...
entah berapa lama dalam hidop aku,
tidak melehat cahaya-cahaya mercun.
tidak mendengar bunyi-bunyi mercun.
tidak membeli apa-apa jenis mercun.
yang dimainkan oleh budak-budak.

Nama pon dah mercun.
Bagaimana tercipta nama ini?
Menurut hikayat purba songsang nukilan aku, sa-orang gades yang cun dan bergetah bernama Mariam telah mencipta sejibik meriam yang mengeluarkan bunyi-bunyi dan cahaya-cahaya yang sangat cun. Lalu telah dishot-fomkan menjadi nama Mer-Cun. Mercun! Tidak percaya? Sila tanya Mat Google.

Aku rasa sudah tiba masanya.
YA!
Sudah tiba masanya.
Kerajaan membenarkan penjualan mercun. Siapa setuju tutup ketiak!
Bagus. Ramai yang setuju nampaknya (sambil mata liar melihat orang-orang di persekitaran).
Tapi bagaimana hendak mengawal kadar kecederaan bagi orang-orang yang bermain mercun ini?

Dengan ini, saya ingin sekali mengutarakan cadangan bijak saya ini.
Apa kata kita mengeluarkan lesen bermain mercun seperti lesen memandu?
Anda bolih membaharui lesen ini setiap hari. Tak mahal cuma RM5 termasuk 5% cukai kerajaan.
Siapa nak main mercun, sila ikuti ceramah 2 jam tanpa henti cara-cara selamat bermain mercun.
Juga diwajibkan membeli fire extinguisher. Jika tidak berkemampuan, sila sediakan sumber air paip.
Juga tidak lupa, kotak kecemasan yang mempunyai ubat-ubatan dan kain pembalut yang mencukupi iaitu sebanyak yang bolih mengkafankan mumia. Oh, jangan lupa juga tentang isu insuran. Jika apa-apa berlaku, keluarga anda bolih dapat keuntungan.

Jika rakyat setuju dengan cadangan saya ini, bolihlah menganugerahkan kontrek membuat lesen cara memain mercun ini kepada saya. Insuran juga bolih dibeli dengan saya. Kenapa saya? Kerana ini idea saya. Takkan nak kayakan kroni-kroni yang sudah tentu kaya oit! Apa pandangan anda?

Kahkahkah!

Cerialah.

Saturday, August 29, 2009

Kehebatan Individu

Aku terpaksa menghadiri kursus. Kursus di hari minggu sangat tidak kool. Hari minggu bagi aku adalah hari kebebasan minda dari cengkaman aura-aura kerja. Hari minggu seharusnya diluangkan di atas tilam bersama bantal empuk dan jika berbini...harus dihabiskan masa itu dengan bini. Atau lebih syok jika masa itu dihabiskan di atas tilam empuk dengan bini. Kahkahkah!

Kali ini aku sebilik dengan seorang yang tidak dikenali. Lelaki. Sudah tentu lelaki kalau perempuan pasti sudah lama kami kena cekup. Nak mampus? Rakan sebilik ini lelaki sejati. Tidak lembut dan tidak auw. Aku yakin kerana beliau sudah berbini. Di bilik itu kami berkenalan. Kerana kursus ini, aku telah berjaya berkenalan dengan seorang lelaki yang cukup hebat ini. Aku katakan beliau hebat kerana beliau akhirnya berjaya kawin hanya setelah berumur 30 tahun. Maknanya misi hidup beliau bergelar lelaki telah hampir berjaya...dan terbukti berjaya jika beliau mendapat zuriat kelak.

Berkenalan dengan insan baru yang hebat membuatkan aku teringat seseorang. Seorang insan yang sangat aku kagum. Ingatan aku menerjah ke sepuloh tahun nan lalu. Ketika itu aku maseh di alam persekolahan. Biarpon aku telah mengetahui nama dan wajahnya sebelum ini, tapi setelah 3 tahun baru aku dapat berkenalan dengan beliau secara mendalam. Beliau ini juga insan yang sangat hebat. Sesiapa yang mula berkenalan dengan beliau pasti teruja dan kagum dengan kehebatan beliau.

Biarlah aku kenalkan beliau dengan nama SS (bukan nama tipu). Sewaktu pertama kali bersalaman dengan SS, beliau menggenggam tangan aku dengan kuat. Lalu timbullah urat-urat saraf dan ketul-ketul muscle beliau. Biarpon muka aku berkerut kerana tidak mengerti kenapa perlu bersalaman sebegitu rupa tapi aku kagum kerana beliau seorang yang tegap dan kuat.

Kemudian terus SS ini berkisah tentang bagaimana dia mendapat tubuh sebegitu rupa. Menurutnya beliau adalah salah seorang dari atlit projek sukan kebangsaan dan juga budak projek bolasepak negeri. Beliau juga adalah atlit olahraga. Malangnya, otot lutut beliau tidak lagi secergas dulu. Aku ternganga. Tapi tak lama kerana aku perlu sorok kekaguman itu. Aku khuatir nanti SS akan riak. Juga khuatir nanti serangga dan virus-virus tidak patot masok ke rongga halkum aku nanti.

Selang beberapa bulan kemudian dia berkisah tentang gadis yang tergila-gilakannya pula. Katanya dia juga berkenan cuma malu. Lalu dia berkisah mengenai bekas-bekas aweknya. Si gadis itu, Si awek itu, Si polan itu, Si anu itu, Si yamang itu dan segala-gala Si pernah dia kapel. Aku dah pening lalu mengabaikan saja cerita beliau. Ini kisah yang tidak kena jiwa aku biarpon mengusik gadis-gadis adalah hobi waktu lapang aku ketika itu. Oh, terkantoi sudah.

Tamat persekolahan, kami semua mendapat keputusan SPM. Beliau gagal mendapat keputusan cemerlang lalu ingin membuat rayuan menyemak semula keputusan tersebut dengan Kementerian. Selang beberapa minggu kemudian dia berkisah mengenai keputusannya kepada aku dan rakan-rakan. Beliau mendapat 5A. Itu satu kejutan budaya bagi aku. Kata SS, beliau akan melanjutkan pelajaran ke Jerman. Berkerut muka aku sebentar tapi kemudian aku senyum.

2 tahun setelah tamat persekolahan, aku mendapat berita bahawa dia telah melanjutkan pelajaran di salah satu IPTA di Malaysia. Kisah ini aku dapat dari kawan baik aku, Y (juga bukan nama bohong). Secara kebetulan beliau satu rumah dengan SS. Menurut Y, SS sering bercerita kehebatan beliau bermain bolasepak, ragbi dan olahraga kepada rakan-rakan rumah lain. Tetapi ada sesuatu lebih hebat. Beliau mempunyai ilmu batin secara semulajadi. Ini satu kisah yang tidak aku ketahui ketika sama sekolah dengan SS. Menurutnya ilmu itu adalah warisan nenek moyang SS ini.

Kemudian Y berkisah lagi, SS yang sering bersukan ini tahu ilmu mengurut. Lalu suatu hari, seorang rakan rumah mereka yang aktif dalam sukan di IPTA telah terseliuh dan tanpa dipinta SS urut. Menurut SS, semua gerak tangan dan urut-urut ini bukanlah datang dari dirinya tapi pendamping beliau. Dari satu tempat ke satu tempat semuanya adalah kerja pendamping beliau. Menurutnya lagi jika ada apa-apa masalah, harus dia yang urut. Seronoklah si rakan rumah ini kerana tiap-tiap hari dapat urutan percuma. Tidak kisahlah siapa yang urut. Asal lenguh sikit, disuruh SS ini picit bahu. Tekan-tekan betis dan tapak kaki. Dan tidak semena-mena satu rumah menyuruh SS ini mengurut. Aku kagum lagi.

Lalu lekatlah nama SS ini dengan gelaran Tok Batin. Gelaran ini tidak dikurniakan oleh raja-raja melayu. Gelaran ini tidak perlu diperolehi dari adat-istiadat pertabalan. Gelaran ini semulajadi datang dari mulut rakan-rakan. Wah, aku lagi-lagi kagum mendengar cerita Y ini!

Saat kemuncak kehebatan SS ini terserlah apabila rakan-rakan rumah beliau bercadang ingin mengusik Tok Batin ini. Waktu malam menjelma, malam jumaat. Mereka sudah siap membeli kemenyan dan dibakar. Asap-asap kemenyan ini di sebar-sebarkan di setiap pelusok rumah ketika Tok Batin ini tiada. Memang sesuai. Seorang rakan rumah mereka berlakon terkena sampok. Lakonan yang sangat meyakinkan.

SS yang baru pulang terus diterjah oleh rakan-rakan rumah yang lain. Mereka kata ada makhluk halus di rumah mereka dan telah merasuk si pelakon tadi. SS berkata yang beliau telah agak kerana dari tangga lagi beliau sudah terasa aura-aura makhluk ini. Firasat beliau ini telah dikuatkan lagi dengan bau-bau kemenyan.
Lalu dengan segera SS mengambil semangkuk air dan membaca jampi serapah yang tidak tahu butir maknanya. Pelakon yang berlakon tadi dipegang kaki dan tangan oleh rakan-rakan lain. ‘Dia datang dah! Dia datang dah!’ kata SS merujuk kepada makhluk halus apabila pelakon ini meronta-ronta. Lalu SS merenjis air jampinya ke muka pelakon ini supaya bertenang. Kemudian SS menjampi di setiap sudut untuk membuat satu segiempat. Katanya itu untuk memagar makhluk halus itu.

Rakan-rakan yang lain yang tidak tahan dengan telatah Tok Batin ini terbarai ketawa. Tanpa segan silu berdekah-dekah ketawa depan Tok Batin ini. Termasuklah si pelakon tadi sehingga menetes air mata. Air mata ini bukan air mata kesedihan kerana putos cinta, air mata ini kerana keceriaan dan kelucuan melampau. Tok Batin yang tersedar kekantoian beliau dengan segera meninggalkan rumah itu sambil menghempas pintu dengan kuat.

Menurut Y lagi, genap seminggu SS menghilangkan diri dan tidak pulang ke rumah lalu tersebarlah berita mengenai Tok Batin ini yang pergi bertapa. Aku yang mendengar cerita ini juga tidak tahan dengan kelucuannya lalu terbarai ketawa. Inilah kehebatan sebenar insan yang aku kenal semenjak sekolah menengah lagi. Beliau betul-betul kool.

Telatah rakan ini membuat aku terfikir sejenak. Sekurang-kurangnya beliau ada kehebatan yang diketahui ramai. Tapi aku maseh tercari-cari apakah kehebatan diri aku. Inilah kelemahan manusia. Kehebatan sendiri sukar dikenali tetapi kehebatan orang lain mudah saja dikesan. Kehebatan tidak semestinya yang positif saja.

KahKahKah!
Cerialah!

Saturday, July 18, 2009

Sikap Suka Membaca

Hari ini hari minggu. Cuaca cerah. Sesuai untuk anak-anak muda berpacaran. Juga sesuai untuk anak-anak tua berpeleseran. Tolak tepi, bukan itu yang aku kesahkan.

Hari ini aku perlu ke KL Sentral. Tujuan, hal peribadi. LRT menjadi pilihan. Tidak tahu apa itu LRT? Sila atas-tarikh pengetahuan am anda dengan bertanyakan Mat Google bin Mat Yahoo. Di pagi hari, maseh ramai pejuang-pejuang kota membuta. Stesen LRT yang kebiasaannya berlonggokan dengan manusia pelbagai kaum kini hanya ada beberapa ketul susuk tubuh manusia. Semua yang menunggu di situ bertujuan sama dengan aku, menaiki LRT.

LRT sampai. Aku melangkah masuk. Sejuk. Tanpa belas kasihan menikam lemak-lemak aku. Betul-betul stim untuk menukarkan mod aku kepada mod tidur. Ah,tidak menjadi. Kerana tidak semena-mena mata aku terpandang ragam anak-anak muda di dalam gerabak yang sama. Mereka bercicit-cicit menekan punat-punat telefon bimbit. Aku terasa geli hati. Apakah ini sudah menjadi trend bermain es-em-es di dalam LRT? Jika kool, aku juga ingin ikut serta. Awek-awek cun bergetah,sila beri nombor henset anda supaya kita bolih bersama-sama menekan punat-punat henset di dalam LRT. Balak-balak jangan gatal-gatal beri nombor anda, aku tidak berminat.

Perbuatan mereka ini mengingatkan aku kepada satu iklan di TV. Iklan yang cuba menunjukkan keadaan di mana di dalam LRT, dahulu rakyat hanya tidur dan sekarang kebanyakkan rakyat sedang membaca majalah, buku dan akhbar. Iklan ini cuba memupuk sikap suka membaca. Kahkahkah! Tapi iklan ini tidak kool. Langsung tidak memahami jiwa anak-anak muda. Anak-anak muda lebih gemar membaca es-em-es daripada membaca kepingan-kepingan kertas. Mungkin kerana sifat henset itu bercahaya dan kertas-kertas ini tidak. Mereka ini ibarat serangga-serangga kota yang lebih tertarik kepada cahaya. Kahkahkah!

Aku bukan memperlekehkan orang yang gemar membaca cara klasik tapi mengapa tidak kita tambahkan saja semangat membaca ini mengikut kemajuan teknologi masakini. Kita lengkapkan saja LRT ini dengan jaluran-jaluran internet percuma supaya dapat menarik minat anak-anak muda membaca. Buka laptop, terus terkonet. Mungkin ada yang tidak ingin turun terus dari LRT nanti buat selamanya. KahKahKah!

Cerialah!

Sunday, June 14, 2009

Kenapa agaknya...

Anda kenal Gigi Bohong?
Itu adalah satu bait nama yang terkini saya pelajari.
Anda kenal Gigi Tipu?
Itu juga adalah sejenis nama yang baru saya pelajari.
Anda tahu nama sebenarnya?
Gigi Palsu.

Di mana saya belajar?
Di Jinjang. Satu perkampungan lama. Satu perkampungan cina.
Bukan berniat untuk bersifat perkauman tetapi saya kecewa kerana mereka gagal berbahasa melayu.
Kerana mereka telah selesa hidup berkelompok sesama kaum mereka.
Kerana mereka gagal berhijrah ke penempatan berbilang kaum.

Di tengah-tengah bandar kota ini juga masih ada perkampungan. Saya kagum tapi sedikit kesal. Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda. Tapi sebilangan besar penduduk di sini gagal berbahasa melayu. Apatah lagi Bahasa Inggeris. Di mana silapnya perjuangan bahasa kebangsaan kita? (Tersenyum sambil membelek buku Calculus I). Jika golongan tua berwarga emas gagal berbahasa melayu, mungkin dapat saya terima. Zaman mereka, sistem pendidikan mereka berbeza dengan kita yang muda ini. Tapi masih ada golongan muda dan kanak-kanak bersekolah rendah di situ langsung tidak boleh bertutur dalam bahasa melayu, itu membuat saya kecewa. Tolong jangan menangis.

Ada sejarah penempatan Jinjang ini. Sila selak buku sejarah, tapi jangan pula selak skirt amoi cun bergetah. Tiada rahsia akan anda jumpa di situ. KahKahKah!

Cerialah!

Thursday, May 14, 2009

Mari berkenalan dengan Encik RON

Heboh. Ini bukan cerita Ronaldo yang mempunyai name timangan Ron. Ini bukan cerita hantu.
Ini Ron mempunyai nombor. Jangan suka-suka tikam ini nombor. Pasti takkan jumpa di kedai Sukan Totot. Kalau Ronaldo pakai nombor 7 di MU, Ron ini ada macam-macam nombor.

Paling kini, RON 95 diperkenalkan. Hajat nak ganti RON97. Apa tujuannya? Untuk mengaut keuntungan yang lebih. Keuntungan siapa? Sendiri fikirlah, brader. Kata Pak Menteri, Pakcik bawak motor kapcai C70 akan tersenyum gembira. Jimat katanya. Tauke stesen minyak pula akan tersenyum manje. Wang datang sentiasa. Tolak tepi.

Apa kejadah RON ini? RON bermaksud Research Octane Number. Kandungan octane di dalam petrol. Jika anda dari jurusan sains dan belajar matapelajaran kimia, pasti anda berjumpa dengan makhluk octane ini. Jangan khuatir, ia bukan alien. Tapi octane telah lama menakluk bumi. kahkahkah!

Nombor Octane yang tinggi akan melambatkan penjanaan letusan. Ini bermakna akan selamat enjin anda kerana kurangnya 'knocking'. Di fahami juga, Nombor octane yang tinggi bermakna letusan lebih sekata. Bukan saya kata. Se yang kata. Itu kajian mereka. Kata mereka, tidak banyak beza. Hakikatnya, ia bergantung pada jangka masa panjang penggunaan petrol ini.

Saudara bolih berfikir apa yang terbaik untuk enjin kesayangan anda. Kenaikan harga untuk RON 97 kepada RM2/liter pada September ini sangat saya tak setuju. Ia satu taktik bodoh yang cuba dikaburi dengan memperkenalkan RON95 yang murah hanya 5 sen dari harga RON97 sekarang. RON 97 sekarang adalah RM1.80/liter. Persoalannya, mengapa tidak dikekalkan sahaja harga asal RON97 dan memperkenalkan RON95 pada harga lebih murah. Saya cadangkan RM1.60/liter iaitu harga yang lebih munasabah.

Apa bezanya petrol di Petronas, Shell, BHP, Caltex dan lain-lain? Jawapannya 'additive'. Setiap syarikat minyak akan menambahkan sejenis bahan 'additive' bagi meningkatkan keupayaan bahan bakar ini. Sila jangan keliru antara additive dan addicitive. Additive adalah bahan penambah rasa. Addictive adalah bahan setiap masa. Kahkahkah!

Oleh itu, rajin-rajinkan diri anda mencari perbezaan dan manfaat jenis-jenis petrol ini. Sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian juga ada pendapatan. Tapi terlewat sudah.

Cerialah!

Saturday, April 18, 2009

Introduksi


Empayar koleksi coretan tak indah hasil nukilan aku ini hanya eksperimentasi hiburan dan informasi untuk menjadi tatapan pembaca. Diharap nukilan ini dapat menjadi bahan rujukan di masa hadapan tanpa sebarang eksploitasi minda dan anasir-anasir busuk.

Sepi sendiri di bumi,
Namun masih diri tahu,
Hati ingin menari-nari,
Bersama cinta di Langit Biru.

Selamat Menatap!

Search This Blog