Total Pageviews

Tuesday, June 29, 2010

Amokan Amad



Hari mendong - hujan mencurah-curah. Saya yang kebasahan bergegas membuka pintu rumah. Balik dari memburoh dalam keadaan basah memang sesuatu yang tidak saya gemar. Ia membantotkan hasrat saya untok lepak minom-minom di kedai mamak. Lebih enak jika layan kopi di rumah saja.

Ketika menuju ke bilek saya, saya ternampak Amad. Dudok bersila. Muka sangat ketat - seakan ada sesuatu yang sedang panas di dalam hatinya. Saya yang mula berasa gerun cuba membuka pintu bilek dengan cepat tetapi gagal. Masa-masa macam ini pula tombol pintu ini terasa ketat. Saya mula resah.

"Aih...awal balek?", tegur Amad. Saya lemparkan senyuman - kontrol perasaan takot dan teros masok ke bilek.

Saya sudah lama berkenalan dengan Amad. Kalau beliau marah, sila jangan tegur. Mencari nahas namanya. Pernah sekali dia mengamok dengan awek dia, henpon N90 dia baling ke dinding. Mujorlah saya sempat melompat bak gaya Gianluigi Buffon dan menyelamatkan henpon itu sebelom menyembam dinding. Memang gila Amad ni. Padahal gadoh pasal awek tu pakai selipar - tak pakai kasot pergi kenduri kahwin je.

Itu belom lagi kes rokok hilang sebatang. Habes bersepah bilek. Siap gaya CSI mencari bahan bukti lagi hanya kerana sebatang rokok. Kawan-kawan pula menjadi bahan caci maki kerana rokok itu. Sudah macam gian ganja la pula. Mahat yang selalu menjadi pendamai juga tewas dengan perangai Amad. Tak sempat menegur - beratur panjang cacian cek-in masok telinga. Sikit saja lagi nak kena Ong-Bak. Padahal rokok sebatang itu terselit celah telinga dia. Memang macam sial.

Tapi petang ini, saya tidak tahu kes apa. Saya pergi mandi. Di dalam bilek air kedengaran amok Amad.

"Sial punya perempuan. Kau ingat kau baek sangat? Bla...bla...bla..." Dari bilek air terdengar makian dia.

Saya sudah mula risau. Mandi laju-laju - salin baju - bergegas keluar bilek. Saya nampak Amad terdudok memelok lutot, tangan memegang erat henset. Air mata mengaler tapi beliau lap cepat-cepat sejurus ternampak saya. Melihat Amad dalam kesedihan membuatkan saya menjadi sayu. Dengan perlahan saya dudok sebelah dia.

"Kau ada masalah ke? Ceritalah kat aku. Mana tahu aku bolih tolong." cobaan saya untok menenangkan dia. Saya adalah bekas Pembimbing Rakan Sebaya masa di sekolah dulu, ok.

"Perempuan cilaka ni. Sanggop tinggalkan mak sebab sayangkan laki orang." luahan Amad.
"Dia ingat senang ke mak nak besarkan dia. Pakai baju, makan minom, sekolah - dia bukan orang senang pon" sambung Amad lagi.

Saya pon turot menyirap sama. "Cilaka...perempuan mana, Amad?!"


"Tu, yang pakai baju warna merah tu." jari telunjoknya menunjok ke arah kotak televisyen.

Memang cilaka. Satu sepakan volley saya kenakan pada belakang kepala Amad. Tengok TV pon janganlah sampai nak emosi macam tu sekali!

Tuesday, June 22, 2010

Kapitkan Tanganmu, Goyangkan Pinggulmu!

Tolong jangan jeles dengan saya. Shakira sudah bersedia untok berduet dengan saya. Maafkan saya Diana Danielle. Bukan niat untok curang. Kahkahkah!





Anda bagaimana? Berani berduet bersama saya? Kahkahkah!

Monday, June 21, 2010

Ucapan ntahapehape

Pabila hati tak tenang, mata enggan tutop, jiwa berserabot - aku kan cari dia.
Kata-katanya tidaklah seenak rasa char kuey tiaw.
Kata-katanya tidak perlu digoreng garing.
Kata-katanya cukop untok aku renong seribu tahon lagi.

Harapnya dia akan mampu bersama dengan kata-katanya seribu tahon lagi.
Kerana aku enggan hidop tanpanya dan tanpa kata-katanya.
Kerana dia - aku berada di sini.

Selamat Hari Ayah.

- akan aku hadiahkan anda menantu suatu hari nanti -
kahkahkah!

Friday, June 18, 2010

Dunia tanpa sempadan



Dalam dunia serba moden ini, saya telah terpengaroh dengan bermacam-macam benda. Dan bermacam-macam benda terpengaroh dengan saya. Semua telah saya telah mengemaskinikan selaras dengan peredaran zaman dan keperluan kepenggunaan. Saya berimpikan Henpon menjadi I-pon versi 4. PC menjadi Laptop Hewlert Pakert. Basikal menjadi kereta BM lima bersiri. Semuanya untok kemudahan dalam dunia kapitalis ini. Yang tidak saya impikan ialah mengeluarkan wang untok membayarnya. Jika ada sesiapa yang sudi membantu, sila jangan segan silu untok kontek saya.

Di rumah saya ini telah menginap 8 orang sahabat - mempunyai dua tingkat dan lima bilik semuanya. Rumah kami ini adalah satu dalam sejuta kerana rumah kami ini dilengkapi set Audio paling canggih di seksyen 7 Shah Alam - Kalah Dolby Surrounded. Rumah ini juga dilengkapi set Hom Teater paling mahal di asia tenggara atas sikit dari GSC dan rangkaian talian internet nombor dua paling laju di benua Asia selepas Air Asia. Sumber ini diperolehi olih Mat Gebang, sahabat kami yang suka mengkaji membuta tuli tanpa gaji - dan kerap kali repot kajiannya ditolak mentah-mentah olih Guiness Book of Record.

Rumah ini sangat canggih sehinggakan semua penginap tingkat atas kini berkumpol di bawah untok bersosial. 'Budak Hall' amat kurang selesa dengan situasi ini. Saya yang menginap di tingkat bawah tergolong dalam golongan 'Underground' dan penginap atas dikenali sebagai 'Mainstream'. Gara-gara rumah ini telah dilitar-pintaskan pada satu malam yang hujan lebat, tingkat atas tidak berfungsi dengan baik. Suis kipas dipetik - fius menendang. Suis lampu dipetik - fius menendang. Suis plag dipetik -fius menendang. Hanya bila bunga dipetik orang sahaja fius ini tidak menendang.

Atas kerosakan teknikal inilah, budak-budak 'mainstream' melepak di bawah bersama-sama saya. Biasalah, budak-budak 'mainstream' mana masuk dengan budak-budak 'underground'. 'Mainstream' ini mengada-ngada sikit - tak bolih kena panas, suhu bilik kena maintain 24 'C - nak makan kena ada sudu dan garpu - rambut sikat belah tengah simetri kiri kanan dan macam-macam lagi perangai ngade-ngade mereka.

Pada satu malam, ketika semua berbaring mengadap laptop berskrin flat 42" tiada bonggol-bonggol - cerita syok, cerita stim, cerita yang bertajok 'Year One', semua mata tak beralih - dan saat itulah salah seorang pengikut mainstream iyaitu Mat Gebang bertanya kepada saya...

"Kenapa agaknya dengan 'wiring' di tingkat atas?"

saya yang berlakon tidor di saat kawan-kawan sebok menanya bila nak kahwin

Cis! Tengah-tengah syok layan cerita, taim ni lah dia sibok menanya. Saya yang berbantalkan lengan kanan dan mata tertumpu di skrin, terus mengangkat jari telunjok kiri menunjukkan laptop di depan mata.

"Kau nampak laptop tu?"

"Nampak...kenapa?" - jawab sang penanya.

"Kau nampak henpon aku ni?"

"Nampak...kenapa?"

"Kau nampak broadband modem celcom berbaloi-baloi dia ni?"

"Ya, aku nampak...kenapanya?"

"Kau tahu apa persamaan mereka?" Saya rasa Mat Gebang sebagai graduan kejuruteraan yang memiliki segulong ijazah pastinya dia tiada masalah untok meneka. Tetapi nyata tekaan saya meleset. Cilaka!

"Tak...apa yang samanya?" Kata Mat Gebang.

"Wireless", jawab saya pantas dan teros memelok bantal. Mat Gebang pula menarik selimut dan tidor. Aih, merajok? Cakap dulu rumah ni paling canggih! Saya tersenyum.

Friday, June 4, 2010

Hidup Abadi


Saya rasa mahu hidop seribu tahon lagi. Tolong sesiapa kirakan berapa minit haros saya habeskan masa saya bersama payu dara ini? Maaflah, saya bodoh matematik. Satu tips yang haros anda tekankan dalam fakta di atas - ia cuma berkesan ke atas lelaki tulen ya. Kahkahkah!

Tuesday, June 1, 2010

Projek Kangkong

Saudara DJK, seperti yang anda minta - saya terbitkan juga. Sengaja saya peramkan selama hampir 6 bulan. Semoga ia menjadi tauladan kepada kita. Tulisan ini bebas diambil untok kebaikan bersama.

Saat ini saya maseh tercokoh di hadapan rumah. Kepala yang tidak gatal digaru-garu. Saya tidak tahu apa perasaan yang patot saya timbolkan hasil kewujudan objek ini. Patotkah saya berasa takot? Atau gembira? Atau sedih? - saya kebingungan.

Dalam negara ini telah banyak projek yang sia-sia - KLCC mencanak dua batang tetapi entah berapa lot yang berpenghuni, padahal maseh ramai golongan bawahan yang tidak berumah, meloponglah mereka - Stadium yang dibina di pantai timur pula berdiri gah untok setahun tetapi akhirnya runtoh, laporan tak siap-siap kerana khuatir Ultraman akan mengamuk lagi - Makmal sekolah yang menelan belanja berjuta-juta RM tetapi ayam bertelor 5 generasi atas kuali pon belom tentu siap - belom lagi campor projek beli kapal selam yang degil untok menyelam dan projek mahu bikin loji nuklear untok menyebarkan kanser untok manusia. Ini semua projek sia-sia. Mengapa perlu wujod satu lagi projek sia-sia di depan rumah saya ini?

Rakyat China berbangga dengan tembok besar china yang didirikan sejak dinasti Ming. Saya sangat yakin mat-mat bangla serta mat-mat indon tidak terlibat dengan pembinaan tembok ini. Olih itu, warga China wajib merasa bangga dengan tembok ini. Ia hasil kerja titik peluh mereka. Bukan hasil kerja Titiek Puspa. Projek pembinaan ini telah masok dalam senarai 7 struktur menakjubkan. Tetapi siapa punya angkara objek ini tersergam di sini? Perlukah objek dihadapan rumah saya ini turot dimasokkan ke dalam senarai itu? Jika benar bolih tersenarai, jangan lupa menyenaraikan saya sebagai orang pertama menemuinya.

Saya telah menuntot dalam ilmu kejuruteraan selama 5 tahon dan berpengalaman kerja selama 3 tahon. Dengan segala pengalaman dan ilmu yang canggih ini, saya yakin objek ini bolih memancot. Rasanya Ijat yang berusia 7 tahon pon tahu objek ini bolih memancut. Tidak perlu bersusap payah menuntot ilmu kejuruteraan macam orang gila seperti saya. Ini pengetahuan am. Malangnya, telah berpeloh ketiak saya usap dan gosok, kadang-kala diketok-ketok kepala objek ini - tiada mahu ia memancot. Objek apakah ini? Geram saya.

Mungkinkah telah muncol satu agama baru, lalu dibina berhala ini? Apakah ia satu tokong pemujaan nombor? Apakah ini pusat perjudian haram? Atau telah dilesen halalkan? Malangnya setiap persoalan itu tinggal persoalan. Saya gagal mencari bekas-bekas pemujaan mahupon penyembahan di sini. Tiada buah. Tiada colok. Tiada kain kuning berbungkos. Ketiadaan bukti fizikal ini membuatkan saya memberi kesimpulan, ini bukan tuhan baru. Tidak perlu penyiasatan lanjot. Tutop kes!

Lalu saya coba berfikir secara lebih matang. Dengan penilaian tahap tertinggi, mungkinkan ini sejenis makhlok asing? Saya memeriksa segenap tuboh objek ini. Tiada pula saya jumpa anunya. Ini membuatkan saya tidak pasti apakah jantina makhlok ini. Apa tujuan diletakkan di depan rumah saya? Untok menawan saya? Maaflah makhlok asing, hati saya sudah tertawan. Atau makhlok ini coba mengkaji gaya hidop sehat saya? Mengapa saya? Ah, ini semua karut bin marot.

Saya biarkan saja objek ini. Saya biarkan. Sehingga saat entri ini ditulis, sudah 6 bulan saya biarkan objek ini bermaharajalela. Biarkan dia.

p/s: anak panah menunjokkan kewujudan lobang masok.

Search This Blog