Total Pageviews

Tuesday, August 31, 2010

Merdekahkahkah!

Saya berjalan menuju ke masjid. Hati ingin bertarawih.
Nun di satu sudut saya terperasan Jalur Gemilang berkibar.
Rupanya kejiranan saya ini patriotik.
Saya tersenyum nampak gigi - gaya anak muda yang cool paling true.

Selepas terawih, saya menuju ke rumah Encik Prit.
Beliau ingin membeli seluar skinny. Katanya ini gaya terkini anak muda yang paling cool.
Saya anggok-anggok. Dalam perjalanan ke rumah Encik Prit, saya lalu rumah Encik Salleh.
Rumah beliau tergantong bendera Malaysia.
Saya tayang gigi lagi - memang bergaya lah rumah Encik Salleh!

Selepas beli baju dan seluar skinny Encik Prit, saya menghantar beliau pulang.
Dalam perjalanan pulang, seketol kereta kancil memecot laju memotong dugong hitam saya. Kancil ini sangat rare - terselit bendera Malaysia di bonet depannya. Bukan seketol - tapi ada tiga ketol kancil berjalor gemilang ini.
Hati kecil saya berkata - teknoloji Malaysia - memang maju dan laju.
Lagi sekali gigi saya terpampang - kali ini nampak gusi. Merdeka betol brader-brader ni.


Balik rumah, saya ternampak sepucok surat untok saya. Alamak, Urusan Seri Paduka Baginda.
Saya kurang gemar surat-surat cinta dari beliau. Kerana jarang sekali beliau memberi khabar gembira buat saya. Surat cinta beliau sering kali membuatkan saya menetes ayer mata.
Saya membukanya. Ternyata tekaan saya tepat. Cilaka. PTPTN.
Kali ini tiada lagi gigi untok ditayang. Tiada lagi gusi untok dipampang.
Merdeka, brader... merdeka!

Wednesday, August 25, 2010

Sejenak di halaman rindu

*(Entri sebelom puasa)

Petang yang hening. Hanya kedengaran jentolak-jentolak menarah bukit dan lori-lori memunggah tanah. Habok berterbangan dengan riang - menerjah masok mata - lalu mengalir ayer mata ini. Ah, cilaka! Jantan kental seperti saya mengalir ayer mata memang kelihatan sangat tidak kool. Lalu saya usap lembot ayer mata ini dan kembali memerhati buroh-buroh yang sedang asyik membina rumah. Saya syak mereka bukan orang-orang sebarangan. Pasti diimpot dari luar negara - bukan buatan gombak.

Kawasan pembinaan ini dipagari zink-zink sebagai tembok penghadang. Setiap kali saya memerhati pagar ini saya tergelak. Tembok ini kerap kali jatoh ke tanah ditiup angin - langsong berbeza dengan tembok berlin mahupon tembok china. Lalu saya menjadi musykil dengan kelayakan jurutera yang dilantik. Sedangkan pagar zink ini pon bolih tumbang, apatah lagi rumah yang dibina ini. Olih itu saya sangat mengesyorkan kepada para pencari rumah supaya tidak membeli rumah di depan rumah saya ini.

Lalu saya terkenang kembali saat 10 tahon dahulu...bling* bling* bling*

Tanah di depan rumah saya ini hanyalah belukar. Ada pokok-pokok hutan dan unggas-unggas liar. Saya selalu bertepok tampar dengan unggas-unggas ini. Mereka gemar bermanja dengan saya biarpon saya tidak gemar bermanja dengan mereka. Sering kali aktiviti manja-manja ini diakhiri dengan menjadikan saya seorang pembunoh. Entah apa yang menariknya pasal saya pon saya tak tahu.

Saya membersihkan tanah di depan rumah saya ini dalam radius 50 meter untok dijadikan kebon mini. Di tepinya saya menanam pokok bunga sebagai pagar. *Seiring dan sejalan, harumnya bunga di taman...(lagu latar). Di dalamnya, saya menanam pokok pisang, pokok daun kari, pokok serai, pokok ulam raja, pokok jambu madu dan pokok yang menyimpan seribu harapan - pokok durian.

Saya bercita-cita untok menuai hasil durian ini apabila pokok ini menerjah usia 10 tahon kelak. Saya menjaga pokok ini seperti menjaga kekasih hati. Jika ada unggas hinggap, saya akan sembor ridsek. Jika ada kerengga memanjat, saya akan jirus air sampai kerengga lemas. Saya meninggalkan pokok ini setelah sambong pengajian di IPTA. Tapi nyata segala pengorbanan ini mengecewakan. Saya gagal menikmati buah durian sebaliknya hanya mampu menikmati buah-buah pasir debu.

Pokok durian ini saya tanam kerana saya yakin tanah ini tidak akan terusik. Tanah ini saya yakin tiada nilai komersil. Namon semua jangkaan saya meleset. Kini tiada lagi pokok depan rumah. Tiada lagi hutan. Hanya terpacak hutan-hutan batu. Saya rasa saya bukanlah seorang petani yang baik.

Saya masok ke dalam rumah. Mengopek durian dari kampong. Melayan durian sambil membebel tidak puas hati dengan kontrektor depan rumah...

Monday, August 16, 2010

Lembot Lidah

Saya sudah hampir beku. Penghawa dingin seakan chiller. Hati meronta-ronta mahu keluar. Tapi kerja perlu diberes dahulo. Perot sudah mengecot. Kadang-kadang bergetar - mengeluarkan lagu raya format MP3 - Dam dam dum, bunyi mercun. Saya menganggok-nganggok melayan lagu ini sambil menekan perot dengan harapan dapat mengurangkan volumnya.

Saya kini terkurong seperti monyet dalam zoo. Kalau monyet melihat saya pasti beliau akan tergelak berdekah-dekah sambil hulorkan kacang. Alamak, fokus sudah lari. Saya kembali bekerja. Hati sudah tidak ikhlas hendak menghabiskan saki baki kerja. Minah-minah kaki gosip mulut tak bertapis sudah lama angkat kaki. Teringin juga saya nak ikot sama angkat kaki - bagi tapak kaki ni pada muka minah-minah yang tak tahu bereskan kerja tepat pada masanya. Tak pepasal saya memburoh lebih masa hari ini.

Setel kerja. Saya bergegas hendak keluar opis. Hinggap di pintu depan opis, hujan menangis kencang. Aduh! Jam sudah hampir pukol 7 malam. Apa bolih buat, saya redah saja hujan ini. Memang tak dapat singgah ke param* (PAsar RAMadan) waktu-waktu paras hidong ni. Kompem laok tinggal tulang-tulang dan kuah-kuah je. Mujor saya sudah ambil langkah berjaga-jaga dengan memesan laok untok berbuka pada Amad pagi tadi. Tak perlu pening-pening.

Setibanya di rumah, saya mencari Amad. Jam sudah menunjokkan tujoh suku. Bergegas saya mendaki tangga. Nah! Amad sedang mengadap TV - posisi biasa - dudok bersila - mata tak berkelip - mulot maki-maki. Ah...tengok berita tamil pon bolih jadi bahan cacian. Ntah hape hape. Teros saya mencuit bahu Amad pakai tumit. Tiada respon. Kusyuk benor dia melihat berita - macamlah paham.

"Weh, dah nak masok waktu berbuka. Kao beli apa untok aku?"

"Ko tengok la kat dapor tu. Ada atas meja." Jawab Amad dengan badan keras tanpa bergerak seinci pon. Hikmat berkata-kata tanpa menggerakkan bibir - satu-satunya perkara yang saya kagom tentang Amad. Saya meninggalkan Amad dengan TV beliau.

Di dapor, saya tergamam melihat isi dalam mangkok. Maseh berasap. Tiada laok lain atas meja. Saya selak-selak meja - komfem takde laok lain - yang ada cuma mangkok berasap ini. Saya imbas kembali dialog saya dengan Amad pagi tadi - sambil diiringi lagu raya MP3 dari perot saya yang tak reti-reti nak shuffle lagu lain.


*** Pagi tadi ***

Saya melihat Amad sedang memanaskan enjin motornya. Weng~ Weng~ bunyi motor beliau. Bersiap nak memburoh - beginilah rutin harian beliau. Amad dudok atas motornya. Saya mencuit bahu beliau - pakai jari telunjok.

"Amad, buka mana?"

"Rumah" ringkas jawapannya - sambil tangan beliau memulas-mulas throttle minyak. Berkepol-kepol asap keluar. Nyamok bertempiaran lari menyelamatkan diri dari semak depan rumah.

"Cantek. Laok beli lah. Tak sempat nak masak. Aku ada kerja banyak kat opis."

"Okeh, rojer n aut" kata beliau dengan slang pantai timor. Beliau menendang pintu gade dan teros memecot motor beliau dengan satu tayar. Sunggoh kurang pemahaman rukon negara yang kelima Amad ni - kata hati kecil saya. Sia-sia engineer buat motor dua tayar. Patotlah tayar belakangnya yang selalu botak dahulo.


***kini***


Di dapor ini saya melihat tiada laok lain. Hanyalah megi. Air mata dah mengalir. 'Beli' dan 'Megi' - Aku salah sebut ke atau dia salah dengar?

Thursday, August 12, 2010

Lapan yang berkualiti

Hari ini saya melihat ramai yang ke masjid. Ini satu tanda yang bagos. Maseh ramai mengingati siapa tuhan. Salut untok mereka. Anak-anak kecil pula lari keriangan di halaman masjid. Saya tersenyom nipis. Semoga memori ini terpahat untok anak-anak kecil ini menikmati suasana masjid - lalu mencintai masjid.

Tapi hari ini saya agak terkilan kerana saya cuma mampo ke masjid dengan jersi kurang kemas. Ketayap atas kepala pon tiada apatah lagi songkok tinggi. Sekali pandang tak ubah seperti Slash gun n roses. Ini hakikat kerana saya kerap merantau dan kelengkapan saya entah ke mana. Tak mengapalah, janji hati ikhlas.

Malam itu saya bertarawih. Saya coba sekusyuk mungkin. Akhirnya sempurnalah lapan. Saya bersalam dengan orang sebelah - berserban dan berjanggot putih. Saya agak dia dalam lingkungan umur sama baya dengan bapa saya.

"Lapan je?" Tegor orang tua itu.

"Ini saja yang saya mampu" Jawab saya ringkas sambil tersengih. Rasa segan pon ada.

"Tak mengapa, yang penting kualiti." Tambah orang tua itu sambil tersenyum lalu bangkit meneroskan solat tarawihnya.

Dalam hati saya teros terdetik - Lapan yang berkualiti. Ya, ini misi saya bulan ini!
Kahkahkah - hati teros terasa semangat.

Thursday, August 5, 2010

Mari Membaca - bahagian satu

Hari itu merupakan hari pertama saya ke perpustakaan. Perpustakaan Awam Bentong. Asalnya perpustakaan ini adalah sebuah rumah kayu bertangga batu. Sangat klasik. Sekali pandang tak ubah seperti rumah 'Adabi'. Pernah sekali saya coba untok melakonkan watak hero dalam iklan Adabi dengan coba membuka tingkap perpustakaan itu dengan menyanyi dan tersenyom riang. Malangnya impian itu tidak kesampaian. Tingkap itu terlalu ketat. Saya ketok-ketok tingkap itu dengan harapan daun tingkap itu akan tersembol keluar - namon maseh gagal. Saya tidak pernah berputos asa. Saya coba lagi. Saya ketok. Ketok. Dan ketok. Tapi akhirnya kepala saya diketok olih abang pustakaan. Saya berputos asa setelah abang pustakaan itu berdehem-dehem sambil mencengilkan matanya. Fahamlah saya mesej yang coba disampaikan abang itu.

Namon tindakan abang pustakaan itu tidak meluntorkan minat saya untok berkunjong ke perpustakaan ini. Biasalah - semangat anak muda berusia 8 tahon. Mana tahu gentar dengan abang Pustakaan perot ketak 6 kotak, lengan ketol-ketol. Cuma saya akan coba untok mengelak dari bertentang mata dengannya. Saya rasa abang pustakaan ini cuma mesra dengan pengunjong perempuan dan tidak mesra adik-adik macam saya. Biroh betol. Tapi memang saya mengharapkan dia tidak mesra dengan saya. Ngeri pula bila dibayangkan. Di perpustakaan ini ada satu pot yang saya suka lepak. Tangga batu. Saya selalu bertenggek di tangga batu itu kerana bontot saya akan berasa sejok. Dan kesejokan itu akan menusok-nusok tulang sum-sum saya lalu menegakkan bulu-bulu roma. Ngeeee...Bagi saya ini sangat selesa kerana biasanya saya akan berkunjong ke perpustakaan ini di waktu tengahari yang panas terik sesudah habis waktu persekolahan.

Tempat ini bagi saya merupakan tempat yang sangat seronok. Kerana di sini terdapat banyak buku-buku cerita dongeng yang menurot akal fikrah otak saya pada masa itu sangat hebat. Contohnya cerita ayam yang meminjam jarom emas helang untok menjahit bulu kepaknya tetapi akhirnya jarom itu hilang - lalu ayam mengais-ngais tanah untok mencari jarom emas itu manakala helang berdendam dengan ayam kerana menghilangkan jarom itu. Saya melopong sambil menganggok-anggok kepala kerana percaya bulat-bulat dan berasa sangat kagom dengan cerita ini. Patotlah saya perhati ayam selalu mengais dan helang pula menyambar ayam untok menjadi lauk. Dengan kajian dan pemerhatian saya yang intelektualnya genius untok budak berumor 8 tahon, saya telah menyimpan hasrat untok membantu ayam mencari jaromnya. Untong-untong saya bolih jahit kepak sendiri - bolih terbang seperti superman. Namon akhirnya bonda saya telah menceritakan hal sebenar mengapa ayam mengais tanah. Itupon setelah hampir 2 tahon selepas saya membaca kisah itu. Nyata saya tertipu hampir 2 tahon dengan kisah ayam celaka itu. Berani ayam itu tipu saya.

Satu perkara tentang saya ialah saya tidak gemar meminjam buku disitu. Saya akan memilih buku yang tidak tebal mana, tidak nipis mana. Ngam-ngam soi. Cukop untok dihabiskan sebelom abang pustakaan itu menghalau saya dan mematikan penghawa dingin. Bukan kerana buku disitu tidak menarik atau terlalu seni tulisannya. Tetapi kerana saya tidak mahu dipandang sebagai seorang yang skima olih kawan-kawan. Mana kool seorang budak berumur 8 tahon merayau-rayau dengan tangan memelok erat buku di dada. Pelok buku cerita dongeng pula tu. Tak intelektual langsong. Lainlah kalau pelok buku geografi tingkatan tiga. Bolih juga saya cerita berdegar-degar dengan kawan-kawan tentang asal-usul Gaban sambil tunjok peta dalam buku itu. Kalau saya tipu, bukan diorang tahu pon.

Biasanya saya akan peruntokkan 3 jam di perpustakaan itu. Dan dalam 3 jam itu saya akan dudok diam-diam di satu sudut. (Mana berani bising, Abang Pustakaan dok pusing setiap 5 minit). Saya juga tidak akan dapat memberi tumpuan pada buku yang saya baca tidak lebih dari 10 minit - ini hakikat. Saya gemar untok berselang seli dengan imiginasi saya. Contohnya kisah kucing dan tikos yang membuat sampan dari labu. Saya akan melihat gambar di dalam buku itu - membayangkan kucing dan tikus itu secara realiti. Dan kerap kali imiginasi saya ini akan saya selitkan logik dari pemerhatian saya. Secara logik - kucing dan tikus tak bolih memegang tukol dan paku lalu mereka menggunakan kuku dan gigi mereka yang tajam - menggigit dan mencakar labu sehingga menjadi bentok sampan. Bijak sunggoh kucing dan tikos itu. Produktif lagi inovatif. Tapi kali ini saya tidak menyimpan hasrat membina sampan dari labu - kerana bagi saya labu dibuat masak lemak lebih enak daripada dibuat sampan. Begitulah rutin harian saya sehinggalah suatu hari imiginasi saya kerap kali diganggu olih kemuncolan gadis genit itu. - bersambong.

Sunday, August 1, 2010

Kepelbagaian itu.


Saban hari kita akan berjumpa dengan macam-macam perkara.
Dan setiap perkara itu akan memberi macam-macam pengajaran.
Maka dari macam-macam pengajaran itu akan memberi kita macam-macam pengalaman.
Dengan macam-macam pengalaman itu akan timbulnya macam-macam perasaan.
Sedangkan macam-macam perasaan itu pastinya diselit macam-macam persoalan.
Macam-macam persoalan pastinya mempunyai macam-macam jawapan.

Tapi kamu...
Jangan macam-macam!

Search This Blog