Total Pageviews

Wednesday, April 27, 2011

Renung-renungkan!

Aku sering menasihat orang.
Tapi aku gagal menasihat diri sendiri.

TQ.

P/S: tu moral of the story. nak cerita panjang-panjang korang ada masa ke nak baca? kahkahkah!

Sunday, April 24, 2011

Efek Jangka Masa Panjang

Saya berlari tercungap-cungap. Petang tapi maseh panas. Matahari memancar garang. Sudah tiga hari cuaca panas di Terengganu ini. Peloh masam mula membasahi ketiak.

Pagi tadi gua ada baca akhbar. Kecoh. Betol-betol kecoh. Nasi Lemak diharamkan dijual di sekolah. Kunonnya akan mengakibatkan obesiti di kalangan pelajar. Saya tergamam. Hidung yang mancong sedari tadi mula kembang kempis! Terus saya nekad nak berjoging tiap-tiap petang.

Ya, saya tak bolih mudah mengalah. Saya teros berjoging. Ini penting. Ini tekad saya! - getus hati kecil. Peloh yang mengalir dari dahi ke pipi dibiarkan. Sambil berjoging, sambil saya terkenang kesah-kesah lalu di zaman muda.

*Blink Blink*

Saya tiap-tiap hari makan nasi lemak waktu ni. Dari sekecil-kecil cili api sehinggalah tamat zaman persekolahan, saya makan nasi lemak. (Masok U, dah tak layan nasi lemak sebab selalu sengkek). Bolih kata makanan ruji lah. Nasi lemak dan saya ibarat kawan baek. Di mana ada nasi lemak, di situ ada saya. Tapi kini -

Ketol-ketol otot dah tenggelam. Otak pon dah macam tak berapa nak betol. Betol-betol efek jangka masa panjang, der! Bahana nasi lemak. Bahaya gua cakap lu. Gua setuju sangatlah kerajaan haramkan nasi lemak ni. Kahkahkah!

Saturday, April 23, 2011

Mari tangkap pencuri!


Pada satu pagi yang damai diiringi kicauan burung-burung - kami sebagai anak muda mahasiswa sedang enak bertidor - segala mimpi-mimpi enak sedang berlangsong. Ini semua adalah bahana menyiapkan tugasan di saat-saat akhir. Sudah menjadi tabiat anak muda yang kool untok membereskan segalanya di waktu-waktu genting. Kool ini seperti meleser di Genting Highlands waktu pagi yang hujan turun renyai-renyai. Bapak segala kool.

Ketika saat mimpi-mimpi kami sedang klimaks, pintu bilik di ketok bagai nak pecah. Bunyinya betol-betol mengganggu gegendang telinga kami. Cilake! Sangat potong stim. Saya menggonyoh mata sepam dua lalu bangkit dudok di pinggir katil. Kepala saya maseh kebingungan. Saya pegang kepala - Otak maseh panas - Pasti akibat terlebih guna malam tadi. Rakan sebilek, Opi dan Toyo maseh belom ada ura-ura mahu bangkit dari katil.

Pintu bilik dikuak. Kepala Padli tersembol dari celah pintu sambil tersengih.
"Slamelekom!" Padli bagi salam. Mujor dia bagi salam. Kalau tak, mahu je saya kepit kepala beliau di celah-celah pintu tu.

"Did, pinjam laptop. Nok buak Lab Repok." Padli minta izin.

"Ermm..." jawab saya sambil tangan kanan maseh menggonyoh mata. Tekak terasa kering nak cakap banyak-banyak waktu ni. Biasalah, baru bangon tidor.

Padli masok perlahan-lahan sambil kaki berjengkit-jengkit. Konon bagi meminimumkan bunyi. Sopan betol. Mak mertua tengok pasti setuju buat menantu tanpa was-was.

"Did, Mana laptopmu?" tanye Padli sambil tangan selongkar meja saya.
Aih? Malam tadi ada je dalam laci. Saya bingkas bangon dari katil. Laci diselongkar tanpa belas kasehan. Takde! Ini port biasa saya sorokkan laptop. Sah! memang kena curi! Saya tepok dahi. Aduyai~


Ok...atas tu iklan je. Kahkahkah! Ni nak bagi tahu, sekarang dah ada perisian yang mampu mencari balik Laptop yang dicuri. Sila rujok: F-Tracker


Caranya begini:

1. Laptop kesayangan anda yang sedia ada software F-Tracker dicuri.
2. Anda gabra sambil mulot terkumat-kamit menyumpah sang pencuri.
3. Anda dengan perasaan marah log masuk pada website Fulamak tu dan isytiharkan laptop anda hilang.
4. Laptop yang dicuri akan secara automatik akan mengambil gambar sang pengguna laptop anda - dengan syarat laptop anda berada atas talian internet.
5. Gambar dan alamat IP akan diberi kepada anda melalui website tadi bagi tindakan lanjot.
6. Anda dengan hati girang melaporkan kepada polis sambil menunjokkan bukti sambil bernyanyi kecil.

Mudah bukan? Iklan ini adalah percuma bagi membantu kawan-kawan yang sering hilang laptop. Lagipon Software ni cuma bayar RM50 sekali seumur hidop. TQ!

"Mu dok soh risau. Aku cari kejap laptop aku." Kata saya sambil mengetap bibir. Iklan bersambung ni - sila jangan keliru.

Saya on PC Opi dan melayari website Fulamak. Tot tet tot tet - setel! Tak lama selepas itu saya mendapat respon dari website tersebot. Saya klik dan tergamam.


"Natang goh! Ninja Boy Nintama rupanya songlap laptop gua!" kata saya sambil penumbok kanan menumbok-numbok tapak tangan kiri. ~iklan habes!~

p/s: Gambar Ehsan dari MiloSuam.blogspot.com

Friday, April 22, 2011

Majelis Perkahwinan Doc Hadi n Doc Yaya!

Memori itu tiada tanda harga.
Pahet atau manes ia wajib dikenang.
Selamat Mengharungi Alam Rumahtangga, Doc!
Ok, mari kita nikmati turotan atucara pada hari tersebot.
Driver ini sangat hebat - melakukan 2 pekerjaan dalam satu masa - driver dan pengapit - saya salut beliau!
Jurugambar ini pula pantang nampak muka saya - pasti mahu ambil sepam dua - gua nak makan pon tak senang!
Ini bukti kehadiran kami - wajib disimpan!
Para VIP sudah mula tunjok perasaan - pengantin gagal muncol pada waktu yang tepat - semua terlayan blues!
Second driver yang terlewat - gua terpaksa cerita semula susor jalor majelis ini - beliau terpaksa menahan nafsu makan untok sebentar.
Yeay! Pengantin sudah muncol!!
Ini sebenarnya yang kami tunggu-tunggu - Ambil gambar reramai!!
P/s: lama betol gua nak update kan? kahkahkah!
Yang bawah ni - para jejaka yang maseh solo - kahkahkah!

Search This Blog