Total Pageviews

Showing posts with label meleleh. Show all posts
Showing posts with label meleleh. Show all posts

Monday, November 1, 2010

Memori Sepasang Kasot

Petang itu saya terasa rajin biarpon hakikat sebenarnya saya memang rajin. Sila jangan syak wasangka. Kalau tidak percaya, anda bolih bertanya bantal dan tilam saya. Saya memang sangat rajin. Olih kerana sangat rajin, saya telah mengemas dan menyuson kasot-kasot lama berhabuk di depan rumah saya. Kasot dah banyak, berterabur pula. Rak ada tapi tidak berisi. Kasot semua main campak bawah je. Terpaksalah saya suson. Namon begitu, sudah hamper 15 tahon saya tinggal di rumah ini, tidak pernah ada kasot yang hilang - syukor. Mungkin berkat doa-doa mantera ibubapa saya untok memagar rumah ini dari dimasuki penchuri.

Sedang kusyuk saya menyuson kasot, saya terserempak dengan kasot futsal lama saya chap Adidas. (Terima kaseh adidas atas penajaan ini). Dengan pantas memori lama menggamit kenangan. Kasot itu lambang kehebatan - kegemilangan - keagongan saya sebagai seorang pemain futsal berbakat dahulu kala. Ini diakui sendiri oleh Tauke Kedai Sukan Makmur - tempat saya beli kasot ini. Saya maseh ingat kata-kata keramat beliau, "Try la dulu. Ada diskaun punya.".

Untok pengetahuan anda, kebiasaannya pada waktu raya puasa, saya dan rakan-rakan Keramaian akan bermain futsal. Malangnya tahon ini tiada kesempatan. Sebak rasa hati. Bukan kerana tidak dapat bergembira terloncat sana sini bersama rakan-rakan tapi kerana gagal untok mengempiskan perot ini. Tapi apa ada hal. Dengan kasot ini, saya terasa sangat lincah di padang dan lincah mengusya awek di kompleks beli belah. Dulu jika saya bermaen futsal, dengan selamba badak saya menewaskan 3 atau 4 pertahanan sekaligus. Kaki pantas memutar dan menggelek bola. Pertahanan pula pastinya berjoget hendak merebot bola - pening dengan skil saya. Biarpon begitu, saya maseh gagal menandingi skil Joga Bonito ciptaan Hadi. Beliau lebih legend.

Memori yang paling tidak bolih saya lupakan adalah satu perbualan antara saya dan Iwan (bukan nama tak betol).

-----

"Huih, kasot baru ke? Adidas sponser tu...padan power gila main hari ni." Kata Iwan sebaik saja habes bermaen futsal.

"Takde lah baru pon. Beli bulan lepas." jawab saya sambil melonggarkan tali kasot. Peloh berciciran.

Iwan datang dan dudok di sebelah, "Berapa kau beli? Cun gak ni.".

"Sepasang lah. Sebelah kiri satu. Sebelah kanan satu. Takkan nak beli dua-dua belah kiri? Aku bukan kidal. Kahkahkah!" jawab saya selamba.

"Bongok! Harga kasot ni lah...berapa?" Tanya Iwan. Kali ini bernada serius biarpon tersenyum.

"RM180 lepas diskaun. Harga sebenar dekat 300 beb. Tapi stok lama - dapat diskaun - aku sebat je." Saya beri jawapan jujor. Tak tahan dahaga, saya teros menegok air 100plus. (Terima kaseh 100plus untok penajaan).

Iwan bermuka terkejut, "Gilalah. Kasot power camni harga RM180. Aku nak gak!"

"Bukan kasot Power. Adidas. Beli kasot Power harga RM180...ko gila? Kahkahkah!" Saya terbarai ketawa.

"Bongok!! Kahkahkah!"

------

Ah, memori. Budak-budak... - kata hati kecil saya sambil try test kasot futsal kot-kot padan lagi ke tak.

Saturday, October 30, 2010

Mari berperibahasa!


Harapkan Pagar, Pagar Makan Cat.

-

-

-

-

-

P/S: Maksudnya? Takde apa. Kahkahkah! Amacam? Ada seni tak? Ini baru 'true' art. Kahkahkah!

Monday, August 16, 2010

Lembot Lidah

Saya sudah hampir beku. Penghawa dingin seakan chiller. Hati meronta-ronta mahu keluar. Tapi kerja perlu diberes dahulo. Perot sudah mengecot. Kadang-kadang bergetar - mengeluarkan lagu raya format MP3 - Dam dam dum, bunyi mercun. Saya menganggok-nganggok melayan lagu ini sambil menekan perot dengan harapan dapat mengurangkan volumnya.

Saya kini terkurong seperti monyet dalam zoo. Kalau monyet melihat saya pasti beliau akan tergelak berdekah-dekah sambil hulorkan kacang. Alamak, fokus sudah lari. Saya kembali bekerja. Hati sudah tidak ikhlas hendak menghabiskan saki baki kerja. Minah-minah kaki gosip mulut tak bertapis sudah lama angkat kaki. Teringin juga saya nak ikot sama angkat kaki - bagi tapak kaki ni pada muka minah-minah yang tak tahu bereskan kerja tepat pada masanya. Tak pepasal saya memburoh lebih masa hari ini.

Setel kerja. Saya bergegas hendak keluar opis. Hinggap di pintu depan opis, hujan menangis kencang. Aduh! Jam sudah hampir pukol 7 malam. Apa bolih buat, saya redah saja hujan ini. Memang tak dapat singgah ke param* (PAsar RAMadan) waktu-waktu paras hidong ni. Kompem laok tinggal tulang-tulang dan kuah-kuah je. Mujor saya sudah ambil langkah berjaga-jaga dengan memesan laok untok berbuka pada Amad pagi tadi. Tak perlu pening-pening.

Setibanya di rumah, saya mencari Amad. Jam sudah menunjokkan tujoh suku. Bergegas saya mendaki tangga. Nah! Amad sedang mengadap TV - posisi biasa - dudok bersila - mata tak berkelip - mulot maki-maki. Ah...tengok berita tamil pon bolih jadi bahan cacian. Ntah hape hape. Teros saya mencuit bahu Amad pakai tumit. Tiada respon. Kusyuk benor dia melihat berita - macamlah paham.

"Weh, dah nak masok waktu berbuka. Kao beli apa untok aku?"

"Ko tengok la kat dapor tu. Ada atas meja." Jawab Amad dengan badan keras tanpa bergerak seinci pon. Hikmat berkata-kata tanpa menggerakkan bibir - satu-satunya perkara yang saya kagom tentang Amad. Saya meninggalkan Amad dengan TV beliau.

Di dapor, saya tergamam melihat isi dalam mangkok. Maseh berasap. Tiada laok lain atas meja. Saya selak-selak meja - komfem takde laok lain - yang ada cuma mangkok berasap ini. Saya imbas kembali dialog saya dengan Amad pagi tadi - sambil diiringi lagu raya MP3 dari perot saya yang tak reti-reti nak shuffle lagu lain.


*** Pagi tadi ***

Saya melihat Amad sedang memanaskan enjin motornya. Weng~ Weng~ bunyi motor beliau. Bersiap nak memburoh - beginilah rutin harian beliau. Amad dudok atas motornya. Saya mencuit bahu beliau - pakai jari telunjok.

"Amad, buka mana?"

"Rumah" ringkas jawapannya - sambil tangan beliau memulas-mulas throttle minyak. Berkepol-kepol asap keluar. Nyamok bertempiaran lari menyelamatkan diri dari semak depan rumah.

"Cantek. Laok beli lah. Tak sempat nak masak. Aku ada kerja banyak kat opis."

"Okeh, rojer n aut" kata beliau dengan slang pantai timor. Beliau menendang pintu gade dan teros memecot motor beliau dengan satu tayar. Sunggoh kurang pemahaman rukon negara yang kelima Amad ni - kata hati kecil saya. Sia-sia engineer buat motor dua tayar. Patotlah tayar belakangnya yang selalu botak dahulo.


***kini***


Di dapor ini saya melihat tiada laok lain. Hanyalah megi. Air mata dah mengalir. 'Beli' dan 'Megi' - Aku salah sebut ke atau dia salah dengar?

Thursday, August 5, 2010

Mari Membaca - bahagian satu

Hari itu merupakan hari pertama saya ke perpustakaan. Perpustakaan Awam Bentong. Asalnya perpustakaan ini adalah sebuah rumah kayu bertangga batu. Sangat klasik. Sekali pandang tak ubah seperti rumah 'Adabi'. Pernah sekali saya coba untok melakonkan watak hero dalam iklan Adabi dengan coba membuka tingkap perpustakaan itu dengan menyanyi dan tersenyom riang. Malangnya impian itu tidak kesampaian. Tingkap itu terlalu ketat. Saya ketok-ketok tingkap itu dengan harapan daun tingkap itu akan tersembol keluar - namon maseh gagal. Saya tidak pernah berputos asa. Saya coba lagi. Saya ketok. Ketok. Dan ketok. Tapi akhirnya kepala saya diketok olih abang pustakaan. Saya berputos asa setelah abang pustakaan itu berdehem-dehem sambil mencengilkan matanya. Fahamlah saya mesej yang coba disampaikan abang itu.

Namon tindakan abang pustakaan itu tidak meluntorkan minat saya untok berkunjong ke perpustakaan ini. Biasalah - semangat anak muda berusia 8 tahon. Mana tahu gentar dengan abang Pustakaan perot ketak 6 kotak, lengan ketol-ketol. Cuma saya akan coba untok mengelak dari bertentang mata dengannya. Saya rasa abang pustakaan ini cuma mesra dengan pengunjong perempuan dan tidak mesra adik-adik macam saya. Biroh betol. Tapi memang saya mengharapkan dia tidak mesra dengan saya. Ngeri pula bila dibayangkan. Di perpustakaan ini ada satu pot yang saya suka lepak. Tangga batu. Saya selalu bertenggek di tangga batu itu kerana bontot saya akan berasa sejok. Dan kesejokan itu akan menusok-nusok tulang sum-sum saya lalu menegakkan bulu-bulu roma. Ngeeee...Bagi saya ini sangat selesa kerana biasanya saya akan berkunjong ke perpustakaan ini di waktu tengahari yang panas terik sesudah habis waktu persekolahan.

Tempat ini bagi saya merupakan tempat yang sangat seronok. Kerana di sini terdapat banyak buku-buku cerita dongeng yang menurot akal fikrah otak saya pada masa itu sangat hebat. Contohnya cerita ayam yang meminjam jarom emas helang untok menjahit bulu kepaknya tetapi akhirnya jarom itu hilang - lalu ayam mengais-ngais tanah untok mencari jarom emas itu manakala helang berdendam dengan ayam kerana menghilangkan jarom itu. Saya melopong sambil menganggok-anggok kepala kerana percaya bulat-bulat dan berasa sangat kagom dengan cerita ini. Patotlah saya perhati ayam selalu mengais dan helang pula menyambar ayam untok menjadi lauk. Dengan kajian dan pemerhatian saya yang intelektualnya genius untok budak berumor 8 tahon, saya telah menyimpan hasrat untok membantu ayam mencari jaromnya. Untong-untong saya bolih jahit kepak sendiri - bolih terbang seperti superman. Namon akhirnya bonda saya telah menceritakan hal sebenar mengapa ayam mengais tanah. Itupon setelah hampir 2 tahon selepas saya membaca kisah itu. Nyata saya tertipu hampir 2 tahon dengan kisah ayam celaka itu. Berani ayam itu tipu saya.

Satu perkara tentang saya ialah saya tidak gemar meminjam buku disitu. Saya akan memilih buku yang tidak tebal mana, tidak nipis mana. Ngam-ngam soi. Cukop untok dihabiskan sebelom abang pustakaan itu menghalau saya dan mematikan penghawa dingin. Bukan kerana buku disitu tidak menarik atau terlalu seni tulisannya. Tetapi kerana saya tidak mahu dipandang sebagai seorang yang skima olih kawan-kawan. Mana kool seorang budak berumur 8 tahon merayau-rayau dengan tangan memelok erat buku di dada. Pelok buku cerita dongeng pula tu. Tak intelektual langsong. Lainlah kalau pelok buku geografi tingkatan tiga. Bolih juga saya cerita berdegar-degar dengan kawan-kawan tentang asal-usul Gaban sambil tunjok peta dalam buku itu. Kalau saya tipu, bukan diorang tahu pon.

Biasanya saya akan peruntokkan 3 jam di perpustakaan itu. Dan dalam 3 jam itu saya akan dudok diam-diam di satu sudut. (Mana berani bising, Abang Pustakaan dok pusing setiap 5 minit). Saya juga tidak akan dapat memberi tumpuan pada buku yang saya baca tidak lebih dari 10 minit - ini hakikat. Saya gemar untok berselang seli dengan imiginasi saya. Contohnya kisah kucing dan tikos yang membuat sampan dari labu. Saya akan melihat gambar di dalam buku itu - membayangkan kucing dan tikus itu secara realiti. Dan kerap kali imiginasi saya ini akan saya selitkan logik dari pemerhatian saya. Secara logik - kucing dan tikus tak bolih memegang tukol dan paku lalu mereka menggunakan kuku dan gigi mereka yang tajam - menggigit dan mencakar labu sehingga menjadi bentok sampan. Bijak sunggoh kucing dan tikos itu. Produktif lagi inovatif. Tapi kali ini saya tidak menyimpan hasrat membina sampan dari labu - kerana bagi saya labu dibuat masak lemak lebih enak daripada dibuat sampan. Begitulah rutin harian saya sehinggalah suatu hari imiginasi saya kerap kali diganggu olih kemuncolan gadis genit itu. - bersambong.

Monday, July 5, 2010

Kini Saya Yakin!

JAKARTA: Keputusan sama ada polis akan menjadikan Luna Maya dan Cut Tari sebagai tertuduh kes klip video lucah vokalis Peterpan, Ariel, akan diputuskan minggu ini. Ketua Perhubungan Awam Polis Indonesia, Marwoto Soeta, berkata keputusan itu bergantung kepada hasil siasatan kes berkenaan yang dibuat sejak dua minggu lalu.

“Ya, mungkin status mereka akan dinaikkan sebagai tertuduh,” katanya, semalam.

Sebelum ini, polis menyatakan, ujian fizikal ke atas Ariel, Cut Tari dan Luna Maya dilengkapkan dan ketiga-tiga mereka memiliki banyak persamaan dengan watak dalam klip video menggemparkan itu.

Apabila ditanya sama ada identiti ketiga-tiga mereka memang pada paras 99 peratus, Marwoto berkata, kini polis yakin untuk menambah 0.9 peratus lagi. - Agensi

P/S: Setelah menyiasat dan meneliti video klip mereka semalaman, saya ingin menambah lagi 0.09 peratus! Kahkahkah! (hebat matematik polis indon ni)

Tuesday, June 29, 2010

Amokan Amad



Hari mendong - hujan mencurah-curah. Saya yang kebasahan bergegas membuka pintu rumah. Balik dari memburoh dalam keadaan basah memang sesuatu yang tidak saya gemar. Ia membantotkan hasrat saya untok lepak minom-minom di kedai mamak. Lebih enak jika layan kopi di rumah saja.

Ketika menuju ke bilek saya, saya ternampak Amad. Dudok bersila. Muka sangat ketat - seakan ada sesuatu yang sedang panas di dalam hatinya. Saya yang mula berasa gerun cuba membuka pintu bilek dengan cepat tetapi gagal. Masa-masa macam ini pula tombol pintu ini terasa ketat. Saya mula resah.

"Aih...awal balek?", tegur Amad. Saya lemparkan senyuman - kontrol perasaan takot dan teros masok ke bilek.

Saya sudah lama berkenalan dengan Amad. Kalau beliau marah, sila jangan tegur. Mencari nahas namanya. Pernah sekali dia mengamok dengan awek dia, henpon N90 dia baling ke dinding. Mujorlah saya sempat melompat bak gaya Gianluigi Buffon dan menyelamatkan henpon itu sebelom menyembam dinding. Memang gila Amad ni. Padahal gadoh pasal awek tu pakai selipar - tak pakai kasot pergi kenduri kahwin je.

Itu belom lagi kes rokok hilang sebatang. Habes bersepah bilek. Siap gaya CSI mencari bahan bukti lagi hanya kerana sebatang rokok. Kawan-kawan pula menjadi bahan caci maki kerana rokok itu. Sudah macam gian ganja la pula. Mahat yang selalu menjadi pendamai juga tewas dengan perangai Amad. Tak sempat menegur - beratur panjang cacian cek-in masok telinga. Sikit saja lagi nak kena Ong-Bak. Padahal rokok sebatang itu terselit celah telinga dia. Memang macam sial.

Tapi petang ini, saya tidak tahu kes apa. Saya pergi mandi. Di dalam bilek air kedengaran amok Amad.

"Sial punya perempuan. Kau ingat kau baek sangat? Bla...bla...bla..." Dari bilek air terdengar makian dia.

Saya sudah mula risau. Mandi laju-laju - salin baju - bergegas keluar bilek. Saya nampak Amad terdudok memelok lutot, tangan memegang erat henset. Air mata mengaler tapi beliau lap cepat-cepat sejurus ternampak saya. Melihat Amad dalam kesedihan membuatkan saya menjadi sayu. Dengan perlahan saya dudok sebelah dia.

"Kau ada masalah ke? Ceritalah kat aku. Mana tahu aku bolih tolong." cobaan saya untok menenangkan dia. Saya adalah bekas Pembimbing Rakan Sebaya masa di sekolah dulu, ok.

"Perempuan cilaka ni. Sanggop tinggalkan mak sebab sayangkan laki orang." luahan Amad.
"Dia ingat senang ke mak nak besarkan dia. Pakai baju, makan minom, sekolah - dia bukan orang senang pon" sambung Amad lagi.

Saya pon turot menyirap sama. "Cilaka...perempuan mana, Amad?!"


"Tu, yang pakai baju warna merah tu." jari telunjoknya menunjok ke arah kotak televisyen.

Memang cilaka. Satu sepakan volley saya kenakan pada belakang kepala Amad. Tengok TV pon janganlah sampai nak emosi macam tu sekali!

Saturday, May 15, 2010

Malam Yang Panas!

Perot berkeronchong - sehingga sekarang saya gagal mencari solusi mengapa irama keronchong dan perot sukar dipisahkan. Saya mempunyai waktu makan yang tidak konsisten. Olih itu, tahap makanan yang mengisi di dalam perot gagal disukat seperti motor kapchai C70 yang rosak meter minyaknya. Saya syak seseorang telah membedah saya lalu meletakkan buzzer di perot saya bagi menggantikan meter - mungkin lebih kool. Buzzer yang canggih ini akan mengeluarkan lagu keronchong yang dilengkapi vibrasi apabila lapar. Kerap kali saya mengusap perot dengan harapan dapat mematikan buzzer ini - tapi jelas gagal. Namon saya bersyukor kerana perot saya tidak diletakkan lampu yang berkerlip-kerlip seperti di dada ultraman. Saya bukan seorang yang fancy.

Kelaparan akan membuatkan saya tidak senang dudok. Tidak senang dudok bukan kerana bontot berkurap tetapi kerana hati saya gelisah. Otak saya tidak akan fokus. Tenaga akan habis - tenaga yang habis biasanya akan saya cas dengan tidor. Tetapi ini waktu memburoh, tidor ketika memburoh adalah satu sifat keji. Pasti saja akan dispelet dahi saya ini olih bos. Sebab itu saya menjadi pemburoh yang amanah. Masa-masa yang ada haros diisi dengan menyiapkan setiap tugasan diberi. Tolong calonkan saya sebagai pekerja contoh.

Saya menapak ke pantri. Di pantri ini dilengkapi dengan alat-alat asas masakan seperti pemanas air, pisau dan mangkok-mangkok hayun. Mujor sahaja ia tidak dilengkapi dengan dapor gas. Jika tidak, sudah tentu saya akan memasak Char Kuey Teow bagi mengalas perot ini. Sila jangan sangsi dengan kemahiran memasak saya. Memasak adalah kawan baek saya. Biarpon saya cuma kerap memasak mi kari segera, tetapi saya juga mahir dalam masakan. Sehingga kini saya telah berjaya menguasai 5 jenis masakan yang berteraskan Mi. Setiap nama dalam resipi masakan saya mempunyai perkataan 'Segera'. Kini saya faham kenapa bonda saya kerap membebel suroh cepat kahwin. Masakan isteri bukan sahaja bolih mengenyangkan perot suami, tetapi memberi semangat dalam menghadapi hari yang sukar. Oh, rasa macam mahu kahwin saja esok.

Di pantri, saya godeh air tongkat ali. Semerbak bau tongkat ali di awangan apabila air panas dicurah. Sehingga menusok hidong. Hidong saya senak tapi cuma sebentar. Saya kembali ke meja saya. Kerja perlu disiapkan awal kerana malam ini kompeni saya ini akan menganjurkan majelis makan-makan. Ia bersempena pengiktirafan ISO. Majelis makan-makan ini juga punca mengapa saya tidak makan tengahari pada hari ini. Perot yang kosong dapat memberi ruang yang lebih untok membaham sesuka hati pada malam nanti. Saya teroskan kerja saya.

Pada sebelah malamnya, saya telah menunggang dugong hitam saya dengan pantas. Mencilok-cilok kereta laen seperti biasa. Saya yakin sebakol maki-hamon telah dibekalkan kepada saya - hadiah daripada pengguna jalanraya yang lain. Saya buat muka selamba kerana saya juga bayar cukai jalan. Malangnya sikap bongkak saya ini cuma bertahan lima minit kerana saya teros berubah menjadi sangat baek seperti sang malaikat dari syurga. Ini gara-gara lampu biru berkerdip-kerdip di hadapan, seketol tuboh berseragam puteh berdiri di sebelah kuda putehnya. Ketika lalu di sebelah mamat ini, saya telah memberi senyuman manja. Mungkin kerana kemanjaan senyuman saya, Si Penunggang Kuda Puteh ini tidak layan saya lalu saya berlalu pergi. Cilaka! Sedekah ikhlas ni.

Saya sampai di tempat berlangsungnya majelis makan-makan tepat jam 8.30 malam. Kelihatan para-para pembodek bos sudah sampai lebih awal. Cantek dan kachak para hadirin malam ini. Saya macam biasa berpakaian anak muda - jeans lusoh dan t-shirt hitam. Rambut yang sudah panjang, dibiar bergerbangan - fesyen suami Najib. Saya teros menuju ke meja untok turut serta rakan-rakan sekerja. Berlaboh sahaja bontot ini, saya diterpa olih pelayan lelaki. Saya diberi menu dan pelayan lelaki ini tercegat di tepi saya. Saya meminta masa darinya untok stadi menu yang ada dan dia berlalu pergi. Hilang sahaja pelayan lelaki ini dari pandangan, saya memanggil pelayan perempuan bergetah yang dari tadi berjalan melintasi saya berkali-kali untok tolong saya stadi menu. Saya syak perbuatan melintasi saya berkali-kali itu trik dia untok menarik perhatian saya. Saya tak tahulah apa yang menariknya pada saya.

Saya merenung tajam menembusi menu. Harga dalam menu memastikan saya tidak akan menjejakkan kaki ke dalam restoran ini pada hari-hari biasa. Ini harga untok membocorkan poket saya. Mujorlah malam ini adalah malam anjuran kompeni, olih itu saya langsong tidak hiraukan harga yang tertulis. Lalu saya meminta pandangan si pelayan itu. Si gades pelayan perempuan itu mencadangkan 'steak'. Saya tersenyum. Saya sudah biasa makan steak tetapi akhir-akhir ini kurang gemar. Ini disebabkan kerap kali saya memakannya, daging akan terlekat di celah-celah gigi. Ini masalah serius jika saya semeja dengan gades-gades cun bergetah. Mujorlah semua rakan sepejabat adalah jantan. Olih itu saya memilih steak.

"Beef or Lamb?" tanya sang pelayan comel. Saya meminta Lamb. Apa barang makan daging lembu. Tepi Jalan Plumbum seksyen 7, Shah Alam pon ada. Berderet gerai burger jual daging lembu di situ - kata hati kecil saya. Lagipon, sudah agak lama saya tidak menikmati daging kambing ini. Inilah masanya untok melepaskan rindu di dada. (Lamb Steak adalah makanan paling mahal di situ - kenalah rasa, bila lagi?!). Kahkahkah!


Sampai sahaja makanan saya, saya tidak lagi menoleh ke belakang. Teros sahaja membaham tanpa pedulikan kawan sebelah yang telah meleleh air liur melihat saya yang rakus menyerang daging kambing ini. Kasihan kepadanya kerana tersalah pilih makanan yang tidak sedap. Tetapi jangan harap saya nak hulorkan sedikit. Perot yang berkeronchong dari tengahari maseh berdendang. Perot ini perlu diisi sepenuhnya supaya dapat ketenangan. Penyelia saya pula yang tidak henti-henti berlabon dari tadi tetiba senyap. Saya fikir dia terlopong melihat kerakusan saya, namon tekaan saya silap. Dia sedang fokus membaham dengan rakusnya steak beliau. Oh, begini rupanya cara untok menghentikan beliau dari teros bercakap.

Habis sahaja makanan saya, saya mendapat SMS dari rakan serumah. Menurotnya, saya haros menemaninya untok berjumpa dengan seorang rakan beliau, ejen insurans di sebuah kopitiam. Ini kerana dia ingin mengambil insurans namon maseh belom paham dengan pakej-pakej yang ada. Saya setuju untok menemaninya. Saya menegok sehingga habes Capuccino Shake saya dan teros meminta diri dari rakan-rakan sekerja yang laen. Saya ada misi yang haros diselesaikan - alasan yang saya berikan kepada mereka.

Sampai sahaja di kopitiam, saya sudah lehat sahabat saya ini, Pa'ei sudah bersimpoh dudok di satu sudot. Lalu saya menyertainya. Saya bertanya di manakah sang ejen penjual insurans. Menurot Pa'ei akan sampai sebentar lagi. Lalu kami berbual tapi tak lama. Tiba-tiba sahabat Pa'ei ini muncol. Dia memberi salam dan saya terkaget. Sangat cantek. Sangat anggun. Sangat memukau. Saya sangkakan sahabat Pa'ei ini sejenis jantina dengan saya. Muka saya sudah menjadi blushing-blushing. Sudah terbit sinar di celah-celah senyuman saya. Ok, ini bukan gatal. Ini respon semulajadi.

Pa'ei memperkenalkan saya kepada Ayu. Dia menghulorkan tangan dan saya menyambutnya untok bersalaman. Dan di saat itulah sesuatu keluar dari hidong saya. Saya sangkakan hingus, lalu saya mengelapnya dengan tisu. Ayu melihat saya dengan muka aneh. Pa'ei bermuka pucat dan seakan mahu pengsan. Mereka seperti melihat hantu. Saya melihat tisu. Darah?! Aduh, cilaka. Di saat itu, darah mengalir keluar dari hidong tidak henti-henti. Alamak, ini betol-betol leceh. Saya bergegas ke tandas.

-----

Setelah selesai sessi insurans malam itu, Ayu meninggalkan kami. Pa'ei mula membuka mulut. "Kau ni, jumpa awek hot sikit dah berdarah hidong. Kahkahkah!!!", gelaknya menikam-nikam jantong saya ketika itu. "Bini orang tu." Tambahnya lagi sambil ketawa berdekah-dekah. Lalu saya membalas sedas, "Eh, jantan mana yang nak pengsan tengok darah tadi? Si gades sebelah rilek saja. Kahkahkah!!!" Kami bergelak macam cilaka.

P/S: Daging kambing panas ooo...

Thursday, March 18, 2010

Beg Plastik



Hari ini saya membeli nasi bungkus. Nasi ini saya letak ayam goreng, kuah kari, beberapa urat ulam dan secukup rasa sambal belacan. Saya serahkan kepada gades yang tidak seberapa cun tapi genit dan mengiurkan untuk dibungkus dengan kertas berwarna coklat. Lalu dibungkus pula dengan beg plastik berwarna merah. Saya membayar dan beredar namun sempat kembali menoleh dan menjeling kepada gades genit itu, nasi bungkus saya dan dua nasi bungkus dia lebih kurang saiznya. Saya tersenyum dan beredar.

Saya singgah pula ke gerai minuman. Di sini ada menjual air buah. Air mangga ada. Air tembikai ada. Air Honey Dew (bahasa melayunya apa?) pon ada. Saya memesan air mangga untok dibungkos. Makcik itu membungkos air mangga saya dengan plastik putih ikat tepi seperti biasa. Makcik ini sudah paham dengan kehendak pelanggan tetapnya ini. Kemudian dia meletakkan penyedut minuman. Saya tidak gemar ikat penoh kerana makcik ini pasti akan membungkos pula dengan plastik merah untok memudahkan saya membawa minuman yang dibeli. RM1. Saya bayar kepadanya dan terus menapak menuju ke rumah.

Saya kembali ke rumah. Perot sudah menggigil dengan tahap getaran 4 skala richter. Saya pantas menuju ke dapor bagi mendapatkan pinggan mangkok serta mug kesukaan saya. Kembali ke ruang tamu dan dudok bersila di depan televisyen. Hidop seorang bujang memang begini. Peneman untok bersantap adalah kotak televisyen. Saya sangat gemar jika peneman saya ini bercerita tentang kisah-kisah masakan ketika saya bersantap. Ini secara tidak langsung akan menambahkan selera makan saya.

Saya membaca doa makan sambil mata tidak berkedip melihat chef itu membebel-bebel dalam kotak televisyan. Maaf, saya bukanlah seorang yang pandai memasak. Saya cuma berminat melihat masakan panas yang berasap-asap dan cara masakan itu dihidangkan. Cantik dan menyelerakan. Pabila daging dan rempah ratus dituangkan ke dalam kuali yang berisi minyak panas, maka terbitlah irama indah. Pantas membangkitkan nafsu berahi saya. Aroma nasi bungkos saya ini pula menikam kalbu bak seperti dalam kotak televisyen itu.

Ketika saya dibawah paras sedar, nasi bungkos ini telah habis ditelan. Saya enggan percaya bahawa diri ini mampu menghabiskan nasi bungkos itu. Kebiasaannya saya gagal puas dengan hanya satu nasi bungkos sahaja. Saya suspek saya telah dipukau atau diguna-guna. Namon saya cuma seorang diri dalam rumah ini. Peneman saya cuma sebuah kotak televisyen. Saya kembali waras setelah kesangsian saya ini langsong tidak berasas.

Saya mengemas sisa-sisa makanan dan membungkos ke dalam plastik merah yang saya dapat percuma ketika membeli nasi itu tadi. Pinggan dan mug diangkut bersama dan dibawa menuju ke dapor. Saya membuang plastik merah yang berisi sisa makanan itu ke dalam tong sampah. Saya merenung ke tong sampah itu. Rasa saya baru 3 hari lepas saya buang sampah dari tong ini. Tapi kini penoh. Penoh sehingga hampir melimpah keluar. Semuanya dipenuhi plastik-plastik. Plastik yang sukar dicerna di perot bumi sehingga menghasilkan pencemaran yang menjadi-jadi.


Saya merasa bersalah kerana saya adalah salah seorang penyumbang ketidakstabilan eko-sistem semulajadi planet ini. Saya rasa bersalah kepada penyu kerana telah membiarkan penyu tersalah anggap plastik itu adalah obor-obor makanannya. Padahal saya telah berjanji dengan diri ini akan menyelamatkan planet ini dari toksik-toksik plastik ini dahulo.

Saya membasoh tangan dan pinggan yang digunakan. Saya rasa mulai esok saya akan membawa pinggan dan mug saya sendiri ketika membeli belah nasi bungkos. Saya kembali tersenyum sambil terkenangkan nasi bungkos tanpa beg plastik gades genit itu. Tolong jangan burok sangka.

Saturday, January 30, 2010

Mestikah

Mestikah ada yang laen?
Pabila saja cukop sifatnya,
Pabila saja cukop pekertinya,
Pabila saja cukop ilmunya.

Mestikah ada yang laen?
Saat kau perlukan bimbingannya,
Saat kau idamkan belaiannya,
Saat kau mimpikan ayu wajahnya.

Mestikah ada yang laen?
Karena dialah satu-satunya penenang hatimu.
Rela hidopnya susah demi kesenangan hidopmu.
Terima kaseh tak terhingga...
Untok ibumu.

p/s: khas untok kanak-kanak lelaki penjual kismis yang saya temui di gerai makan damansara. TQ!

Cerialah!

Search This Blog