Total Pageviews

Showing posts with label geli-geli. Show all posts
Showing posts with label geli-geli. Show all posts

Wednesday, October 13, 2010

Berat Mata Memandang..,


Kepala bana apa ini? Bukan tikar buloh. Bukan. Itu cuma latarbelakang saja. Jangan jadi bebal. Tapi menatang besi berat yang kaler hitam putih tu. Itu sebenarnya orang selalu panggil Dumbell.

Apa masalahnya dumbell dengan saya? Banyak. Dia telah membuat saya keras. Cilaka. Nak bengkokkan lengan pon dah payah. Awek pelok lengan pon tak hingin - katanya dah macam batu - tidak lagi seperti tilam lembut macam dulu. Kembang kempis hidong saya. Ternyata dengan hanya mengeraskan lengan, saya bolih mengelakkan dosa - tiada lagi pelok-pelok lengan. Bagus kan?

Baru-baru ini panggilan gua telah memaksa saya menggunakan khidmat beliau dengan lebih kerap. Nyata tidak sia-sia. Kini lengan saya tidak ubah seperti lengan Brock Lesnar - sila jangan keliru antara saya dan dia bila selisih nanti. Lagi sekali kembang kempis hidong saya.

Satu hari, saya telah melepak dengan beberapa rakan-rakan lama. Dengan lengan keras ini saya telah berjalan mengepak. Apabila melepak bersama kawan-kawan, saya merasa bangga. Cuma setelah beberapa minit melepak, terdengar suara sumbang menyapa:

"Did, makin besar perot kau. Hati senang ke?" Aduh! menusok hulu jantong.

Sedarlah saya lengan yang keras sahaja tidak mencukopi! Perot juga yang akan orang perhati. Cilaka!

Monday, July 5, 2010

Kini Saya Yakin!

JAKARTA: Keputusan sama ada polis akan menjadikan Luna Maya dan Cut Tari sebagai tertuduh kes klip video lucah vokalis Peterpan, Ariel, akan diputuskan minggu ini. Ketua Perhubungan Awam Polis Indonesia, Marwoto Soeta, berkata keputusan itu bergantung kepada hasil siasatan kes berkenaan yang dibuat sejak dua minggu lalu.

“Ya, mungkin status mereka akan dinaikkan sebagai tertuduh,” katanya, semalam.

Sebelum ini, polis menyatakan, ujian fizikal ke atas Ariel, Cut Tari dan Luna Maya dilengkapkan dan ketiga-tiga mereka memiliki banyak persamaan dengan watak dalam klip video menggemparkan itu.

Apabila ditanya sama ada identiti ketiga-tiga mereka memang pada paras 99 peratus, Marwoto berkata, kini polis yakin untuk menambah 0.9 peratus lagi. - Agensi

P/S: Setelah menyiasat dan meneliti video klip mereka semalaman, saya ingin menambah lagi 0.09 peratus! Kahkahkah! (hebat matematik polis indon ni)

Thursday, May 27, 2010

Pendek.


Hidop ini pendek. Cinta yang agong sentiasa kantoi. Nikmatilah sepenohnya asalkan amalan dunia akhirat seimbang. Kahkahkah!

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Imam__8216_simpan__8217_kekasih/Article

p/s: Oih! Oih!...jangan baca dengan serius, nanti otak kau mandol!

Saturday, April 10, 2010

Budi Bahasa Budaya Kita


Seminggu ini amat memenatkan. Setiap hari balik memburoh, saya akan terlelap sehingga terbit mentari. Hari-hari memburoh melesukan saya. Rumah bersepah-sepah. Tiada masa untok mengemas. Hari minggu adalah saat yang tepat untok mengemas. Rupa yang masam berubah menjadi ceria apabila melihat rumah siap dikemas dan cantik.

Sekarang tiba masa untok bersenang-lenang pula. Dudok bersimpuh di hadapan laptop. Tangan kiri memegang henpon Soni-E yang sudah genap setahon usianya. Saya men'gigibiru'kan gambar dari henpon ke laptop. Tolong jangan burok sangka. Tiada bahan-bahan terlarang dalam henpon ini. Masih suci. Jika tidak percaya, tanya saya.

Klik...Klik...Klik...

Saya ternampak sebiji gambar. Modelnya tidaklah secun Maria Sharapova dan tidaklah sekacak Zed Zaidi (apehal plak terlintas nama mamat nih dalam kepala hotak aku?). Model ini juga bukan secanggih model ekonomi baru. Modelnya jauh lebih comel dari mereka semua. Model tersebut adalah Ijat dan adiknya, Nia. Agak lama usia gambar ini. Diambil ketika abang saya, Man berkahwin di Kuala Lumpor bulan Januari lalu. Kerana kesibokan saya, gambar ini tidak sempat di muatnaik ke mukabuku. Pasti Ijat mahu melihat gambar ini. Agak lama juga tidak menalipon ke kampong.

Lalu dengan sepantas kilat, saya memukol talipon untok bercakap dengan Ijat. Pasti dia akan terlompat mendengar panggilan talipon dari Ayah Did ini.

"Helo?" saya memulakan panggilan.
"Wa'alaikom salam!" Ijat menjawab.

Kahkahkah...saya tergelak. Cis! Sunggoh beradab saya ini. Lalu saya membetolkan kembali pertuturan saya.

"Assalamualaikom, Ijat." Saya memberi salam.
"Wa'alaikom salam, masuklah!" jawab Ijat tergelak-gelak.

Cis! Dua kali terkena dengan anak buah sendiri. Gua rasa pasni nak SMS jek la!

Tuesday, January 12, 2010

Kalau

Kalau lah betol punggok rindukan bulan,
Kalau lah benar menunggu kucing itu bertandok,
Kalau lah dapat menduga kail panjang sejengkal,
Kalau lah pasti sapi akan beri susu punya nama.

Kalau lah aku tidak buat ini...
pasti aku akan...

Kalau lah dia maseh di sini...
pasti dia akan...

Kalau lah ia tidak terjadi...
pasti ia tidak akan...

Kalau lah...
Tolong jangan guna perkataan ini.
Ia membuat anda jaoh berangan.
Ia adalah lambang penyesalan.

Cerialah!

Sunday, January 10, 2010

Ikut-ikut

"Did...jangan lupa bagi kad jemputan kahwin Abang Man pada kawan-kawan."
Itu pesanan terakhir bonda saya sebelom saya meletakkan telefon.

Apabila saya melehat saudara-saudara kandong saya berkahwin, saya rasa juga terdorong untok melakukan perkara sama. Dan dalam masa kurang sebulan, akan tinggal saya saorang yang maseh belom berkahwin dalam keluarga Haji Kadri. Apakah yang menghalang saya untok berkahwin? Sehingga kini maseh tiada jawapan yang pasti. Kerap kali ibu bapa saya menujukan soalan berbentok demikian kepada saya. Mungkin saya bolih memberi alasan saya maseh belom mempunyai pengganti Maya Karin. Tapi akhirnya pasti saya kena luku di kepala. Tetapi di dalam hati, saya sangat terpengaruh untok kahwin pada masa sekarang.

Saya maseh teringat pada zaman saya kecil dahulu. Kecil dan comel. Waktu itu sedang rancak dengan permainan Tamiya. Tamiya adalah permainan kereta yang digerakkan dengan motor berkuasa bateri AA dan bolih diubahsuai setiap komponen kereta tersebut. Permainan Tamiya ini menjadi kegilaan rakan-rakan taman perumahan saya. Jika melepak di bawah pokok mempelam, pasti terbit isu-isu Tamiya dari mulut-mulut samseng Taman Bukit Sekilau. Motor ini lajulah, Tayar itu kurang kenyallah, Kena tambah pemberatlah, Body kurang mantollah. Saya hanya mampu melopong ternganga sambil mulut penuh dengan buah mempelam.


Olih kerana saya kerap disemai dengan isu-isu Tamiya ini, maka dengan secara sengajanya saya telah terpengaroh. Saya telah membeli kereta Tamiya. Dan atas nasehat-nasehat tidak rasmi rakan-rakan, saya telah berjaya mengubahsuai kereta tersebut. Saya berbangga kerana saya telah berjaya menjadi mekanik muda yang berjaya memiliki kereta paling laju pada waktu itu. Pada sangka saya, pasti awek paling top di SRK Sultan Abdullah akan tergoda kerana saya memiliki kereta seumpama itu. Namun itu cuma angan-angan bodoh saya, kerana beliau cuma berminat dengan KRU dan 4u2c sahaja. Langsong tidak pandang saya mahupon kereta mantol saya itu. Mungkin silap saya kerana tidak lekatkan stiker muka Norman atau AC Mizal pada body kereta saya.

Apabila saya meningkat remaja, kekanda saya telah membeli CD permainan komputer buat pertama kalinya. Kotaknya gedabak besar tetapi di dalamnya cuma ada 2 CD dan ia berharga RM99. Waktu itu permainan komputer sangat mahal. Kebanyakan rakyat maseh belom celik IT. Oleh kerana itu, lanun-lanun cetak rompak belom berleluasa. Kekanda saya ini cuma mampu membeli yang original tanpa banyak pilihan. Saya merasa pelik mengapa kekanda saya ini sanggop menghabiskan duit membeli haramjadah ini. Namon fikiran saya pantas berubah. Melihat kekanda-kekanda saya kusyuk bermain membuatkan saya tergoda. Grafik cantik. Mudah dikawal. Bolih buat skill.

FIFA '96. Ketika itu Roberto Baggio menjadi idola saya. Bukan lagi Zulhamizan Zakaria. Sekelip mata permainan video ini menjadi kegilaan kami adik beradik. Siang malam kami bersengkang mata hanya semata-mata untok menjuarai Serie A, EPL, Bundesliga, Spanish League, SPL dan Liga Perdana Malaysia. Paling gempak pernah kami buat ialah Malaysia memenangi Piala Dunia. Salleh, D dan Hassan, Z menjadi wira.


Apabila dikenang kembali, betapa mudahnya saya terpengaruh. Sebab itulah apabila saya melalui peredaran zaman, saya melihat berbagai-bagai pengaruh dalam masyarakat kita. Sedikit masa dahulu masyarakat kita dipengaruhi skaters, ada juga pengaruh Skinhead dan geng Oi. Tak ketinggalan pengaruh HipHop. Dan tak lama dahulu kita juga pernah ada pengaruh Shuffle.
Itu adalah contoh sempit pengaruh-pengaruh anak muda di negara kita. Dan melehat segala bentok pengaruh-pengaruh ini muncol saling berganti, membuatkan saya tersenyum.

Saya tersenyum kerana saya yakin ada ruang untok anak-anak muda kita berkarya tetapi ruangnya terhad. Maseh ada ruang untok mereka berpadu-padu tetapi disekat-sekat. Maseh ada idea dan kreativiti tetapi kerap diganggu gugat. Dan hasilnya mereka cuma mampu mencedok pengaruh-pengaruh barat untok dieksperimentasi dalam budaya hidop mereka. Ia akan muncol seketika dan kemudian lenyap.

Dengan segala bentok sekatan yang wujod ini telah membataskan idea-idea gila dan kreatif anak-anak muda ini. Kerap kali saya membayangkan apakah akan terjadi jika segala bentok pemikiran anak-anak muda ini jika dibiarkan bebas. Dan apa pula akan terjadi jika segala bentok pemikiran anak-anak mida ini jika disekat terus.

Ini kerana daripada permainan Tamiya, saya telah berminat menjadi Jurutera. Ia berjaya mencungkil minat sebenar saya. Saya telah mendalami ilmu kejuruteraan. Dan saya yakin dengan karier saya sekarang.

Dari kerana permainan FIFA96 pula, saya telah aktif bermain bolasepak. Saya bercita-cita menjadi pemain kebangsaan sebagai karier kedua saya dan beraksi sangat aktif di padang pada zaman persekolahan. Dan kini akhirnya memiliki fizikal yang sehat tanpa tidak sengaja.

Olih itu, yakin dengan setiap perkara yang kita ingin lakukan akan ada pengakhiran yang positif.

Cerialah!

Saturday, December 26, 2009

Hidup Orang Bujang...

Malam ini sangat dingin. Bertenggek dihadapan TV, aku hanya ditemani secawan nescafe.
Lalu aku terkenang satu kisah. Ini kisah zaman aku bergelar siswazah.

Malam ini aku tercokoh depan TV.
Cerita tidak menarik. Bosan.
Di ruang tamu itu hanya tinggal aku dan Madi.
Rakan lain sudah lama tertewas di kamar masing-masing.
Hajat dihati mahu stadi untok test esok hari.
Tapi lain terjadi apabila sudah melekat di depan TV.

Hujan mula turun mencurah-curah.
Aku matikan TV dan terus menuju ke dapor.
Aku perlukan sesuatu untok terus berjaga. Aku kena stadi. Aku tekad.
Mata sempat menjeling ke rakan serumah aku, Madi.
Mata dipejam, kepala melentok-lentok, suaranya bernyanyi-nyanyi kecil.
Kusyuk bermain gitar ala-ala Ahmad Dhani dari kumpulan dewa.
"Patotlah hujan", hati kecilku berkata.

Aku mula selongkar segala bekalan di dapor.
Akhirnya aku berjaya menemui biskut kering.
Air dijerang. Tujuannya untok membancoh Nescafe O.
Nescafe O ini wajib dinikmati bersama biskut kering ini.
Orang bujang diharuskan makan biskut kering yang dicelop ke air nescafe O.
Ini bukan ajaran mana-mana mazhab tapi tradisi orang bujang.
Stim makan biskut kering yang dicelop nescafe ini lain macam...dan hanya orang bujang tahu nikmatnya.

Siap air dijerang, aku bancoh nescafe O.
Di rumah ini, aku adalah pakar membuat Nescafe O.
Ini bukan cerita tipu. Cerita ini diakui olih rakan serumah yang lain.
Sehingga kini mereka ketagih air nescafe o ciptaan aku ini.
Mungkin sudah bakat semulajadi aku.

Aku kembali ke ruang tamu.
Duduk bersila mengadap Madi.
Perlahan-lahan aku hirop air Nescafe O yang sedang berasap itu.
Madi yang sedang kusyuk bermain gitar dari tadi mula rasa terganggu.
Dia berhenti bermain gitar dan mula menegur aku.

"Kau dah abis stadi?", soal Madi buat-buat tak tahu.

"Belom. Tu pasal aku buat Nescafe O nih." jawab aku.

Aku sekali lagi menghirop air yang panas mendidih itu.

"Aku kalau minom ni, komfem tak tido." tambah aku lagi bagi meneruskan borak-borak kosong dengan Madi.

Madi menjeling tajam dengan wajah serius pada aku.

"tapikan..." kata Madi. Jelas beliau ingin meneruskan borak untok menghilangkan kebosanan malam kami.

"Aku terbalik. Aku kalau tido, komfem tak minum ni!"

Aku bingkas bangun dan terus menuju ke bilik. Cilaka! Borak dengan kau memang aku terasa bodoh.
Dah tidor, memang la tak boleh minum!

Malam itu, aku tak stadi. Tidur lagi syok.
Madi kembali memelok gitarnya. Mata dipejam, jari memetik gitar.
Bibirnya terukir senyuman.
Dia puas. Aku terkena.

Friday, November 6, 2009

Di Sebalik Itu...

Malam yang tidak rancang. Malam itu aku ke rumah teman yang maseh teruna.
Pertemuan dengan sahabat lama ini menghadirkan idea untok berpeleseran dengan saorang gades.
Lalu dengan pantas berdesup kami roger-roger dan terus mengambilnya di rumah.
Pot peleseran kami kali ini adalah satu pot yang 'rare' bagi keramaian. Rasta.
Cantik. Menarik. Pemandangan indah-indah saja. Kadang-kadang meleleh juga.
Kahkahkah!

Setelah bontot berlaboh, kami membuka cerita.
Menurut gades ini beliau akan menghadiri satu parti.
Parti ini bukan parti liar.
Parti ini parti formal.
Parti ini ada kod berpakaian.

Menurut gades cun bergetah ini, parti itu adalah parti bertopeng.
Parti bertopeng bukanlah parti politik yang baru muncol selepas hujan.
Parti ini dianjorkan olih majikan saorang lagi teman beliau.
Tolong jangan buat spekulasi liar. Selalulah bersangka baik dan bergosip jinak.
Parti ini adalah aktiviti formal tahunan.

Aku dan sahabat yang masih teruna ini terfikir idea nakal.
Kami ingin turut serta. Namun hampa. Ia parti persendirian.
Idea nakal tidak dapat diteruskan, tapi tidak mengapa.
Ia tidak sesekali menghalang kenakalan kami.

Gades cun bergetah ini sedia menolong.
Biarpon kami tidak hader, namun kami maseh bolih bernakal-nakal.
Katanya beliau akan siap sedia pen dan kertas bagi mengutip nombor-nombor talipon gades-gades cun bergetah di sana nanti.

Tersenyum lebar kami.
Hati mulai berbunga-bunga.
Mata pula bersinar-sinar penuh harapan.
Ini sudah bagus!

Selesai berdiskusi panjang dan perot sudah mula kembong, kami pon memulangkan gades ini ke pangkal jalan. Hajat sememangnya nak pulangkan terus ke pintu rumah tapi kerana kami risau mulot-mulot makcik akan berskandal kurang senonoh maka di pangkal jalan sahajalah kami pulangkan gades ini.

Selesai hantar gades ini, aku dan rakan teruna ini mula memasang impian.
Siapakah bakal gades yang akan kami berkenalan nanti.
Apakah gades itu Jessica Alba? atau Angelina Jolie barangkali?
Meleleh brader!

Sedang syok kami berfantasi...kami tersedar dari lamunan.
Parti itu parti bertopeng. Topeng menghalang keindahan wajah gades-gades disitu nanti.
Untok mendapat yang bergetah, itu bolihlah diukur-ukur nanti.
Tapi bagaimana si gades kenalan kami ini bolih bekalkan kami gades-gades yang berwajah bidadari?
Bagaimana kalau gades itu memakai topeng Jessica Alba? Pasti dia akan tertipu.
Bertopeng biasanya menutop kecacatan. Bukan kecantikan.

Aduh, potong stim!
Hampa jua kami malam itu.

Pesanan ringkas: bertopenglah untok kesihatan, gelombang kedua H1N1 akan tiba. Kahkahkah!

Cerialah!

Search This Blog