Total Pageviews

Monday, May 31, 2010

Terlebih sudah!

Indahnya dunia ini pabila mata menjadi saksi.
untok bayi membesar menjadi anak kecil. ε(•̃.•̃)з
untok anak kecil menjadi anak remaja. ٩(͡๏̯͡๏)۶
untok anak remaja menjadi anak muda. ٩(-̮̮̃-̃)۶
untok anak muda mendobrak dunia. ٩(-̮̮̃•̃)۶

Runtoh kini air mata bercucuran.
Bantuan dinanti tidak kesampaian.
Tangan terketar-ketar menadah doa.
Kerna hari besok belom pasti kunjong tiba.


Sempatkah bayi ini membesar?
Sempatkah anak kecil bergurau senda?
Sempatkah anak remaja bercinta lara?
Sempatkah anak muda mengubah dunia?
Pabila rejim tiada ihsan menzalimi manusia.

Kini doa digarap.
Harapan dicoret.
Mimpi dilayar.
Untok kita bersatu.
Tolonglah, Sang pencinta!

Rileks la, brader!

Thursday, May 27, 2010

Pendek.


Hidop ini pendek. Cinta yang agong sentiasa kantoi. Nikmatilah sepenohnya asalkan amalan dunia akhirat seimbang. Kahkahkah!

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Imam__8216_simpan__8217_kekasih/Article

p/s: Oih! Oih!...jangan baca dengan serius, nanti otak kau mandol!

Wednesday, May 19, 2010

Dua dunia berbeda

Satu lagi hari yang memenatkan. Berlaboh di rumah tepat jam sepuloh malam. Saya kehabesan tenaga lalu teros terdampar atas katil - langsong tidak menyalin jersi kerja. Katil ini adalah satu-satunya tempat paling stim dalam rumah ini. Tempat paling tenang yang mampo saya perolehi dalam kehidopan sesak kota elit ini. Sekelip mata pandangan saya hitam.

...

KAHKAHKAH!! Saya terjaga. Keriuhan penghuni membangkitkan saya. Saya tercari-cari henpon. Kebiasaannya saya letakkan di tepi bantal. Alamak, ini Jessica Alba. Henpon yang dicari, Jessica Alba yang ketemui. Saya berpaling perlahan-lahan, takot-takot Jessy (panggilan manjanya) terjaga lalu cari pula di sebelah kiri saya - jumpa. Saya perhatikan jam di henpon. Celaka! Baru saja 3 jam saya tertidor. Kejadah apa yang mereka riuhkan itu. Bikin saya panas hati.

Saya bangkit dari tempat beradu. Dengan lenggok lemah gemalai, saya menuruni anak tangga. Saya yakin lenggok inilah yang Naomi Campbell tercari-cari selama ini. Lenggok yang bakal memukau mata dunia - pada hemat saya. Di ruang tamu kelihatan susok tuboh rakan-rakan serumah sedang bergelak ketawa. Ada 5 ketol tuboh maseh berjaga rupanya dan kesemuanya adalah siswazah tahon akhir. Saya memaparkan muka yang ketat. Rakan-rakan rumah tidak mengendahkan muka saya dan teros mengekek mengalahkan Maya Karin yang memegang watak Harum Sundal itu. Saya tersinggung. Mereka langsong tidak menghormati sentiviti perasaan dan jiwa saya. Apatah lagi tidak memuji muka saya yang kacak ketika bangun tidor. Lalu saya bertanya dengan serius kepada mereka.

"Kenapa?"

Mereka maseh bergelak ketawa berguling-guling. Seorang rakan menghulorkan sebijik buku berkulit tebal dengan linangan ayer mata. Saya menyambotnya tanpa soal. Tertulis di situ "Corrosion and Materials Analysis by Hazrin". Mustahil mereka bolih ketawa kerana membaca buku ini? Ini bukan Majalah Ujang. Ini bukan Majalah Gila-gila. Ini juga bukan Utusan Malaysia. Ini buku ilmiah - sesuatu yang serius dan perlu penumpuan penoh untok mendalami isi kandungannya.

"Kenapanya?" Saya bertanya penoh kebingungan.

"Coba kau baca." Pinta sahabat yang juga sang empunya buku tadi dengan nada tersekat-sekat. Geli hati tak habes lagi agaknya. Ketawa macam orang gila. Nak bermuka awet muda bukan ini caranya, getus hati kecil saya.

Gelak tawa rakan-rakan rumah kembali reda. Mereka kusyuk memerhati saya sambil mengesat ayer mata. Saya tidak mempedulikan mereka dan teros membaca tajok muka hadapan. Kemudian saya selak muka kedua. Saya membaca dengan tekun. Saya selak lagi dan baca. Saya terasa tidak puas hati lalu kembali baca ke mukasurat dua. Selak semula ke muka surat tiga dan baca. Muka surat seterusnya saya cuma membaca sekali imbas - tak laratlah. Membaca kajian yang tidak sama langsong dengan majalah Mangga. Kalau ada gambar-gambar gades mungil mungkin saya gagahkan juga baca sehingga ke mukasurat akhir - tetapi jelas harapan saya gagal. Akhirnya saya cuma selak satu persatu sehingga habes. Tutop. Khalas.

Semua rakan-rakan rumah kembali senyap. Mereka menantikan komen saya. Dengan tenang saya melafazkan...

"Sodokollah hul azim..."

KAHKAHKAH!! Rumah kembali dengan gelak yang lebih kuat dari sebelomnya. Mereka berguling-guling pecah perot dengan komen saya. Serius macam cilaka Projek Akhir Tahon kau, Yeen. Aku ingat baca Muqaddam tadi.

Saya dengan muka tanpa perasaan menaiki tangga. Saya ingin menuju kembali ke syurga sementara saya. Esok perlu memburoh lagi - membiarkan mereka dengan dunia keriangan mereka.

P/S: Tuan Kedai Potostet, kau memang kejam! Camana hardcover buku bolih terbalek?

Saturday, May 15, 2010

Malam Yang Panas!

Perot berkeronchong - sehingga sekarang saya gagal mencari solusi mengapa irama keronchong dan perot sukar dipisahkan. Saya mempunyai waktu makan yang tidak konsisten. Olih itu, tahap makanan yang mengisi di dalam perot gagal disukat seperti motor kapchai C70 yang rosak meter minyaknya. Saya syak seseorang telah membedah saya lalu meletakkan buzzer di perot saya bagi menggantikan meter - mungkin lebih kool. Buzzer yang canggih ini akan mengeluarkan lagu keronchong yang dilengkapi vibrasi apabila lapar. Kerap kali saya mengusap perot dengan harapan dapat mematikan buzzer ini - tapi jelas gagal. Namon saya bersyukor kerana perot saya tidak diletakkan lampu yang berkerlip-kerlip seperti di dada ultraman. Saya bukan seorang yang fancy.

Kelaparan akan membuatkan saya tidak senang dudok. Tidak senang dudok bukan kerana bontot berkurap tetapi kerana hati saya gelisah. Otak saya tidak akan fokus. Tenaga akan habis - tenaga yang habis biasanya akan saya cas dengan tidor. Tetapi ini waktu memburoh, tidor ketika memburoh adalah satu sifat keji. Pasti saja akan dispelet dahi saya ini olih bos. Sebab itu saya menjadi pemburoh yang amanah. Masa-masa yang ada haros diisi dengan menyiapkan setiap tugasan diberi. Tolong calonkan saya sebagai pekerja contoh.

Saya menapak ke pantri. Di pantri ini dilengkapi dengan alat-alat asas masakan seperti pemanas air, pisau dan mangkok-mangkok hayun. Mujor sahaja ia tidak dilengkapi dengan dapor gas. Jika tidak, sudah tentu saya akan memasak Char Kuey Teow bagi mengalas perot ini. Sila jangan sangsi dengan kemahiran memasak saya. Memasak adalah kawan baek saya. Biarpon saya cuma kerap memasak mi kari segera, tetapi saya juga mahir dalam masakan. Sehingga kini saya telah berjaya menguasai 5 jenis masakan yang berteraskan Mi. Setiap nama dalam resipi masakan saya mempunyai perkataan 'Segera'. Kini saya faham kenapa bonda saya kerap membebel suroh cepat kahwin. Masakan isteri bukan sahaja bolih mengenyangkan perot suami, tetapi memberi semangat dalam menghadapi hari yang sukar. Oh, rasa macam mahu kahwin saja esok.

Di pantri, saya godeh air tongkat ali. Semerbak bau tongkat ali di awangan apabila air panas dicurah. Sehingga menusok hidong. Hidong saya senak tapi cuma sebentar. Saya kembali ke meja saya. Kerja perlu disiapkan awal kerana malam ini kompeni saya ini akan menganjurkan majelis makan-makan. Ia bersempena pengiktirafan ISO. Majelis makan-makan ini juga punca mengapa saya tidak makan tengahari pada hari ini. Perot yang kosong dapat memberi ruang yang lebih untok membaham sesuka hati pada malam nanti. Saya teroskan kerja saya.

Pada sebelah malamnya, saya telah menunggang dugong hitam saya dengan pantas. Mencilok-cilok kereta laen seperti biasa. Saya yakin sebakol maki-hamon telah dibekalkan kepada saya - hadiah daripada pengguna jalanraya yang lain. Saya buat muka selamba kerana saya juga bayar cukai jalan. Malangnya sikap bongkak saya ini cuma bertahan lima minit kerana saya teros berubah menjadi sangat baek seperti sang malaikat dari syurga. Ini gara-gara lampu biru berkerdip-kerdip di hadapan, seketol tuboh berseragam puteh berdiri di sebelah kuda putehnya. Ketika lalu di sebelah mamat ini, saya telah memberi senyuman manja. Mungkin kerana kemanjaan senyuman saya, Si Penunggang Kuda Puteh ini tidak layan saya lalu saya berlalu pergi. Cilaka! Sedekah ikhlas ni.

Saya sampai di tempat berlangsungnya majelis makan-makan tepat jam 8.30 malam. Kelihatan para-para pembodek bos sudah sampai lebih awal. Cantek dan kachak para hadirin malam ini. Saya macam biasa berpakaian anak muda - jeans lusoh dan t-shirt hitam. Rambut yang sudah panjang, dibiar bergerbangan - fesyen suami Najib. Saya teros menuju ke meja untok turut serta rakan-rakan sekerja. Berlaboh sahaja bontot ini, saya diterpa olih pelayan lelaki. Saya diberi menu dan pelayan lelaki ini tercegat di tepi saya. Saya meminta masa darinya untok stadi menu yang ada dan dia berlalu pergi. Hilang sahaja pelayan lelaki ini dari pandangan, saya memanggil pelayan perempuan bergetah yang dari tadi berjalan melintasi saya berkali-kali untok tolong saya stadi menu. Saya syak perbuatan melintasi saya berkali-kali itu trik dia untok menarik perhatian saya. Saya tak tahulah apa yang menariknya pada saya.

Saya merenung tajam menembusi menu. Harga dalam menu memastikan saya tidak akan menjejakkan kaki ke dalam restoran ini pada hari-hari biasa. Ini harga untok membocorkan poket saya. Mujorlah malam ini adalah malam anjuran kompeni, olih itu saya langsong tidak hiraukan harga yang tertulis. Lalu saya meminta pandangan si pelayan itu. Si gades pelayan perempuan itu mencadangkan 'steak'. Saya tersenyum. Saya sudah biasa makan steak tetapi akhir-akhir ini kurang gemar. Ini disebabkan kerap kali saya memakannya, daging akan terlekat di celah-celah gigi. Ini masalah serius jika saya semeja dengan gades-gades cun bergetah. Mujorlah semua rakan sepejabat adalah jantan. Olih itu saya memilih steak.

"Beef or Lamb?" tanya sang pelayan comel. Saya meminta Lamb. Apa barang makan daging lembu. Tepi Jalan Plumbum seksyen 7, Shah Alam pon ada. Berderet gerai burger jual daging lembu di situ - kata hati kecil saya. Lagipon, sudah agak lama saya tidak menikmati daging kambing ini. Inilah masanya untok melepaskan rindu di dada. (Lamb Steak adalah makanan paling mahal di situ - kenalah rasa, bila lagi?!). Kahkahkah!


Sampai sahaja makanan saya, saya tidak lagi menoleh ke belakang. Teros sahaja membaham tanpa pedulikan kawan sebelah yang telah meleleh air liur melihat saya yang rakus menyerang daging kambing ini. Kasihan kepadanya kerana tersalah pilih makanan yang tidak sedap. Tetapi jangan harap saya nak hulorkan sedikit. Perot yang berkeronchong dari tengahari maseh berdendang. Perot ini perlu diisi sepenuhnya supaya dapat ketenangan. Penyelia saya pula yang tidak henti-henti berlabon dari tadi tetiba senyap. Saya fikir dia terlopong melihat kerakusan saya, namon tekaan saya silap. Dia sedang fokus membaham dengan rakusnya steak beliau. Oh, begini rupanya cara untok menghentikan beliau dari teros bercakap.

Habis sahaja makanan saya, saya mendapat SMS dari rakan serumah. Menurotnya, saya haros menemaninya untok berjumpa dengan seorang rakan beliau, ejen insurans di sebuah kopitiam. Ini kerana dia ingin mengambil insurans namon maseh belom paham dengan pakej-pakej yang ada. Saya setuju untok menemaninya. Saya menegok sehingga habes Capuccino Shake saya dan teros meminta diri dari rakan-rakan sekerja yang laen. Saya ada misi yang haros diselesaikan - alasan yang saya berikan kepada mereka.

Sampai sahaja di kopitiam, saya sudah lehat sahabat saya ini, Pa'ei sudah bersimpoh dudok di satu sudot. Lalu saya menyertainya. Saya bertanya di manakah sang ejen penjual insurans. Menurot Pa'ei akan sampai sebentar lagi. Lalu kami berbual tapi tak lama. Tiba-tiba sahabat Pa'ei ini muncol. Dia memberi salam dan saya terkaget. Sangat cantek. Sangat anggun. Sangat memukau. Saya sangkakan sahabat Pa'ei ini sejenis jantina dengan saya. Muka saya sudah menjadi blushing-blushing. Sudah terbit sinar di celah-celah senyuman saya. Ok, ini bukan gatal. Ini respon semulajadi.

Pa'ei memperkenalkan saya kepada Ayu. Dia menghulorkan tangan dan saya menyambutnya untok bersalaman. Dan di saat itulah sesuatu keluar dari hidong saya. Saya sangkakan hingus, lalu saya mengelapnya dengan tisu. Ayu melihat saya dengan muka aneh. Pa'ei bermuka pucat dan seakan mahu pengsan. Mereka seperti melihat hantu. Saya melihat tisu. Darah?! Aduh, cilaka. Di saat itu, darah mengalir keluar dari hidong tidak henti-henti. Alamak, ini betol-betol leceh. Saya bergegas ke tandas.

-----

Setelah selesai sessi insurans malam itu, Ayu meninggalkan kami. Pa'ei mula membuka mulut. "Kau ni, jumpa awek hot sikit dah berdarah hidong. Kahkahkah!!!", gelaknya menikam-nikam jantong saya ketika itu. "Bini orang tu." Tambahnya lagi sambil ketawa berdekah-dekah. Lalu saya membalas sedas, "Eh, jantan mana yang nak pengsan tengok darah tadi? Si gades sebelah rilek saja. Kahkahkah!!!" Kami bergelak macam cilaka.

P/S: Daging kambing panas ooo...

Wednesday, May 12, 2010

Sila Temuramah Saya!

Saya tetiba tergedik dengan benda alah ini. Tolong jangan burok sangka. Saya cuma mencoba praktis untok menjawab soalan-soalan wartawan yang suka terjah-terjah apabila terkenal nanti. Maklomlah, kekaseh gelap Di. Siapa Di? Diana Danielle. Kahkahkah!

Tolong rujuk hompej ini:

http://formspring.me/hanggokan

P/S: Gediks...gediks...

Thursday, May 6, 2010

Hari Hol!


Besok adalah hari cuti bagi rakyat Pahang dan Johor. Saya amat jeles dengan penduduk Pahang dan Johor. Biarpon saya adalah warganegeri Pahang jati yang lahir di Kuantan pada tahon 1983, tetapi saya gagal menuntot Hari Hol ini dari majikan saya. Biarpon hati ini luka pedih jiwa berdarah kerana gagal menuntot Hari Hol, saya redha. Ini lumrah dunia pemburoh seperti saya yang merantau di dunia Selangor. Lumrah dunia kapitalis yang mana sang majikan mengerah tenaga pemburoh murahan bagi mencipta keuntungan maksima.

Saya pada mulanya ingin terus menuntot hak saya sebagai warga Pahang untok turot bersama meraikan hari hol ini namon hasrat itu terbantot. Ini kerana saya sendiri kurang pasti apakah maksud Hari Hol itu. Kekantoian daya ilmu pengetahuan saya ini pasti akan membuatkan majikan saya tergelak berguling-guling kelak. Pasti di benak fikiran mereka kejadah apa Hari Hol itu beriya dituntot jika saya sendiri tidak tahu tujuannya. Setelah agak lama termenung, saya nekad untok merungkai misteri ini. Lalu menapaklah saya bagi mencari sebuah jawapan.

Demi untok tidak dijadikan bahan lawak murahan, saya telah pergi ke kedai mini Bismi dan mencari kamus dewan namon gagal. Menurut macha di situ, hanya bahan bacaan majalah Hai, Pop, Kau dan Aku Kecundang Akhirnya dan sewaktu dengannya sahaja yang ada dijual. Lagi sekali aku kecewa kerana layanan mesra Macha itu yang sebelomnya mengatakan semua ada - bateri ada, lampu picit ada, ubat nyamuk ada, semua ada - adalah dusta semata-mata. Kamos Dewan yang begitu penting pon tiada - hati kecil memaki hamon sambil mata terus ralit membaca isi kandungan buku berjudol 'Permata Yang Hilang'.

Akibat terlalu lama membelek buku itu, Macha telah menepok-nepok bulu ayamnya di buku-buku yang tersuson dan tidak berhabuk itu. Fahamlah saya maksudnya lalu saya meletak kembali buku itu dan bernekad untok ke perpustakaan terdekat. Tetapi lagi sekali hasrat saya terbantut kerana saya tidak tahu lokasi perpustakaan di Selangor ini. Selangor begitu asing sekali bagi saya - saya ini anak jati Pahang. Menggaru kepala sebentar. Lalu saya terfikir untok ke kedai buku berdekatan. Saya memilih sebuah kedai buku bernama Popular untok menyelesaikan kemelut muara kasih saya ini.

Saya tersenyum puas apabila berjaya ketemu Kamos Dewan di Popular. Rasa gembira ini seperti berjumpa dengan Diana Danielle untok berdating di hari minggu yang indah. Betol-betol syok! Tanpa membuang masa, aku menyelak satu persatu kamus itu lalu ketemu maksud yang telah lama (2 jam setengah) bersarang di kepala hotak saya.

Kamus Dewan mendefinisikan bahawa Hol bermaksud kenduri arwah yang diadakan setahun sekali.

Kenduri arwah? Untok siapa? Mengapa pula hanya Pahang dan Johor sahaja? Semakin banyak persoalan yang timbul. Lalu saya terus menuju dekat Starbuck. Jangan burok sangka, dekat Starbuck tidak bermaksud di Starbuck. Saya cuma mahu mengakses internet dan bukan mahu menikmati secawan kopi yang berharga RM10 itu.

Setelah bertanya Pak Google, saya menepok dahi. Mengapa perlu ke Kedai Buku Popular dan Kedai Mini Bismi jika segalanya bolih ditanya pada Pak Google ini. Aduh, mungkin kaedah klasik sudah sebati di jiwa ini. Hati tergelak kecil. Usaha tangga kejayaan.

Saya tidak berpatah semangat lalu mencari info yang ada. Lalu terdapat satu lagi sumber mengatakan Pahang dan Johor meraikan Hari Hol kerana cuma kerabat di raja mereka yang dianugerahkan gelaran Sir olih British - lalu apabila sultan mangkat, negeri-negeri di bawah naungan sultan tersebut telah menjadikannya Hari Hol. Sumber ini tidak pasti kesahihannya. Saya mengurut-ngurut janggut sambil dahi berkerut.

Saya terus menyoal siasat Pak Google lalu mendapat lagi satu info yang mengatakan Hari Hol bertujuan membolehkan majlis tahlil dan bacaan Yasin diadakan untuk memperingati kerabat diraja negeri.


Lalu fahamlah saya apa itu Hari Hol. Bergegaslah saya menaip surat menuntot Hari Hol diumumkan sebagai cuti kepada majikan saya supaya saya juga dapat mensedekahkan doa tahlil dan bacaan Yassin kepada majikan saya. Kahkahkah!

p/s: Hol dengan Haul itu samakah?

Tuesday, May 4, 2010

Mari Kita Berkenangan.

Pernahkah anda terfikir...
Pada tarikh ini, dua puloh tahon lalu.
Apakah yang sedang anda lakukan?

Ketika itu,
Aku cuma seorang anak kecil yang belom akil baligh.
Baru mengecapi nekmat menjadi seorang kanak-kanak.
Yang baru sahaja menerjah masok ke alam persekolahan.
Riang ria, berlari bergembira, bermain setiap masa.
Tidak pernah risau akan hal-hal dunia yang rumit.
Anda pula bagaimana?

Pernahkah anda terfikir...
Pada tarikh ini, lima belas tahon lalu.
Apakah yang sedang anda lakukan?

Ketika itu,
Aku mula memikirkan masa depan dan cita-cita.
Resah dengan peperiksaan yang akan menjelma.
Namon maseh ada masa untok bermain dan bergembira.
Lalu membuatkan aku lupa sejenak hal yang serius.
Dan terus menikmati dunia kanak-kanak.
Anda pula bagaimana?

Pernahkah anda terfikir...
Pada tarikh ini, sepuloh tahon lalu.
Apakah yang sedang anda lakukan?

Ketika itu,
Aku baru menikmati dunia remaja.
Baru mengenali bezanya gades mungil dengan jejaka perkasa.
Ilmu yang dituntot mula memenuhi dada.
Perasaan ingin tahu dan persoalan timbul bertimpa-timpa.
Baru aku tahu dunia ini maseh banyak yang perlu diteroka.
Anda pula bagaimana?

Pernahkah anda terfikir...
Pada tarikh ini, lima tahon lalu.
Apakah yang sedang anda lakukan?

Aku sedang berjuang sebagai mahasiswa.
Biarpon tewas berkali-kali dengan ujian namon akhirnya berjaya.
Dunia yang mengenalkan aku kepada dunia berdikari.
Cuma berbagai persoalan menjadi tanda tanya.
Aku kerap kali bertanya pada sumber yang ada,
Kerap kali perasaan ingin tahu dibiar begitu saja.
Mengapa dunia mahasiswa di Malaysia tidak seperti yang aku sangka.
Anda pula bagaimana?

Hari ini pada tarikh ini...
Apa pula yang sedang anda lakukan?

Aku sedang penat memburoh.
Sambil terkenang indahnya hidop anak-anak kecil.
Huh~!

Search This Blog