Total Pageviews

Showing posts with label Cap Tapak Kaki. Show all posts
Showing posts with label Cap Tapak Kaki. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

Kerjaya

Saya menggeliat. Tangan ditegang ke atas. Kaki terjentat-jentat. Mata yang maseh kabor-kabor digosok-gosok. Pagi-pagi Isnin begini memang liat untok bergegas ke tempat kerja - 'Mindset' melayu tipikal.

Saya termenong sebentar sebelom terperasan di satu sudot terdapat sahabat saya yang sedang tekun menatap skrin komputernya. Gile kental mamat nih - getus hati kecil saya. Sekian lama menganggur, bila dapat kerja terus menjalankan kewajipan dengan komitmen penoh berintergriti. Saya betol-betol kagom.

Saya bangkit - capai tuala merah yang dah bertukar kelabu akibat tak berbasuh 8 minggu - dan menuju ke arahnya. Saya lemparkan senyuman nipis yang lengkap berpakej air liur basi. Dia menjeling sebentar pakai ekor mata. Kemudian meneruskan kerjanya tanpa pedulikan saya.

"Awal ko masok kerja...tak tidor ke?" Sebagai seorang yang peramah, gaya menegur orang tak bagi salam dulu itu satu kewajiban.

"Erm...tak tidor la. Bukan senang jadi Manager, bro." Jawab Jo - sahabat yang paling tekun pernah saya kenal. Kerja tak kira masa - tak kira tempat - tak kira orang. Gila. Betol-betol gila mamat saekor ini.

"Jangan la serius sangat. Untung ke rugi?" soal saya sambil 'pumping' 30 kali tanpa tercungap-cungap di sebelah dia. Stamina tinggi beb!

"I loss u tau. That's why tak tidor lagi ni." Fuh! Beliau jawab dengan speaking english. Intonasinya jelas menunjukkan beliau sedang kecewa. Mentang-mentang dah jadi Manager, dengan saya pon dia berbahasa inggeris. Tapi saya bangga, saya orang pertama dalam rumah tu yang dapat dengar dia berbahasa inggeris. Rasa macam nak rakam je pastu kasi dengar kat semua budak rumah.

Saya bangkit dari pumping dan dudok betol-betol sebelah dia. Bagi nasehat sepam. "Adatlah orang berniaga, bro. Ada untong, ada rugi. Dunia sekarang, dunia kapitalis. Untong maksima diutamakan. Duit orang didahulukan."

Jo berpaling ke arah saya sambil merenung tajam tepat ke arah anak mata saya. Agak lama dia memikirkan kata-kata nasehat keramat saya itu. Lalu menjawab, "Lu pergi mandilah! Ngigau hape pagi-pagi ni..." diiringi satu sepakan rejam di tulang rusok kiri saya.

Saya terjatoh rebah terbarai di lantai - lalu ketawa berdekah-dekah. "Kahkahkah! Gua mandi dulu. Lambat punch card nanti kena potong gaji. Lu manager lain la, brader..."



"Lu tunggu la gua dapat beli Messi nanti...bla...bla..bla..." Saya cepat-cepat masok bilik air mandi sambil nyanyi lagu 'Penganggur' dendangan Sudirman. Tak sanggop nak dengar leteran beliau. Tapi jaoh di sudut paling dalam hati gua - kalau betol-betol Jo jadi Manager tekun begini, kompem bolih jadi jutawan mengalahkan Doc Rozmey. Buat masa ni, jadi Football Manager 2011 pon bolihlah!

Sunday, April 24, 2011

Efek Jangka Masa Panjang

Saya berlari tercungap-cungap. Petang tapi maseh panas. Matahari memancar garang. Sudah tiga hari cuaca panas di Terengganu ini. Peloh masam mula membasahi ketiak.

Pagi tadi gua ada baca akhbar. Kecoh. Betol-betol kecoh. Nasi Lemak diharamkan dijual di sekolah. Kunonnya akan mengakibatkan obesiti di kalangan pelajar. Saya tergamam. Hidung yang mancong sedari tadi mula kembang kempis! Terus saya nekad nak berjoging tiap-tiap petang.

Ya, saya tak bolih mudah mengalah. Saya teros berjoging. Ini penting. Ini tekad saya! - getus hati kecil. Peloh yang mengalir dari dahi ke pipi dibiarkan. Sambil berjoging, sambil saya terkenang kesah-kesah lalu di zaman muda.

*Blink Blink*

Saya tiap-tiap hari makan nasi lemak waktu ni. Dari sekecil-kecil cili api sehinggalah tamat zaman persekolahan, saya makan nasi lemak. (Masok U, dah tak layan nasi lemak sebab selalu sengkek). Bolih kata makanan ruji lah. Nasi lemak dan saya ibarat kawan baek. Di mana ada nasi lemak, di situ ada saya. Tapi kini -

Ketol-ketol otot dah tenggelam. Otak pon dah macam tak berapa nak betol. Betol-betol efek jangka masa panjang, der! Bahana nasi lemak. Bahaya gua cakap lu. Gua setuju sangatlah kerajaan haramkan nasi lemak ni. Kahkahkah!

Wednesday, February 16, 2011

The Joker


Perlu ke saya berlabon panjang tentang ini? Anda pon tahu kisahnya. Apa yang wajib anda buat - gelak KAHKAHKAH!

dan padan muka!


posted from Bloggeroid

Wednesday, February 9, 2011

Jalan-Jalan Blog

Rasanya dah hampir 3 bulan saya ber'blogwalking' ni.

Akhirnya saya rasa wajib saya post satu entry bagi memberitahu para pembaca saya maseh wujod.

-Gambar sekadar hiasan ok...



Wednesday, December 8, 2010

Sensasi Untok Renungan

Puas saya mencari. Cari di dalam kabinet - tiada. Cari di bawah meja - tiada. Cari di dalam laci - pon tiada. Lalu saya mencari di dalam kereta. Rupa-rupanya dia menyorok dicelah kerusi. Cis! Menyusahkan betol. Kecik-kecik tak nak mampus, dah besar maen selit-selit pula. Inilah suratkhabar yang dicari-cari selama ini. Saya membawanya masok ke dalam rumah dan membentangnya di lantai. Dengan pantas, saya bersila dengan gaya pahlawan silat dulukala.

Saya merenung tajam memerhati berita utama yang terpampang dimuka depan akhbar. Kusyuk. Nyamok aedes datang hinggap dibahu tapi langsong saya tak goyang. Olih kerana risau terkena denggi, saya berpaling dan menghembuskan angin dari hidong. Aedes pon terbang dengan menggigil ketakotan.

Mata kembali tertumpu ke dada akhbar. Apa yang saya baca di akhbar - kesah pasal kes Khir Toyo kena sound dengan Ghani Patail supaya diam. Kesah pasal orang langgar-langgar mati. Kesah pasal orang kantoi romen sana-sini. Semuanya dimuka depan. Lalu saya menggeleng-geleng kepala biarpon sepatotnya saya hanggok-hanggok kerana blog saya bernama hanggokan. Meriah rupanya aktiviti-aktiviti kat Malaysia ni.

Selak lagi ke muka surat kedua dan ketiga. Kes anak amponkan bapak sebab bapak curahkan asid sampai muka si anak hampir sama dengan cekodok - saya geleng kepala. Kes ibu yang bercita-cita menjadi seperti Donald Trump dengan menjual anak dalam perot - saya geleng kepala. Kes orang kampung sinseng kaki seluar redah banjir - saya geleng kepala. Meriah. Meriah. Meriah.

Habes tu mana cerita kes harga minyak naek ni? Mana cerita kes subsidi nak kena tarik? Mana cerita kes tanah kena rembat? Ada. Bukan takde langsong. Carilah di sudot-sudot kecil. Untong nasib, jumpalah cerita itu. Iklan SMS nombor Magnum 3-D pon lagi besar. Saya geleng-geleng kepala lagi.

Sememangnya saya mendapat tahu berita pasal minyak naek hasil dari pembacaan. Namon bukan hasil pembacaan akhbar aros perdana ini tetapi hasil usaha gigih saya membaca SMS kawan saya. Harga minyak agak meresahkan saya berbanding harga gula. Ini kerana saya kekurangan minyak dan tidak mudah naik minyak. Olih itu saya sangat sangat memerlukan minyak. Manakala gula tidaklah saya risaukan sangat kerana saya sudah semulajadi berdarah manes, berwajah manes dan berawet manes. Bak kata orang seni - schwweet gitu!

Saya sempat isi minyak penoh pada kadar harga sebelom naek 5 sen Jumaat lepas. Ia langkah penting kerana saya berjalan jaoh menuju Grik dan Alor Setar di hari minggu bagi menghadiri kenduri mengawan kawan-kawan. Biarpon nampak tak banyak tetapi sikap berjimat cermat haroslah diamalkan sejak dari rebung lagi. Saya maseh lagi rebung - tolong percaya! Maseh hijau dan muda, beb.



Akhir sekali, saya belek ke mukasurat terakhir. Cerita pasal sukan. Skuad bolasepak Malaysia sedang mengalami krisis kecederaan pemain. Ini betol-betol merisaukan saya. Saya membaca berita ini dengan peloh bertakong di dahi. Rajagobal pening - lagilah menambahkan risau saya. Rasanya wajib saya belikan beliau panadol. Safee Sali pula saket lutot - wajib ke saya belikan beliau power root? Manakala Asraruddin Putra Omar dan Fadhli Mohamad Shas dilanda demam - saya hanya mampu berdoa agar mereka dicucuri rahmat. Hampir saja menites ayer mata saya membaca keperitan perjuangan skuad bolasepak kita ini. Lagi sekali saya geleng kepala.

Setelah habes membaca, barulah saya teringat tujuan utama saya tadi. Sudah tersasar jaoh niat saya ini. Saya bentangkan dengan cermat di depan lalu terletak molek akbar itu. Saya ambil pengetip kuku dan mengetip kuku kaki. Cepat betol panjang kuku kaki ni. Ishk!

Monday, November 22, 2010

Anugerah Dialog Tahon Ini

"Aku ni tak penting dowh....
Aku bagi dia pilihan dowh...
Aku bagi dia KLCC atau aku dowh...
Dia pilih KLCC dowh...."


Setelah saya mendengar dialog ini, saya rasa wajib untok saya menangis sambil membuat lompat bintang-tepok tangan atas-tepok tangan bawah. Siyes sangat menyentoh hati. Mungkin ini maknanya November Rain. Kepada yang maseh ternganga sambil garu-garu kepala, silalah terjah youtube. Carilah filem pendek ini. Kahkahkah!

Search This Blog