Total Pageviews

Wednesday, March 31, 2010

Hambek Kau!

Pada minggu lepas, saya berniat untok berjogging di sebuah tasek di Kuantan. Tasek ini sangat meriah pada waktu petang. Pada hemat saya, berjoging di waktu petang dapat menghilangkan gangguan emosi dan ribot taufan yang melanda dalam hotak saya akibat tekanan kerja. Dengan pemandangan yang indah lagi permai di selit dengan bunga-bunga mekar subur di taman larangan, saya amat bernafsu untok berjoging pada petang itu. Olih itu, bersiap siagalah saya untok berjogging.

Ketika saya sedang asyik mengikat tali kasot, muncol seketol tuboh entah dari mana datangnya berdiri di depan saya. Terkejot saya sehingga tercangkong. Ingatkan toyol manelah yang muncol. Rupa-rupanya anak saudara saya yang berumor 7 tahon, Ijat sedang memerhatikan saya.

"Ayoh Did nak pergi mana?" tanya Ijat. Dia ni memang manja dengan saya dan membahasakan saya dengan panggilan Ayoh Did.

"Nak Jogging. Nak ikot?" saya pelawa.
"Nak!" jawab Ijat ringkas lalu teros sahaja menyarung kasotnya.

Kami berjoging bersama. Saya terpaksa memperlahankan langkah bagi memberi peluang kepada Ijat untok berlari seiring dengan saya. Di tasek ini sudah punya trek untok berjoging, maka dengan itu dapatlah kami berjoging dengan selesa. Kami terus berjoging dengan bersunggoh-sunggoh.

Tak berapa jauh di hadapan kelihatan seorang gades berjoging menuju kami. Selisih dengan gades bergetah itu, saya senyum sambil mengangkat-ngangkat kening. Gades tu buat-buat tak nampak. Malulah tu! Ijat yang mengekor di belakang saya tersengih sambil melambai-lambai tangan. Gades tu senyum dan membalas dengan melambai-lambai tangannya. Cis! Ini sudah lawan tokey. Siapalah yang mengajar dia ni?

Kami teruskan larian kami dengan menyusur trek yang telah tersedia itu. Sedang asyik kami berlari, kami terjumpa dengan seorang brader yang amat sihat tuboh badannya. Bentok tuboh brader ini tidak ubah seperti Bob Ku2. Dengan semangat kental, beliau tetap berlari. Saya respek dengan brader seperti ini. Ada keinginan untok berubah.

Brader ini berlari perlahan. Kami yang mengikut rapat di belakang terpaksa memintasnya. Kami memintas beliau tanpa memberi sebarang signal mahupon memberi salam. Kira-kira sepuloh langkah di hadapan, Ijat mengajukan pertanyaan.

"Ayoh Did, kenapa pakcik tu besor sangat?" Tanya Ijat dengan muka berkerut. Budak-budak memang penoh dengan perasaan ingin tahu. Saya pon menjawab dengan penoh berhemat...

" Sebab masa dia besar ijat, dia malas jogging. Makan, tidor je rajin" jawab saya sambil mengerling ke belakang risau kalau-kalau brader tadi terdengar.

"Ooo...maknanya kakak tadi tu slim sebab selalu berjoging la ye?" tanya Ijat lagi.
Saya tersenyum sambil memandang Ijat. Pandai membuat kesimpulan budak Ijat ni.

Saya pon cuba berborak lagi dengan Ijat. Kali ini saya mengajukan pertanyaan sambil tercungap-cungap berlari.
"Ijat sayang Ayoh Did tak?" kali ini saya memperlahankan sedikit larian.
"Sayang!" pendek saja jawapan Ijat.

Dua tiga tapak kemudian saya mengajukan lagi pertanyaan.
"Kalau Ayoh Did jadi gemok macam pakcik tadi tu, Ijat sayang Ayoh Did tak?"
Saya mengajukan pertanyaan ngade-ngade sebab dah tiada topik nak berborak.

"Ayoh Did ingat Ayoh Did kurus ke sekarang nih?" sambil berlari laju ke hadapan dengan tergelak-gelak.

Cis! Bertuah punya budak. Siap! 5 Round aku berjogging!

Thursday, March 25, 2010

Nilai sebuah nombor.

Begitu perit dan lelah memburoh seharian ini. Waktu siangnya panas terik. Matahari tanpa belas kasihan memanah cahayanya kepada saya terus-terusan. Saya kepenatan. Badan ini telah dihidrasi. Matahari telah menyedot air dalam tuboh badan saya. Saya wajib minom air bagi menggantikan air yang telah hilang ini. Akhirnya peluang itu menjelma setelah tamat waktu memburoh.

Sebelom balik, saya telah menerima panggilan telefon. Sahabat ini meminta pertolongan - menemaninya ke kedai membuat nombor plat keretanya. Kisah kehilangan nombor platnya sangat trajis. Saya hampir-hampir menangis mendengar kisah sedihnya. Ini kerana nombor plat keretanya telah hilang kerana seekor kucing. Tolong jangan bersangka burok. Seekor kucing tidak mampu mencuri nombor plat kereta apatah lagi menkaratenya.

Kisahnya, sahabat saya ini telah melanggar kucing tersebot dengan tidak sengajanya. Perlanggaran kucing dan nombor plat tersebut telah melupuskan bentok statik plat kereta tersebut, manakala kucing tersebut telah lupus nyawanya. Semua ini akibat kedegilan kucing tersebut melintas jalanraya tanpa menoleh kanan dan kiri serta langsong tidak mahu menggunakan lintasan pejalan kaki yang telah disediakan. Saya bergenang air mata mengenangkan nasib kucing tidak berdosa itu manakala sahabat saya ini bergenang air mata mengenangkan duit yang akan dikeluarkannya untok membuat nombor plat kereta barunya.

Ketika di kedai aksesori kereta, kedua-dua kami diam membisu. Di selubungi suasana suram. Mungkin kerana kepenatan, mungkin juga kerana mengenangkan nasib yang kurang baik pada hari ini. Sahabat ini memaling perlahan kepada saya. Menatap sayu wajah ini. Dalam nada kesedihan, beliau menanyakan pendapat saya yang arif lagi bijaksana ini.

"Agak-agak nombor ni kena first prize tak?"

Cilaka. Saya terus mengajak amoi yang menjaga kedai itu keluar dating.

Thursday, March 18, 2010

Beg Plastik



Hari ini saya membeli nasi bungkus. Nasi ini saya letak ayam goreng, kuah kari, beberapa urat ulam dan secukup rasa sambal belacan. Saya serahkan kepada gades yang tidak seberapa cun tapi genit dan mengiurkan untuk dibungkus dengan kertas berwarna coklat. Lalu dibungkus pula dengan beg plastik berwarna merah. Saya membayar dan beredar namun sempat kembali menoleh dan menjeling kepada gades genit itu, nasi bungkus saya dan dua nasi bungkus dia lebih kurang saiznya. Saya tersenyum dan beredar.

Saya singgah pula ke gerai minuman. Di sini ada menjual air buah. Air mangga ada. Air tembikai ada. Air Honey Dew (bahasa melayunya apa?) pon ada. Saya memesan air mangga untok dibungkos. Makcik itu membungkos air mangga saya dengan plastik putih ikat tepi seperti biasa. Makcik ini sudah paham dengan kehendak pelanggan tetapnya ini. Kemudian dia meletakkan penyedut minuman. Saya tidak gemar ikat penoh kerana makcik ini pasti akan membungkos pula dengan plastik merah untok memudahkan saya membawa minuman yang dibeli. RM1. Saya bayar kepadanya dan terus menapak menuju ke rumah.

Saya kembali ke rumah. Perot sudah menggigil dengan tahap getaran 4 skala richter. Saya pantas menuju ke dapor bagi mendapatkan pinggan mangkok serta mug kesukaan saya. Kembali ke ruang tamu dan dudok bersila di depan televisyen. Hidop seorang bujang memang begini. Peneman untok bersantap adalah kotak televisyen. Saya sangat gemar jika peneman saya ini bercerita tentang kisah-kisah masakan ketika saya bersantap. Ini secara tidak langsung akan menambahkan selera makan saya.

Saya membaca doa makan sambil mata tidak berkedip melihat chef itu membebel-bebel dalam kotak televisyan. Maaf, saya bukanlah seorang yang pandai memasak. Saya cuma berminat melihat masakan panas yang berasap-asap dan cara masakan itu dihidangkan. Cantik dan menyelerakan. Pabila daging dan rempah ratus dituangkan ke dalam kuali yang berisi minyak panas, maka terbitlah irama indah. Pantas membangkitkan nafsu berahi saya. Aroma nasi bungkos saya ini pula menikam kalbu bak seperti dalam kotak televisyen itu.

Ketika saya dibawah paras sedar, nasi bungkos ini telah habis ditelan. Saya enggan percaya bahawa diri ini mampu menghabiskan nasi bungkos itu. Kebiasaannya saya gagal puas dengan hanya satu nasi bungkos sahaja. Saya suspek saya telah dipukau atau diguna-guna. Namon saya cuma seorang diri dalam rumah ini. Peneman saya cuma sebuah kotak televisyen. Saya kembali waras setelah kesangsian saya ini langsong tidak berasas.

Saya mengemas sisa-sisa makanan dan membungkos ke dalam plastik merah yang saya dapat percuma ketika membeli nasi itu tadi. Pinggan dan mug diangkut bersama dan dibawa menuju ke dapor. Saya membuang plastik merah yang berisi sisa makanan itu ke dalam tong sampah. Saya merenung ke tong sampah itu. Rasa saya baru 3 hari lepas saya buang sampah dari tong ini. Tapi kini penoh. Penoh sehingga hampir melimpah keluar. Semuanya dipenuhi plastik-plastik. Plastik yang sukar dicerna di perot bumi sehingga menghasilkan pencemaran yang menjadi-jadi.


Saya merasa bersalah kerana saya adalah salah seorang penyumbang ketidakstabilan eko-sistem semulajadi planet ini. Saya rasa bersalah kepada penyu kerana telah membiarkan penyu tersalah anggap plastik itu adalah obor-obor makanannya. Padahal saya telah berjanji dengan diri ini akan menyelamatkan planet ini dari toksik-toksik plastik ini dahulo.

Saya membasoh tangan dan pinggan yang digunakan. Saya rasa mulai esok saya akan membawa pinggan dan mug saya sendiri ketika membeli belah nasi bungkos. Saya kembali tersenyum sambil terkenangkan nasi bungkos tanpa beg plastik gades genit itu. Tolong jangan burok sangka.

Wednesday, March 17, 2010

Karena kos itu

Saya bukan manusia yang sempurna.
Kadang-kadang kemarau kekeringan kertas wang melanda dengan amat dasyat.
Bukan...bukan kadang-kadang.
Biasanya adalah selalu.
Kering dan tandus saku ini amat perit.
Bukan saya sahaja mengalaminya.
Saya amat pasti ramai lagi umat manusia di luar sana yang turut merasa.

Kehidupan yang sukar ini membuat saya rindu kampung.
Di kampung tidak mewah tapi cukop selesa.
Ada ayam. Ada kambing. Ada lembu.
Berkawan dengan ayam dapat telurnya.
Berkawan dengan kambing dapat bulunya.
Berkawan dengan lembu dapat apa?
Tapi yang pasti, saya tahu apa anda dapat jika berkawan dengan penyu.

Setiap minggu pasti ada jemputan.
Saya bukan siapa-siapa. Saya cuma kawan yang setia.
Jika ditolak pasti sang teman kecewa.
Olih itu janji diucap tanda undangan diterima.
Karena hati enggan hancurkan harapan dia.

Lalu saya mengeluh lagi.
Jadual hidop saya tahon ini sudah padat.
Penoh dengan aktiviti yang dasyat.
Aktiviti ini datang dengan pakej lengkap.
Pakej penderaan mental yang maha hebat.
Bila lagi giliran Nazrsyadid Kadri...
Bolih sakit jiwa jika berulang-ulang ditanya.

Adoi...
Sampul-sampul surat itu tak dibuka lagi.
Saya tahu kandungannya.
Berderet jempotan perkahwinan.
(sambil mengesat peloh di dahi...)

Tolonglah sesiapa dermakan wang untok saya.
Supaya saya dapat mengelilingi Malaysia.
Dan berjumpa setiap teman yang akan merai ratunya.
Tolonglah.

Friday, March 12, 2010

Makluman Para Pembaca!



Melihat cuaca.
Kering, panas, membahang.
Peluh menitis - mengalir dari dahi.
Keluh-kesah, tuboh ini enggan dudok diam.

Melihat cuaca.
Angin bertiup dingin.
Awan kembali mendong.
Hujan turun setitik-setitik menjadi lebat.
Lega dan nyaman - satu kenikmatan.

Itu antara punca saya rasa saya ingin berhenti menulis buat sementara waktu - cuaca. Kepada pembaca-pembaca saya, sila jangan halang hajat saya. Bukan hajat saya untok dilunaskan di tandas, tapi hajat saya mahu berhenti menulis buat sementara waktu. Saya sudah tekad. Jangan pujok saya. Dan jangan nyanyikan lagu relaku pujok - spider.

Tolong maafkan saya. Mungkin ada yang terasa dan terguris hati dengan tindakan saya ini. Mungkin sudah sampai masanya untok saya berubah. Mencari kepuasan dalam diri yang hakiki bagi menikmati sepenohnya hidop ini. Olih itu kepada peminat-peminat blog saya, tolong jangan meratapi ketiadaan tulisan saya. Nikmatilah hidop ini, lihatlah alam dan bertanyalah mengapa dunia ini bercuaca aneh begini.


Pernah sang teman karib bertanya;
"Mengapakah kau mahu berhenti menulis? Sedangkan aku dan pembaca-pembaca blogmu terhibur dengan setiap penulisanmu?"

Lalu saya menjawab;
"Sahabatku, di skrin laptop ini tidak bolih dicakar dengan pena atau pensel. Seharusnya aku berhenti menulis. Aku perlu bergiat aktif menaip pula." - jawapan saya sambil muka menunjukkan ekspresi penuh kejujuran.

KEDISH! Satu tumbukan tepat ke meja olih sang teman karib ini tanda dia menyesal. Menyesal bertanya. Menyesal bertanya, sesat jalan. KAHKAHKAH!

TQ!

Wednesday, March 3, 2010

Jalan Jalan

Pagi hari minggu enak rasanya jika kita bersantai. Apatah lagi jika pagi minggu ini disinari cahaya matahari yang indah. Termenong sebentar saya di kaki katil. Hari-hari yang lalu saya penat memburoh, apakah perancangan hebat hari minggu untok diri ini?

Malam tadi ada Jessica Alba SMS saya ajak dating pada hari ini namon saya menolaknya. Konon ego. Pasti dia merajuk kerana sampai sekarang dia tak SMS kembali saya. Artis...tak bolih dimanjakan sangat. Alex Ferguson pula SMS ajak meleser di kedai mamak. Katanya Final Carling Cup, Em-Yu lawan Esten. Tapi itu lewat malam.

Sedang saya yang kebingungan memikirkan perancangan hebat apakah bakal terjadi di hari minggu ini, datanglah SMS tidak diundang ke dalam telefon canggih ini. 'Ting-Tong' - bunyi nada telefon saya. Ajep yang menghantar. Agak lama mamat ini menyepi dari dunia hiburan saya.

"Bro, aku dah jadi bapak. Dapat baby boy pukol 11 tadi. Hahaha!" begitulah menurut SMS yang diterima saya. Gembira benar kawan ini kerana di akhir SMS itu ada bunyi gelak besar. Saya tersenyum. Eh, sudah pukol 11? Pagi betol saya terjaga.

Kalau pergi tengok bayi baru lahir ini pon syok juga. Lagipon hospital yang Ajef sang-baru-jadi-bapa ni pot bukanlah jaoh sangat. Cuma 2 marhalah saja. Ok, ini perancangan hebat di hari minggu saya. Melihat bayi! Dengan pantas saya pukol talipon untok berkata-kata dengan Said. Beliau yang menjawab dengan caci maki kerana menurotnya saya telah potong stim beliau mengayat Diana Danielle di Fesbuk. Peduli apa! Said pinta saya ambilnya di rumah. Agak lama tak pergi rumah mamat utara ni lalu saya minta dia SMS alamat rumahnya. Dia kata ok.

Pukol talipon kepada Deq pula, Deq kata beliau on dengan suara garau malas-malas. Gaya macam baru bangun tido je. Jawab ajakan saya yg tulus ikhlas ni pon lalok. Saya kata 20 minit sampai rumahnya, bersiaplah cepat. Dia jawab, dah dekat trafik light nih. Celaka, oit bangunlah! Aaa...aaa...terus dia letak talipon.

Bergegas saya pergi mandi debush-debush! Pakai wangi-wangi. Pakai semat-semat. Pakai cantik-cantik. Orang kata 1st impression itu penting. Saya perlu memberi gambaran pertama yang cantik di hadapan bayi baru lahir ini supaya beliau tidak terkejut melihat kekacakan Ayoh Did ini. Siap siaga. Setat kereta lalu terus laju menusor jalan menuju rumah Deq.

Sampai rumah Deq, dia sedang menunggu depan pintu rumahnya sambil hisap keretek dengan kool. Tapi tanpa baju. Cuma berkain tuala. Saya menggeleng kepala. Badan sekeping kejadah apa ditayang depan rumah. Selesai sekuntom keretek dia masok ke dalam rumah memakai baju. Tak lama cuma 15 minit. Berpeloh gak lah dahi menunggu mamat ni bersiap.

Saya menanya kalau-kalau Deq ini maseh ingat rumah Said. Deq kata tak tahu. Aiseh ini leceh. Kami berdua pon teruslah menuju rumah Said berpandukan alamat yang di SMS tadi. Kawasan perumahan Said ini, saya pernah sampai dalam 2 kali tapi maseh gagal disimpan dalam kotak memori ini.

Sedang mencari-cari jalan rumah said, saya mengusolkan cadangan kepada Deq supaya menanyakan sahaja arah dari mana-mana mamat yang ada nanti. Deq menganggok. Setujulah tu.

Elok sahaja saya memasuki simpang mencari-cari Jalan Yuyut, ada seorang abang rambut botak sedang berjalan kaki di tengah-tengah jalanraya. Saya terkejut lalu hon. Deq turunkan cermin tingkap kereta. Abang tadi pon berpaling ke arah kami.

"Semekom!" Deq mulakan bicara.
"Wa'alaikom salam!" jawab abang rambut botak itu.

"Abang, tumpang tanya...mana Jalan Yuyut?"
"Ni Jalan Yuyut lah ni."
"Oh, ingat ni jalan bapak abang!"


Saya dengan pantas kilat menekan pedal minyak sampai lantai kerana khuatir abang rambut botak menggila baling batu pada kami. Celaka kau, Deq! Nak nasehat pon beretika la sikit.

Search This Blog