Total Pageviews

Saturday, December 26, 2009

Hidup Orang Bujang...

Malam ini sangat dingin. Bertenggek dihadapan TV, aku hanya ditemani secawan nescafe.
Lalu aku terkenang satu kisah. Ini kisah zaman aku bergelar siswazah.

Malam ini aku tercokoh depan TV.
Cerita tidak menarik. Bosan.
Di ruang tamu itu hanya tinggal aku dan Madi.
Rakan lain sudah lama tertewas di kamar masing-masing.
Hajat dihati mahu stadi untok test esok hari.
Tapi lain terjadi apabila sudah melekat di depan TV.

Hujan mula turun mencurah-curah.
Aku matikan TV dan terus menuju ke dapor.
Aku perlukan sesuatu untok terus berjaga. Aku kena stadi. Aku tekad.
Mata sempat menjeling ke rakan serumah aku, Madi.
Mata dipejam, kepala melentok-lentok, suaranya bernyanyi-nyanyi kecil.
Kusyuk bermain gitar ala-ala Ahmad Dhani dari kumpulan dewa.
"Patotlah hujan", hati kecilku berkata.

Aku mula selongkar segala bekalan di dapor.
Akhirnya aku berjaya menemui biskut kering.
Air dijerang. Tujuannya untok membancoh Nescafe O.
Nescafe O ini wajib dinikmati bersama biskut kering ini.
Orang bujang diharuskan makan biskut kering yang dicelop ke air nescafe O.
Ini bukan ajaran mana-mana mazhab tapi tradisi orang bujang.
Stim makan biskut kering yang dicelop nescafe ini lain macam...dan hanya orang bujang tahu nikmatnya.

Siap air dijerang, aku bancoh nescafe O.
Di rumah ini, aku adalah pakar membuat Nescafe O.
Ini bukan cerita tipu. Cerita ini diakui olih rakan serumah yang lain.
Sehingga kini mereka ketagih air nescafe o ciptaan aku ini.
Mungkin sudah bakat semulajadi aku.

Aku kembali ke ruang tamu.
Duduk bersila mengadap Madi.
Perlahan-lahan aku hirop air Nescafe O yang sedang berasap itu.
Madi yang sedang kusyuk bermain gitar dari tadi mula rasa terganggu.
Dia berhenti bermain gitar dan mula menegur aku.

"Kau dah abis stadi?", soal Madi buat-buat tak tahu.

"Belom. Tu pasal aku buat Nescafe O nih." jawab aku.

Aku sekali lagi menghirop air yang panas mendidih itu.

"Aku kalau minom ni, komfem tak tido." tambah aku lagi bagi meneruskan borak-borak kosong dengan Madi.

Madi menjeling tajam dengan wajah serius pada aku.

"tapikan..." kata Madi. Jelas beliau ingin meneruskan borak untok menghilangkan kebosanan malam kami.

"Aku terbalik. Aku kalau tido, komfem tak minum ni!"

Aku bingkas bangun dan terus menuju ke bilik. Cilaka! Borak dengan kau memang aku terasa bodoh.
Dah tidor, memang la tak boleh minum!

Malam itu, aku tak stadi. Tidur lagi syok.
Madi kembali memelok gitarnya. Mata dipejam, jari memetik gitar.
Bibirnya terukir senyuman.
Dia puas. Aku terkena.

Tuesday, December 22, 2009

Anjakan Paradigma

Awal Muharam - ketika enak menjalar di atas tilam empuk yang sudah kusam dimamah usia, telefon bimbitku berdering tanda ada orang memanggil. Mimpi sedang bermanja-manja dengan Luna Maya dan Scha Yahya dipotong stim. Dengan lemah gemalai aku menjawab panggilan tersebut.

"The number you have dial..."

"Oi munkee...kitorang on the way ke rumah kau" kata si pemanggil. Cis! tektik aku gagal.

Aku bakal menerima 2 tetamu. Masam. Haros mandi.
Sepantas kilat aku bergusti dalam bilik air.
Siap bergusti, aku bertinju dalam bilik pula.
Baju disarong. Seluar dikancing. Rambut disisir.
Siap sudah dan kini imej aku lebih kacak dari Zul Yahya.

Dipendek ceritakan, 2 tetamu ini ajak bersarapan di sekitar rumah aku.
Pot yang terlintas difikiran hanyalah foodkort belakang rumah aku ini.
Bergegaslah kami ke sana.
Buntot berlaboh. Air dipesan. Makanan dijamah.

2 tetamu ini - Salleh dan Fared.
2 belangkas yang sukar dipisahkan. Jika ada Salleh wajib ada Fared. Jika ada Fared, wajib ada Salleh.
Mereka berceritakan kisah sedih menimpa mereka pada malam tadi.
Malam tadi mereka bersantai dan bersantap. Tidak lama cuma seketika.
Dalam waktu yang seketika itu, jenayah ini berlaku.
Cermin kereta dipechah. Laptop bertanda 'Hakmilek Kerajaan' hilang.
Segala langkah keselamatan telah diambil tapi ternyata si penchopet laptop ini memileki gadget canggih.
Mungkin secanggih Mat Bond lakonan Mat Sentul.
Sehingga kini aku coba bayangkan alat yang bolih mengesan kehadiran laptop dalam kereta ini.

Anjakan Paradigma.
Tiba-tiba muncol dalam kepala hotak aku. Dahulu orang tidak memerlukan alat canggih untok berjenayah. Cukop dengan pisau dan parang. Kini mereka telah maju. Jika penjenayah ini dapat ditangkap, aku bercadang untok menubohkan skuad khas. Skuad ini hanya bermisikan merompak perompak harta negara. Jika duit dalam bank negara hilang, rompak perompak bank negara ini. Jika enjin jet pejuang hilang, rompak perompak enjin jet pejuang ini. Biar perompak-perompak harta negara ini ternganga seperti 2 orang sahabat aku ini. Tidak perlu ada tanda 'Hakmilek Kerajaan' baru bolih rompak.

Sedang enak aku melayan nasi lemak makcik sebelah itu, Salleh berkisah mengenai perubahan dunia kuno ke dunia moden. Menurutnya, cerita ini terjadi pada sahabatnya yang pada waktu itu bertandang pulang ke kampung. Sahabat ini seperti lelaki-lelaki muslim yang lain telah pergi masjid untok menunaikan solat jumaat. Seperti biasa juga, Khutbah akan dibaca terlebih dahulu oleh khatib.

Sahabat ini dengan kusyuk telah mendengar khutbah yang dibaca. Khatib ini sudah berumur. Bacaannya juga kerap diselang-seli batuk-batuk kecil. Tetapi dengan lenggok bahasa dalam khutbah itu ternyata teks bacaan itu bukan dikarang olihnya. Sehinggalah terjadinya pada satu ayat yang dibaca olih khatib ini...

"Kita harus..." Diam seketika.

"...harus..."
"...harus..."
"...harus...
"...kemetot!"

Kemetot? Sahabat ini tergelak besar. Apa kejadah kita harus kemetot?

Para jemaah yang lain merah padam menahan gelak ketawa. Ada juga yang kaver-kaver batok kecil bagi melepaskan geli di hati. Menurut sahabat ini, apa yang terjadi adalah kerana tulisan canggih dan terkini ini telah dijawikan dimana kemetot itu sebenarnya adalah komited.

Aku dan Fared yang mendengar cerita ini mengalir air mata bergelak. Betol-betol lucu. Bahana anjakan paradigma. Hari yang pada awalnya suram dan duka kini diceriakan olih kisah lucu ini.
Sehingga sekarang kisah ini berjaya membuatkan aku tersenyum sorang-sorang dalam bilek kerana tahap kelucuan yang melampau. Aku kini sangat fobia untok membaca tulisan jawi. Kahkahkah!

Cerialah!

Tuesday, December 15, 2009

Kenapa ini haros terjadi?!

Aku menarik nafas yang panjang. Sungguh aku tidak puas hati. Benar-benar tidak puas hati.
Bagi menunjokkan ketidakpuashatian aku, aku telah menghempas meja ke atas buku.
Ok, silap. Itu aksi melampau. Sebenarnya aku menghempas buku ke atas meja.

Anda tahu mengapa aku tidak puas hati?

Bagini ceritera-nya.

Pada masa aku kecil dahulu, aku punya minat.
Minat ini tercetus ketika aku baru berpindah ke Kuantan.
Waktu itu aku hanya berumur 10 tahun. Maseh kecil.
Kecil pada ayat sahaja, hakikatnya fizikal aku agak besar berbanding kanak-kanak sebaya.

Waktu kecil aku sebelom itu, aku cuma tahu bermain congkak.
Main tepuk-tepuk daun, main konda-kondi dan main galah panjang.
Namon setelah berpindah ke Kuantan, aku telah di ajak bermain bola.
Jiran yang cuma tua setahun dari aku telah mencabar aku bermain bola.
Kejadah apakah bola ini?
Itu lah persoalan yang bermain-main di minda aku pada awal pengenalan aku kepada sukan ini.

Itu hanya seketika. Hanya sehari aku perlukan untok mengenali suka bola ini.
Biarpon aku hanyalah berpangkat rookie, tapi aku sudah bolih mengalahkan rakan-rakan sepermainan aku yang telah bertaraf semi-pro. Lenggok yang menarik ketika menggelecek pantas mengelirukan pihak musoh.
Pernah aku coba lenggok yang sama untok memikat awek, tapi ternyata mereka tidak tergoda. Malah mereka juga keliru seperti pihak musoh? Tapi aku tidak peduli semua itu. Hasil kelincahan aku itu, aku telah dinobatkan sebagai pemain terbaik taman aku.

Tidak lama kemudian, aku telah meningkat remaja. Ketika bersekolah, aku maseh bermain bola. Namun hasrat untok menumpukan karier aku sebagai pemain bola kerap kali dikekang olih ayahanda aku. Kata beliau, pemain bola tidak cool kerana senang makan duit bookie. Waktu itu aku ingat bookie ini sejenis cookie tapi ternyata sangkaan aku meleset. Bookie dan cookie bukan dari rumpun yang sama.

Olih kerana aku ini remaja yang normal, aku pastinya memberontak dan tidak setuju dengan pendapat ayahanda aku. Lalu setiap petang aku, aku akan bermain sehingga senja. Pulang dari bermain bola, teruk aku dibebel bonda aku. Katanya aku tidak menghormati masa. Ditambah pula dengan kegiatan haram aku yang mengerat seluar panjang menjadi pendek. Siap tulis nombor kat tepi seluar tu - 9 dengan pen marker. Lalu aku diharamkan dari melibatkan diri dalam sukan bola untuk sebulan. Ayahanda aku cool, dia tidak bising tapi cukop dengan menjeling. Jadi dengan bahasa isyarat itu, fahamilah aku sambil terketar-ketar lutot.

Itu maseh tidak menjadi halangan aku. Habis kuarantin sebulan, aku kembali kepada kegiatan lama aku. Ia bagaikan satu ketagihan bagi aku. Lagi-lagi jika cuti sekolah. Jika tidak bermain bola, maka seharianlah aku menggigil-gigil sambil terketap-ketap gigi. Maka bagi menghilangkan kerinduan aku kepada bola, dari pagi sampai ke petang aku bermain bola. Pernah sekali aku mendapat perintah berkurung dari bonda aku kerana risau akan tabiat luar biasa aku ini. Namon petang itu, penoh dengan rakan-rakan sebaya taman aku berkumpol di perkarangan rumah aku sambil membawa sepanduk dan kain rentang menunjukkan ketidakpuashatian permainan sukan bola tanpa aku. Sehingga sekarang aku maseh coba meneka siapakah gerangan yang menganjurkan piket haram ini.

Olih kerana kegilaan aku kepada bola sukar dibendung, maka dengan bangganya keputusan peperiksaan aku jatuh merudum dengan mendadaknya. Bagaikan tidak percaya, aku sekali lagi dipaksa belajar dan dinasihati mengabaikan sukan bola ini olih ayahanda dan bonda aku. Aku sangka ia mudah namun tidak sebenarnya. Entah bagaimana, ketika membaca buku tiba-tiba aku mencapai bola. Sambil membaca buku, kepala aku menimbang bola. Ketika makan, di bawah meja aku main passing-passing bola dengan kekanda-kekanda. Ketika tidur, aku lambong-lambong bola sambil berdengkur.

Bola dan aku sudah tidak dapat dipisahkan.

Pada umur aku menjangkau 14 tahun, aku telah menghadiri sessi ujian untok pemilihan skuad bola sepak negeri. Semangat membara aku jelas kelihatan dengan jersi lengkap dari atas sampai ke bawah bagaikan Alan Davidson. Baju gedabak besar menjadi stail pada zaman itu.

Bermulanya sessi ujibakat itu, aku dengan mudah melepasi setiap halangan. Bakat terpendam aku dipamer tanpa segan silu. Skil menggelecek bagaikan Maradona, Rembatan kencang bagaikan Pele, kekebalan bentesan bagaikan...
bagaikan...siapa ya?
bagaikan...Zulhamizan Zakaria!

Ok, setelah tamat sessi ujibakat...aku telah mendapat pujian dari lagenda bolasepak, Tajuddin Nor:
"Baiklah, yang tak disebut namanya bolih balik."
Begitulah kata-kata semangat yang memangkinkan lagi motivasi aku untok menjadi pemain bola yang hebat.
Biarpon akhirnya aku tak terpilih langsong untok menyertai skuad bolasepak negeri bawah 15 tahun.
Tapi aku tahu, aku telah diintip olih Alex Ferguson. Beliau ada menyorok di celah-celah pokok tepi padang ketika melihat aksi aku dalam sesi ujibakat pada hari tersebot.

Itu hanyalah sedikit daripada usaha aku untok menjadi pemain bola yang hebat selama ini.
Tapi ternyata aku tidak puas hati kini.
Sana-sini aku mendengar kerancakan berita ini.
Daripada mulot makcik-makcik sapu sampah lepak bawah pokok sehinggalah Mamak-mamak jual roti naan berbicara mengenainya.
Kenapa skuad bolasepak Malaysia menang dengan Laos?
Sepatotnya posisi Badrol Bakhtiar tu diisi olih aku.
Dua gol yang disumbatnya haroslah jadi jaringan aku.
Sorakan kegembiraan sepatotnya untok aku.
Olih itu aku sangat tidak puas hati kerana aku tidak disenaraikan dalam skuad Malaysia!

ARGH!
Aku tidak puas hati!
Siap kau, Rajagopal!
Kahkahkah!!!

Wednesday, December 2, 2009

Ini lagi suspen!

Sementelah aku mengalami trauma kotak biru bersuara, aku meneruskan perjalanan aku.
Sila rujuk hasil penulisan aku edisi sebelom ini.

Perjalanan aku ini sebenarnya tidak jauh.
Paling samseng pon amik masa 3 jam sahaja.
Kolumpo ke Kuantan, jaoh mana lah sangat kan?
Mari kita imbas kembali situasi yang lalu.

Dalam kereta itu, ada kami bertiga. Jejaka yang kacak-kacak belaka.
Rombongan ini diketuai taiko kacak yang paling otai iyaitu aku merangkap pemandu malam itu.
Ia diikuti pula dengan jejaka kurang sedikit kekacakannya iyaitu Herol.
Manakala jejaka paling jambu adalah adek Herol, Faiz yang pot di barisan belakang kereta.
Setelah mendapat bekalan makanan, kami meneroskan perjalanan dengan rasa kurang enak.

Kekantolan pertama adalah, permintaan bekalan makanan kami tidak mencukopi.
Mujorlah kami ini tidak mengambil hati dan memaafkan kotak biru itu dengan seikhlas-ikhlasnya.

"Apakan daya, bukan rezeki kita."
Begitulah kata-kata herol yang penuh tulus suci murni.

Kekusutan yang kedua pula adalah situasi lubuhraya pada malam itu.
Oh, tuhan! Sangatlah sesak.
Jika anda berjaya mencecah 20km/j adalah sesuatu perkara yang amat ajaib sekali.

Lalu merangkaklah kami dengan cara paling aneh.
Sila jangan burok sangka. Merangkak cuma perumpamaan.
Hakikatnya kami maseh bergerak menggunakan kereta.
Letak gear pada 'D' dan tekan-tekan brek sahaja.

Sambil bergerak-gerak perlahan, kami menjamu selera.
Makan malam di dalam kereta bukanlah satu perkara yang romantis.
Apatah lagi makan malam itu disinari cahaya lampu kereta-kereta di atas jalanraya.
Untok melengkapkan suasana makan malam ketika itu, jiran-jiran kereta di sebelah turot serta menjeling-jeling (kunon kami tak perasankah?) menelan air liur tanda betapa sedapnya melihat kami meratah berger yang ada.

Makan malam itu bolih dikatakan sangat lama.
Hampir sejam. Bermula dari Tol Gombak dan berakhir di R&R Gombak.
Ah,betol-betol menyeksa jiwa, brader!
Perut sudah kenyang, mata sudah layu.

Herol mencadangkan kami bermain daun terup setelah beliau berjaya menjumpai daun terup itu ketika mengembara di segenap pelusok kereta bagi mempertontonkan tahap ketidakpuasan hati beliau.
Aku termenung sejenak. Memandu sambil bermain terup? Ini sangat 'rare!'.
Aku pon setuju. Lagipon mana ada peruntukan undang-undang melarang pemandu bermain daun terup sambil memandu? Kahkahkah!

Okeh.
Situasi ini berlanjutan sehinggalah Tol Bentong.
Dan ia sangatlah membosankan.
Hampir 4 jam dan akhirnya kami berjaya meredah kesesakan jalanraya.

Kami meneruskan perjalanan dan mula memasuki lebuhraya pantai timur.
Keadaan di Karak sudah mula lengang. Waktu ini tiada lagi permainan daun terup.
Aku terus memecut memandangkan aku tidak sanggop menetap lebih lama di atas jalanraya.
Manakala Herol dan Faiz terus setia menemani.

Melepasi Temerloh, keadaan jalanraya sudah sunyi.
Keadaan juga gelap. Ditambah pula hujan rintik-rintik.
Cuma sesekali ada cahaya lampu dari kereta yang memintas kami.

Sampai di Maran, suasana semakin gelap.
Terus sunyi.
Tiada lagi kereta lain.
Mata meliar melihat ke luar tingkap kereta.
Gelap. Sejuk. Sunyi.

Dan tiba-tiba!
Secebis cahaya hijau melintasi betol-betol dihadapan kami.
Agak jauh juga tapi jelas kelihatan.

"Uih, kau nampak tak? Apa tu?!" aku teruja.
Terus aku memandang Herol.

"Hish! Jangan tegur. Bawa je kereta" kata Herol. Wajah beliau sedikit gusar.

Aku rasa kurang enak. Mungkinkah akan ada bahana akibat peneguran jujur aku yang tidak bertapis itu?
Aku buat muka selamba dan meneruskan pekerjaan aku sebagai pemandu kereta malam itu.
Namun dalam hati, hanya tuhan yang tahu.

Tidak lama kemudian aku mula terhidu satu bau yang aneh.
Ia sangat tidak menyelesakan.
Peluh mula membasahi dahi aku.

"Herol, kau...ada...bau tak?" aku tanya tergagap-gagap. Gusar akan ada bahana lebih dasyat.

"Hish, jangan tegur! Kau buka je tingkap. Aku kentut. Sakit perut, dowh!" Jawab Herol sambil tersengih.

Ah! Cilaka kau.
Dalam hati penuh sumpah seranah aku lemparkan terhadapnya tanpa henti sampailah ke parkir rumahku.

P/S: Akhirnya aku dapat tahu rupanya cahaya hijau itu adalah tahi bintang! HoHo!!

Thursday, November 19, 2009

Suspen lagi

Ini kejadian yang ngeri. Ini pengalaman yang sukar aku lupakan.
Setiap kali aku berkesah, selalunya adalah waktu malam.
Dan kejadian kali ini juga adalah berlaku pada waktu malam.

Malam itu dingin sekali.
Angin tidak sepoi langsong bahasanya.
Malah agak kasar bahasa angin malam itu.
Aku bersama Herol dan adiknya bersimpuh di dalam kereta.
Kami bertiga ingin meraikan Hari Raya Qurban di Kuantan.
Jam menunjokkan jam 10 malam.
Dan kami baru sahaja bertolak.

Adik Herol yang bernama Faiz ini kelaparan.
Menurutnya, dia wajib makan Mek-D pandu lalu sebelom bergerak lebih jaoh.
Olih itu, aku menyinggah di Mek-D Shell yang berada di Gombak, jalan susur masok lebuh raya pantai timor.
Biarpon hati ini pada mulanya berbunga-bunga tapi akhirnya agak kecewa apabila mendapati stesen minyak Shell ini dipenuhi orang ramai dan amat sesak.
Kerana aku maseh punya banyak perancangan, aku coba beralih pula ke stesen petronas yang berada di sebelahnya.

Nampaknya, tekaan aku meleset. Stesen ini juga sesak. Sungguh tidak aku gemar.
Namon kerana Faiz kelaparan, aku mencilok-cilok untok masok ke pandu lalu Beger King.
Mencilok adalah skil terhebat aku. Tolong jangan raguinya.

Mata kami bertiga kusyuk skali memandang skrin yang memaparkan menu.
Sebenarnya tidak banyak pilihan di situ.
Dengan demikian, kami dapat menetapkan makanan yang diingini dalam masa yang amat singkat.

Kereta di depan tidak banyak. Hanya 2 buah.
Jadi kami rasa tidak ada masalah untok kami mendapatkan makanan dengan kadar segera.

Hujan mula menitis-nitis.
Kami bergerak perlahan-lahan.
Dan akhirnya tiba di sebuah kotak biru dengan papan tanda bertulis 'Order Here'.

Cermin kereta diturunkan.
Mata menatap kotak biru itu.
Sepi.
Tidak bersuara.


Agak lama aku menunggu tapi tidak bersuara.
Lalu aku buat muka selamba.

"I like to have number 9, 10 and 11. And also apple pie please."

Nampaknya tiada respon.
Mungkinkah tidak kedengaran?
Mungkinkah beliau tidak paham bahasa inggeris tahap tinggi milikku ini?
Apakah kotak ini punya butang yang haros dipicit-picit terlebih dahulu?
Tapi setelah aku teliti, tiada butang apa pon.

Herol pon mencadangkan agar aku memberi pesanan sekali lagi dengan nada yang lebih kuat.
Aku bersetuju dan terus melaung dengan lebih kuat.

"Kitorang nak order nombor 9, 10, 11 dengan apple pai se!!", agak keras bunyinya.
Namon masih tiada respon.

Aku memandang Herol.
"Cilaka, rasa cam cakap sorang-sorang dengan kotak biru nih!", kata aku.
Herol dah ketawa berdekah-dekah dan tiba-tiba...

"Sabarlah,bang! Tunggu sekejap. Jap lagi kitorang amik order." Kotak biru itu bersuara!

"Halamak! Dia dengarlah."
Kahkahkah!
Kitorang kena marah.
Berguling-guling kitorang gelak.

Pasti brader tu terdengar maki hamun kami.
Kantoi! Kami ketawa berdekah-dekah tanpa henti dalam kereta.
Kena marah dengan kotak biru? Kahkahkah!
Tak gengster langsung.

Cerialah!

Saturday, November 14, 2009

Caving

Tut Tutt! Tut Tutt!
Bunyi es-em-es dari talipon bimbit.
Herol ajak meleser.
Dia dan 3 rakan laen dalam perjalanan ke pot makan-makan.

Pot ini memang enak menjamu selera makan dan selera mata.
Lagipon malam minggu memang patot meleser. Lagi-lagi anak muda seperti kami.
Biarpon mata sudah berkaler merah namon ia langsung tidak menghalang nafsu aku bersosial.
Untong badan bolih pasang 4. (ngeh ngeh ngeh!)

Lantas tanpa membazir masa aku terus sahaja menalipon Sheikh.
Niat tulus suciku mempelawa beliau untok turut serta. Beliau mengangguk. (Ini bayangan aku lah)
On! kata beliau. Jarang sekali beliau berkata 'Off!'
Lalu aku terus saja mengambil beliau di rumah.

Memandu dalam hujan buat aku lemah semangat.
Untok menambah lagi perisa lemah semangat apabila memandu dalam malam yang gelap.
~ku jejak jalan yang berliku... (lagu tema ketika ini).
Lagu ini perlu dipasang kerana ia bagaikan jampi serampah untok memulihkan semangat aku.
Aku berjaya pulih semangat ketika ambil Sheikh dan terus saja menuju ke pot pilihan.

Cilok mencilok memang feveret. Kelajuan 100km/j perlu dikekalkan.
Sebagai pemandu berpengalaman, keadaan kritikal perlu diatasi dengan muka selamba.
Pantang kereta kelihatan di depan. Semua aku pancung.
Kurang 30 minit, aku dah sampai. Biarpon jarak antara pot dan rumah Sheikh hanya 3 km.
Jem memang cilake.

Herol dan rakan-rakan sudah lama berkumpol.
Mereka sedang enak melapah sup mushroom dan roti garlic.
Kecur air liur aku. Akibat tergoda dengan kelahapan mereka, perot aku bergendang.
Baru saja aku angkat tangan dengan nawaitu nak panggil brader ambil order, herol bersuara.

"Did, kitorang ada idea bernas. Caving...nak folo?", kata beliau serius .
Info: Caving adalah aktiviti meneroka dalam gua yang sangat mencabar. Tak tipu.


"Kitorang budget nak gerak hari Sabtu 28 haribulan tu, pukol 4 pagi. Drive 2 kereta. Tak payah nak cari hotel.", tambah beliau lagi.

"Aku ingat kita gerak hari Jumaat lah. Penat bro main drive pagi-pagi buta. Cari lah hotel budget. Brape rengget sangat." kata Hapis, rakan herol yang dari tadi enak hirop sup cendewan tanpa henti.

"Kita kena ajak lagi 3 orang nak cukopkan 2 kereta nih. Takde bunga ke? Tak stim lah takde bunga.", cadang Man yang sedang enak mengunyah roti garlic. Aku menelan air liur.

"Bunga ada sekuntom. Tapi lagi 2 kuntom korang kena carilah," kata Herol yang nampak puas dengan juadah yang disumbat. Bersandar sampil menepok-nepok perutnya.

"Bisa diatur. Aku es-em-es sekarang!", laju saja Hapis menekan punat talipon bimbitnya.

Seterusnya bermacam-macam lagi perancangan yang muncol. Dari isu rakan yang patot ada dalam senarai penyertaan, jadual perjalanan hinggalah isu bekalan makanan yang perlu dibawa. Perbincangan ini tampak begitu serius dengan masing-masing langsong tidak mengalah. Bertikam lidah, tumbok menumbok dan spelet menyepelet dahi sudah menjadi adat resam dalam mesyuarat kami. Ada sahaja idea bernas yang diutarakan. Aku tidak bersuara kerana brader ambil order belom muncol untok melayan aku.

Hampir sejam mereka berbincang dan aku tidak ambil pot. Lagipon makanan idaman sudah terhidang depan mata. Mee Hailam ini perlu dinikmati sepenuh hati. Tidak enak jika makanan ini tidak dilayan sepatotnya.

"Did, nak join tak?", barulah Herol menegur. Itu pon sambil matanya tertumpu pada Mee Hailam aku. Lapar lagikah teman aku nih?

"Tak." jawab aku.

"Aku menyembelih 27 haribulan tu." tambah aku dengan jawapan ringkas dan padat sambil menampilkan raut wajah yang ketat.

Mereka semua tergamam.

Sepi seketika.

"Cilaka kau, herol. Ajak kitorang beraya dalam gua!", cacian pertama tersembor dari mulot Hapis.
"Camane lah kitorang bolih setuju jek dengan kau. Kau pakai ilmu pengaseh ke hape?", tambah Man pula sambil diiringi gelak ketawa besar. Berguling-guling mereka bergelak membayangkan kejadah hape beraya dalam gua. KAHKAHKAH!

Dah nyanyuk agaknya rakan-rakanku ini.

Aku kekal kool. Sambil menghirop kuah Mee Hailam. Memang nikmat!

Cerialah!

Friday, November 13, 2009

Termenong dan termenong

Malam yang gelap.
Tiada bulan dan tiada bintang.
Hanya hujan yang turun mencurah-curah.
Hati pula terdetik rasa rindu kepada rakan rumah dahulu.
Lalu talipon bimbit dicapai dan aku mula mendail.

Hati berbunga-bunga. Berkurun lama tidak berhubong.
Pasti banyak cerita.

Aku dan dia pernah berkongsi cerita suka duka.
Bernakal bersama-sama.
Menyumbang suara di pusat hiburan keluarga.
Berfutsal gandingan mantap, brader!

Terakhir kami bersua ketika dia bertunang.
Gades pilihannya juga aku kenal.
Biarpon si dara itu bukan dari universiti yang sama dengan kami.
Tapi sang gades tidak kekok. Bergaul seperti teman lama.
Sang dara dan sang teruna pula seperti belangkas. Bukan lipas.
Jika musim cuti semester, mereka sukar dipisahkan.

Kini teman ini bekerja.
Memburoh bagi mengumpol harta.
Kesibukan memisahkan aku dan dia.
Hampir setahun dia menyepi.
Apa khabar dia di sana?

Talipon telah dihubung tapi tidak berjawab.
Mengapa agaknya.

Coba lagi.
Maseh tidak berjawab.

Aku coba alternatif laen.
Hubongi sang dara.
Berjawab tapi dia tidak mengecam suara seksiku.
Memperkenalkan diri dan dia maseh ingat.
Lega. Aku hampir saja menyangka aku tersalah nombor.

Tanpa membuang masa, terus saja aku bertanya kabar si dia dan sang terunanya.
Sehat saja. Tapi mereka sudah tidak berhubong.
Tidak berhubong kerana sudah pon putos.
Tidak lagi punya hubungan.
Tidak punya apa-apa pertalian lagi.
Sudah lima bulan.

5 Bulan?
Hampir 2 tahun terikat tapi putos akhirnya?
Dan aku tidak tahu apa-apa.

Berita ini betol-betol memeranjatkan.
Aku tidak bertanya lebih lanjut puncanya.
Kerana aku tahu si dia tidak akan bercerita.
Alasan yang sama pasti diberi.
Tiada jodoh.

Selesai perbualan kami, aku meletak talipon.
Termenong.
Tembos menerusi malam yang pekat.
Dan hujan turon semakin lebat.
Kes ini kes haru.
Kes ini kes syahdu.
Kes ini kes pilu.

Termenong lagi.
Dahulu aku pernah punya harapan.
Agar tiada lagi mangsa kecundang dalam percintaan.
Kerana bahananya amat memeritkan.

Aku terus termenong.
Dan termenong.
Dan termenong...

Entri ini entri sedih. Tolong jangan menanges.

Friday, November 6, 2009

Di Sebalik Itu...

Malam yang tidak rancang. Malam itu aku ke rumah teman yang maseh teruna.
Pertemuan dengan sahabat lama ini menghadirkan idea untok berpeleseran dengan saorang gades.
Lalu dengan pantas berdesup kami roger-roger dan terus mengambilnya di rumah.
Pot peleseran kami kali ini adalah satu pot yang 'rare' bagi keramaian. Rasta.
Cantik. Menarik. Pemandangan indah-indah saja. Kadang-kadang meleleh juga.
Kahkahkah!

Setelah bontot berlaboh, kami membuka cerita.
Menurut gades ini beliau akan menghadiri satu parti.
Parti ini bukan parti liar.
Parti ini parti formal.
Parti ini ada kod berpakaian.

Menurut gades cun bergetah ini, parti itu adalah parti bertopeng.
Parti bertopeng bukanlah parti politik yang baru muncol selepas hujan.
Parti ini dianjorkan olih majikan saorang lagi teman beliau.
Tolong jangan buat spekulasi liar. Selalulah bersangka baik dan bergosip jinak.
Parti ini adalah aktiviti formal tahunan.

Aku dan sahabat yang masih teruna ini terfikir idea nakal.
Kami ingin turut serta. Namun hampa. Ia parti persendirian.
Idea nakal tidak dapat diteruskan, tapi tidak mengapa.
Ia tidak sesekali menghalang kenakalan kami.

Gades cun bergetah ini sedia menolong.
Biarpon kami tidak hader, namun kami maseh bolih bernakal-nakal.
Katanya beliau akan siap sedia pen dan kertas bagi mengutip nombor-nombor talipon gades-gades cun bergetah di sana nanti.

Tersenyum lebar kami.
Hati mulai berbunga-bunga.
Mata pula bersinar-sinar penuh harapan.
Ini sudah bagus!

Selesai berdiskusi panjang dan perot sudah mula kembong, kami pon memulangkan gades ini ke pangkal jalan. Hajat sememangnya nak pulangkan terus ke pintu rumah tapi kerana kami risau mulot-mulot makcik akan berskandal kurang senonoh maka di pangkal jalan sahajalah kami pulangkan gades ini.

Selesai hantar gades ini, aku dan rakan teruna ini mula memasang impian.
Siapakah bakal gades yang akan kami berkenalan nanti.
Apakah gades itu Jessica Alba? atau Angelina Jolie barangkali?
Meleleh brader!

Sedang syok kami berfantasi...kami tersedar dari lamunan.
Parti itu parti bertopeng. Topeng menghalang keindahan wajah gades-gades disitu nanti.
Untok mendapat yang bergetah, itu bolihlah diukur-ukur nanti.
Tapi bagaimana si gades kenalan kami ini bolih bekalkan kami gades-gades yang berwajah bidadari?
Bagaimana kalau gades itu memakai topeng Jessica Alba? Pasti dia akan tertipu.
Bertopeng biasanya menutop kecacatan. Bukan kecantikan.

Aduh, potong stim!
Hampa jua kami malam itu.

Pesanan ringkas: bertopenglah untok kesihatan, gelombang kedua H1N1 akan tiba. Kahkahkah!

Cerialah!

Wednesday, November 4, 2009

Ayatmu membunohku

Teringat saekor sahabat yang gemar berpujangga berkata-kata.
Kata-katanya ini dilafazkan semasa aku menghadapi tekanan ketika belajar bagi kertas peperiksaan semester akhir. Pernah beliau membebel kepada diri aku yang sangat gembira-pergi-bernasib baik ini.

"Kita membuat perkara bodoh untok menjadi bijak.
Perkara bodoh itu adalah kesilapan.
Jika kesilapan itu dilakukan berulang-ulang adalah satu kebodohan.
Dan jika kebodohan itu dilakukan berulang-ulang bukanlah satu tindakan untok menjadi bijak!"

Tetapi hari ini aku terkenang kata-kata ini. Beliau memang sifu. Tak sia-sia imej janggut A. Samad Said yang dipelihara beliau. Janggut panjang beliau bolih diguna pakai. Baru kini kata-katanya membunuhku. Satu lagi kebodohan aku untok menjadi bijak!

Cerialah! - aku.

Friday, October 30, 2009

Obat (kisah derita)

Kali ini aku terbaring. sudah dua malam aku terbaring. Pening dan tidak karuan.
Keadaan ini betol-betol membingongkan aku. Air hidong tidak henti-henti mengalir keluar.
(Cet, air hidong...ingat sopan lah tu. Hingus lah!) Lalu aku ke dapor. Mencari penawar.

Aku selongkar segala bekalan obat-obatan yang wujod tapi gagal. Aku hampa.
Kehampaan aku lebih dari kehampaan MU tewas kepada Liverpool.
Lebih hampa dari Majnun yang gagal kahwini Laila.
Lebih hampa dari hampagas.

Ketiadaan obat untok air hidong ini membuatkan aku termenong.
Lalu aku terkenangkan penyakit saorang teman.
Teman aku ini mempunyai penyakit jiwa.
Olih kerana beliau mengidap penyakit jiwa ini, beliau sukar untok tidor malam.
Badannya kurus mengering. Lebih kering dari Osman Kering.
Aku ngeri memikirkannya.

Penyakit beliau ini iyalah penyakit putus cinta.
Penyakit yang menguji ketabahan jiwa.
Penyakit yang membutohkan kecekalan hati.
Penyakit yang bisa membuatkan insan membunoh diri.

Mangsa penyakit ini telah meminta nasehat aku.
Sebijak-bijak tupai melompat, aku gagal memberi jawapan.
Lalu dia beralih arah meminta nasehat saorang teman yang bakal menjadi doktor.
Dengan harapan menggunong, teman ini menyuson ayat.

Beliau bertanya "Apakah ada obat bagi penyakit ini, wahai sang doktor? karena aku sudah tidak sanggop menanggong kesakitan ini."

Lalu Sang bakal doktor ini tersenyum dan menjawab dengan kool, "Takde!"

Mangsa ini tidak putos harapan lalu bertanya lagi, "Tolonglah aku,sang doktor. Bagilah apa sahaja obat yang ada di donia ini agar bisa aku tenang dan lupakan segala memori pahit ini."

Sang bakal doktor ini dengan wajah penoh belaian kaseh sayang telah menjawab, "Sedarilah saudara bahawa manusia ini tidak memerlukan obat melainkan jiwanya sendiri, jiwa yang kental, jiwa yang bersemangat, jiwa yang ikhlas untok merawat sakit itu...itulah antibodi mu."

Jawapan sang doktor ini betol-betol buat aku tergamam.

Kini aku yakin beliau layak menjadi doktor.

*****

Air hidong maseh terus mengalir.
Menyedarkan aku dari lamunan.
Eh, aku maseh perlu merawat penyakit air hidong ini. Aku tak perlukan obat?
Ah, persetankan semua itu. Ini sudah 2 hari, antibodi apa lagi.
Dengan sisa kuasa gaban yang ada, aku turon membeli penadol solubel.

Aku sedar kini aku amat memerlukan sahabat seperti sang doktor ini.
Bukanlah obat atau nasehat yang ingin aku minta darinya.
Aku hanya inginkan MC. Tolonglah, sang doktor!

Friday, October 23, 2009

Zon Selesa

Orang kata melayu jadi pemalas kerana berada dalam keadaan 'terlebih' selesa. Orang kata, aku tak kata. Bila selesa memang syok dan stim. Rasanya selesa bukan menjadikan aku malas tetapi ia adalah kenikmatan. Kenikmatan yang haros dan layak aku terima sebagai ganjaran. Sesuatu hasil yang patot aku tuai sebagai penghargaan untok diri sendiri. Syabas aku!

Hari panas. Memburoh sepanjang hari bolih bikin tulang belulang jem. Tulang yang jem tidaklah enak dimakan begitu saja. Tulang jem akan menghasilkan bunyi. Ia akibat pergeseran dari pergerakan. Maknanya perlu pelincir? Ehem. Ia enak jika ada aktiviti urut-urutan. Bertambah enak jika urut-urutan itu versi B2B. Bolih bikin jiwa stress menjadi kendur dan barang yang kendur menjadi stress. (Kanak-kanak belom akil baligh dilarang meniru aksi ini). Tapi itu aku tidak peduli. Aku ada terapi sendiri yang bikin jiwa aku selesa. Selesa untok aku menerimanya. Tolong jangan buat spekulasi sendiri.

Aku juga insan manusia seperti kalian. Yang membutohkan rehat apabila memburoh seharian. Setiap pagi aku bangkit dari lamunan mimpi (~ku kira engkau...sudah melupakan - lagu aris ariwatan, lamunan terhenti) dan bermandikan air sejuk menggigil. Menyucikan segala yang kotor. Menyegarkan segala yang layu. Ini haros dan perlu dilakukan setiap pagi. Jika tidak, ia bagaikan merempit motor Yamaha YZF R6 (apa jenis nama ni?) bersama awek cun bergetah dengan tayar pancit. Bergaya itu ada, tapi pasti kau di cop...'bodohnya!'. Kalau nak bodoh, tolong jangan bagitahu orang lain. Ini pesanan tok guru aku.

Sudah 5 jam aku bertapa di tapak pembinaan. Hari makin meninggi. Matahari memancarkan pancaran sinar ultra ungunya. Sinar ultra ungu ini tidaklah merdu seperti lagu kumpulan ungu. Pancaran ini terik dan perit. Langsung berbeza. Peluh membasahi dahi. Titis-titis keringat mula membasahi ketiak. Tekak sudah kering dan berkerak. Jika ada mamak cendol lalu di situ pasti aku orang pertama melompat sergahnya. Tapi apakan daya, di tanah gersang ini (~berjalan di tanah gersang...mentari mencekam dada, debu-debu di jalanan...menjadi teman setia - lagu kembara, hati emas) hanya mamat-mamat kontrekter yg sikit kacak dari tapak slipar jamban aku saja yang wujud. Aku perlu bersabar. Ya, sudah tentu. Aku cekal orangnya.

Setiap keperitan pasti ada penghujongnya. Setiap penderitaan pasti terselit kebahgiaan. Hari yang panas tentu ada mendungnya. Hari memburoh sudah tamat. Semua pemburoh wajib pulang. Aku orang pertama yang melonjak gembira. Pulang dengan hati berbunga-bunga.

Sesampai sahaja di rumah, terus aku hempas segala peralatan-peralatan berperang aku seperti dompet, kunci-kunci, telefon bimbit dan laptop ke atas meja TV. Aku sudah tidak peduli tentang makan minum. Jika ada Maya Karin sekali pun, aku akan tepis dia ke tepi. Tapi sebelom tepis, aku akan sms dia...berbaloi-baloi!

Aku kuak pintu bilik aku. Aiseh! Hajat terbantot. Perkara yang ku idam-idamkan semenjak tadi tidak dapat aku tunaikan. Betol-betol potong stim. Nak maki, bukannya beliau paham pon. Aku hanya mampu kuis2 beliau dengan kaki diselit dengan hajat beliau bolih bingkas bangkit bangun dan pot di tempat laen. Tapi setelah 30 minit aksi kuis-kuisan ini tampak tidak berjaya, aku mengalah. Celaka. Menyesal aku tepis Maya Karin tadi. Bukan bolih tidur pon. Zon selesa telah dirampas olih rejim ini.


Aku fikir ini bukan satu-satunya zon selesa untok aku. Tapi juga untok dia. Abaikanlah...ambil, bantal busuk dan bini-pelok-masam lalu tidur saja depan TV! Berbekalkan hati yang maseh luloh kecewa. (~Siapalah aku ini untuk, Memintal buih yang memutih, Menjadi permaidani seperti mana, Yang tertulis dalam novel cinta - lagu Exist, Mengintai dari tirai kamar) - Ah, diamlah! Terus aku tutop MP3.

Tuesday, October 20, 2009

Please make song selection...

Berjalan terus tidak aku menoleh dah.
Terus melangkah. Kiri kanan tidak aku kisah.
Semuanya sunyi. Betol2 sunyi sepi.
Hanya kedengaran siulan sumbang lagu versi mp3 yang keluar dari bibir aku.

Waktu ini semua staf telah sibuk dalam pejabat.
Aku yang sejak tadi menahan ragam perut telah gagal bertahan. Kesejukan mencucok-cucok perut.
Dan kerana itu aku berjalan sambil bersiul.

Pintu tandas aku kuak...kreeekkk! (bunyi ini hanya hiasan semata-mata!)
Dan aku terus berlaboh di perlabohan yang sesuai. Pot feveret aku.
Sambil berlaboh...aku menyanyi. Rossa - Terlanjur Cinta.

aku terlanjur cinta kepadamu
dan tlah kuberikan seluruh hatiku
tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku...

Dan tiba-tiba, ada suara dari sebelah...

aku pun tak mengerti yang terjadi
apa salah dan kurang ku padamu
kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
karna sekali cinta, aku tetap cinta...

Ah, aku kenal suara mamat ini. Azman! Ingatkan tadi tade orang dalam tandas. Siot!

Cilaka kau, Azman.
Ini bukan karaoke box bayar singgit satu lagu. Ini tandas!
Brani kau berduet dengan aku!

Saturday, October 17, 2009

Bertukar!

Malam ini aku sendiri lagi.

Seperti malam-malam sudah.

Betol-betol tidak syok.
Tapi apakan daya, bila umor meningkat bilangan kawan-kawan bujang berkurangan. Tidak bolih meleser seperti zaman muda-mudi cool dan groovy.

Hirop air milo. Air milo panas. Tapi rasanya sebijik rasa milo percuma yang dibikin lori-lori milo yang bertandang ke sekolah. Ah, stim beb! Layan air milo sambil menonton perlawanan bolasepak antara Manchester United dan Bolton. Fuh...

Sedang aku kusyuk melihat permainan ini, aku terpana pada peranan pemain-pemain dalam skuad kedua-dua belah pihak. Setiap pemain ada posisi. Ada penyerang, pemain sayap, pertahanan dan penjerit tepi padang. Sistem permainan ditentukan olih bos mereka yaitu pengurus pasukan. Tak kesahlah pasukan ini mahu guna sistem 4-4-2, sistem kapitalis mahupon system of a down. Pengurus yang menentukannya.

Gol!

Owen jaring. Eh, Gol sendiri. Aku tersenyum. Hirop milo sekali lagi.

Kemudian aku terfikir semula mengenai pemain-pemain dalam skuad elit seperti Manchester United ini. Bagaimana mereka bertungkus-lumus untuk dimasukkan sebagai pemain dalam kesebelasan utama daripada berpuloh-puloh pemain sedia ada. Mesti tertekan. Seksa. Perlu kerja keras. Usaha.

Petang-petang kena berlari. Aku juga berlari petang-petang, tapi Alex Ferguson tiada pon SMS aku suruh turun old trafford. Orang tua tu pemalas nak call, kunon-kunon tiada masa padahal tiada kredit. Dapat SMS pon dah kira bertuah. Lepas tu pemain-pemain ini kena buat latihan menembak, hantaran, menanduk dan macam-macam jenis perkara mengerikan lagi. Patotlah aku tidak menjadi atlit.

Apabila latihan keras ini dijalankan. Maka terbitlah pemain-pemain bintang bagi setiap posisi. Terbitnya bintang-bintang ini apabila berjaya mengepalai kejayaan sesuatu skuad itu. Pertahanan menerbitkan bintang seperti Vidic, Terry dan Puyol. Pemain tengah seperti Xavi, Giggs dan Ronaldo. Penyerang pula muncol bertaraf lima bintang seperti Rooney, Messi dan Tevez. Bintang penjaga gol pula seperti Gianluigi Buffon, Van Der Sar dan Halim Napi. Halim Napi?

Aku terkenang semula kepada salah seorang pemain Setan Merah ini. Nama beliau John O'Shea. Pemain ini tidak berbakat besar. Tidak kacak. Dan tidak banyak kerenah. Tapi mempunyai kelebihan. Beliau bolih bermain di setiap posisi. Pada asalnya beliau adalah pemain pertahanan tapi pernah diletakkan sebagai pemain tengah. Pernah juga bermain sebagai penyerang. Dan pernah juga bermain sebagai penjaga gol! Mamat ini betol-betol cool.

Tetapi aku lebih kagum kepada bos Setan Merah ini. Beliau yang menentukan posisi pemain. Dan beliau lah penentu kepada perkembangan skil dan kemahiran pemain itu berkembang. Bos ini juga penentu kepada keberkesanan pemain itu dalam sistem permainan skuadnya.

Aku juga terasa seperti brader O'Shea ini. (Oh, aku juga cool sepertinya?) Bos sentiasa meletakkan aku di pelbagai posisi. Aku lah mat despatch, akulah kerani dan akulah akauntan. Setiap hari aku menjalani latihan. Skil aku makin bertambah. Tahap kecekapan aku juga semakin bertambah. Tanggungjawab bertambah. Yang tidak bertambah cuma gaji.

Aish...lecehlah!

Olih itu, aku bertekad. Aku tidak mahu lagi bekerja untok bos. Aku tidak lagi perlu menjadi pemain pelbagai posisi. Aku mahu menjadi pemain tetap. Menjadi bintang kepada satu posisi sahaja. Oh, aku perlu berhijrah!

Ya.

Bekerja ini seperti bermain bolasepak. Aku perlu tukar kerja. Pengalaman ada. Skil ada. Gaji pasti bertambah. Itu perlu. Aku ingin menjadi bintang! Sampai satu hari nanti aku akan tubohkan satu kompeni aku sendiri. Akulah bos kepada pasukan aku.

Aish...bila Mark Hughes nak beli aku nih? Takkan aku nak tunggu Dollah Salleh SMS aku dulu kot? Kahkahkah!

Monday, October 5, 2009

Oh...menatang gayut-gayut itu!

Halamak. Sudah lambat aku nih.

Brommm...brommm! Bunyi sound efek (bunyi lagi...sound lagi...bukan ke maknanya sama?) kereta aku. Kena balik cepat-cepat. Sudah lewat. Esok hari memburoh. Membanting tulang. Tulang jika tak dibanting, tiada gaji. Tiada gaji bermakna tiada duit. Tiada duit bermakna tiadalah kereta ini bulan depan.

Sesudah berchenta di Shah Alam, aku berkejaran (~berlari berkejaran...harumnya bunga di taman....*lagu tema masa nih) ke rumah. Bagi signal lip lap, keluar parkir. Bodoh...tiada kereta lalu lalang di situ. Tapi kerana aku pemandu berhemah,bagi saja signal. Kebiasaannya aku mengambil masa 20 minit dari Shah Alam ke Sg Buloh. Kereta tidak banyak, sedang-sedang saja kuantitinya. Kepala aku melayang ke kerja tertangguh di rumah. Baju belom basoh. Pakaian kerja belom digosok seterika. Fesbuk belom di atas-tarikhkan.

Sedang aku kusyuk berfikirkan kerja tertangguh,entah bagaimana kereta aku melencong ke Lebuhraya PLUS. Aiseh, lupa rancang perjalanan. Waktu ini mana ada banyak kenderaan, guna jalanraya biasa pon tidak mengapa. Mujur aku ada kad sentuh dan blah yang berbaki kurang RM10. Bolih diguna waktu sengal macam ini.

Selesai aku imbas kad sentuh dan blah aku, terus aku tekan sampai ke lantai pedal minyak aku. Mencanak naik batang meter kereta aku. Hoho! Sungguh berkuasa mantap enjin kereta aku nih rupanya. (haha...sendiri puji!) Tapi aku tidak mahu kena saman lagi. 120 km/j dan aku cuba kekalkan kelajuan itu. Olih kerana kereta-kereta di lorong kiri dan lorong tengah berjalan perlahan, aku membelok ke lorong kanan sekali. Lorong kanan adalah lorong untuk memotong. Tiada kereta. Bagus, bolih memandu dengan selesa.

Tiba-tiba ada sebuah kereta mencucok belakang kereta aku. Mengekori rapat. Hampeh! Siapakah gerangannya? Beliau cuba ke lorong tengah untok memotong aku. Tapi tidak berjaya kerana laluan tengah ada kenderaaan. Sekali lagi dia masuk ke lorong kanan dan mencucok kenderaan aku dengan begitu rapat sehingga hampir bergesel. Ini sudah bolih mencetuskan darah mudaku untok mendidih. Had kelajuan di sini cuma 11okm/j. Aku bagi laluan kepada kereta ini dengan beralih ke lorong tengah. Kereta dibelakang tadi perlahan memotong aku dan tersenyum mengangkat tangan kepadaku. Kereta viva putih rupanya. Langsung aku tak kenal gadis yang memandu kereta itu. Cun kah? Rasanya tidak. Hidung kembang, berjerawat dan hitam manes. (Sebenarnya tak nampak pon wajah gadis ini kerana cermin keretanya tinted...ini cuma imijinasi saya bagi menyedapkan cerita)

Lalu, aku cucok kembali kereta viva ini dengan mengekori rapat dibelakang. Lalu aku ternampak sesuatu bergayut-gayut di tampal di cermin keretanya. Apakah itu? Lalu aku ekori lebih rapat. Oh, jelas terpampang kini. Ada sekeping menatang bergayut-gayut terlekat di cermin keretanya. Menatang gayut-gayut itu yang berlogo dan tertulis 'Red Devil's Fan'. Kahkahkah! Tak mengapalah begitu, aku amponkan kau. Dan dia terus berlalu pergi...

P/S: menatang gayut-gayut ini apa namanya?

Thursday, October 1, 2009

Serban

Ini kesah sengal.
Serban. Sejenis pakaian. Fesyen. Khas untuk menutup kepala.
Ada macam-macam serban kini. Para ahli masjid dan haji-haji gemar memakainya.
Dengan mengenakan serban, orang akan lebih segan dan menghormati sang pemakainya.
Lebih-lebih lagi apabila sang pemakai itu seorang yg warak dan rajin ke mesjid.

Duduk bersila di dalam masjid sambil mendengar ceramah agama adalah sesuatu yang amat jarang anak-anak muda lakukan. Lagi-lagi apabila ustaz yang berceramah itu tidak kool dan serius bagaikan memberi taklimat. Ustaz yang cool seperti Akhil Hayy dan Azlan Idrus sukar dijumpai. Duduklah tercongok. Dengarlah segala ucapan sang penceramah. Biarpon bosan, sedikit sebanyak dapatlah ilmu di dada.

Selesai ceramah, bangkitlah semua para jemaah. Lalu terasa sengal-sengal di kaki kerana terlalu lama bersila.
Tidak dapat berdiri dengan tegak, Sang kawan bertanya."'Aok kenapa?"

"Serban...kat kaki"

"Kahkahkah! Oit...Serban letak di kepala, bukan di kaki!"

Sengal.
Kedua-dua mereka. Otak dan kaki mereka juga.
Kahkahkah!

Cerialah!

P/S: Serban juga bermaksud sengal a.k.a semut-semut. TQ kepada Fared kerana memberi penerangan.

Thursday, September 24, 2009

Gentle man...start ur engine!

swooosssshhh!!!

Balik Kay Ell...hohoho...balik Kay Ell!
Hati suram!

P/S: sila menyanyi ikut irama balik kampong - sudirman

Friday, September 18, 2009

Raya! Raya! Raya!

Esok raya. Pasti.
Jangan dilupa pada yang papa.
Mereka juga perlu meraikan perayaan ini bersama.
Usah makan banyak nanti saket perut.
Jangan kedekot duit raya!
Sila hulor pada kanak-kanak tanda gembira.

Aku nak beraya juga.
Langsong tak siap hape. Cuma baju melayu sepasang saja.
Malam ni rase nak gempor pasaraya.
Siapa nak turut serta bolih Call saya.
Duit sendiri-sendiri, belanja sama-sama.
Dan jangan segan silu, jempot lah datang ke rumah.

Akhir kata, Salam Aidilfitri.
Maaf segalanya...

CERIALAH!

-Dam dam dum...maen mercun sorok2!

Sunday, September 13, 2009

Dam Dam Dum...bunyi mercun!

Hari ini...
entah berapa lama dalam hidop aku,
tidak melehat cahaya-cahaya mercun.
tidak mendengar bunyi-bunyi mercun.
tidak membeli apa-apa jenis mercun.
yang dimainkan oleh budak-budak.

Nama pon dah mercun.
Bagaimana tercipta nama ini?
Menurut hikayat purba songsang nukilan aku, sa-orang gades yang cun dan bergetah bernama Mariam telah mencipta sejibik meriam yang mengeluarkan bunyi-bunyi dan cahaya-cahaya yang sangat cun. Lalu telah dishot-fomkan menjadi nama Mer-Cun. Mercun! Tidak percaya? Sila tanya Mat Google.

Aku rasa sudah tiba masanya.
YA!
Sudah tiba masanya.
Kerajaan membenarkan penjualan mercun. Siapa setuju tutup ketiak!
Bagus. Ramai yang setuju nampaknya (sambil mata liar melihat orang-orang di persekitaran).
Tapi bagaimana hendak mengawal kadar kecederaan bagi orang-orang yang bermain mercun ini?

Dengan ini, saya ingin sekali mengutarakan cadangan bijak saya ini.
Apa kata kita mengeluarkan lesen bermain mercun seperti lesen memandu?
Anda bolih membaharui lesen ini setiap hari. Tak mahal cuma RM5 termasuk 5% cukai kerajaan.
Siapa nak main mercun, sila ikuti ceramah 2 jam tanpa henti cara-cara selamat bermain mercun.
Juga diwajibkan membeli fire extinguisher. Jika tidak berkemampuan, sila sediakan sumber air paip.
Juga tidak lupa, kotak kecemasan yang mempunyai ubat-ubatan dan kain pembalut yang mencukupi iaitu sebanyak yang bolih mengkafankan mumia. Oh, jangan lupa juga tentang isu insuran. Jika apa-apa berlaku, keluarga anda bolih dapat keuntungan.

Jika rakyat setuju dengan cadangan saya ini, bolihlah menganugerahkan kontrek membuat lesen cara memain mercun ini kepada saya. Insuran juga bolih dibeli dengan saya. Kenapa saya? Kerana ini idea saya. Takkan nak kayakan kroni-kroni yang sudah tentu kaya oit! Apa pandangan anda?

Kahkahkah!

Cerialah.

Wednesday, September 9, 2009

Hot Chicks

Panas.
Betol-betol bikin hati gua panas.
Berani betol lah mereka.
Bersepah bertebaran di jalanan.

Yang putih gebu ada.
Yang montok ada.
Yang hitam manis ada.
Malah sanggup bermadu pon ada!

Pandang kanan...chicks!
Pandang kiri...chicks!
Depan belakang...chicks!
Panas! Panas! Panas!

Berbogel bertogel tanpa rasa malu.
Ada duit, semua mahu!
Bikin iman luluh.
Bikin dahi berpeluh.

Chicks di bazar ramadan...
ayam stim, ayam madu, ayam berempah.
mana satu pilihan hati?
Pilih! pilih! pilih!

Saturday, September 5, 2009

Prihatinlah!

Membeli juadah untuk berbuka puasa adalah satu aktiviti yang sangat tidak aku gemari. Kalau di kampong-kampong, pasar Ramadan adalah satu tempat yang menarik bagi aku tapi di kota konkrit ini semuanya tidak indah. Mahal. Kurang sedap. Kurang perisa. Betul-betul membantutkan selera makan.

Gades-gades kampong juga jauh lebih manes. Cuma di kota ini gades-gades ini sedikit tawar. Ketawaran gades-gades ini coba ditutupi dengan keseksian mereka. Buat hati pria bergelojak, bikin pahala ditolak. Pak Haji juga bolih sakit otak.

Namun apa yang lebih memeranjatkan aku, di pasar Ramadan ini terdapat sekumpulan kanak-kanak cacat meminta sedekah. Pada awal bulan Ramadan, golongan mereka ini tidak kelihatan tetapi tetiba sahaja mereka muncol. Membuatkan hati aku tidak enak. Bukan kerana jijik melihat mereka tetapi kerana aku yakin mereka dipergunakan.

Kata orang, bulan mulia adalah saat yang tepat untuk memperbanyak amal ibadat. Harus derma sebanyak mungkin. Tetapi biarlah ikhlas. Oleh kerana hati sudah tidak ikhlas, aku tidak dermakan sebarang wang. Aku hanya belikan kuih popia dan diberi kepada mereka. Popia itu sememangnya aku ikhlas berikan kepada mereka. Kerana popia itu aku yakin dapat melapik perut mereka yang kelaparan. Bukan melapik perut orang yang disebalik tabir yang mana aku sangat yakin perut orang disebalik tabir ini sudah pon berlapik-lapik.

Aku betol-betol prihatin. Aku bukanlah ingin mengiklankan diri seperti di dalam kotak telivisen juga ada iklan seperti ini dimana akhir iklan itu akan diberitahu bahawa, “Bukti kerajaan prihatin”. Sila tercokoh di televisyen jika ada iklan ini. Bukti Did Prihatin!
Kahkahkah!
Cerialah.

Saturday, August 29, 2009

Kehebatan Individu

Aku terpaksa menghadiri kursus. Kursus di hari minggu sangat tidak kool. Hari minggu bagi aku adalah hari kebebasan minda dari cengkaman aura-aura kerja. Hari minggu seharusnya diluangkan di atas tilam bersama bantal empuk dan jika berbini...harus dihabiskan masa itu dengan bini. Atau lebih syok jika masa itu dihabiskan di atas tilam empuk dengan bini. Kahkahkah!

Kali ini aku sebilik dengan seorang yang tidak dikenali. Lelaki. Sudah tentu lelaki kalau perempuan pasti sudah lama kami kena cekup. Nak mampus? Rakan sebilik ini lelaki sejati. Tidak lembut dan tidak auw. Aku yakin kerana beliau sudah berbini. Di bilik itu kami berkenalan. Kerana kursus ini, aku telah berjaya berkenalan dengan seorang lelaki yang cukup hebat ini. Aku katakan beliau hebat kerana beliau akhirnya berjaya kawin hanya setelah berumur 30 tahun. Maknanya misi hidup beliau bergelar lelaki telah hampir berjaya...dan terbukti berjaya jika beliau mendapat zuriat kelak.

Berkenalan dengan insan baru yang hebat membuatkan aku teringat seseorang. Seorang insan yang sangat aku kagum. Ingatan aku menerjah ke sepuloh tahun nan lalu. Ketika itu aku maseh di alam persekolahan. Biarpon aku telah mengetahui nama dan wajahnya sebelum ini, tapi setelah 3 tahun baru aku dapat berkenalan dengan beliau secara mendalam. Beliau ini juga insan yang sangat hebat. Sesiapa yang mula berkenalan dengan beliau pasti teruja dan kagum dengan kehebatan beliau.

Biarlah aku kenalkan beliau dengan nama SS (bukan nama tipu). Sewaktu pertama kali bersalaman dengan SS, beliau menggenggam tangan aku dengan kuat. Lalu timbullah urat-urat saraf dan ketul-ketul muscle beliau. Biarpon muka aku berkerut kerana tidak mengerti kenapa perlu bersalaman sebegitu rupa tapi aku kagum kerana beliau seorang yang tegap dan kuat.

Kemudian terus SS ini berkisah tentang bagaimana dia mendapat tubuh sebegitu rupa. Menurutnya beliau adalah salah seorang dari atlit projek sukan kebangsaan dan juga budak projek bolasepak negeri. Beliau juga adalah atlit olahraga. Malangnya, otot lutut beliau tidak lagi secergas dulu. Aku ternganga. Tapi tak lama kerana aku perlu sorok kekaguman itu. Aku khuatir nanti SS akan riak. Juga khuatir nanti serangga dan virus-virus tidak patot masok ke rongga halkum aku nanti.

Selang beberapa bulan kemudian dia berkisah tentang gadis yang tergila-gilakannya pula. Katanya dia juga berkenan cuma malu. Lalu dia berkisah mengenai bekas-bekas aweknya. Si gadis itu, Si awek itu, Si polan itu, Si anu itu, Si yamang itu dan segala-gala Si pernah dia kapel. Aku dah pening lalu mengabaikan saja cerita beliau. Ini kisah yang tidak kena jiwa aku biarpon mengusik gadis-gadis adalah hobi waktu lapang aku ketika itu. Oh, terkantoi sudah.

Tamat persekolahan, kami semua mendapat keputusan SPM. Beliau gagal mendapat keputusan cemerlang lalu ingin membuat rayuan menyemak semula keputusan tersebut dengan Kementerian. Selang beberapa minggu kemudian dia berkisah mengenai keputusannya kepada aku dan rakan-rakan. Beliau mendapat 5A. Itu satu kejutan budaya bagi aku. Kata SS, beliau akan melanjutkan pelajaran ke Jerman. Berkerut muka aku sebentar tapi kemudian aku senyum.

2 tahun setelah tamat persekolahan, aku mendapat berita bahawa dia telah melanjutkan pelajaran di salah satu IPTA di Malaysia. Kisah ini aku dapat dari kawan baik aku, Y (juga bukan nama bohong). Secara kebetulan beliau satu rumah dengan SS. Menurut Y, SS sering bercerita kehebatan beliau bermain bolasepak, ragbi dan olahraga kepada rakan-rakan rumah lain. Tetapi ada sesuatu lebih hebat. Beliau mempunyai ilmu batin secara semulajadi. Ini satu kisah yang tidak aku ketahui ketika sama sekolah dengan SS. Menurutnya ilmu itu adalah warisan nenek moyang SS ini.

Kemudian Y berkisah lagi, SS yang sering bersukan ini tahu ilmu mengurut. Lalu suatu hari, seorang rakan rumah mereka yang aktif dalam sukan di IPTA telah terseliuh dan tanpa dipinta SS urut. Menurut SS, semua gerak tangan dan urut-urut ini bukanlah datang dari dirinya tapi pendamping beliau. Dari satu tempat ke satu tempat semuanya adalah kerja pendamping beliau. Menurutnya lagi jika ada apa-apa masalah, harus dia yang urut. Seronoklah si rakan rumah ini kerana tiap-tiap hari dapat urutan percuma. Tidak kisahlah siapa yang urut. Asal lenguh sikit, disuruh SS ini picit bahu. Tekan-tekan betis dan tapak kaki. Dan tidak semena-mena satu rumah menyuruh SS ini mengurut. Aku kagum lagi.

Lalu lekatlah nama SS ini dengan gelaran Tok Batin. Gelaran ini tidak dikurniakan oleh raja-raja melayu. Gelaran ini tidak perlu diperolehi dari adat-istiadat pertabalan. Gelaran ini semulajadi datang dari mulut rakan-rakan. Wah, aku lagi-lagi kagum mendengar cerita Y ini!

Saat kemuncak kehebatan SS ini terserlah apabila rakan-rakan rumah beliau bercadang ingin mengusik Tok Batin ini. Waktu malam menjelma, malam jumaat. Mereka sudah siap membeli kemenyan dan dibakar. Asap-asap kemenyan ini di sebar-sebarkan di setiap pelusok rumah ketika Tok Batin ini tiada. Memang sesuai. Seorang rakan rumah mereka berlakon terkena sampok. Lakonan yang sangat meyakinkan.

SS yang baru pulang terus diterjah oleh rakan-rakan rumah yang lain. Mereka kata ada makhluk halus di rumah mereka dan telah merasuk si pelakon tadi. SS berkata yang beliau telah agak kerana dari tangga lagi beliau sudah terasa aura-aura makhluk ini. Firasat beliau ini telah dikuatkan lagi dengan bau-bau kemenyan.
Lalu dengan segera SS mengambil semangkuk air dan membaca jampi serapah yang tidak tahu butir maknanya. Pelakon yang berlakon tadi dipegang kaki dan tangan oleh rakan-rakan lain. ‘Dia datang dah! Dia datang dah!’ kata SS merujuk kepada makhluk halus apabila pelakon ini meronta-ronta. Lalu SS merenjis air jampinya ke muka pelakon ini supaya bertenang. Kemudian SS menjampi di setiap sudut untuk membuat satu segiempat. Katanya itu untuk memagar makhluk halus itu.

Rakan-rakan yang lain yang tidak tahan dengan telatah Tok Batin ini terbarai ketawa. Tanpa segan silu berdekah-dekah ketawa depan Tok Batin ini. Termasuklah si pelakon tadi sehingga menetes air mata. Air mata ini bukan air mata kesedihan kerana putos cinta, air mata ini kerana keceriaan dan kelucuan melampau. Tok Batin yang tersedar kekantoian beliau dengan segera meninggalkan rumah itu sambil menghempas pintu dengan kuat.

Menurut Y lagi, genap seminggu SS menghilangkan diri dan tidak pulang ke rumah lalu tersebarlah berita mengenai Tok Batin ini yang pergi bertapa. Aku yang mendengar cerita ini juga tidak tahan dengan kelucuannya lalu terbarai ketawa. Inilah kehebatan sebenar insan yang aku kenal semenjak sekolah menengah lagi. Beliau betul-betul kool.

Telatah rakan ini membuat aku terfikir sejenak. Sekurang-kurangnya beliau ada kehebatan yang diketahui ramai. Tapi aku maseh tercari-cari apakah kehebatan diri aku. Inilah kelemahan manusia. Kehebatan sendiri sukar dikenali tetapi kehebatan orang lain mudah saja dikesan. Kehebatan tidak semestinya yang positif saja.

KahKahKah!
Cerialah!

Sunday, August 9, 2009

Formal dan Tidak Formal

Kaunter. Di mana-mana badan perkhidmatan, kaunter merupakan barisan hadapan. Kaunter memberi pandangan pertama bagi mereka. Persepsi pelanggan bergantung dan bergayut kepada penjaga-penjaga kaunter itu.

Gadis cun bergetah berbedak tebal, bergincu merah dan jejaka kacak, segak berkemeja, berambut belah tepi sering menjadi hiasan di kaunter. Namun ada juga makcik-makcik menjadi penjaga kaunter. Itu kes terpencil. Budaya korporat memerlukan khidmat mereka ini. Itu tidak dapat kita nafikan. Mereka memang berguna.

Aku juga sering memerhatikan penjaga-penjaga kaunter. Tidak kira kaunter pertanyaan, kaunter tiket mahupun kaunter strike. Anda tidak tahu kaunter strike? Sila Tanya anak-anak muda yang celik IT. Atau tanya saja Lebai Google dan Mat Yahoo.

Tidak lama dahulu, aku pernah pergi ke salah sebuah Klinik Kesihatan di Negara kita ini. Hajat di hati ingin menjalani pemeriksaan kesihatan. Mereka begitu tenang dan senang sekali melayan karenah pengunjung. Gadis berseragam putih yang tidak ku tahu maseh dara atau tidak tersenyum mesra. Manis sekali. Yang jantan juga tersenyum,tetapi tidak pula aku ambil pot statusnya. Namun sifat-sifat mesra ini jauh sekali berbeza sewaktu aku kecil.

Pernah dahulu ketika berumur dalam lingkungan 7 tahun, aku telah jatuh demam bagai nak mati, sedang menunggu untuk didaftarkan. Bukan hendak mengata tetapi memang niat nak mengutuk. Penunggu kaunter itu betul-betul perlahan. Kami tercegat dihadapannya untuk dilayan. Nak dikata mempunyai masalah mental terencat, tidak pula kerana waktu itu penjaga kaunter yang mungkin sedikit cantek daripada selipar jepun bergambar ultraman aku itu, sedang asyik berborak dengan rakannya yang hangat begosip mengenai macik itu dan janda itu. Aku pon dah tak ingat cerita gosip dia daaa...padahal aku yang bagai nak mati ini ditenangkan berkali-kali olih bonda tercinta biarpon kata-katanya sedikit pon tidak dapat menyejukkan hati aku yang membara waktu itu. Aku rasa bagaikan menunggu ajal.

Mujurlah tidak malaikat maut yang menjempot aku, tetapi gadis berseragam putih yang menjempot aku. Huhuhu!

Waktu itu, hanya pakaian saja melambangkan betapa formal insan yang menjaga kaunter ini. Hakikatnya perangai mereka sungguh tidak formal. Aku lebih rela mat-mat rock kapak menjaga kaunter. Biarpon berambut panjang berseluar jeans ketat koyak di lutut tetapi sekurang-kurangnya mereka bolih bermain gitar disaat aku menunggu giliran. Terhibur juga hatiku yang mendidih ditahap 100 darejah Celsius ini.

Hari ini aku sekali lagi singgah di kaunter. Kaunter pertanyaan di Klinik Kesihatan. Suasana sibuk tetapi maseh terkawal. Terkejut aku kerana penunggu kaunter berbaju batik. Kahkahkah! Geli hatiku. Apa-apa sajalah kawan, janji pakaian formal itu selari dengan sikap dan gerak kerja formal kau. Cerialah!

p/s: Gua betul-betul tidak berjiwa formal. Bolih meleser bersama mat-mat rock kapak lah.

Saturday, July 18, 2009

Sikap Suka Membaca

Hari ini hari minggu. Cuaca cerah. Sesuai untuk anak-anak muda berpacaran. Juga sesuai untuk anak-anak tua berpeleseran. Tolak tepi, bukan itu yang aku kesahkan.

Hari ini aku perlu ke KL Sentral. Tujuan, hal peribadi. LRT menjadi pilihan. Tidak tahu apa itu LRT? Sila atas-tarikh pengetahuan am anda dengan bertanyakan Mat Google bin Mat Yahoo. Di pagi hari, maseh ramai pejuang-pejuang kota membuta. Stesen LRT yang kebiasaannya berlonggokan dengan manusia pelbagai kaum kini hanya ada beberapa ketul susuk tubuh manusia. Semua yang menunggu di situ bertujuan sama dengan aku, menaiki LRT.

LRT sampai. Aku melangkah masuk. Sejuk. Tanpa belas kasihan menikam lemak-lemak aku. Betul-betul stim untuk menukarkan mod aku kepada mod tidur. Ah,tidak menjadi. Kerana tidak semena-mena mata aku terpandang ragam anak-anak muda di dalam gerabak yang sama. Mereka bercicit-cicit menekan punat-punat telefon bimbit. Aku terasa geli hati. Apakah ini sudah menjadi trend bermain es-em-es di dalam LRT? Jika kool, aku juga ingin ikut serta. Awek-awek cun bergetah,sila beri nombor henset anda supaya kita bolih bersama-sama menekan punat-punat henset di dalam LRT. Balak-balak jangan gatal-gatal beri nombor anda, aku tidak berminat.

Perbuatan mereka ini mengingatkan aku kepada satu iklan di TV. Iklan yang cuba menunjukkan keadaan di mana di dalam LRT, dahulu rakyat hanya tidur dan sekarang kebanyakkan rakyat sedang membaca majalah, buku dan akhbar. Iklan ini cuba memupuk sikap suka membaca. Kahkahkah! Tapi iklan ini tidak kool. Langsung tidak memahami jiwa anak-anak muda. Anak-anak muda lebih gemar membaca es-em-es daripada membaca kepingan-kepingan kertas. Mungkin kerana sifat henset itu bercahaya dan kertas-kertas ini tidak. Mereka ini ibarat serangga-serangga kota yang lebih tertarik kepada cahaya. Kahkahkah!

Aku bukan memperlekehkan orang yang gemar membaca cara klasik tapi mengapa tidak kita tambahkan saja semangat membaca ini mengikut kemajuan teknologi masakini. Kita lengkapkan saja LRT ini dengan jaluran-jaluran internet percuma supaya dapat menarik minat anak-anak muda membaca. Buka laptop, terus terkonet. Mungkin ada yang tidak ingin turun terus dari LRT nanti buat selamanya. KahKahKah!

Cerialah!

Wednesday, July 8, 2009

Aku bukan budak jahat

Kebelakangan ini kami terbabit kemalangan kecil.
Buah hati tersayang mengalami sedikit parut dan benjol.
Maafkan aku.
Ini sudah takdir.
Ini kehendak ilahi.

Jangan gusar, jangan gundah gulana.
Aku juga terasa hiba.
Rupamu itu akan aku mekap.
Biar poket dah berkeladak.
Akan aku pastikan kau kembali seperti sedia kala.
Berlari-lari merempuh dingin kota.

Ini semua gara-gara galah putih yang menghalang.
Ini semua gara-gara sekatan yang sepatutnya hak milik bersama.
Ini semua gara-gara sikap tamak manusia.
Duit sentiasa kemaruk, Servis sentiasa buruk

Kelak kita akan kembali menari bersama.
Kelak kita akan kembali bergembira.
Kelak kita akan berronggeng di segenap kota.
Dari KLCC sehingga Chow Kit Road sana.
Tiada siapa akan menganggu kita.

KahKahKah!


Aku bukan budak jahat.
Aku cuma sayang dia.

Sunday, June 21, 2009

Biawak dan Pengedar Tisu

Di satu malam yang sejuk dan tenang.
Peleseran terjadi antara aku,saorang gadis dan 2 orang mamat kacak.
Pot tidak elitis. Pot yang sesuai untuk anak-anak muda seperti kami.
Ataskota - Uptown dalam bahasa penjajahnya.
Suara-suara sengau kerap kedengaran di situ.
Ia terhasil akibat bakat terpendam dipaksa cungkil olih empunya diri.
Ia sepatutnya diteruskan pendam dan tenggelam. Betul2 tiada kesedaran diri beliau itu.

Sedang kami rancak berbicara dan bukan biarlah bulan bicara (dendangan Broery), meja kami disinggahi saorang warga OKU yang turut dipimpin olih orang sehat cergas. Mereka membawa tisu. Kerana kasihan dan tidak mahu perbicaraan terganggu, aku membeli tisu mereka dengan harga RM1. Lalu mereka pon beredar. Sedang kami berbicara, tiba-tiba meja kami disinggahi lagi. Saorang lagi warga OKU yang dipimpin oleh orang sehat cergas yang membawa tisu. Kerana rasa kurang selesa, aku menunjukkan tisu yang telah dibeli sambil senyum kelat. Mereka berlalu pergi. Kamudian baru aku perasan, makhluk jenis ini telah ramai membiak dan berlegar-legar di kawasan peleseran kami itu. Ah, betul-betul potong stim.

-----

Petang itu aku terasa lapar. Singgah sebentar di Taman Gelora. Taman ini ada tasik. Tasik ini ada teratai. Teratai ini bukanlah teratai layu di tasik madu.

Kali ini aku bertiga. Aku dan 2 orang perawan chantek bergetah. Menu petang itu adalah Rojak ayam. Betul2 menyelerakan. Ngup Ngap...Ngup Ngap...Burppp! Sound Efek doulby surrounded. Perut kenyang. Kami pon berbual, bergelak ketawa.

Tiba-tiba muncul biawak dari tasik. Datang menyapa ke meja kami. Sambil terjelir-jelir lidah bercabangnya. Betul-betul tidak kacaklah biawak ini. Kami terasa amat terganggu. Risau biawak ini akan menyerang kami. Biawak yang lapar akan menyerang - teringat National Geographic tentang biawak komodo di Indonesia. Betul-betul rakus. Biawak ini berlegar-legar dari meja ke meja. Pelanggan lain turut rasa kurang enak. Kami pon mengambil keputusan untuk beredar.

-----

Kesimpulannya, korang simpulkanlah sendiri. Kahkahkah!

Cerialah!

Sunday, June 14, 2009

Kenapa agaknya...

Anda kenal Gigi Bohong?
Itu adalah satu bait nama yang terkini saya pelajari.
Anda kenal Gigi Tipu?
Itu juga adalah sejenis nama yang baru saya pelajari.
Anda tahu nama sebenarnya?
Gigi Palsu.

Di mana saya belajar?
Di Jinjang. Satu perkampungan lama. Satu perkampungan cina.
Bukan berniat untuk bersifat perkauman tetapi saya kecewa kerana mereka gagal berbahasa melayu.
Kerana mereka telah selesa hidup berkelompok sesama kaum mereka.
Kerana mereka gagal berhijrah ke penempatan berbilang kaum.

Di tengah-tengah bandar kota ini juga masih ada perkampungan. Saya kagum tapi sedikit kesal. Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda. Tapi sebilangan besar penduduk di sini gagal berbahasa melayu. Apatah lagi Bahasa Inggeris. Di mana silapnya perjuangan bahasa kebangsaan kita? (Tersenyum sambil membelek buku Calculus I). Jika golongan tua berwarga emas gagal berbahasa melayu, mungkin dapat saya terima. Zaman mereka, sistem pendidikan mereka berbeza dengan kita yang muda ini. Tapi masih ada golongan muda dan kanak-kanak bersekolah rendah di situ langsung tidak boleh bertutur dalam bahasa melayu, itu membuat saya kecewa. Tolong jangan menangis.

Ada sejarah penempatan Jinjang ini. Sila selak buku sejarah, tapi jangan pula selak skirt amoi cun bergetah. Tiada rahsia akan anda jumpa di situ. KahKahKah!

Cerialah!

Friday, May 29, 2009

Tembok Majis


Aku telah hidop hampir selama 26 tahun. Rumah penginapan aku di Kuantan pula telah aku jajahi selama 11 tahun. Rumah ini rumah teres. Rumah ini tidak besar. Rumah ini cuma ada 3 bilik. Cukup selesa bagi aku. Selama 10 tahun ini aku telah hidup dengan aman. Sungguh syok!

Namun sementelah aku pulang dari perantauan, terdapat mat-mat indon mula menjajah. Tutur kata bak Radja, atau persis Peter Pan. Namun mereka tidak pula pernah membuat konsert di sekitar rumahku. Badan berketul-ketul tidak seperti aku. Aku juga ada ketul tapi satu. KahKahKah!

Aku menghormati kepada mat-mat indon ini kerana mereka sanggup berhijrah untuk mencari rezeki. Satu pengorbanan besar. Biarpun mereka pernah mencuri buah jambu madu rumah aku. Cis! Tidak mengapa. Aku halalkan. Sebab aku pon tak termakan buah itu. Oh Indon, kamu bernasib baik!

Kemasukan mat-mat indon secara borong dan pukal ini terjadi kerana terdapat satu projek perumahan di sekitar rumah aku. Ini bukan 'Satu Lagi Projek Baresan Nasiyonal'. Ini juga bukan projek entot-entot lari. Ini projek bagi orang-orang yang ingin membeli rumah atau ingin menjadi penduduk Kuantan. Aku tak amik pot. Biarkan mereka. Tolak tepi. Bukan itu fokus utama aku kali ini.

Sepurnama kemudian, aku terlihat satu pembinaan majis. Sungguh misteri. Apa keperluan pembinaan ini? Aku menjadi bingung. Ini bukan tembok Berlin yang gah di Jerman. Ini juga bukan Tembok Besar China yang berabad lama usianya. Ini tembok sungguh tidak kool dan groovy. Tidak kena dengan jiwa muda aku.

Melihat ketidakseimbangan ekologi di kawasan perumahan aku ini, aku mula bertemu-bual dan beramah-mesra dengan kejiranan aku. Apakah punca terbinanya tembok ini. Mengikut cakap-cakap orang, kejiranan telah mengadu bahawa terdapat binatang-binatang liar keluar dari tempat pembinaan itu memasuki rumah mereka. Di samping itu, kejiranan juga mengadu damba bahawa tahap kebisingan dan pendebu tuju-tuju, menyesakkanku, walau malammu berkelip neon yang indah...oh, maaf. Itu lagu sampingan. Klip musik dari def-gab-c, Ibu Kota Cinta. Dapatkan yang original.

Dengan itu, pihak kontrektor dan pihak bertanggungjawab telah membina tembok ini. Namun aku tidak berpuas hati. Untuk keperluan tembok ini, anda tidak perlu belajar jurusan kejuruteraan awam. Anda tidak perlu belajar di UiTM di hatiku. Anda tidak perlu belajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris pon. Budak-budak tadika juga tahu ini tindakan yang ngok. Sungguh leceh!

Tumbangnya satu blok tembok ini menambahkan ketidakpuasan hati aku. Bagi aku, tembok itu perlu. Tapi biarlah sopan dan berguna. Sila rujuk gambar. Apa pendapat anda? Tidakkah ia selekeh dan tidak berkeperimanusiaan? Ini betul-betul leceh.

Cerialah!

Wednesday, May 27, 2009

Musim mengawan la kawan!


Ini memang musim hangat orang membuat majlis mengawan. Tahniah kepada mereka. Juga kepada adik aku. Selamat sudah dia menjadi laki orang. Sila jangan tanya bila pula giliran aku. Tolak tepi dulu.

Musim mengawan akan ada majlis gotong-royong. Masa itulah sessi kenal mengenal berlaku. Mak Mah kenalkan anak gades manes Cik Yah. Pok Su kenalkan nenek saudara dua pupu, Idah yang cun dan bergetah...biarpon berpangkat nenek. Pok Yie bergosip tentang moyang kami yang kawin 4 sehingga merata-rata pembiakan saudara-mara aku. Terbarai ketawa. Mungkin aku juga akan mewarisi bakat moyangku nanti? KahKahKah!

Penat. 4 hari berturut-turut memandu. Berombong dari Terengganu ke Johor. Kembali ke Kuantan. Bergerak pula ke KL. Menggunakan berhala bergerak. Betul-betul berguna berhala ini. Bukan sekadar hiasan di parkir rumah. Cuma akan menyusahkan bila cukup bulan. Leceh betul!

Rakan-rakan akan tiba masanya mengawan tidak lama lagi. Perlu atau tidak aku hadir? Ah, tak mampu aku bagi jawapan sekarang kerana sekarang ini adalah masa untuk tidur bagi menampung kembali tenaga-tenaga yg telah diperah kering selama 5 hari yang lalu. Oh, bantal...pot paling stim untuk berlabuh...zzz!

Tuesday, May 19, 2009

Kaji-kaji sampai mati

Saudara-saudara yang baek,

Harapan saya yang tinggi menggunung kepada saudara-saudara pembaca yang baek agar dapat berkongsi info dan sumber untuk saya mengkaji perkumpulan illuminati ini. Info yang saya perolehi amat terhad. Akan saya tampal di edisi akan datang pendapat dan pandangan senteng saya mengenai illuminati di blog ini.

Akhir kata, terimalah pantun dari saya:

Buah keranji dalam perahu,
Kura-kura buat tak tahu,
Saya budak ingin nak tahu,
Huhuhuhuhu...

Cerialah!

Monday, May 18, 2009

Baju dan tanggapan

Baju hitam. Betul-betul kool. Tidak mungkin tidak menonjol. Biar warna tak menyerlah. Lebih kool jika anak-anak muda yang berpakaian hitam. Tampak bergaya, cukup menawan.

Singgah di kedai makan, semua pekerjanya berbaju hitam. Menutup penampilan yang ada sedikit kekusaman. Pasti dapat melindung apa yang cacat. Tompok-tompok cebisan makanan di calit-calit baju juga sukar diperlihat. Inilah taktik baju hitam.

Menumpang tandas adalah perkara biasa. Pelanggan lelaki atau wanita yang bertandas juga perkara biasa. Bertanyakan di mana tandas adalah perkara biasa. Tetapi pelanggan yang mengambil order pelanggan adalah perkara LUAR BIASA. Semuanya gara-gara berbaju hitam.

Kahkahkah! Pelanggan komplen masakan ikan stim kepada pelanggan berbaju hitam adalah sangat tidak stim. Kahkahkah!

Kahkahkah!
Cerialah

p/s: tidak semua insan berbaju batik lengan panjang berkancing, rambut sikat belah tepi itu gerombolan...kahkahkah!

Thursday, May 14, 2009

Mari berkenalan dengan Encik RON

Heboh. Ini bukan cerita Ronaldo yang mempunyai name timangan Ron. Ini bukan cerita hantu.
Ini Ron mempunyai nombor. Jangan suka-suka tikam ini nombor. Pasti takkan jumpa di kedai Sukan Totot. Kalau Ronaldo pakai nombor 7 di MU, Ron ini ada macam-macam nombor.

Paling kini, RON 95 diperkenalkan. Hajat nak ganti RON97. Apa tujuannya? Untuk mengaut keuntungan yang lebih. Keuntungan siapa? Sendiri fikirlah, brader. Kata Pak Menteri, Pakcik bawak motor kapcai C70 akan tersenyum gembira. Jimat katanya. Tauke stesen minyak pula akan tersenyum manje. Wang datang sentiasa. Tolak tepi.

Apa kejadah RON ini? RON bermaksud Research Octane Number. Kandungan octane di dalam petrol. Jika anda dari jurusan sains dan belajar matapelajaran kimia, pasti anda berjumpa dengan makhluk octane ini. Jangan khuatir, ia bukan alien. Tapi octane telah lama menakluk bumi. kahkahkah!

Nombor Octane yang tinggi akan melambatkan penjanaan letusan. Ini bermakna akan selamat enjin anda kerana kurangnya 'knocking'. Di fahami juga, Nombor octane yang tinggi bermakna letusan lebih sekata. Bukan saya kata. Se yang kata. Itu kajian mereka. Kata mereka, tidak banyak beza. Hakikatnya, ia bergantung pada jangka masa panjang penggunaan petrol ini.

Saudara bolih berfikir apa yang terbaik untuk enjin kesayangan anda. Kenaikan harga untuk RON 97 kepada RM2/liter pada September ini sangat saya tak setuju. Ia satu taktik bodoh yang cuba dikaburi dengan memperkenalkan RON95 yang murah hanya 5 sen dari harga RON97 sekarang. RON 97 sekarang adalah RM1.80/liter. Persoalannya, mengapa tidak dikekalkan sahaja harga asal RON97 dan memperkenalkan RON95 pada harga lebih murah. Saya cadangkan RM1.60/liter iaitu harga yang lebih munasabah.

Apa bezanya petrol di Petronas, Shell, BHP, Caltex dan lain-lain? Jawapannya 'additive'. Setiap syarikat minyak akan menambahkan sejenis bahan 'additive' bagi meningkatkan keupayaan bahan bakar ini. Sila jangan keliru antara additive dan addicitive. Additive adalah bahan penambah rasa. Addictive adalah bahan setiap masa. Kahkahkah!

Oleh itu, rajin-rajinkan diri anda mencari perbezaan dan manfaat jenis-jenis petrol ini. Sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian juga ada pendapatan. Tapi terlewat sudah.

Cerialah!

Secawan kopi seorang diri

Menghirup kopi di malam hari. Hujan renyai-renyai membasahi bumi. Memang cool. Lebih cool jika dapat menghirup kretek. Maaf, aku sudah berhenti merokok. Bukan kerana nasehat kangkong tapi atas keinsafan diri sendiri.

Menghirup kopi memikirkan soal kahwin. Minggu depan adik kahwin. Rakan-rakan juga kahwin. Ramai yang akan berkahwin bulan ini. Setiap insan perlu kahwin. Maaf, bukan bagi aku. Aku hanya akan memenuhi jemputan kenduri kahwin mereka. Hukum Karma. Supaya mereka datang apabila aku berkenduri kelak. Oh, aku bercita-cita ingin kahwin juga rupanya. Kahkahkah!

Menghirup kopi lagi.

Cerialah!

Tuesday, May 5, 2009

Pendidikan Hiburan

Rakan-rakan sekalian,

Mohon ampun mohon maaf kerana gagal mengemaskini blog peribadi ini secara kerap. Ini disebabkan jadual padatku lebih padat dari cakera padat lalu masa amat mencemburi aku. Namun tidak pula menghalang aku dari menerbit bebelan pertama aku ini.

Pertama sekali sebelom aku memulakan bicara ini, mari kita menonton peti Televisyen. Apekah rancangan yang mula-mula sekali anda cari? AXN? Astro Ria? HBO? Kahkahkah! Tahniah kepada rakan-rakan yang suka kepada Discovery Channel atau History Channel. Namun golongan ini sangat kerdil dibandingkan dengan golongan makcik-makcik dan pakcik-pakcik (gelaran yang saya usulkan kepada anak2 muda yang dituakan fikirannya) yang sudah terbiasa dengan saluran hiburan. Ini bukan salah mereka. Ini juga fitrah manusia yang sukakan hiburan. Aku juga sukakan hiburan. Aku adalah manusia. Oleh itu, manusia sukakan hiburan. Aku bukan pacal. Apa itu pacal? Sila tanya Lebai Google bin Mat Yahoo.

Namun perlu ditegaskan bahawasanya hiburan di Malaysia tanahairku ini telah melimpah-limpah melampaui keperluan. Ibarat anak-anak muda disyorkan supaya membeli tiket ini supaya dapat menjadi insan glemer dan berjaya dengan segera. Ini betul-betul lecehlah, abang! Aku sudah mual dan muak dengan pelbagai rancangan realiti untuk mencungkil bakat warga malaysia masakini. Ini bukan mencungkil bakat lagi, ini menimbus periuk nasi artis-artis otai yang sedang bertarung untuk mencari beras bagi memenuhi periuk nasi mereka. Kalau tiada beras, bermakna tiada nasi. Rakan-rakan kalau makan nasi tak berlauk pasti muak. Bila muak, orang campak.

Di tambah pula dengan zaman siber yang penuh dengan lanun-lanun cetak rompak. Aku rasa Punk Rocker otai pon dah kehabisan peluru untuk bertarung dengan lanun-lanun ini. Mereka masih meneruskan perjuangan kerana mereka cintakan muzik. Namun Cinta ini membunuhku. Artis juga manusia. Aku juga manusia. Tapi aku bukan artis. kahkahkah!

Tapi itu aku kurang pandang serius kerana itu adalah hak artis baru untuk bersaing. Apa yang aku kurang berkenan dalam dunia kapitalis sekarang adalah pihak yang suka mengaut untung. Nak kaut untung bolih tidak salah. Tapi jangan tolak tepi tatasusila dan kemanusiaan. Pihak ini hanya tahu mengaut untung semaksimum mungkin tanpa memikirkan kerosakan yang mereka hasilkan. Dalam rancangan realiti ini, sudah tentu pihak stesen televisyen yang menjadi dalangnya. Aku tidak pernah sekali pon cemburu kerana tidak terpilih untuk menyertai AF, Mentor, GangStarz, My Star LG, Bintang Kecil dan lain-lain. (Penat jugak kalau aku nak tulis semua rancangan realiti yang ada sekarang nih). Tahukah anda berapa keuntungan mereka hasil sumbangan kita? Tak tahu? Aku juga tak tahu. Tapi aku pasti mereka bolih bercuti ke luar negara.

Tapi ada satu perkara aku kesal. Mereka gagal kesan bakat aku yang suka mengkritik dan meredah apa saja yang aku tidak suka. KahKahKah! (gelak sebentar)

Kerosakan yang mereka hasilkan. Apa agaknya? Rakyat sudah maklum dunia rancangan realiti ini umpama projek meggi yang direndam 2 minit sudah bolih makan tapi keenakan dan kelazatan sebenar itu tiada. Cepat masak bermakna cepatlah mereka mengecapi populariti. Populariti yang mereka kecapi itu adalah hasil kelalaian warga Malaysia yang tidak lepas-lepas mata mengikuti perkembangan artis-artis mee segera ini. Berapa lamakah rasa kenyang menikmati mee segera ini?

Warga kota yang terlalai dan tersesat di alam nyata ini pula sangat merisaukan aku. Kredit telefon yang sepatutnya digunakan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara keluarga dibazirkan untuk SMS undi keluar masuk artis mee segera ini. Kaya sungguh anda. Baek anda buat pemindahan kredit kepada saya yang kesempitan duit ini, kawan! Sekurang-kurangnya aku bolih dermakan doa buatmu. Kemudian konsert tajaan TV media prima nih. Mufti cakap haram pastu tukar nama konsert terus senyap. Apakah mereka mengkaji bahasa dan salah silah perkataan kepada nama konsert itu sebelum memutuskan halal haramnya? Apa yang sedih, ibu bapa sanggup mengheret anak-anak kecil siang malam. Anak-anak muda terlonjak sana sini sehingga mereka lupa tujuan mereka hidup di dunia ini sebagai khalifah bumi. LALAI. LEKA. Kita lupa apa yang penting. Apa yang penting? Kerjasama. Itu kata wonderpets. Bukan saya.

Dunia kapitalis. Tidak ramai di Malaysia yang mengetahui kita kini dikuasai mereka. Atau mungkin mereka sedar tapi mereka bodoh bingai kerana sistem pendidikan kita telah membekukan otak yang sepatutnya panas bergelegak. Merelakan diri dikuasai mereka. Otak anak-anak muda yang sepatutnya tidak pernah mati untuk mengeluarkan idea-idea gila tapi akhirnya ditepukan untuk kepentingan orang tertentu. Kapitalis berjaya menggunakan saluran hiburan untuk membekukan idea kita. Melalaikan fokus dan mengawal tingkah laku kita saban hari. Bukan hiburan sahaja, malah saluran-saluran lain juga turut mereka guna. Akan aku timbulkan kemudian hari. Ini hari bebel pasal hiburan saja. (oh,mungkin aku terlupa untuk menerangkan konsep kapitalis ini. Akan aku ulaskan di masa hadapan)

Aku sedih, abang kakak. Ini bukan yang kita mahu. Pernahkah kita fikir sumbangan kita untuk negara? Bagaimana pula sumbangan untuk masyarakat? Untuk keluarga? diri kita sendiri? Aku cuma terkenangkan perbezaan pendidikan kita dahulu dan sekarang. Benarkah anak-anak kita semakin bijak pandai? Atau mereka hanya bijak menghafal tapi tidak bijak meneroka? Jika benar mereka bijak meneroka, apakah idea-idea mereka yang diketengahkan? Berjayakah? Tidak sekalipun aku dengar. Pekak ke aku? Kita ada kanak-kanak yang genius tapi bukan terdidik oleh sistem pendidikan kita. Di sepanjang pengalaman aku di pengajian universiti, Projek Akhir pon telah dicadangkan oleh pihak universiti. Bukan dari idea anak-anak muda. Tapi ini idea anak-anak tua yang telah dikangkongkan pemikirannya. Untuk makluman anda, anak-anak tua adalah pakcik-makcik yang berperasaan muda. Memang leceh! Mereka sentiasa kemas dengan seluar licin, baju kemeja tajam tepi kerana di seterika kemas. Kangkong pula nampak teguh tapi kosong di dalam, mudah dipatahkan. Pinjam ayat TT.

Aku masih mencari-cari ruang untuk memberi kefahaman kepada remaja kini tentang betapa rapuh dan sempitnya pemikiran manusia Malaysia ini. Kita hanya perlu menyepaknya sedikit bagi menjanakan minda yang beku itu. Jika tidak menyepak pun, mungkin bolih diluku atau sekeh saja kepala mereka. Atau mungkin kita bolih 'smack down'? Apa sahaja lah asalkan anak bangsa aku ini tergerak mindanya.

Manusia dicipta untuk meneroka. Aku juga manusia. Tapi aku bukan peneroka. Peneroka yang hebat adalah peneroka Felda. Aku telah terdidik oleh sistem pendidikan yang tepu lalu aku kekadang terikut rentaknya dan cuba mencairkan idea-idea kangkung yg sedia ada dalam otak ini. Takut. Gentar. Juga sedikit terhalang kerana tanggungjawab aku kini semakin besar. Mungkin ini hanya alasan bagi sesetengah orang. Tapi ini hak aku. Setiap individu ada hak. Ini pilihan aku. Ia bukan pilihan anda. Bank Rakyat pilihan anda. kahkahkah!

Oleh itu, besar harapan aku agar sistem pendidikan kini lebih tertumpu kepada menjana pemikiran kreatif anak-anak remaja dan bukan menjana pembikinan artis. Terbitkanlah rancangan realiti yang berlandaskan pemikiran kreatif dan perbanyakkan rancangan realiti yang bertunjangkan idea. Cerialah! KahKahKah!

p/s: diskusi menjana kesepakatan, perdebatan menjana idea.

Saturday, April 18, 2009

Introduksi


Empayar koleksi coretan tak indah hasil nukilan aku ini hanya eksperimentasi hiburan dan informasi untuk menjadi tatapan pembaca. Diharap nukilan ini dapat menjadi bahan rujukan di masa hadapan tanpa sebarang eksploitasi minda dan anasir-anasir busuk.

Sepi sendiri di bumi,
Namun masih diri tahu,
Hati ingin menari-nari,
Bersama cinta di Langit Biru.

Selamat Menatap!

Search This Blog