Total Pageviews

Sunday, September 13, 2009

Dam Dam Dum...bunyi mercun!

Hari ini...
entah berapa lama dalam hidop aku,
tidak melehat cahaya-cahaya mercun.
tidak mendengar bunyi-bunyi mercun.
tidak membeli apa-apa jenis mercun.
yang dimainkan oleh budak-budak.

Nama pon dah mercun.
Bagaimana tercipta nama ini?
Menurut hikayat purba songsang nukilan aku, sa-orang gades yang cun dan bergetah bernama Mariam telah mencipta sejibik meriam yang mengeluarkan bunyi-bunyi dan cahaya-cahaya yang sangat cun. Lalu telah dishot-fomkan menjadi nama Mer-Cun. Mercun! Tidak percaya? Sila tanya Mat Google.

Aku rasa sudah tiba masanya.
YA!
Sudah tiba masanya.
Kerajaan membenarkan penjualan mercun. Siapa setuju tutup ketiak!
Bagus. Ramai yang setuju nampaknya (sambil mata liar melihat orang-orang di persekitaran).
Tapi bagaimana hendak mengawal kadar kecederaan bagi orang-orang yang bermain mercun ini?

Dengan ini, saya ingin sekali mengutarakan cadangan bijak saya ini.
Apa kata kita mengeluarkan lesen bermain mercun seperti lesen memandu?
Anda bolih membaharui lesen ini setiap hari. Tak mahal cuma RM5 termasuk 5% cukai kerajaan.
Siapa nak main mercun, sila ikuti ceramah 2 jam tanpa henti cara-cara selamat bermain mercun.
Juga diwajibkan membeli fire extinguisher. Jika tidak berkemampuan, sila sediakan sumber air paip.
Juga tidak lupa, kotak kecemasan yang mempunyai ubat-ubatan dan kain pembalut yang mencukupi iaitu sebanyak yang bolih mengkafankan mumia. Oh, jangan lupa juga tentang isu insuran. Jika apa-apa berlaku, keluarga anda bolih dapat keuntungan.

Jika rakyat setuju dengan cadangan saya ini, bolihlah menganugerahkan kontrek membuat lesen cara memain mercun ini kepada saya. Insuran juga bolih dibeli dengan saya. Kenapa saya? Kerana ini idea saya. Takkan nak kayakan kroni-kroni yang sudah tentu kaya oit! Apa pandangan anda?

Kahkahkah!

Cerialah.

4 comments:

  1. Juga tidak lupa, kotak kecemasan yang mempunyai ubat-ubatan dan kain pembalut yang mencukupi iaitu sebanyak yang bolih mengkafankan mumia.

    hahaha..suke part nih...

    ader mercun? leh jd supplier sy. nk bom umah org..ngahaha..

    ReplyDelete
  2. mercon wajib diraikan
    yang wajib dilawan bukan mercon
    tapi rasuah...
    mercun putus jari
    rasuah runtuhkan bangunan stadium!!

    kahkahkah!!

    ReplyDelete
  3. atikah: aku lupe nak masukkan skali cadangan kontrek supply mercun diberi kepada aku. takpe, kau bolih jadi bisnes partner aku.

    JalanKopi: aku rasa yang patot diperangi adalah budak-budak maen meriam buloh lah. kita patot buat meriam buloh yg lagi power biar diorang kechut perut. baru meriah beb! lawan rasuah mane meriah...kahkahkah!

    ReplyDelete
  4. main mercun..jgn tak main..

    tp jgn biar mercun mempermainkan kamu..haha

    ReplyDelete

Search This Blog