Total Pageviews

Wednesday, January 20, 2010

Misi hampir selesai!

Dahulu saya pernah bercita-cita menjadi pemain bolasepak. Zaman kanak-kanak saya hampir 1/3 masa diluangkan untok bermaen bolasepak. Malah zaman remaja saya juga dipenohi dengan aktiviti bermaen bolasepak. Olih itu tidak hairanlah jika kawan-kawan saya juga adalah dikalangan pemain bolasepak seperti Michael Owen, Wayne Rooney, Dimitar Berbatov, Nemanja Vidic dan orang paling otai, Ryan Giggs. Biarpon saya mengenali mereka, namon mereka tidaklah pula mengenali saya. Mungkin kerana saya pemalu orangnya.

Tetapi dikalangan keluarga dan saudara-saudara kandong saya, nama-nama seperti Jala, Azizol dan Azhar lebih kerap tersembor keluar. Bagi mereka, nama-nama ini telah berjaya menaikkan taraf permainan bolasepak Jalan Wong Ah Jang. Salah satu skill yang menjadi igauan saya ialah skill 'crossing' di belakang pintu gol yang mana sehingga kini maseh gagal saya kuasai. Olih itu saya disarankan mencontohi mereka. Biarpon saya mengagumi bakat mereka tetapi sehingga kini saya maseh belom berjaya berjumpa mereka. Saya harap dapat melihat mereka dalam Piala Dunia akan datang.

Dahulu saya cuma pemain bolasepak bagi sabuah kelab yang sangat kerdil. Babylon FC. Nama pon dah Baby...terserlah lah kekerdilan kelab ini. Biarpon kerdil saya sanggop bekerja keras dan membanting tulang ayam. Saya berpantang tidak akan berhenti bermain sehingga mencapai skill yang diingini. Kini satelah hampir sebulan saya menjalani latihan, saya telah mencipta nama di kelab-kelab gergasi.

Rembatan bak peluru M16 menuju tepat di sudut 90 darejah tiang gol. Dribble dengan tahap kelajuan keretapi KTM dengan bola melekat dikaki umpama ada gam UHU di boot Nike saya. Tandokan tajam sehingga bocor bola Jabulani. Serta bentesan keras yang saya yakin bolih menumbangkan Kane dan Bigshow. Dengan segala skill yang telah saya perolehi ini, saya juga percaya bahawa saya akan berjaya menjadi pemain yang disanjung tinggi.

Malah saya telah berjaya menggondol Piala Dunia dan kini tibalah masa saya untok bersara. Rasanya inilah nikmat yang pernah diperolehi oleh Zinadine Zidane, Diego Armando Maradona dan Ali Tahar. Mencipta nama dan kemasyhuran di tahap tertinggi kemudian berhenti sebelom jatoh menyembam ke bumi. Betol kena dengan tajok misi saya ini, 'Become A Legend'.

Pro Evolution Soccer 10.

Rasa saya sampai kiamat tak jumpa pemain Malaysia dalam game ini.

6 comments:

  1. kahkahkah.
    berderai derai aku ketawa.
    kahkahkah.
    entri hebat.
    sumpah tak tipu.

    ali tahar dah main di padang jaya gading. muadzar di sungai isap. kalau nk jumpa azaruddin aziz kau tanya john leh. dekat rumah dia.

    ReplyDelete
  2. hakhakhakhak~
    cayalah did!
    u did it!

    hehe~

    ReplyDelete
  3. darijalankopi - wajib pergi sana maen bola berkaki ayam.

    nur - TQ! nak join? kahkahkah!

    ReplyDelete
  4. Macam sial lawak. Kahkahkah

    Azaruddin jual apam balek - setiap hari rabu - di pasar malam. Bola ni dha tolak tepi - malam2 bini main bola dia dah cukup.

    Kahkahkah

    Tq

    ReplyDelete
  5. memang entry hebat tahap agung!
    sampai mati pon takkan jumpa pemain Malaysia dalam permainan itew :P

    ReplyDelete
  6. semakin hari semakin hebat nukilan dari hati... kagum :) takpa la tak payah bola sepak betul2 game pun jadi la... bola sepak malaysia bukan tara mana pun peginya... tapi takpa la tetap bersyukur lahir sebagai rakyat bukan ic penduduk tetap ;p

    ReplyDelete

Search This Blog