Total Pageviews

Friday, February 12, 2010

Tempat Keramat

Hari ini saya telah pergi ke satu tempat yang sangat menggamit nostalgia. Nostalgia dari saya kecil sehinggalah saya dewasa. Nostalgia dari saya belom akil baligh sehinggalah saya terlebih baligh. Nostalgia jatoh bangunnya saya. Dan di tempat itulah saya jumpa cinta saya.

Tidak lama dahulo tempat ini menghimpunkan seluroh warga desa dan kota dari segenap pelusok Pahang. Sewaktu saya menetap di Bentong, ayahanda saya kerap ke Kuantan bersama kawan-kawannya untok ke tempat keramat ini. Katanya tempat itu terlalu ngeri. Takot-takot saya tidak mampu mengadaptasi keadaan sekeliling dengan jiwa kerdil ini, maka ayahanda tidak bawa saya bersama. Ketika itu saya baru saja berumur 8 tahon dan hanya mengenali Mospeda dan He-Man. Olih itu, pada fikrah akal saya baeklah saya bermaen dengan kad bergambar karton kegilaan saya itu daripada melayan kerenah orang-orang tua. Itu lebih bersifat kebudak-budakan selaras dengan usia saya.

Kemudian, kami sekeluarga berpindah ke Kuantan. Waktu itu saya berumur 10 tahon. Pada waktu itulah ayahanda mengajak saya ke tempat keramat itu. Ayahanda kata sudah tiba masanya untok saya turot serta. Sudah bolih menghadapi tekanan dan dugaan. Sudah tahu baek dan burok. Saya berdebar. Saya tahu malam itu bakal mengubah perjalanan hidop saya. Detik yang tidak pernah saya terfikir langsong sebelom ini.

Adik beradik saya yang lain turot serta. Kami berempat menapak ke tempat keramat itu. Hati saya berdegop kencang. Pelbagai soalan menjelma dalam benak hotak geliga saya. Saya melihat adik dan abang-abang saya melangkah penoh berani menuju ke destinasi. Lantas mematikan segala syak wasangka yang bukan-bukan.

Setiba sahaja di tempat keramat itu, saya terpegun. Benarlah bak kata ayahanda. Sesiapa menjejakkan kaki ke tempat ini, pasti akan datang aura luar biasa. Saya benar-benar terpesona. Sepanjang malam itu, saya terpekik terlolong macam pesakit histeria.

Dengan kekuatan yang ada, saya memanggil, "Abduraimov! Abduraimov!". Beliau melemparkan senyuman dan mengangkat tangan. Saya tersengih lalu teros bercita-cita mahu menjadi pemain bola, bukan lagi Pekerja MPK bahagian sembur-sembur nyamok. Esoknya, suara saya persis Saleem. Nyanyi lagu 'Bukan ku tak sudi' sebijik macam kaset. Gila rock!

Kini 15 tahun sudah berlalu.


Sungguh sunyi sepi. Tiada lagi ragam manusia. Tiada lagi gegak gempita. Tiada lagi kekecohan itu. "Tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang ku impikan, biar aku sendiri tanpa dirimu" - muzik latar, Amy - Tiada Lagi. Wajib karaoke lagu ini.

Tempat ini punya sejarah yang unik. Dahulu penoh meriah. Dahulu penoh dengan ragam manusia. Dahulu penoh dengan gegak gempita. Ia betol-betol mengujakan saya. Tapi kini suasananya berubah.

Di sinilah tempat berkumpolnya wartawan sukan, jejaka-jejaka kacak, budak-budak sekolah, gades-gades mungil, pakcik-pakcik tak sedar diri, Hasbullah Awang, Budak PBSM angkat stretcher, budak Milo kutip bola, penjual burger seringgit dan pemain gendang dan kompang yang bersuara sumbang menyanyi - mungkin kecewa kerana tidak layak masok AF.

Dahulo tempat ini berbaris umat manusia berpusu-pusu masok. Biarpon tempat dudok macam haram. Langsung tidak empok. Tempat dudok diperbuat dari batu. Dudok atas batu, bontot rasa sejok. Namon ia tidak menghalang mereka ini semua. Bontot yang sejuk dipanaskan dengan semangat membara. Tanpa mengira warna kulit, agama, bangsa, saiz, pandangan politik, tahap IQ dan pendapatan bulanan, mereka bersatu dan berpadu-padu memberi sokongan dengan niat yang sama; ingin melihat pasukan Pahang menang.

Sekarang apa sudah jadi dengan Stadium Darulmakmur ini. Suram dan muram. Apekah patot di runtohkan sebahagian bumbungnya supaya dapat menjadi tumpuan orang ramai seperti mana stadium di Terengganu? Sekurang-kurangnya bolih menjadi salah satu simbol bangunan bersejarah. Pelancong-pelancong asing bolih datang melawat dan melihat salah satu stadium yang punya deretan kedai di sekelilingnya, yang punya enam tiang lampu dan yang punya tempat dudok penonton zaman Flinstone. Jika idea ini bernas, saya wajib menubohkan syarikat agen pelancongan secepat mungkin.

Malam minggu, lampu stadium menyala. Namon saya tidak nampak gelagat manusia. Maseh terdengar pekikan mamat fanatik bola. Eh, atau itu suara jurulatih? Saya gagal mencari jawapannya kerana saya malas nak masok ke dalam. Kereta yang parkir cuma beberapa kerat. Bolih dikira dengan jari kaki saja. Lantas saya berlalu pergi.

Esok paginya, saya melalui lagi tempat ini. Parkir stadium penoh dengan khemah. Di sisi jalan bersusun kereta berhenti. Khemah-khemah yang terpasang bertulis, 'PASAR TANI'. Pasar Tani? Saya tersenyum lalu aura itu datang kembali. Aura yang selama ini terpendam hampir 15 tahun. Aura untok berpadu-padu. Saya teruja untok bersama makcik-makcik untok membeli sayor di stadium. Ini betol-betol 'rare'!

4 comments:

  1. Ok laa jadi Pasar Tani daripada 'mati' terus :)

    ReplyDelete
  2. ok ler tuh did..sekurangnya masih wujud..untuk mengimbas nostalgia hehe

    ReplyDelete
  3. aku masih ingat
    seorang mamat PBSM Kang Kiat Hong
    jatuh ketika menyelamatkan shahrulnizam sahat yg terbaring kesakitan.

    aku masih ingat azhar kamaluddin
    selalu bg adik ipar dia yg sekolah di st thomas masuk 'free'

    aku masih ingat awek cun bini viatcheslav melnikov selalu menebang tepi pintu masuk grand stand.

    aku masih ingat setiap malam minggu
    padeli shaari (KLPLUS) dan shahrizan salleh (pahang) kutip bola pakai baju merah hati.

    jumaat lepas masa lepak warung goreng pisang - aku jumpa pakcik zakaria - dia pun tak ke stadium lagi. kalau pergipun nak beli sayur.

    kalau tak kenal siapa zakaria - wajib tanya zulhamizan - dia tahu.

    ReplyDelete
  4. Kau jangan lupa - di awal tahun 90an sit stadium ni di alas dengan kayu. Apabila datang perojek refurbishment stadium untok sukma96 - barulah dijadikan batu. Lihat bagaiman kapitalis bergerak?

    Mereka cuba untok merosakkan telor2 lelaki - dengan cara itu maka ramailah manusia lelaki berbondong-bodong ke hospital - mencari ubat merawat telor yang sejuk.

    Tq

    ReplyDelete

Search This Blog