Total Pageviews

Saturday, April 10, 2010

Budi Bahasa Budaya Kita


Seminggu ini amat memenatkan. Setiap hari balik memburoh, saya akan terlelap sehingga terbit mentari. Hari-hari memburoh melesukan saya. Rumah bersepah-sepah. Tiada masa untok mengemas. Hari minggu adalah saat yang tepat untok mengemas. Rupa yang masam berubah menjadi ceria apabila melihat rumah siap dikemas dan cantik.

Sekarang tiba masa untok bersenang-lenang pula. Dudok bersimpuh di hadapan laptop. Tangan kiri memegang henpon Soni-E yang sudah genap setahon usianya. Saya men'gigibiru'kan gambar dari henpon ke laptop. Tolong jangan burok sangka. Tiada bahan-bahan terlarang dalam henpon ini. Masih suci. Jika tidak percaya, tanya saya.

Klik...Klik...Klik...

Saya ternampak sebiji gambar. Modelnya tidaklah secun Maria Sharapova dan tidaklah sekacak Zed Zaidi (apehal plak terlintas nama mamat nih dalam kepala hotak aku?). Model ini juga bukan secanggih model ekonomi baru. Modelnya jauh lebih comel dari mereka semua. Model tersebut adalah Ijat dan adiknya, Nia. Agak lama usia gambar ini. Diambil ketika abang saya, Man berkahwin di Kuala Lumpor bulan Januari lalu. Kerana kesibokan saya, gambar ini tidak sempat di muatnaik ke mukabuku. Pasti Ijat mahu melihat gambar ini. Agak lama juga tidak menalipon ke kampong.

Lalu dengan sepantas kilat, saya memukol talipon untok bercakap dengan Ijat. Pasti dia akan terlompat mendengar panggilan talipon dari Ayah Did ini.

"Helo?" saya memulakan panggilan.
"Wa'alaikom salam!" Ijat menjawab.

Kahkahkah...saya tergelak. Cis! Sunggoh beradab saya ini. Lalu saya membetolkan kembali pertuturan saya.

"Assalamualaikom, Ijat." Saya memberi salam.
"Wa'alaikom salam, masuklah!" jawab Ijat tergelak-gelak.

Cis! Dua kali terkena dengan anak buah sendiri. Gua rasa pasni nak SMS jek la!

6 comments:

  1. psttt..just nk bgtau,hp kaler oren tu sejibik ngan hp sy..mekasih..

    hehehehe

    ReplyDelete
  2. saya ada satu kemoshkilan inchek did..apakah maksud disebalik gambar itew? gambar henfon ataupun iklan gigi?

    ReplyDelete
  3. seram!
    lenkali jangan taruk gambar entiti ni lagi

    ReplyDelete
  4. Ijat mana ni? ke Aizat - main bola piala nike? pendek2- sepak bola kuat macam sepak lembu.

    Tq

    ReplyDelete
  5. cik mimie - tipon oren bukan saya punya. si gades bergetah yang punya. kahkahkah!

    nanie - ehem, dasyatkan model ini? iklan 2 dalam 1.

    razuwa - seram? (duuu...du du du...) lagu seram. hehehe!

    DJK - baeklah. kirimkan skali duitnya. kahkahkah!

    John - bukan aizat tu. aizat tu pinjam sluar pendek aku tak pulang2. cilaka!

    ReplyDelete

Search This Blog