Total Pageviews

Tuesday, May 4, 2010

Mari Kita Berkenangan.

Pernahkah anda terfikir...
Pada tarikh ini, dua puloh tahon lalu.
Apakah yang sedang anda lakukan?

Ketika itu,
Aku cuma seorang anak kecil yang belom akil baligh.
Baru mengecapi nekmat menjadi seorang kanak-kanak.
Yang baru sahaja menerjah masok ke alam persekolahan.
Riang ria, berlari bergembira, bermain setiap masa.
Tidak pernah risau akan hal-hal dunia yang rumit.
Anda pula bagaimana?

Pernahkah anda terfikir...
Pada tarikh ini, lima belas tahon lalu.
Apakah yang sedang anda lakukan?

Ketika itu,
Aku mula memikirkan masa depan dan cita-cita.
Resah dengan peperiksaan yang akan menjelma.
Namon maseh ada masa untok bermain dan bergembira.
Lalu membuatkan aku lupa sejenak hal yang serius.
Dan terus menikmati dunia kanak-kanak.
Anda pula bagaimana?

Pernahkah anda terfikir...
Pada tarikh ini, sepuloh tahon lalu.
Apakah yang sedang anda lakukan?

Ketika itu,
Aku baru menikmati dunia remaja.
Baru mengenali bezanya gades mungil dengan jejaka perkasa.
Ilmu yang dituntot mula memenuhi dada.
Perasaan ingin tahu dan persoalan timbul bertimpa-timpa.
Baru aku tahu dunia ini maseh banyak yang perlu diteroka.
Anda pula bagaimana?

Pernahkah anda terfikir...
Pada tarikh ini, lima tahon lalu.
Apakah yang sedang anda lakukan?

Aku sedang berjuang sebagai mahasiswa.
Biarpon tewas berkali-kali dengan ujian namon akhirnya berjaya.
Dunia yang mengenalkan aku kepada dunia berdikari.
Cuma berbagai persoalan menjadi tanda tanya.
Aku kerap kali bertanya pada sumber yang ada,
Kerap kali perasaan ingin tahu dibiar begitu saja.
Mengapa dunia mahasiswa di Malaysia tidak seperti yang aku sangka.
Anda pula bagaimana?

Hari ini pada tarikh ini...
Apa pula yang sedang anda lakukan?

Aku sedang penat memburoh.
Sambil terkenang indahnya hidop anak-anak kecil.
Huh~!

2 comments:

  1. kalau diberi pilihan, aku pilih utk undur 2 tahun aja. aku nak jumpa bapak, peluk dia dan cakap terima kasih sebab ajar aku jadi manusia.

    ReplyDelete
  2. alamak. kau buat aku menetes air mata. tahniah kerana berjaya jadi manusia!

    ReplyDelete

Search This Blog