Total Pageviews

Wednesday, May 27, 2009

Musim mengawan la kawan!


Ini memang musim hangat orang membuat majlis mengawan. Tahniah kepada mereka. Juga kepada adik aku. Selamat sudah dia menjadi laki orang. Sila jangan tanya bila pula giliran aku. Tolak tepi dulu.

Musim mengawan akan ada majlis gotong-royong. Masa itulah sessi kenal mengenal berlaku. Mak Mah kenalkan anak gades manes Cik Yah. Pok Su kenalkan nenek saudara dua pupu, Idah yang cun dan bergetah...biarpon berpangkat nenek. Pok Yie bergosip tentang moyang kami yang kawin 4 sehingga merata-rata pembiakan saudara-mara aku. Terbarai ketawa. Mungkin aku juga akan mewarisi bakat moyangku nanti? KahKahKah!

Penat. 4 hari berturut-turut memandu. Berombong dari Terengganu ke Johor. Kembali ke Kuantan. Bergerak pula ke KL. Menggunakan berhala bergerak. Betul-betul berguna berhala ini. Bukan sekadar hiasan di parkir rumah. Cuma akan menyusahkan bila cukup bulan. Leceh betul!

Rakan-rakan akan tiba masanya mengawan tidak lama lagi. Perlu atau tidak aku hadir? Ah, tak mampu aku bagi jawapan sekarang kerana sekarang ini adalah masa untuk tidur bagi menampung kembali tenaga-tenaga yg telah diperah kering selama 5 hari yang lalu. Oh, bantal...pot paling stim untuk berlabuh...zzz!

4 comments:

  1. Incik DID..syabas..karena menjadi seorang pemandu yang berjaya! Haruslah ditepek la wajah wajah bergetah itew untuk tatapan umum..

    Jangan lupa wat TAG! =)

    ReplyDelete
  2. sila jangan buat leceh.
    sila jangan kawen lagi.
    sila tunggu habes semua duka hilang dan terbarai

    kahkahkah

    yang indah,
    darijalankopi

    ReplyDelete
  3. Gaya macam kipas sate je.Hehe.

    ReplyDelete
  4. mari pergi kenduri kawin Ida di Ktn...Nanti akan khabarkan tak silap 6hb... Ada di ktn atau kl? saya balik ktn nnt utk kenduri... apa2 berita sila beri info terkini :) jaga diri

    ReplyDelete

Search This Blog