Total Pageviews

Tuesday, May 5, 2009

Pendidikan Hiburan

Rakan-rakan sekalian,

Mohon ampun mohon maaf kerana gagal mengemaskini blog peribadi ini secara kerap. Ini disebabkan jadual padatku lebih padat dari cakera padat lalu masa amat mencemburi aku. Namun tidak pula menghalang aku dari menerbit bebelan pertama aku ini.

Pertama sekali sebelom aku memulakan bicara ini, mari kita menonton peti Televisyen. Apekah rancangan yang mula-mula sekali anda cari? AXN? Astro Ria? HBO? Kahkahkah! Tahniah kepada rakan-rakan yang suka kepada Discovery Channel atau History Channel. Namun golongan ini sangat kerdil dibandingkan dengan golongan makcik-makcik dan pakcik-pakcik (gelaran yang saya usulkan kepada anak2 muda yang dituakan fikirannya) yang sudah terbiasa dengan saluran hiburan. Ini bukan salah mereka. Ini juga fitrah manusia yang sukakan hiburan. Aku juga sukakan hiburan. Aku adalah manusia. Oleh itu, manusia sukakan hiburan. Aku bukan pacal. Apa itu pacal? Sila tanya Lebai Google bin Mat Yahoo.

Namun perlu ditegaskan bahawasanya hiburan di Malaysia tanahairku ini telah melimpah-limpah melampaui keperluan. Ibarat anak-anak muda disyorkan supaya membeli tiket ini supaya dapat menjadi insan glemer dan berjaya dengan segera. Ini betul-betul lecehlah, abang! Aku sudah mual dan muak dengan pelbagai rancangan realiti untuk mencungkil bakat warga malaysia masakini. Ini bukan mencungkil bakat lagi, ini menimbus periuk nasi artis-artis otai yang sedang bertarung untuk mencari beras bagi memenuhi periuk nasi mereka. Kalau tiada beras, bermakna tiada nasi. Rakan-rakan kalau makan nasi tak berlauk pasti muak. Bila muak, orang campak.

Di tambah pula dengan zaman siber yang penuh dengan lanun-lanun cetak rompak. Aku rasa Punk Rocker otai pon dah kehabisan peluru untuk bertarung dengan lanun-lanun ini. Mereka masih meneruskan perjuangan kerana mereka cintakan muzik. Namun Cinta ini membunuhku. Artis juga manusia. Aku juga manusia. Tapi aku bukan artis. kahkahkah!

Tapi itu aku kurang pandang serius kerana itu adalah hak artis baru untuk bersaing. Apa yang aku kurang berkenan dalam dunia kapitalis sekarang adalah pihak yang suka mengaut untung. Nak kaut untung bolih tidak salah. Tapi jangan tolak tepi tatasusila dan kemanusiaan. Pihak ini hanya tahu mengaut untung semaksimum mungkin tanpa memikirkan kerosakan yang mereka hasilkan. Dalam rancangan realiti ini, sudah tentu pihak stesen televisyen yang menjadi dalangnya. Aku tidak pernah sekali pon cemburu kerana tidak terpilih untuk menyertai AF, Mentor, GangStarz, My Star LG, Bintang Kecil dan lain-lain. (Penat jugak kalau aku nak tulis semua rancangan realiti yang ada sekarang nih). Tahukah anda berapa keuntungan mereka hasil sumbangan kita? Tak tahu? Aku juga tak tahu. Tapi aku pasti mereka bolih bercuti ke luar negara.

Tapi ada satu perkara aku kesal. Mereka gagal kesan bakat aku yang suka mengkritik dan meredah apa saja yang aku tidak suka. KahKahKah! (gelak sebentar)

Kerosakan yang mereka hasilkan. Apa agaknya? Rakyat sudah maklum dunia rancangan realiti ini umpama projek meggi yang direndam 2 minit sudah bolih makan tapi keenakan dan kelazatan sebenar itu tiada. Cepat masak bermakna cepatlah mereka mengecapi populariti. Populariti yang mereka kecapi itu adalah hasil kelalaian warga Malaysia yang tidak lepas-lepas mata mengikuti perkembangan artis-artis mee segera ini. Berapa lamakah rasa kenyang menikmati mee segera ini?

Warga kota yang terlalai dan tersesat di alam nyata ini pula sangat merisaukan aku. Kredit telefon yang sepatutnya digunakan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara keluarga dibazirkan untuk SMS undi keluar masuk artis mee segera ini. Kaya sungguh anda. Baek anda buat pemindahan kredit kepada saya yang kesempitan duit ini, kawan! Sekurang-kurangnya aku bolih dermakan doa buatmu. Kemudian konsert tajaan TV media prima nih. Mufti cakap haram pastu tukar nama konsert terus senyap. Apakah mereka mengkaji bahasa dan salah silah perkataan kepada nama konsert itu sebelum memutuskan halal haramnya? Apa yang sedih, ibu bapa sanggup mengheret anak-anak kecil siang malam. Anak-anak muda terlonjak sana sini sehingga mereka lupa tujuan mereka hidup di dunia ini sebagai khalifah bumi. LALAI. LEKA. Kita lupa apa yang penting. Apa yang penting? Kerjasama. Itu kata wonderpets. Bukan saya.

Dunia kapitalis. Tidak ramai di Malaysia yang mengetahui kita kini dikuasai mereka. Atau mungkin mereka sedar tapi mereka bodoh bingai kerana sistem pendidikan kita telah membekukan otak yang sepatutnya panas bergelegak. Merelakan diri dikuasai mereka. Otak anak-anak muda yang sepatutnya tidak pernah mati untuk mengeluarkan idea-idea gila tapi akhirnya ditepukan untuk kepentingan orang tertentu. Kapitalis berjaya menggunakan saluran hiburan untuk membekukan idea kita. Melalaikan fokus dan mengawal tingkah laku kita saban hari. Bukan hiburan sahaja, malah saluran-saluran lain juga turut mereka guna. Akan aku timbulkan kemudian hari. Ini hari bebel pasal hiburan saja. (oh,mungkin aku terlupa untuk menerangkan konsep kapitalis ini. Akan aku ulaskan di masa hadapan)

Aku sedih, abang kakak. Ini bukan yang kita mahu. Pernahkah kita fikir sumbangan kita untuk negara? Bagaimana pula sumbangan untuk masyarakat? Untuk keluarga? diri kita sendiri? Aku cuma terkenangkan perbezaan pendidikan kita dahulu dan sekarang. Benarkah anak-anak kita semakin bijak pandai? Atau mereka hanya bijak menghafal tapi tidak bijak meneroka? Jika benar mereka bijak meneroka, apakah idea-idea mereka yang diketengahkan? Berjayakah? Tidak sekalipun aku dengar. Pekak ke aku? Kita ada kanak-kanak yang genius tapi bukan terdidik oleh sistem pendidikan kita. Di sepanjang pengalaman aku di pengajian universiti, Projek Akhir pon telah dicadangkan oleh pihak universiti. Bukan dari idea anak-anak muda. Tapi ini idea anak-anak tua yang telah dikangkongkan pemikirannya. Untuk makluman anda, anak-anak tua adalah pakcik-makcik yang berperasaan muda. Memang leceh! Mereka sentiasa kemas dengan seluar licin, baju kemeja tajam tepi kerana di seterika kemas. Kangkong pula nampak teguh tapi kosong di dalam, mudah dipatahkan. Pinjam ayat TT.

Aku masih mencari-cari ruang untuk memberi kefahaman kepada remaja kini tentang betapa rapuh dan sempitnya pemikiran manusia Malaysia ini. Kita hanya perlu menyepaknya sedikit bagi menjanakan minda yang beku itu. Jika tidak menyepak pun, mungkin bolih diluku atau sekeh saja kepala mereka. Atau mungkin kita bolih 'smack down'? Apa sahaja lah asalkan anak bangsa aku ini tergerak mindanya.

Manusia dicipta untuk meneroka. Aku juga manusia. Tapi aku bukan peneroka. Peneroka yang hebat adalah peneroka Felda. Aku telah terdidik oleh sistem pendidikan yang tepu lalu aku kekadang terikut rentaknya dan cuba mencairkan idea-idea kangkung yg sedia ada dalam otak ini. Takut. Gentar. Juga sedikit terhalang kerana tanggungjawab aku kini semakin besar. Mungkin ini hanya alasan bagi sesetengah orang. Tapi ini hak aku. Setiap individu ada hak. Ini pilihan aku. Ia bukan pilihan anda. Bank Rakyat pilihan anda. kahkahkah!

Oleh itu, besar harapan aku agar sistem pendidikan kini lebih tertumpu kepada menjana pemikiran kreatif anak-anak remaja dan bukan menjana pembikinan artis. Terbitkanlah rancangan realiti yang berlandaskan pemikiran kreatif dan perbanyakkan rancangan realiti yang bertunjangkan idea. Cerialah! KahKahKah!

p/s: diskusi menjana kesepakatan, perdebatan menjana idea.

2 comments:

  1. wow panjang lebar jalur lebar ruangan anda kali ini... maggie sedap apa tapi xbaik makan selalu xbaik untuk kesihatan... kan baik kalau makan buah ke sayur2 ke...he3... dalam keadaan sekarang yang serba kurang ni memang semua pun akan cuba rebut peluang untuk berjuang tak kira di medan perang melalak ke perang terkinja-kinja ke dan pelbagai jenis perang lagi la... nak salahkan mereka juga tak bole sebab mana kita tau niat mereka baik atau tidak... mungkin pada mereka hanya nak cari duit halal tapi banyak berbanding kerja di kantor dimana dengan kelayakan yang xseberapa paling2 dapat 800-1000... mana cukup nak hidup dikota... huhhh dugaan amat besar tapi nak buat macam mana pilihan masing2... kalau minta sedekah lagi susah lagi payah ;p tapi memang budak2 sekarang leka dengan teknologi tv yang sungguh merisaukan... adik2 kita tak lagi mengulang kaji mahupun menghafal sifir tapi sibuk tengok Hannah Montana la High School Musical la...Penat nak komen... Takut je kecenderungan itu bisa meranapkan masa depan...minta jauh...

    ReplyDelete
  2. alamak brader!!
    sejak jadi NGI nih!!

    kahkahkah!!
    tapi tolonglah jgn kutuk Marsha Milan Londoh.
    kahkahkah!!

    buatlah apa saja asalkan jgn jadi PACAL yang hina.

    ReplyDelete

Search This Blog