Total Pageviews

Wednesday, October 13, 2010

Berat Mata Memandang..,


Kepala bana apa ini? Bukan tikar buloh. Bukan. Itu cuma latarbelakang saja. Jangan jadi bebal. Tapi menatang besi berat yang kaler hitam putih tu. Itu sebenarnya orang selalu panggil Dumbell.

Apa masalahnya dumbell dengan saya? Banyak. Dia telah membuat saya keras. Cilaka. Nak bengkokkan lengan pon dah payah. Awek pelok lengan pon tak hingin - katanya dah macam batu - tidak lagi seperti tilam lembut macam dulu. Kembang kempis hidong saya. Ternyata dengan hanya mengeraskan lengan, saya bolih mengelakkan dosa - tiada lagi pelok-pelok lengan. Bagus kan?

Baru-baru ini panggilan gua telah memaksa saya menggunakan khidmat beliau dengan lebih kerap. Nyata tidak sia-sia. Kini lengan saya tidak ubah seperti lengan Brock Lesnar - sila jangan keliru antara saya dan dia bila selisih nanti. Lagi sekali kembang kempis hidong saya.

Satu hari, saya telah melepak dengan beberapa rakan-rakan lama. Dengan lengan keras ini saya telah berjalan mengepak. Apabila melepak bersama kawan-kawan, saya merasa bangga. Cuma setelah beberapa minit melepak, terdengar suara sumbang menyapa:

"Did, makin besar perot kau. Hati senang ke?" Aduh! menusok hulu jantong.

Sedarlah saya lengan yang keras sahaja tidak mencukopi! Perot juga yang akan orang perhati. Cilaka!

4 comments:

  1. aku rasa kau dah salah kembangkan lah .

    ReplyDelete
  2. kehkehkeh...

    carilah dumbell perut pulak..

    ReplyDelete
  3. biar perot besar. jangan hidung tinggi.

    ehh ada kaitan ke dalam ini tajuk? LOL

    ReplyDelete
  4. ninaa - kembang kechot aku skarang. ikot cuacalah!

    j.a.r - gua dah cari....last2 jmp nasi lemak. kahkahkah!

    razuwa - ada la kena sipi-sipi. kahkahkah!

    ReplyDelete

Search This Blog