Total Pageviews

Monday, June 18, 2012

Bermesra Dengan Budak

Pada suatu petang, akibat kepuasan meleser di rumah, aku nekad untok keluar menghirop udara agak segar pada hari itu dimana IPU di bawah 4.0. Tempat tujuan aku adalah ke Pantai Telok Cempedak. Keadaan maseh tenang, tidak ramai orang kelihatan. Mungkin kerana cuaca agak panas. Atau mungkin juga mereka sedar diri bahawa mereka bukanlah mat saleh yang begitu inginkan mandian sinaran matahari.

Aku mencari pot untok dudok bersimpoh. Ya! Aku sudah dapat sasaran untok bertapa barang sejam dua. Dalam perjalanan ke bangku itu, aku terserempak dengan seorang sahabat lama aku yang sedang memimpin tangan seorang budak yang berusia lingkongan 2 tahon camtu. Teruja melihat sahabat lama yang bernama Mizi itu, aku pon menegur.

"Assalamualaikom, Mizi." Tegur aku.

"Eh, Did! Wa'alaikomsalam. Lama dok napok mu." Mizi bersalaman dengan aku.

Melihat Mizi bersilat lidah versi Ganu, aku pon ekjas tune kasi loghat ganu juga.

"Anok mu ke Mizi? Hebak molek mu." Aku pon mula beramah dengan anak dia.

"Ho la...nok masok 3 tahon doh umur dia nih. Aiman, salam pokcik." Mizi memberi arahan kepada anaknya.

"Chik...alam." Anak kecik tu menghulor tangan lalu bersalaman dengan aku sambil mencium tangan.

"Bukang pokcik, panggil abang la. Salang sekali lagi." Aku bergurau senda.

"Bang la...alam" Anak kecil tu menyapa.

Pergh! Bangla dia panggil aku. Kecil hati aku yang sedia maklom tulos, halos lagi suci murni. Lalu aku pon meminta diri dari sahabat lama itu dan terus menuju ke kereta. Aku pandu laju melungsori jalanraya untok pulang ke rumah sambil bergenang air mata.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog