Total Pageviews

Tuesday, June 12, 2012

Cuti-cuti tukar kerja

Hari ni genap 4 hari gua berenti kerja. Waktu punch in aku pukol 6 pagi, punch out pukol 6.15 pagi. Gile best. Pastu aku bertapa sampai pukol 12 tengahari. Aku bolih amalkan gaya hidup sakit ni untok 14 hari. Jangan jeles ok? Kahkahkah!

Sebagai permulaan kepada cuti yang baru bermula ini, aku berhasrat nak menghidopkan kembali blog yang telah lama kesepian ini. Olih itu para peminat aku, wajib korang bersedia! Sediakan kopi o, biskut kering, dan kain tuala good morning. Sila terpacak depan monitor anda. Kerana akan muncol topik terhangat di blog aku ini. YA! Jangan ke mana-mana!

Errr...korang ada cadangan tak topik apa aku patot tulis? Aku rasa aku patot mencari ilham dengan bertapa di dalam bilik dulu. Baring-baring, golek-golek, pusing kanan, pusing kiri. Lelapkan mata dan Zzz...

No comments:

Post a Comment

Search This Blog