Total Pageviews

Tuesday, June 12, 2012

Cuma Dia

Dia
Tak cukop inci. Sangat rendah.
Bukan berskala besar. Sangat kecil.
Kadang kurus. Selalunya tembam.
Matanya sepet dan rabun.
Hidungnya kembang tak cukop mancung.
Mulotnya kecil berbibir nipis.
Kulitnya cerah tak cukop gebu.

Dia bermaen futsal tapi tidak sehebat Marta. (sila google)
Dia bolih menunggang motor tapi bukan minah rempit.
Dia ada lesen tapi tak bolih bawak kereta.
Dia tak banyak cakap tapi bermulot becok bila ada kawan-kawannya.
Dia penakut tapi selalu buat berani.
Dia selalu ikut je biarpon ada idea sendiri.
Dia mengada-ngada bila keluar dating.
Dia pemalu tapi bukan dengan aku.

Pon begitu.

Dia ada bila motor habes minyak.
Dia ada bila tayar motor pancit.
Dia ada bila kereta rosak.
Dia ada bila hujan dan panas.
Dia ada bila majlis konvo aku.
Dia ada bila aku terlantar denggi.
Dia ada bila ada majlis kenduri.
Dia ada bila diri ini menganggur.

Dia sentiasa ada...

Dia merajuk bila aku marah.
Dia kecewa bila aku duga.
Dia benci bila aku tipu.
Dia menyepi bila aku mencari.

Tapi percayalah...

Dia perempuan yang aku pileh.
Dia adalah cinta aku.
Dia Nurul Ain Mastura Mohtar.



Dia bukan perempuan-perempuan lain...
Dia bukan milek aku.
Tapi hati ini milek dia.
Bukan milek siapa-siapa.


2 comments:

Search This Blog