Manusia ini penoh dengan azam. Mempunyai azam adalah bagos. Itu saya tidak nafikan. Saya juga tidak terkecuali berazam. Memiliki azam samalah seperti memiliki jam tangan ciptaan Professor Agasa untok Detektif Conan. Ubat pelali di dalam jam itu kita cuba untok menembak Kogoro Mauri. Namon yang tidak pasti adalah hasilnya mengena atau menghampakan. Kalau menghampakan, kita kena tukar suara kepada orang lain. Begitulah azam. Bak kata pepatah, "alang-alang menyelok pekasam, baek menyelok saku".
Menjelang tahon baru, azam menjadi popular - lebih popular dari Luna Maya dan Ariel. Manusia dimuka bumi ini pula mula melakar azam menjelang tahon baru. Azam tidak haros wujod hanya pada tahon baru. Tahon hanyalah sekadar nombor. Yang penting kedewasaan itu. Kematangan itu. Pengalaman itu. Entah dari celah mana muncolnya budaya ini. Sudah lebih suku abad saya hidop namon saya maseh gagal menemui pencipta tradisi memiliki azam di tahon baru ini - atau sejak bila tercetusnya pembudayaan ini. Tapi saya pasti bukan Alexander Graham Bell penciptanya.
Sebenarnya saya tidak hanya berazam hanya pada tahon baru. Saya berazam tidak kira waktu. Sebulan lepas saya berazam untok kembalikan berat badan ideal- bukan berat badan Aidil Zafuan. Kira-kira 3 bulan lepas pula, saya berazam menamatkan musim kemarau bujang saya pada tahon 2012 - macam tak sanggop je. 6 bulan lepas, saya berazam untok memiliki kerjaya lebih lumayan - sehingga kini maseh lagi memburu. Olih itu benarlah azam saya tidak pernah kira waktu. Azam yang mengira waktu hanyalah manusia yang bernama azam. Manakala Azan pula memang kena mengikot waktu - jangan jadi dangkal.
Alamak, saya bebel panjang-panjang ni sebenarnya mahu mengucapkan Selamat Tahon Baru 2011 saja. Olih itu untok tahon-tahon yang lepas - marilah kita renung-renungkan dan selamat beramal!
Puas saya mencari. Cari di dalam kabinet - tiada. Cari di bawah meja - tiada. Cari di dalam laci - pon tiada. Lalu saya mencari di dalam kereta. Rupa-rupanya dia menyorok dicelah kerusi. Cis! Menyusahkan betol. Kecik-kecik tak nak mampus, dah besar maen selit-selit pula. Inilah suratkhabar yang dicari-cari selama ini. Saya membawanya masok ke dalam rumah dan membentangnya di lantai. Dengan pantas, saya bersila dengan gaya pahlawan silat dulukala.
Saya merenung tajam memerhati berita utama yang terpampang dimuka depan akhbar. Kusyuk. Nyamok aedes datang hinggap dibahu tapi langsong saya tak goyang. Olih kerana risau terkena denggi, saya berpaling dan menghembuskan angin dari hidong. Aedes pon terbang dengan menggigil ketakotan.
Mata kembali tertumpu ke dada akhbar. Apa yang saya baca di akhbar - kesah pasal kes Khir Toyo kena sound dengan Ghani Patail supaya diam. Kesah pasal orang langgar-langgar mati. Kesah pasal orang kantoi romen sana-sini. Semuanya dimuka depan. Lalu saya menggeleng-geleng kepala biarpon sepatotnya saya hanggok-hanggok kerana blog saya bernama hanggokan. Meriah rupanya aktiviti-aktiviti kat Malaysia ni.
Selak lagi ke muka surat kedua dan ketiga. Kes anak amponkan bapak sebab bapak curahkan asid sampai muka si anak hampir sama dengan cekodok - saya geleng kepala. Kes ibu yang bercita-cita menjadi seperti Donald Trump dengan menjual anak dalam perot - saya geleng kepala. Kes orang kampung sinseng kaki seluar redah banjir - saya geleng kepala. Meriah. Meriah. Meriah.
Habes tu mana cerita kes harga minyak naek ni? Mana cerita kes subsidi nak kena tarik? Mana cerita kes tanah kena rembat? Ada. Bukan takde langsong. Carilah di sudot-sudot kecil. Untong nasib, jumpalah cerita itu. Iklan SMS nombor Magnum 3-D pon lagi besar. Saya geleng-geleng kepala lagi.
Sememangnya saya mendapat tahu berita pasal minyak naek hasil dari pembacaan. Namon bukan hasil pembacaan akhbar aros perdana ini tetapi hasil usaha gigih saya membaca SMS kawan saya. Harga minyak agak meresahkan saya berbanding harga gula. Ini kerana saya kekurangan minyak dan tidak mudah naik minyak. Olih itu saya sangat sangat memerlukan minyak. Manakala gula tidaklah saya risaukan sangat kerana saya sudah semulajadi berdarah manes, berwajah manes dan berawet manes. Bak kata orang seni - schwweet gitu!
Saya sempat isi minyak penoh pada kadar harga sebelom naek 5 sen Jumaat lepas. Ia langkah penting kerana saya berjalan jaoh menuju Grik dan Alor Setar di hari minggu bagi menghadiri kenduri mengawan kawan-kawan. Biarpon nampak tak banyak tetapi sikap berjimat cermat haroslah diamalkan sejak dari rebung lagi. Saya maseh lagi rebung - tolong percaya! Maseh hijau dan muda, beb.
Akhir sekali, saya belek ke mukasurat terakhir. Cerita pasal sukan. Skuad bolasepak Malaysia sedang mengalami krisis kecederaan pemain. Ini betol-betol merisaukan saya. Saya membaca berita ini dengan peloh bertakong di dahi. Rajagobal pening - lagilah menambahkan risau saya. Rasanya wajib saya belikan beliau panadol. Safee Sali pula saket lutot - wajib ke saya belikan beliau power root? Manakala Asraruddin Putra Omar dan Fadhli Mohamad Shas dilanda demam - saya hanya mampu berdoa agar mereka dicucuri rahmat. Hampir saja menites ayer mata saya membaca keperitan perjuangan skuad bolasepak kita ini. Lagi sekali saya geleng kepala.
Setelah habes membaca, barulah saya teringat tujuan utama saya tadi. Sudah tersasar jaoh niat saya ini. Saya bentangkan dengan cermat di depan lalu terletak molek akbar itu. Saya ambil pengetip kuku dan mengetip kuku kaki. Cepat betol panjang kuku kaki ni. Ishk!