Total Pageviews

Friday, November 13, 2009

Termenong dan termenong

Malam yang gelap.
Tiada bulan dan tiada bintang.
Hanya hujan yang turun mencurah-curah.
Hati pula terdetik rasa rindu kepada rakan rumah dahulu.
Lalu talipon bimbit dicapai dan aku mula mendail.

Hati berbunga-bunga. Berkurun lama tidak berhubong.
Pasti banyak cerita.

Aku dan dia pernah berkongsi cerita suka duka.
Bernakal bersama-sama.
Menyumbang suara di pusat hiburan keluarga.
Berfutsal gandingan mantap, brader!

Terakhir kami bersua ketika dia bertunang.
Gades pilihannya juga aku kenal.
Biarpon si dara itu bukan dari universiti yang sama dengan kami.
Tapi sang gades tidak kekok. Bergaul seperti teman lama.
Sang dara dan sang teruna pula seperti belangkas. Bukan lipas.
Jika musim cuti semester, mereka sukar dipisahkan.

Kini teman ini bekerja.
Memburoh bagi mengumpol harta.
Kesibukan memisahkan aku dan dia.
Hampir setahun dia menyepi.
Apa khabar dia di sana?

Talipon telah dihubung tapi tidak berjawab.
Mengapa agaknya.

Coba lagi.
Maseh tidak berjawab.

Aku coba alternatif laen.
Hubongi sang dara.
Berjawab tapi dia tidak mengecam suara seksiku.
Memperkenalkan diri dan dia maseh ingat.
Lega. Aku hampir saja menyangka aku tersalah nombor.

Tanpa membuang masa, terus saja aku bertanya kabar si dia dan sang terunanya.
Sehat saja. Tapi mereka sudah tidak berhubong.
Tidak berhubong kerana sudah pon putos.
Tidak lagi punya hubungan.
Tidak punya apa-apa pertalian lagi.
Sudah lima bulan.

5 Bulan?
Hampir 2 tahun terikat tapi putos akhirnya?
Dan aku tidak tahu apa-apa.

Berita ini betol-betol memeranjatkan.
Aku tidak bertanya lebih lanjut puncanya.
Kerana aku tahu si dia tidak akan bercerita.
Alasan yang sama pasti diberi.
Tiada jodoh.

Selesai perbualan kami, aku meletak talipon.
Termenong.
Tembos menerusi malam yang pekat.
Dan hujan turon semakin lebat.
Kes ini kes haru.
Kes ini kes syahdu.
Kes ini kes pilu.

Termenong lagi.
Dahulu aku pernah punya harapan.
Agar tiada lagi mangsa kecundang dalam percintaan.
Kerana bahananya amat memeritkan.

Aku terus termenong.
Dan termenong.
Dan termenong...

Entri ini entri sedih. Tolong jangan menanges.

3 comments:

  1. huhu..mmg sedih..tapi jodoh pertemuan d tgn tuhan.

    kita sebagai hambaNya perlulah terus berdoa, agar jodoh yg d tentukan mendapat keredhaannya-pinjam ayat syurga cinta sikit...

    p/s:hehehe

    ReplyDelete
  2. patot cam penah dgr je ayat tu.
    naseb baek ko tolong bgtau sumber ko kutip ayat tu...kalau tak,mau gile aku pk.

    sedih kerana terlalu ramai teman menjadi mangsa. buat diri fobia.

    ReplyDelete
  3. Sedih.

    Ok, rasa nak menangis jugak.

    ReplyDelete

Search This Blog