Total Pageviews

Thursday, November 19, 2009

Suspen lagi

Ini kejadian yang ngeri. Ini pengalaman yang sukar aku lupakan.
Setiap kali aku berkesah, selalunya adalah waktu malam.
Dan kejadian kali ini juga adalah berlaku pada waktu malam.

Malam itu dingin sekali.
Angin tidak sepoi langsong bahasanya.
Malah agak kasar bahasa angin malam itu.
Aku bersama Herol dan adiknya bersimpuh di dalam kereta.
Kami bertiga ingin meraikan Hari Raya Qurban di Kuantan.
Jam menunjokkan jam 10 malam.
Dan kami baru sahaja bertolak.

Adik Herol yang bernama Faiz ini kelaparan.
Menurutnya, dia wajib makan Mek-D pandu lalu sebelom bergerak lebih jaoh.
Olih itu, aku menyinggah di Mek-D Shell yang berada di Gombak, jalan susur masok lebuh raya pantai timor.
Biarpon hati ini pada mulanya berbunga-bunga tapi akhirnya agak kecewa apabila mendapati stesen minyak Shell ini dipenuhi orang ramai dan amat sesak.
Kerana aku maseh punya banyak perancangan, aku coba beralih pula ke stesen petronas yang berada di sebelahnya.

Nampaknya, tekaan aku meleset. Stesen ini juga sesak. Sungguh tidak aku gemar.
Namon kerana Faiz kelaparan, aku mencilok-cilok untok masok ke pandu lalu Beger King.
Mencilok adalah skil terhebat aku. Tolong jangan raguinya.

Mata kami bertiga kusyuk skali memandang skrin yang memaparkan menu.
Sebenarnya tidak banyak pilihan di situ.
Dengan demikian, kami dapat menetapkan makanan yang diingini dalam masa yang amat singkat.

Kereta di depan tidak banyak. Hanya 2 buah.
Jadi kami rasa tidak ada masalah untok kami mendapatkan makanan dengan kadar segera.

Hujan mula menitis-nitis.
Kami bergerak perlahan-lahan.
Dan akhirnya tiba di sebuah kotak biru dengan papan tanda bertulis 'Order Here'.

Cermin kereta diturunkan.
Mata menatap kotak biru itu.
Sepi.
Tidak bersuara.


Agak lama aku menunggu tapi tidak bersuara.
Lalu aku buat muka selamba.

"I like to have number 9, 10 and 11. And also apple pie please."

Nampaknya tiada respon.
Mungkinkah tidak kedengaran?
Mungkinkah beliau tidak paham bahasa inggeris tahap tinggi milikku ini?
Apakah kotak ini punya butang yang haros dipicit-picit terlebih dahulu?
Tapi setelah aku teliti, tiada butang apa pon.

Herol pon mencadangkan agar aku memberi pesanan sekali lagi dengan nada yang lebih kuat.
Aku bersetuju dan terus melaung dengan lebih kuat.

"Kitorang nak order nombor 9, 10, 11 dengan apple pai se!!", agak keras bunyinya.
Namon masih tiada respon.

Aku memandang Herol.
"Cilaka, rasa cam cakap sorang-sorang dengan kotak biru nih!", kata aku.
Herol dah ketawa berdekah-dekah dan tiba-tiba...

"Sabarlah,bang! Tunggu sekejap. Jap lagi kitorang amik order." Kotak biru itu bersuara!

"Halamak! Dia dengarlah."
Kahkahkah!
Kitorang kena marah.
Berguling-guling kitorang gelak.

Pasti brader tu terdengar maki hamun kami.
Kantoi! Kami ketawa berdekah-dekah tanpa henti dalam kereta.
Kena marah dengan kotak biru? Kahkahkah!
Tak gengster langsung.

Cerialah!

5 comments:

  1. hahaha..lawak ar korang ni.mesti bengkerk sore dr kotak biru tu..

    ReplyDelete
  2. kotak biru tu berhantu doh. hahaa

    ReplyDelete
  3. mimie: kotak ini kotak ajaib. rase nak spelet dahi kotak ini! orang tgh lapor,kotak ni buat derk je!

    Nina: aku juga punya firasat yang sama denganmupada mulanya. bulu betis dah tegak mula tu...tp aku cekalkan hatiku demi seketol berger.

    ReplyDelete
  4. Kena marah dengan kotak biru? HAhahahahahaa!

    ReplyDelete

Search This Blog