Total Pageviews

Saturday, May 15, 2010

Malam Yang Panas!

Perot berkeronchong - sehingga sekarang saya gagal mencari solusi mengapa irama keronchong dan perot sukar dipisahkan. Saya mempunyai waktu makan yang tidak konsisten. Olih itu, tahap makanan yang mengisi di dalam perot gagal disukat seperti motor kapchai C70 yang rosak meter minyaknya. Saya syak seseorang telah membedah saya lalu meletakkan buzzer di perot saya bagi menggantikan meter - mungkin lebih kool. Buzzer yang canggih ini akan mengeluarkan lagu keronchong yang dilengkapi vibrasi apabila lapar. Kerap kali saya mengusap perot dengan harapan dapat mematikan buzzer ini - tapi jelas gagal. Namon saya bersyukor kerana perot saya tidak diletakkan lampu yang berkerlip-kerlip seperti di dada ultraman. Saya bukan seorang yang fancy.

Kelaparan akan membuatkan saya tidak senang dudok. Tidak senang dudok bukan kerana bontot berkurap tetapi kerana hati saya gelisah. Otak saya tidak akan fokus. Tenaga akan habis - tenaga yang habis biasanya akan saya cas dengan tidor. Tetapi ini waktu memburoh, tidor ketika memburoh adalah satu sifat keji. Pasti saja akan dispelet dahi saya ini olih bos. Sebab itu saya menjadi pemburoh yang amanah. Masa-masa yang ada haros diisi dengan menyiapkan setiap tugasan diberi. Tolong calonkan saya sebagai pekerja contoh.

Saya menapak ke pantri. Di pantri ini dilengkapi dengan alat-alat asas masakan seperti pemanas air, pisau dan mangkok-mangkok hayun. Mujor sahaja ia tidak dilengkapi dengan dapor gas. Jika tidak, sudah tentu saya akan memasak Char Kuey Teow bagi mengalas perot ini. Sila jangan sangsi dengan kemahiran memasak saya. Memasak adalah kawan baek saya. Biarpon saya cuma kerap memasak mi kari segera, tetapi saya juga mahir dalam masakan. Sehingga kini saya telah berjaya menguasai 5 jenis masakan yang berteraskan Mi. Setiap nama dalam resipi masakan saya mempunyai perkataan 'Segera'. Kini saya faham kenapa bonda saya kerap membebel suroh cepat kahwin. Masakan isteri bukan sahaja bolih mengenyangkan perot suami, tetapi memberi semangat dalam menghadapi hari yang sukar. Oh, rasa macam mahu kahwin saja esok.

Di pantri, saya godeh air tongkat ali. Semerbak bau tongkat ali di awangan apabila air panas dicurah. Sehingga menusok hidong. Hidong saya senak tapi cuma sebentar. Saya kembali ke meja saya. Kerja perlu disiapkan awal kerana malam ini kompeni saya ini akan menganjurkan majelis makan-makan. Ia bersempena pengiktirafan ISO. Majelis makan-makan ini juga punca mengapa saya tidak makan tengahari pada hari ini. Perot yang kosong dapat memberi ruang yang lebih untok membaham sesuka hati pada malam nanti. Saya teroskan kerja saya.

Pada sebelah malamnya, saya telah menunggang dugong hitam saya dengan pantas. Mencilok-cilok kereta laen seperti biasa. Saya yakin sebakol maki-hamon telah dibekalkan kepada saya - hadiah daripada pengguna jalanraya yang lain. Saya buat muka selamba kerana saya juga bayar cukai jalan. Malangnya sikap bongkak saya ini cuma bertahan lima minit kerana saya teros berubah menjadi sangat baek seperti sang malaikat dari syurga. Ini gara-gara lampu biru berkerdip-kerdip di hadapan, seketol tuboh berseragam puteh berdiri di sebelah kuda putehnya. Ketika lalu di sebelah mamat ini, saya telah memberi senyuman manja. Mungkin kerana kemanjaan senyuman saya, Si Penunggang Kuda Puteh ini tidak layan saya lalu saya berlalu pergi. Cilaka! Sedekah ikhlas ni.

Saya sampai di tempat berlangsungnya majelis makan-makan tepat jam 8.30 malam. Kelihatan para-para pembodek bos sudah sampai lebih awal. Cantek dan kachak para hadirin malam ini. Saya macam biasa berpakaian anak muda - jeans lusoh dan t-shirt hitam. Rambut yang sudah panjang, dibiar bergerbangan - fesyen suami Najib. Saya teros menuju ke meja untok turut serta rakan-rakan sekerja. Berlaboh sahaja bontot ini, saya diterpa olih pelayan lelaki. Saya diberi menu dan pelayan lelaki ini tercegat di tepi saya. Saya meminta masa darinya untok stadi menu yang ada dan dia berlalu pergi. Hilang sahaja pelayan lelaki ini dari pandangan, saya memanggil pelayan perempuan bergetah yang dari tadi berjalan melintasi saya berkali-kali untok tolong saya stadi menu. Saya syak perbuatan melintasi saya berkali-kali itu trik dia untok menarik perhatian saya. Saya tak tahulah apa yang menariknya pada saya.

Saya merenung tajam menembusi menu. Harga dalam menu memastikan saya tidak akan menjejakkan kaki ke dalam restoran ini pada hari-hari biasa. Ini harga untok membocorkan poket saya. Mujorlah malam ini adalah malam anjuran kompeni, olih itu saya langsong tidak hiraukan harga yang tertulis. Lalu saya meminta pandangan si pelayan itu. Si gades pelayan perempuan itu mencadangkan 'steak'. Saya tersenyum. Saya sudah biasa makan steak tetapi akhir-akhir ini kurang gemar. Ini disebabkan kerap kali saya memakannya, daging akan terlekat di celah-celah gigi. Ini masalah serius jika saya semeja dengan gades-gades cun bergetah. Mujorlah semua rakan sepejabat adalah jantan. Olih itu saya memilih steak.

"Beef or Lamb?" tanya sang pelayan comel. Saya meminta Lamb. Apa barang makan daging lembu. Tepi Jalan Plumbum seksyen 7, Shah Alam pon ada. Berderet gerai burger jual daging lembu di situ - kata hati kecil saya. Lagipon, sudah agak lama saya tidak menikmati daging kambing ini. Inilah masanya untok melepaskan rindu di dada. (Lamb Steak adalah makanan paling mahal di situ - kenalah rasa, bila lagi?!). Kahkahkah!


Sampai sahaja makanan saya, saya tidak lagi menoleh ke belakang. Teros sahaja membaham tanpa pedulikan kawan sebelah yang telah meleleh air liur melihat saya yang rakus menyerang daging kambing ini. Kasihan kepadanya kerana tersalah pilih makanan yang tidak sedap. Tetapi jangan harap saya nak hulorkan sedikit. Perot yang berkeronchong dari tengahari maseh berdendang. Perot ini perlu diisi sepenuhnya supaya dapat ketenangan. Penyelia saya pula yang tidak henti-henti berlabon dari tadi tetiba senyap. Saya fikir dia terlopong melihat kerakusan saya, namon tekaan saya silap. Dia sedang fokus membaham dengan rakusnya steak beliau. Oh, begini rupanya cara untok menghentikan beliau dari teros bercakap.

Habis sahaja makanan saya, saya mendapat SMS dari rakan serumah. Menurotnya, saya haros menemaninya untok berjumpa dengan seorang rakan beliau, ejen insurans di sebuah kopitiam. Ini kerana dia ingin mengambil insurans namon maseh belom paham dengan pakej-pakej yang ada. Saya setuju untok menemaninya. Saya menegok sehingga habes Capuccino Shake saya dan teros meminta diri dari rakan-rakan sekerja yang laen. Saya ada misi yang haros diselesaikan - alasan yang saya berikan kepada mereka.

Sampai sahaja di kopitiam, saya sudah lehat sahabat saya ini, Pa'ei sudah bersimpoh dudok di satu sudot. Lalu saya menyertainya. Saya bertanya di manakah sang ejen penjual insurans. Menurot Pa'ei akan sampai sebentar lagi. Lalu kami berbual tapi tak lama. Tiba-tiba sahabat Pa'ei ini muncol. Dia memberi salam dan saya terkaget. Sangat cantek. Sangat anggun. Sangat memukau. Saya sangkakan sahabat Pa'ei ini sejenis jantina dengan saya. Muka saya sudah menjadi blushing-blushing. Sudah terbit sinar di celah-celah senyuman saya. Ok, ini bukan gatal. Ini respon semulajadi.

Pa'ei memperkenalkan saya kepada Ayu. Dia menghulorkan tangan dan saya menyambutnya untok bersalaman. Dan di saat itulah sesuatu keluar dari hidong saya. Saya sangkakan hingus, lalu saya mengelapnya dengan tisu. Ayu melihat saya dengan muka aneh. Pa'ei bermuka pucat dan seakan mahu pengsan. Mereka seperti melihat hantu. Saya melihat tisu. Darah?! Aduh, cilaka. Di saat itu, darah mengalir keluar dari hidong tidak henti-henti. Alamak, ini betol-betol leceh. Saya bergegas ke tandas.

-----

Setelah selesai sessi insurans malam itu, Ayu meninggalkan kami. Pa'ei mula membuka mulut. "Kau ni, jumpa awek hot sikit dah berdarah hidong. Kahkahkah!!!", gelaknya menikam-nikam jantong saya ketika itu. "Bini orang tu." Tambahnya lagi sambil ketawa berdekah-dekah. Lalu saya membalas sedas, "Eh, jantan mana yang nak pengsan tengok darah tadi? Si gades sebelah rilek saja. Kahkahkah!!!" Kami bergelak macam cilaka.

P/S: Daging kambing panas ooo...

3 comments:

  1. tiba-tiba berasa lapar *pegang perut*

    ReplyDelete
  2. Bleeding? Hehehe...must really fuuny. I think u should order beef steak than Lamb.

    ReplyDelete
  3. razuwa - kamu ada buzzer jugakah? adakah dgn memegang perot, dapat mematikan buzzer itu? kahkahkah!

    Angel - so damn funny. thank god that woman isn't available. kalau tak, jatoh saham. kahkahkah!

    ReplyDelete

Search This Blog