Total Pageviews

Wednesday, May 19, 2010

Dua dunia berbeda

Satu lagi hari yang memenatkan. Berlaboh di rumah tepat jam sepuloh malam. Saya kehabesan tenaga lalu teros terdampar atas katil - langsong tidak menyalin jersi kerja. Katil ini adalah satu-satunya tempat paling stim dalam rumah ini. Tempat paling tenang yang mampo saya perolehi dalam kehidopan sesak kota elit ini. Sekelip mata pandangan saya hitam.

...

KAHKAHKAH!! Saya terjaga. Keriuhan penghuni membangkitkan saya. Saya tercari-cari henpon. Kebiasaannya saya letakkan di tepi bantal. Alamak, ini Jessica Alba. Henpon yang dicari, Jessica Alba yang ketemui. Saya berpaling perlahan-lahan, takot-takot Jessy (panggilan manjanya) terjaga lalu cari pula di sebelah kiri saya - jumpa. Saya perhatikan jam di henpon. Celaka! Baru saja 3 jam saya tertidor. Kejadah apa yang mereka riuhkan itu. Bikin saya panas hati.

Saya bangkit dari tempat beradu. Dengan lenggok lemah gemalai, saya menuruni anak tangga. Saya yakin lenggok inilah yang Naomi Campbell tercari-cari selama ini. Lenggok yang bakal memukau mata dunia - pada hemat saya. Di ruang tamu kelihatan susok tuboh rakan-rakan serumah sedang bergelak ketawa. Ada 5 ketol tuboh maseh berjaga rupanya dan kesemuanya adalah siswazah tahon akhir. Saya memaparkan muka yang ketat. Rakan-rakan rumah tidak mengendahkan muka saya dan teros mengekek mengalahkan Maya Karin yang memegang watak Harum Sundal itu. Saya tersinggung. Mereka langsong tidak menghormati sentiviti perasaan dan jiwa saya. Apatah lagi tidak memuji muka saya yang kacak ketika bangun tidor. Lalu saya bertanya dengan serius kepada mereka.

"Kenapa?"

Mereka maseh bergelak ketawa berguling-guling. Seorang rakan menghulorkan sebijik buku berkulit tebal dengan linangan ayer mata. Saya menyambotnya tanpa soal. Tertulis di situ "Corrosion and Materials Analysis by Hazrin". Mustahil mereka bolih ketawa kerana membaca buku ini? Ini bukan Majalah Ujang. Ini bukan Majalah Gila-gila. Ini juga bukan Utusan Malaysia. Ini buku ilmiah - sesuatu yang serius dan perlu penumpuan penoh untok mendalami isi kandungannya.

"Kenapanya?" Saya bertanya penoh kebingungan.

"Coba kau baca." Pinta sahabat yang juga sang empunya buku tadi dengan nada tersekat-sekat. Geli hati tak habes lagi agaknya. Ketawa macam orang gila. Nak bermuka awet muda bukan ini caranya, getus hati kecil saya.

Gelak tawa rakan-rakan rumah kembali reda. Mereka kusyuk memerhati saya sambil mengesat ayer mata. Saya tidak mempedulikan mereka dan teros membaca tajok muka hadapan. Kemudian saya selak muka kedua. Saya membaca dengan tekun. Saya selak lagi dan baca. Saya terasa tidak puas hati lalu kembali baca ke mukasurat dua. Selak semula ke muka surat tiga dan baca. Muka surat seterusnya saya cuma membaca sekali imbas - tak laratlah. Membaca kajian yang tidak sama langsong dengan majalah Mangga. Kalau ada gambar-gambar gades mungil mungkin saya gagahkan juga baca sehingga ke mukasurat akhir - tetapi jelas harapan saya gagal. Akhirnya saya cuma selak satu persatu sehingga habes. Tutop. Khalas.

Semua rakan-rakan rumah kembali senyap. Mereka menantikan komen saya. Dengan tenang saya melafazkan...

"Sodokollah hul azim..."

KAHKAHKAH!! Rumah kembali dengan gelak yang lebih kuat dari sebelomnya. Mereka berguling-guling pecah perot dengan komen saya. Serius macam cilaka Projek Akhir Tahon kau, Yeen. Aku ingat baca Muqaddam tadi.

Saya dengan muka tanpa perasaan menaiki tangga. Saya ingin menuju kembali ke syurga sementara saya. Esok perlu memburoh lagi - membiarkan mereka dengan dunia keriangan mereka.

P/S: Tuan Kedai Potostet, kau memang kejam! Camana hardcover buku bolih terbalek?

7 comments:

  1. cik ninaa - kau pernah baca muqaddam?
    muqaddam di buka dari belah kiri ke kanan. buku-buku barat dibuka dari kanan ke kiri. TQ!

    ReplyDelete
  2. Celakalah - dia buat hardcover di mana? Aku rasa nak terajang. Jangan nasib aku juga sama sudah lah. Tq

    ReplyDelete
  3. patut kena buat majlis sekali. ramai2 pakat baca doa khatam quran. buat pulut kuning segala.
    baru rasa dalam hati ada taman :P

    ReplyDelete
  4. John - kau patot buat FYP bahasa jawi. atau jika terbalek jugak, kau jawikan aje anu tuan kedai buku itu. Kahkahkah!

    Razuwa - Kahkahkah...menarek idea tu. Baru la meriah blink blink kan?

    ReplyDelete
  5. dush lawak DID..heh itu je komen saya sekian :)

    ReplyDelete

Search This Blog