Total Pageviews

Tuesday, June 29, 2010

Amokan Amad



Hari mendong - hujan mencurah-curah. Saya yang kebasahan bergegas membuka pintu rumah. Balik dari memburoh dalam keadaan basah memang sesuatu yang tidak saya gemar. Ia membantotkan hasrat saya untok lepak minom-minom di kedai mamak. Lebih enak jika layan kopi di rumah saja.

Ketika menuju ke bilek saya, saya ternampak Amad. Dudok bersila. Muka sangat ketat - seakan ada sesuatu yang sedang panas di dalam hatinya. Saya yang mula berasa gerun cuba membuka pintu bilek dengan cepat tetapi gagal. Masa-masa macam ini pula tombol pintu ini terasa ketat. Saya mula resah.

"Aih...awal balek?", tegur Amad. Saya lemparkan senyuman - kontrol perasaan takot dan teros masok ke bilek.

Saya sudah lama berkenalan dengan Amad. Kalau beliau marah, sila jangan tegur. Mencari nahas namanya. Pernah sekali dia mengamok dengan awek dia, henpon N90 dia baling ke dinding. Mujorlah saya sempat melompat bak gaya Gianluigi Buffon dan menyelamatkan henpon itu sebelom menyembam dinding. Memang gila Amad ni. Padahal gadoh pasal awek tu pakai selipar - tak pakai kasot pergi kenduri kahwin je.

Itu belom lagi kes rokok hilang sebatang. Habes bersepah bilek. Siap gaya CSI mencari bahan bukti lagi hanya kerana sebatang rokok. Kawan-kawan pula menjadi bahan caci maki kerana rokok itu. Sudah macam gian ganja la pula. Mahat yang selalu menjadi pendamai juga tewas dengan perangai Amad. Tak sempat menegur - beratur panjang cacian cek-in masok telinga. Sikit saja lagi nak kena Ong-Bak. Padahal rokok sebatang itu terselit celah telinga dia. Memang macam sial.

Tapi petang ini, saya tidak tahu kes apa. Saya pergi mandi. Di dalam bilek air kedengaran amok Amad.

"Sial punya perempuan. Kau ingat kau baek sangat? Bla...bla...bla..." Dari bilek air terdengar makian dia.

Saya sudah mula risau. Mandi laju-laju - salin baju - bergegas keluar bilek. Saya nampak Amad terdudok memelok lutot, tangan memegang erat henset. Air mata mengaler tapi beliau lap cepat-cepat sejurus ternampak saya. Melihat Amad dalam kesedihan membuatkan saya menjadi sayu. Dengan perlahan saya dudok sebelah dia.

"Kau ada masalah ke? Ceritalah kat aku. Mana tahu aku bolih tolong." cobaan saya untok menenangkan dia. Saya adalah bekas Pembimbing Rakan Sebaya masa di sekolah dulu, ok.

"Perempuan cilaka ni. Sanggop tinggalkan mak sebab sayangkan laki orang." luahan Amad.
"Dia ingat senang ke mak nak besarkan dia. Pakai baju, makan minom, sekolah - dia bukan orang senang pon" sambung Amad lagi.

Saya pon turot menyirap sama. "Cilaka...perempuan mana, Amad?!"


"Tu, yang pakai baju warna merah tu." jari telunjoknya menunjok ke arah kotak televisyen.

Memang cilaka. Satu sepakan volley saya kenakan pada belakang kepala Amad. Tengok TV pon janganlah sampai nak emosi macam tu sekali!

10 comments:

  1. Aku ingat td Amad Abdul Wahid.

    Celaka

    Tq

    ReplyDelete
  2. cuba kasi dia tengok beeha pulak - agak mcm mana dia punya respon nanti... hahaha

    ReplyDelete
  3. Choy Did!
    Inchek Did..nasib baik Amad hanya melontar henfon N90..kalau iPhone 4bagaimana agaknya..BTW saya sangat berbesar hati encik Did menangkap ala ala Buffon..bolih la kiranya menggantikan tempat marcetti itu

    ReplyDelete
  4. tolong jgn letak gambar awek gua!
    cilaka!

    tq

    ReplyDelete
  5. macam gampang.
    macam celaka.

    malam ni aku kena pindah rumah
    jiran bawah dah bising aku gelak kuat dari azan mesjid

    kau wajib bertanggungjawab!!

    john leh

    amat wahid main pahang satu season je
    sebab coach dollah salleh keliru
    antara amad dan pilemon chipeta

    harap maklum

    ReplyDelete
  6. John - amad ini mudah dikenali. kau takkan terkeliru dgn chipeta - tak seperti amad abdol wahid. kahkahkah!

    bangonberdiri - kalau dgn beeha...dgn aku sekali join menanges meraong beb. kihkihkih!

    nanie - tak cukop inci. marcelo lippi ckp tunggu i baligh. gila apa...ingat i baru 12 thn?

    johan - aiseh...awek lu ke. cis, beliau dah mempermainkan perasaanku. argh!

    DJK - kau kena beradab skit. gelak kena tutop mulut dgn tgn. baru sopan. kahkahkah!

    ReplyDelete
  7. apsal aku rasa turut nak terajang si Amad skali?

    hehehehe...

    p/s: thks follow...

    ReplyDelete
  8. Ju Asu Ra - oh...jgn ikotkan sangat emosi kamu itu. kahkahkah!

    ReplyDelete
  9. iskkk gua tertipu dengan cerita amad. dia memang pandai mengelirukan pihak musuh!

    ReplyDelete
  10. razuwa - kau jgn keliru antara dia dan ahmad nawab. muka tak sama. serius.

    ReplyDelete

Search This Blog