Total Pageviews

Friday, June 18, 2010

Dunia tanpa sempadan



Dalam dunia serba moden ini, saya telah terpengaroh dengan bermacam-macam benda. Dan bermacam-macam benda terpengaroh dengan saya. Semua telah saya telah mengemaskinikan selaras dengan peredaran zaman dan keperluan kepenggunaan. Saya berimpikan Henpon menjadi I-pon versi 4. PC menjadi Laptop Hewlert Pakert. Basikal menjadi kereta BM lima bersiri. Semuanya untok kemudahan dalam dunia kapitalis ini. Yang tidak saya impikan ialah mengeluarkan wang untok membayarnya. Jika ada sesiapa yang sudi membantu, sila jangan segan silu untok kontek saya.

Di rumah saya ini telah menginap 8 orang sahabat - mempunyai dua tingkat dan lima bilik semuanya. Rumah kami ini adalah satu dalam sejuta kerana rumah kami ini dilengkapi set Audio paling canggih di seksyen 7 Shah Alam - Kalah Dolby Surrounded. Rumah ini juga dilengkapi set Hom Teater paling mahal di asia tenggara atas sikit dari GSC dan rangkaian talian internet nombor dua paling laju di benua Asia selepas Air Asia. Sumber ini diperolehi olih Mat Gebang, sahabat kami yang suka mengkaji membuta tuli tanpa gaji - dan kerap kali repot kajiannya ditolak mentah-mentah olih Guiness Book of Record.

Rumah ini sangat canggih sehinggakan semua penginap tingkat atas kini berkumpol di bawah untok bersosial. 'Budak Hall' amat kurang selesa dengan situasi ini. Saya yang menginap di tingkat bawah tergolong dalam golongan 'Underground' dan penginap atas dikenali sebagai 'Mainstream'. Gara-gara rumah ini telah dilitar-pintaskan pada satu malam yang hujan lebat, tingkat atas tidak berfungsi dengan baik. Suis kipas dipetik - fius menendang. Suis lampu dipetik - fius menendang. Suis plag dipetik -fius menendang. Hanya bila bunga dipetik orang sahaja fius ini tidak menendang.

Atas kerosakan teknikal inilah, budak-budak 'mainstream' melepak di bawah bersama-sama saya. Biasalah, budak-budak 'mainstream' mana masuk dengan budak-budak 'underground'. 'Mainstream' ini mengada-ngada sikit - tak bolih kena panas, suhu bilik kena maintain 24 'C - nak makan kena ada sudu dan garpu - rambut sikat belah tengah simetri kiri kanan dan macam-macam lagi perangai ngade-ngade mereka.

Pada satu malam, ketika semua berbaring mengadap laptop berskrin flat 42" tiada bonggol-bonggol - cerita syok, cerita stim, cerita yang bertajok 'Year One', semua mata tak beralih - dan saat itulah salah seorang pengikut mainstream iyaitu Mat Gebang bertanya kepada saya...

"Kenapa agaknya dengan 'wiring' di tingkat atas?"

saya yang berlakon tidor di saat kawan-kawan sebok menanya bila nak kahwin

Cis! Tengah-tengah syok layan cerita, taim ni lah dia sibok menanya. Saya yang berbantalkan lengan kanan dan mata tertumpu di skrin, terus mengangkat jari telunjok kiri menunjukkan laptop di depan mata.

"Kau nampak laptop tu?"

"Nampak...kenapa?" - jawab sang penanya.

"Kau nampak henpon aku ni?"

"Nampak...kenapa?"

"Kau nampak broadband modem celcom berbaloi-baloi dia ni?"

"Ya, aku nampak...kenapanya?"

"Kau tahu apa persamaan mereka?" Saya rasa Mat Gebang sebagai graduan kejuruteraan yang memiliki segulong ijazah pastinya dia tiada masalah untok meneka. Tetapi nyata tekaan saya meleset. Cilaka!

"Tak...apa yang samanya?" Kata Mat Gebang.

"Wireless", jawab saya pantas dan teros memelok bantal. Mat Gebang pula menarik selimut dan tidor. Aih, merajok? Cakap dulu rumah ni paling canggih! Saya tersenyum.

3 comments:

  1. patotnya kau pelok mat gebang, bukan pelok bantal...

    ReplyDelete
  2. ninaa - rumah ini mmg terbaek, nak try lepak sini? pakej 3 hari 2 malam RM150. kahkahkah!

    Razuwa - mat gebang tak gebu. bantal aku gebu. ;p

    ReplyDelete

Search This Blog