Total Pageviews

Friday, October 30, 2009

Obat (kisah derita)

Kali ini aku terbaring. sudah dua malam aku terbaring. Pening dan tidak karuan.
Keadaan ini betol-betol membingongkan aku. Air hidong tidak henti-henti mengalir keluar.
(Cet, air hidong...ingat sopan lah tu. Hingus lah!) Lalu aku ke dapor. Mencari penawar.

Aku selongkar segala bekalan obat-obatan yang wujod tapi gagal. Aku hampa.
Kehampaan aku lebih dari kehampaan MU tewas kepada Liverpool.
Lebih hampa dari Majnun yang gagal kahwini Laila.
Lebih hampa dari hampagas.

Ketiadaan obat untok air hidong ini membuatkan aku termenong.
Lalu aku terkenangkan penyakit saorang teman.
Teman aku ini mempunyai penyakit jiwa.
Olih kerana beliau mengidap penyakit jiwa ini, beliau sukar untok tidor malam.
Badannya kurus mengering. Lebih kering dari Osman Kering.
Aku ngeri memikirkannya.

Penyakit beliau ini iyalah penyakit putus cinta.
Penyakit yang menguji ketabahan jiwa.
Penyakit yang membutohkan kecekalan hati.
Penyakit yang bisa membuatkan insan membunoh diri.

Mangsa penyakit ini telah meminta nasehat aku.
Sebijak-bijak tupai melompat, aku gagal memberi jawapan.
Lalu dia beralih arah meminta nasehat saorang teman yang bakal menjadi doktor.
Dengan harapan menggunong, teman ini menyuson ayat.

Beliau bertanya "Apakah ada obat bagi penyakit ini, wahai sang doktor? karena aku sudah tidak sanggop menanggong kesakitan ini."

Lalu Sang bakal doktor ini tersenyum dan menjawab dengan kool, "Takde!"

Mangsa ini tidak putos harapan lalu bertanya lagi, "Tolonglah aku,sang doktor. Bagilah apa sahaja obat yang ada di donia ini agar bisa aku tenang dan lupakan segala memori pahit ini."

Sang bakal doktor ini dengan wajah penoh belaian kaseh sayang telah menjawab, "Sedarilah saudara bahawa manusia ini tidak memerlukan obat melainkan jiwanya sendiri, jiwa yang kental, jiwa yang bersemangat, jiwa yang ikhlas untok merawat sakit itu...itulah antibodi mu."

Jawapan sang doktor ini betol-betol buat aku tergamam.

Kini aku yakin beliau layak menjadi doktor.

*****

Air hidong maseh terus mengalir.
Menyedarkan aku dari lamunan.
Eh, aku maseh perlu merawat penyakit air hidong ini. Aku tak perlukan obat?
Ah, persetankan semua itu. Ini sudah 2 hari, antibodi apa lagi.
Dengan sisa kuasa gaban yang ada, aku turon membeli penadol solubel.

Aku sedar kini aku amat memerlukan sahabat seperti sang doktor ini.
Bukanlah obat atau nasehat yang ingin aku minta darinya.
Aku hanya inginkan MC. Tolonglah, sang doktor!

8 comments:

  1. derita sungguh insan yang bernama did. apa2 pun...CERIALAH! (mencuri cogan kat kata kau)

    ReplyDelete
  2. kao lebih memahami dari kucing hitam milek jiran sebelah. setiap kali aku bersin, kucing itu akan merenung tajam aku...cis!

    ReplyDelete
  3. kawan2 keramaian juga kah sang doktor itu kerana kalau kawan2 kita sepertinya tau saja siapa... pernah juga terima nasihat beliau sewaktu kaki membatu tak berdaya melangkah walau sebatu :) sepertinya dilanda masalah tidur juga sebab tu wujud "tolonglah mata"... Did, tolong lekas sembuh kerana kamu masih diperlukan disini :)

    ReplyDelete
  4. ya...sang dokter itu ahli keramaian.
    thanks! doakan aku cepat semboh...supaya aku dapat berkhidmat kembali kepada keramaian sperti sediakala.

    ReplyDelete
  5. kahkahkah.
    apa cerit kau selesema.
    hati hati - wajib semboh cepat.
    sambil selesema wajib dengar lagu sons of adam.

    ReplyDelete
  6. Reena pun knl kan doktor tu? Hehe. Sapalah yg putus cinta tu agaknya..

    Get well soon Did!

    P/S: Hingus kaler hijau ke kuning? Hahaha.

    ReplyDelete
  7. hahahaha bro..
    lu patut awal2 lagi cakap kat doktor tu nak MC. haha

    ReplyDelete

Search This Blog