Total Pageviews

Thursday, August 12, 2010

Lapan yang berkualiti

Hari ini saya melihat ramai yang ke masjid. Ini satu tanda yang bagos. Maseh ramai mengingati siapa tuhan. Salut untok mereka. Anak-anak kecil pula lari keriangan di halaman masjid. Saya tersenyom nipis. Semoga memori ini terpahat untok anak-anak kecil ini menikmati suasana masjid - lalu mencintai masjid.

Tapi hari ini saya agak terkilan kerana saya cuma mampo ke masjid dengan jersi kurang kemas. Ketayap atas kepala pon tiada apatah lagi songkok tinggi. Sekali pandang tak ubah seperti Slash gun n roses. Ini hakikat kerana saya kerap merantau dan kelengkapan saya entah ke mana. Tak mengapalah, janji hati ikhlas.

Malam itu saya bertarawih. Saya coba sekusyuk mungkin. Akhirnya sempurnalah lapan. Saya bersalam dengan orang sebelah - berserban dan berjanggot putih. Saya agak dia dalam lingkungan umur sama baya dengan bapa saya.

"Lapan je?" Tegor orang tua itu.

"Ini saja yang saya mampu" Jawab saya ringkas sambil tersengih. Rasa segan pon ada.

"Tak mengapa, yang penting kualiti." Tambah orang tua itu sambil tersenyum lalu bangkit meneroskan solat tarawihnya.

Dalam hati saya teros terdetik - Lapan yang berkualiti. Ya, ini misi saya bulan ini!
Kahkahkah - hati teros terasa semangat.

2 comments:

Search This Blog