Total Pageviews

Wednesday, August 25, 2010

Sejenak di halaman rindu

*(Entri sebelom puasa)

Petang yang hening. Hanya kedengaran jentolak-jentolak menarah bukit dan lori-lori memunggah tanah. Habok berterbangan dengan riang - menerjah masok mata - lalu mengalir ayer mata ini. Ah, cilaka! Jantan kental seperti saya mengalir ayer mata memang kelihatan sangat tidak kool. Lalu saya usap lembot ayer mata ini dan kembali memerhati buroh-buroh yang sedang asyik membina rumah. Saya syak mereka bukan orang-orang sebarangan. Pasti diimpot dari luar negara - bukan buatan gombak.

Kawasan pembinaan ini dipagari zink-zink sebagai tembok penghadang. Setiap kali saya memerhati pagar ini saya tergelak. Tembok ini kerap kali jatoh ke tanah ditiup angin - langsong berbeza dengan tembok berlin mahupon tembok china. Lalu saya menjadi musykil dengan kelayakan jurutera yang dilantik. Sedangkan pagar zink ini pon bolih tumbang, apatah lagi rumah yang dibina ini. Olih itu saya sangat mengesyorkan kepada para pencari rumah supaya tidak membeli rumah di depan rumah saya ini.

Lalu saya terkenang kembali saat 10 tahon dahulu...bling* bling* bling*

Tanah di depan rumah saya ini hanyalah belukar. Ada pokok-pokok hutan dan unggas-unggas liar. Saya selalu bertepok tampar dengan unggas-unggas ini. Mereka gemar bermanja dengan saya biarpon saya tidak gemar bermanja dengan mereka. Sering kali aktiviti manja-manja ini diakhiri dengan menjadikan saya seorang pembunoh. Entah apa yang menariknya pasal saya pon saya tak tahu.

Saya membersihkan tanah di depan rumah saya ini dalam radius 50 meter untok dijadikan kebon mini. Di tepinya saya menanam pokok bunga sebagai pagar. *Seiring dan sejalan, harumnya bunga di taman...(lagu latar). Di dalamnya, saya menanam pokok pisang, pokok daun kari, pokok serai, pokok ulam raja, pokok jambu madu dan pokok yang menyimpan seribu harapan - pokok durian.

Saya bercita-cita untok menuai hasil durian ini apabila pokok ini menerjah usia 10 tahon kelak. Saya menjaga pokok ini seperti menjaga kekasih hati. Jika ada unggas hinggap, saya akan sembor ridsek. Jika ada kerengga memanjat, saya akan jirus air sampai kerengga lemas. Saya meninggalkan pokok ini setelah sambong pengajian di IPTA. Tapi nyata segala pengorbanan ini mengecewakan. Saya gagal menikmati buah durian sebaliknya hanya mampu menikmati buah-buah pasir debu.

Pokok durian ini saya tanam kerana saya yakin tanah ini tidak akan terusik. Tanah ini saya yakin tiada nilai komersil. Namon semua jangkaan saya meleset. Kini tiada lagi pokok depan rumah. Tiada lagi hutan. Hanya terpacak hutan-hutan batu. Saya rasa saya bukanlah seorang petani yang baik.

Saya masok ke dalam rumah. Mengopek durian dari kampong. Melayan durian sambil membebel tidak puas hati dengan kontrektor depan rumah...

4 comments:

  1. Takpe. Durian bukan sepokok. Hahaa.

    ReplyDelete
  2. Ya, aku pun pernah menanam pokok durian dan ianya mati sejurus aku berhijrah ke kota batu ini 5 tahun lalu. :)

    ReplyDelete
  3. sayang sekali pokok durian itteuww. aku berasa terkilan...

    ReplyDelete
  4. ninaa - durian runtoh adalah misi gua selepas ini. kihkihkih!

    Ellie - sedih,kan? pokok dan kita ada hubungan. hubungan sulit. kahkahkah!

    Razuwa - Sayang lagi buahnya - tak sempat merasa. jgn kau sedih2 ok? :D

    ReplyDelete

Search This Blog