Total Pageviews

Tuesday, August 31, 2010

Merdekahkahkah!

Saya berjalan menuju ke masjid. Hati ingin bertarawih.
Nun di satu sudut saya terperasan Jalur Gemilang berkibar.
Rupanya kejiranan saya ini patriotik.
Saya tersenyum nampak gigi - gaya anak muda yang cool paling true.

Selepas terawih, saya menuju ke rumah Encik Prit.
Beliau ingin membeli seluar skinny. Katanya ini gaya terkini anak muda yang paling cool.
Saya anggok-anggok. Dalam perjalanan ke rumah Encik Prit, saya lalu rumah Encik Salleh.
Rumah beliau tergantong bendera Malaysia.
Saya tayang gigi lagi - memang bergaya lah rumah Encik Salleh!

Selepas beli baju dan seluar skinny Encik Prit, saya menghantar beliau pulang.
Dalam perjalanan pulang, seketol kereta kancil memecot laju memotong dugong hitam saya. Kancil ini sangat rare - terselit bendera Malaysia di bonet depannya. Bukan seketol - tapi ada tiga ketol kancil berjalor gemilang ini.
Hati kecil saya berkata - teknoloji Malaysia - memang maju dan laju.
Lagi sekali gigi saya terpampang - kali ini nampak gusi. Merdeka betol brader-brader ni.


Balik rumah, saya ternampak sepucok surat untok saya. Alamak, Urusan Seri Paduka Baginda.
Saya kurang gemar surat-surat cinta dari beliau. Kerana jarang sekali beliau memberi khabar gembira buat saya. Surat cinta beliau sering kali membuatkan saya menetes ayer mata.
Saya membukanya. Ternyata tekaan saya tepat. Cilaka. PTPTN.
Kali ini tiada lagi gigi untok ditayang. Tiada lagi gusi untok dipampang.
Merdeka, brader... merdeka!

3 comments:

  1. encik ptptipu juga mau minta duit raya?

    kahkahkah berdekah-dekah

    ReplyDelete
  2. Dapat duit raya nanti bayar lah .

    ReplyDelete
  3. razuwa - begitulah nampak gayanye. cilake betol...siap mata terkumpol lak tu aku kena bayar. kahkahkah!

    ninaa - kau buat aku menanges! dah 6 tahon aku tak dapat duit raya lah!! err...ko bg duit raya bleh?

    ReplyDelete

Search This Blog