Total Pageviews

Wednesday, March 31, 2010

Hambek Kau!

Pada minggu lepas, saya berniat untok berjogging di sebuah tasek di Kuantan. Tasek ini sangat meriah pada waktu petang. Pada hemat saya, berjoging di waktu petang dapat menghilangkan gangguan emosi dan ribot taufan yang melanda dalam hotak saya akibat tekanan kerja. Dengan pemandangan yang indah lagi permai di selit dengan bunga-bunga mekar subur di taman larangan, saya amat bernafsu untok berjoging pada petang itu. Olih itu, bersiap siagalah saya untok berjogging.

Ketika saya sedang asyik mengikat tali kasot, muncol seketol tuboh entah dari mana datangnya berdiri di depan saya. Terkejot saya sehingga tercangkong. Ingatkan toyol manelah yang muncol. Rupa-rupanya anak saudara saya yang berumor 7 tahon, Ijat sedang memerhatikan saya.

"Ayoh Did nak pergi mana?" tanya Ijat. Dia ni memang manja dengan saya dan membahasakan saya dengan panggilan Ayoh Did.

"Nak Jogging. Nak ikot?" saya pelawa.
"Nak!" jawab Ijat ringkas lalu teros sahaja menyarung kasotnya.

Kami berjoging bersama. Saya terpaksa memperlahankan langkah bagi memberi peluang kepada Ijat untok berlari seiring dengan saya. Di tasek ini sudah punya trek untok berjoging, maka dengan itu dapatlah kami berjoging dengan selesa. Kami terus berjoging dengan bersunggoh-sunggoh.

Tak berapa jauh di hadapan kelihatan seorang gades berjoging menuju kami. Selisih dengan gades bergetah itu, saya senyum sambil mengangkat-ngangkat kening. Gades tu buat-buat tak nampak. Malulah tu! Ijat yang mengekor di belakang saya tersengih sambil melambai-lambai tangan. Gades tu senyum dan membalas dengan melambai-lambai tangannya. Cis! Ini sudah lawan tokey. Siapalah yang mengajar dia ni?

Kami teruskan larian kami dengan menyusur trek yang telah tersedia itu. Sedang asyik kami berlari, kami terjumpa dengan seorang brader yang amat sihat tuboh badannya. Bentok tuboh brader ini tidak ubah seperti Bob Ku2. Dengan semangat kental, beliau tetap berlari. Saya respek dengan brader seperti ini. Ada keinginan untok berubah.

Brader ini berlari perlahan. Kami yang mengikut rapat di belakang terpaksa memintasnya. Kami memintas beliau tanpa memberi sebarang signal mahupon memberi salam. Kira-kira sepuloh langkah di hadapan, Ijat mengajukan pertanyaan.

"Ayoh Did, kenapa pakcik tu besor sangat?" Tanya Ijat dengan muka berkerut. Budak-budak memang penoh dengan perasaan ingin tahu. Saya pon menjawab dengan penoh berhemat...

" Sebab masa dia besar ijat, dia malas jogging. Makan, tidor je rajin" jawab saya sambil mengerling ke belakang risau kalau-kalau brader tadi terdengar.

"Ooo...maknanya kakak tadi tu slim sebab selalu berjoging la ye?" tanya Ijat lagi.
Saya tersenyum sambil memandang Ijat. Pandai membuat kesimpulan budak Ijat ni.

Saya pon cuba berborak lagi dengan Ijat. Kali ini saya mengajukan pertanyaan sambil tercungap-cungap berlari.
"Ijat sayang Ayoh Did tak?" kali ini saya memperlahankan sedikit larian.
"Sayang!" pendek saja jawapan Ijat.

Dua tiga tapak kemudian saya mengajukan lagi pertanyaan.
"Kalau Ayoh Did jadi gemok macam pakcik tadi tu, Ijat sayang Ayoh Did tak?"
Saya mengajukan pertanyaan ngade-ngade sebab dah tiada topik nak berborak.

"Ayoh Did ingat Ayoh Did kurus ke sekarang nih?" sambil berlari laju ke hadapan dengan tergelak-gelak.

Cis! Bertuah punya budak. Siap! 5 Round aku berjogging!

6 comments:

  1. Hahaha! Bijak sungguh Ijat ni :p

    ReplyDelete
  2. Kahkahkah

    Padang muke mung ayoh dig - anok sedare mung pung kene ke mung.

    Kahkahkah

    Makang ikang atah takdok nasik laa pah ni.

    Tq

    ReplyDelete
  3. az - mmg bijok bab mengenakan orang. tgh training dia jd atlit nih. kehkehkeh!

    John - aku terpaksa membakukan dialog antara aku dan ijat untok pemahaman pembaca. Dialog sebenar memang loghat ganu. kahkahkah! guane kite?!

    Razuwa - Cukopla gades berjogging sokong ijat...tolonglah kasihani pakciknya ini. ;p

    Ninaa - Kahkahkah...gua plan sessi revenge for ijat nih. ada idea?

    ReplyDelete
  4. Comelnyer Ijat haha..eh ayoh Did kan selim melim..

    tapi ai sangat teruja dengan abang Bob KU2 itew sebab berusaha menguruskan badan dengan cara sihat..dia tak buang duit pegi Mayfair mahupun London Weight Management hehe

    ReplyDelete

Search This Blog