Total Pageviews

Thursday, March 25, 2010

Nilai sebuah nombor.

Begitu perit dan lelah memburoh seharian ini. Waktu siangnya panas terik. Matahari tanpa belas kasihan memanah cahayanya kepada saya terus-terusan. Saya kepenatan. Badan ini telah dihidrasi. Matahari telah menyedot air dalam tuboh badan saya. Saya wajib minom air bagi menggantikan air yang telah hilang ini. Akhirnya peluang itu menjelma setelah tamat waktu memburoh.

Sebelom balik, saya telah menerima panggilan telefon. Sahabat ini meminta pertolongan - menemaninya ke kedai membuat nombor plat keretanya. Kisah kehilangan nombor platnya sangat trajis. Saya hampir-hampir menangis mendengar kisah sedihnya. Ini kerana nombor plat keretanya telah hilang kerana seekor kucing. Tolong jangan bersangka burok. Seekor kucing tidak mampu mencuri nombor plat kereta apatah lagi menkaratenya.

Kisahnya, sahabat saya ini telah melanggar kucing tersebot dengan tidak sengajanya. Perlanggaran kucing dan nombor plat tersebut telah melupuskan bentok statik plat kereta tersebut, manakala kucing tersebut telah lupus nyawanya. Semua ini akibat kedegilan kucing tersebut melintas jalanraya tanpa menoleh kanan dan kiri serta langsong tidak mahu menggunakan lintasan pejalan kaki yang telah disediakan. Saya bergenang air mata mengenangkan nasib kucing tidak berdosa itu manakala sahabat saya ini bergenang air mata mengenangkan duit yang akan dikeluarkannya untok membuat nombor plat kereta barunya.

Ketika di kedai aksesori kereta, kedua-dua kami diam membisu. Di selubungi suasana suram. Mungkin kerana kepenatan, mungkin juga kerana mengenangkan nasib yang kurang baik pada hari ini. Sahabat ini memaling perlahan kepada saya. Menatap sayu wajah ini. Dalam nada kesedihan, beliau menanyakan pendapat saya yang arif lagi bijaksana ini.

"Agak-agak nombor ni kena first prize tak?"

Cilaka. Saya terus mengajak amoi yang menjaga kedai itu keluar dating.

9 comments:

  1. Amoi tu mau tak dating dengan Did?

    ReplyDelete
  2. Ok - bagus.

    Beli 5 big dan 5 small.Untong menang kita wajib ke England.

    Tq

    ReplyDelete
  3. reena - amoi tu tak layan. tp dia senyum2 sbb pakwe dia tgh pasang tinted kete.

    Ninaa - nombor itu sudah pon dikapankan.

    John Leh - aku ingat nak gi afrika selatan. tgk world cup. kalau tak pon gi slovakia. tgk team harimau muda a. kahkahkah!

    ReplyDelete
  4. harap2nya kawan kamu tak terserempak dengan kucing yg sama di laluan yg sama. ngeee~~~

    ReplyDelete
  5. senget punya cerita hahaha

    takziah buat si keluarga kucing

    ReplyDelete
  6. aku ikut ke england.
    nak jumpa makcik magareth terecher
    bukan nasarenth majeth.

    ReplyDelete
  7. apakah nombor bertuah itew?
    kesian kuceng tak tidak berdosa..bottom line ajal maut di tangan Tuhan..*mode sedey*

    ReplyDelete
  8. razuwa - kwn itu telah trauma melihat kucing. kasihan!

    sesumpah - sehingga kini gagal mengesan keluarga si kucing. *Sob sob!

    DJK - aku juga mahu ke sana - selepas nama aku clear dari imigresen. kahkahkah!

    Nanie - nombor tu tak bertuah pon! smoga kucing itu tenang di sana...

    ReplyDelete

Search This Blog