Total Pageviews

Wednesday, March 17, 2010

Karena kos itu

Saya bukan manusia yang sempurna.
Kadang-kadang kemarau kekeringan kertas wang melanda dengan amat dasyat.
Bukan...bukan kadang-kadang.
Biasanya adalah selalu.
Kering dan tandus saku ini amat perit.
Bukan saya sahaja mengalaminya.
Saya amat pasti ramai lagi umat manusia di luar sana yang turut merasa.

Kehidupan yang sukar ini membuat saya rindu kampung.
Di kampung tidak mewah tapi cukop selesa.
Ada ayam. Ada kambing. Ada lembu.
Berkawan dengan ayam dapat telurnya.
Berkawan dengan kambing dapat bulunya.
Berkawan dengan lembu dapat apa?
Tapi yang pasti, saya tahu apa anda dapat jika berkawan dengan penyu.

Setiap minggu pasti ada jemputan.
Saya bukan siapa-siapa. Saya cuma kawan yang setia.
Jika ditolak pasti sang teman kecewa.
Olih itu janji diucap tanda undangan diterima.
Karena hati enggan hancurkan harapan dia.

Lalu saya mengeluh lagi.
Jadual hidop saya tahon ini sudah padat.
Penoh dengan aktiviti yang dasyat.
Aktiviti ini datang dengan pakej lengkap.
Pakej penderaan mental yang maha hebat.
Bila lagi giliran Nazrsyadid Kadri...
Bolih sakit jiwa jika berulang-ulang ditanya.

Adoi...
Sampul-sampul surat itu tak dibuka lagi.
Saya tahu kandungannya.
Berderet jempotan perkahwinan.
(sambil mengesat peloh di dahi...)

Tolonglah sesiapa dermakan wang untok saya.
Supaya saya dapat mengelilingi Malaysia.
Dan berjumpa setiap teman yang akan merai ratunya.
Tolonglah.

7 comments:

  1. dilema kita sama sebab dah sampai masanya. saya akan pura-pura jadi pokok halia bila soalan itu di tanya. peace!

    ReplyDelete
  2. Did..takkan jumpa Ayam..Lembu..Kambeng je? hehe
    Jodoh tak sampai lagik..len kali kalo orang tanya, jawab je..saya tunggu Lady Gaga masuk minang..

    ReplyDelete
  3. Kahkahkah

    Woit! Aku terlior nasik minyok dengan ayang masok meroh!

    Kahkahkah

    Pah ka ka Pah ka ka

    Tq

    ReplyDelete
  4. pasal jodoh, lu tanya pada Tuhan :)

    ReplyDelete
  5. razuwa hanim: aku berpura-pura tido sambil mengeluarkan bunyi dengkuran maha dasyat bila soklan itu ditanya.

    nanie: lady gaga? she's a bad bad romen. kahkahkah!

    pokleh: kahkahkah...ayang masok meroh bolih beli kat benteng. tp specialist ikan patin. (sambil kesat air liur meleleh)

    nina: kalau tanya pada lu, bolih? kahkahkah!

    ReplyDelete
  6. Bila Did nak kawen?

    *Larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk*

    ReplyDelete
  7. kahkahkah...

    *kejarrrrrrrrrrrrrrrr*

    ReplyDelete

Search This Blog