Total Pageviews

Thursday, March 18, 2010

Beg Plastik



Hari ini saya membeli nasi bungkus. Nasi ini saya letak ayam goreng, kuah kari, beberapa urat ulam dan secukup rasa sambal belacan. Saya serahkan kepada gades yang tidak seberapa cun tapi genit dan mengiurkan untuk dibungkus dengan kertas berwarna coklat. Lalu dibungkus pula dengan beg plastik berwarna merah. Saya membayar dan beredar namun sempat kembali menoleh dan menjeling kepada gades genit itu, nasi bungkus saya dan dua nasi bungkus dia lebih kurang saiznya. Saya tersenyum dan beredar.

Saya singgah pula ke gerai minuman. Di sini ada menjual air buah. Air mangga ada. Air tembikai ada. Air Honey Dew (bahasa melayunya apa?) pon ada. Saya memesan air mangga untok dibungkos. Makcik itu membungkos air mangga saya dengan plastik putih ikat tepi seperti biasa. Makcik ini sudah paham dengan kehendak pelanggan tetapnya ini. Kemudian dia meletakkan penyedut minuman. Saya tidak gemar ikat penoh kerana makcik ini pasti akan membungkos pula dengan plastik merah untok memudahkan saya membawa minuman yang dibeli. RM1. Saya bayar kepadanya dan terus menapak menuju ke rumah.

Saya kembali ke rumah. Perot sudah menggigil dengan tahap getaran 4 skala richter. Saya pantas menuju ke dapor bagi mendapatkan pinggan mangkok serta mug kesukaan saya. Kembali ke ruang tamu dan dudok bersila di depan televisyen. Hidop seorang bujang memang begini. Peneman untok bersantap adalah kotak televisyen. Saya sangat gemar jika peneman saya ini bercerita tentang kisah-kisah masakan ketika saya bersantap. Ini secara tidak langsung akan menambahkan selera makan saya.

Saya membaca doa makan sambil mata tidak berkedip melihat chef itu membebel-bebel dalam kotak televisyan. Maaf, saya bukanlah seorang yang pandai memasak. Saya cuma berminat melihat masakan panas yang berasap-asap dan cara masakan itu dihidangkan. Cantik dan menyelerakan. Pabila daging dan rempah ratus dituangkan ke dalam kuali yang berisi minyak panas, maka terbitlah irama indah. Pantas membangkitkan nafsu berahi saya. Aroma nasi bungkos saya ini pula menikam kalbu bak seperti dalam kotak televisyen itu.

Ketika saya dibawah paras sedar, nasi bungkos ini telah habis ditelan. Saya enggan percaya bahawa diri ini mampu menghabiskan nasi bungkos itu. Kebiasaannya saya gagal puas dengan hanya satu nasi bungkos sahaja. Saya suspek saya telah dipukau atau diguna-guna. Namon saya cuma seorang diri dalam rumah ini. Peneman saya cuma sebuah kotak televisyen. Saya kembali waras setelah kesangsian saya ini langsong tidak berasas.

Saya mengemas sisa-sisa makanan dan membungkos ke dalam plastik merah yang saya dapat percuma ketika membeli nasi itu tadi. Pinggan dan mug diangkut bersama dan dibawa menuju ke dapor. Saya membuang plastik merah yang berisi sisa makanan itu ke dalam tong sampah. Saya merenung ke tong sampah itu. Rasa saya baru 3 hari lepas saya buang sampah dari tong ini. Tapi kini penoh. Penoh sehingga hampir melimpah keluar. Semuanya dipenuhi plastik-plastik. Plastik yang sukar dicerna di perot bumi sehingga menghasilkan pencemaran yang menjadi-jadi.


Saya merasa bersalah kerana saya adalah salah seorang penyumbang ketidakstabilan eko-sistem semulajadi planet ini. Saya rasa bersalah kepada penyu kerana telah membiarkan penyu tersalah anggap plastik itu adalah obor-obor makanannya. Padahal saya telah berjanji dengan diri ini akan menyelamatkan planet ini dari toksik-toksik plastik ini dahulo.

Saya membasoh tangan dan pinggan yang digunakan. Saya rasa mulai esok saya akan membawa pinggan dan mug saya sendiri ketika membeli belah nasi bungkos. Saya kembali tersenyum sambil terkenangkan nasi bungkos tanpa beg plastik gades genit itu. Tolong jangan burok sangka.

10 comments:

  1. Ai rasa..bukan Inchek Did sorang sajork yang bersalah pada penyu, gadis genit penjual nasi juga harus diheret sama untuk upacara Press conference minta maaf kepada penyu penyu sedunia

    ReplyDelete
  2. Saudara,
    Elok nanti saudara ke gerai itu dengan membawa pinggan dari rumah - bawak kole juga dari rumah. Datang dan makan di situ jangan makan di rumah.

    Makan sambil menonton tv adalah suatu perkara yang tidak sehat - carbon foot print semakin meningkat. Pemanasan global akan berlaku - lantai tempat saudara bersila itu akan panas kesan dari pemindahan haba dari jubor saudara ke lantai simen.

    Jangan ketawa - saya serious.

    Bekas bungkus makanan - baek polystrene - polyester - adalah ajen cancer. Wajib berhati-hati.

    Polisas bukan ajen cancer - tapi ajen awek gedik. Sila google di mana Polisas ini.

    Tq

    ReplyDelete
  3. atikah - nasik bungkos bila panas berasap...tak sedap pon jadi sedap. nyum!

    nanie - pernah bercadang begitu, tapi wartawan tanak amik pot. gades genist pon dah setuju utk meminta maaf. penyu menangis,siapa yang tahu?

    reena - TQ. sejak dua menjak nih...kamus dah lemau. patot rujok dr fazley nih. kahkahkah!

    johnleh - pemanasan global amat kita amik berat. pemanasan hati aku ini, siapa yang nak amik tau? lebih baek buat pemanasan bontot. sambil menonton school rumble.

    ReplyDelete
  4. nasik bungkus kau dengan nasik bungkus makwe itu.

    tentu saja aku pilih dua nasik bungkus makwe itu

    tanpa plastik tapi tetap berbungkus baik dan sangat menyelerakan.

    terima kaseh.

    ReplyDelete
  5. DJK - aku juga sependapat dgn kau.
    kahkahkah! biar pon tidak kenyang tapi maseh menyelerakan.

    ReplyDelete
  6. secara jujur, susah untuk kita beli makanan tanpa guna plisterin, untuk kita tak guna plastik bag bila berbelanja. berapa ramai antara kita kita yang sanggup bawak pinggan cawan bekas sendiri bila beli nasi bungkus ? haaa jawab jawab !

    ReplyDelete
  7. Celaka.

    Nasi yang itu kalau di bungkus pelastik berpeluh - daging jadi tak berapa nak empuk dan pohu.

    Tq

    ReplyDelete
  8. Nina - saya sanggop! kalau dia sanggop bg diskaun 50%. ngeh ngeh ngeh!

    John - pohu?! kahkahkah...masham dowh!

    ReplyDelete

Search This Blog