Total Pageviews

Friday, March 12, 2010

Makluman Para Pembaca!



Melihat cuaca.
Kering, panas, membahang.
Peluh menitis - mengalir dari dahi.
Keluh-kesah, tuboh ini enggan dudok diam.

Melihat cuaca.
Angin bertiup dingin.
Awan kembali mendong.
Hujan turun setitik-setitik menjadi lebat.
Lega dan nyaman - satu kenikmatan.

Itu antara punca saya rasa saya ingin berhenti menulis buat sementara waktu - cuaca. Kepada pembaca-pembaca saya, sila jangan halang hajat saya. Bukan hajat saya untok dilunaskan di tandas, tapi hajat saya mahu berhenti menulis buat sementara waktu. Saya sudah tekad. Jangan pujok saya. Dan jangan nyanyikan lagu relaku pujok - spider.

Tolong maafkan saya. Mungkin ada yang terasa dan terguris hati dengan tindakan saya ini. Mungkin sudah sampai masanya untok saya berubah. Mencari kepuasan dalam diri yang hakiki bagi menikmati sepenohnya hidop ini. Olih itu kepada peminat-peminat blog saya, tolong jangan meratapi ketiadaan tulisan saya. Nikmatilah hidop ini, lihatlah alam dan bertanyalah mengapa dunia ini bercuaca aneh begini.


Pernah sang teman karib bertanya;
"Mengapakah kau mahu berhenti menulis? Sedangkan aku dan pembaca-pembaca blogmu terhibur dengan setiap penulisanmu?"

Lalu saya menjawab;
"Sahabatku, di skrin laptop ini tidak bolih dicakar dengan pena atau pensel. Seharusnya aku berhenti menulis. Aku perlu bergiat aktif menaip pula." - jawapan saya sambil muka menunjukkan ekspresi penuh kejujuran.

KEDISH! Satu tumbukan tepat ke meja olih sang teman karib ini tanda dia menyesal. Menyesal bertanya. Menyesal bertanya, sesat jalan. KAHKAHKAH!

TQ!

7 comments:

  1. jangan berhenti menaip..tq

    ReplyDelete
  2. Did - kau jangan buat leceh. Dah la ajak lepak pun susah - ni menaip pun malas. Apa nak jadi ni?

    Kau jangan sampai aku terajang meja.

    Tq

    ReplyDelete
  3. did. jgn buat aku kompuis... desyummm...

    ReplyDelete
  4. Uiks Did..jangan berhenti menaip..ai pembaca setia blog neh..:)
    *mode terbayang lagu Selamat Tinggal Raja Lawak*

    ReplyDelete
  5. toing! *ketuk kepala pakai tukul*
    hahahaha

    ReplyDelete
  6. oit...kawan2...
    aku saja mengade-ngadelah.
    kahkahkah!

    aku berhenti menulis kerana aku nak menaip.

    ReplyDelete
  7. nak menangis ke nak ketawa.
    gua keliru.

    ReplyDelete

Search This Blog