Total Pageviews

Wednesday, May 12, 2010

Sila Temuramah Saya!

Saya tetiba tergedik dengan benda alah ini. Tolong jangan burok sangka. Saya cuma mencoba praktis untok menjawab soalan-soalan wartawan yang suka terjah-terjah apabila terkenal nanti. Maklomlah, kekaseh gelap Di. Siapa Di? Diana Danielle. Kahkahkah!

Tolong rujuk hompej ini:

http://formspring.me/hanggokan

P/S: Gediks...gediks...

Thursday, May 6, 2010

Hari Hol!


Besok adalah hari cuti bagi rakyat Pahang dan Johor. Saya amat jeles dengan penduduk Pahang dan Johor. Biarpon saya adalah warganegeri Pahang jati yang lahir di Kuantan pada tahon 1983, tetapi saya gagal menuntot Hari Hol ini dari majikan saya. Biarpon hati ini luka pedih jiwa berdarah kerana gagal menuntot Hari Hol, saya redha. Ini lumrah dunia pemburoh seperti saya yang merantau di dunia Selangor. Lumrah dunia kapitalis yang mana sang majikan mengerah tenaga pemburoh murahan bagi mencipta keuntungan maksima.

Saya pada mulanya ingin terus menuntot hak saya sebagai warga Pahang untok turot bersama meraikan hari hol ini namon hasrat itu terbantot. Ini kerana saya sendiri kurang pasti apakah maksud Hari Hol itu. Kekantoian daya ilmu pengetahuan saya ini pasti akan membuatkan majikan saya tergelak berguling-guling kelak. Pasti di benak fikiran mereka kejadah apa Hari Hol itu beriya dituntot jika saya sendiri tidak tahu tujuannya. Setelah agak lama termenung, saya nekad untok merungkai misteri ini. Lalu menapaklah saya bagi mencari sebuah jawapan.

Demi untok tidak dijadikan bahan lawak murahan, saya telah pergi ke kedai mini Bismi dan mencari kamus dewan namon gagal. Menurut macha di situ, hanya bahan bacaan majalah Hai, Pop, Kau dan Aku Kecundang Akhirnya dan sewaktu dengannya sahaja yang ada dijual. Lagi sekali aku kecewa kerana layanan mesra Macha itu yang sebelomnya mengatakan semua ada - bateri ada, lampu picit ada, ubat nyamuk ada, semua ada - adalah dusta semata-mata. Kamos Dewan yang begitu penting pon tiada - hati kecil memaki hamon sambil mata terus ralit membaca isi kandungan buku berjudol 'Permata Yang Hilang'.

Akibat terlalu lama membelek buku itu, Macha telah menepok-nepok bulu ayamnya di buku-buku yang tersuson dan tidak berhabuk itu. Fahamlah saya maksudnya lalu saya meletak kembali buku itu dan bernekad untok ke perpustakaan terdekat. Tetapi lagi sekali hasrat saya terbantut kerana saya tidak tahu lokasi perpustakaan di Selangor ini. Selangor begitu asing sekali bagi saya - saya ini anak jati Pahang. Menggaru kepala sebentar. Lalu saya terfikir untok ke kedai buku berdekatan. Saya memilih sebuah kedai buku bernama Popular untok menyelesaikan kemelut muara kasih saya ini.

Saya tersenyum puas apabila berjaya ketemu Kamos Dewan di Popular. Rasa gembira ini seperti berjumpa dengan Diana Danielle untok berdating di hari minggu yang indah. Betol-betol syok! Tanpa membuang masa, aku menyelak satu persatu kamus itu lalu ketemu maksud yang telah lama (2 jam setengah) bersarang di kepala hotak saya.

Kamus Dewan mendefinisikan bahawa Hol bermaksud kenduri arwah yang diadakan setahun sekali.

Kenduri arwah? Untok siapa? Mengapa pula hanya Pahang dan Johor sahaja? Semakin banyak persoalan yang timbul. Lalu saya terus menuju dekat Starbuck. Jangan burok sangka, dekat Starbuck tidak bermaksud di Starbuck. Saya cuma mahu mengakses internet dan bukan mahu menikmati secawan kopi yang berharga RM10 itu.

Setelah bertanya Pak Google, saya menepok dahi. Mengapa perlu ke Kedai Buku Popular dan Kedai Mini Bismi jika segalanya bolih ditanya pada Pak Google ini. Aduh, mungkin kaedah klasik sudah sebati di jiwa ini. Hati tergelak kecil. Usaha tangga kejayaan.

Saya tidak berpatah semangat lalu mencari info yang ada. Lalu terdapat satu lagi sumber mengatakan Pahang dan Johor meraikan Hari Hol kerana cuma kerabat di raja mereka yang dianugerahkan gelaran Sir olih British - lalu apabila sultan mangkat, negeri-negeri di bawah naungan sultan tersebut telah menjadikannya Hari Hol. Sumber ini tidak pasti kesahihannya. Saya mengurut-ngurut janggut sambil dahi berkerut.

Saya terus menyoal siasat Pak Google lalu mendapat lagi satu info yang mengatakan Hari Hol bertujuan membolehkan majlis tahlil dan bacaan Yasin diadakan untuk memperingati kerabat diraja negeri.


Lalu fahamlah saya apa itu Hari Hol. Bergegaslah saya menaip surat menuntot Hari Hol diumumkan sebagai cuti kepada majikan saya supaya saya juga dapat mensedekahkan doa tahlil dan bacaan Yassin kepada majikan saya. Kahkahkah!

p/s: Hol dengan Haul itu samakah?

Tuesday, May 4, 2010

Mari Kita Berkenangan.

Pernahkah anda terfikir...
Pada tarikh ini, dua puloh tahon lalu.
Apakah yang sedang anda lakukan?

Ketika itu,
Aku cuma seorang anak kecil yang belom akil baligh.
Baru mengecapi nekmat menjadi seorang kanak-kanak.
Yang baru sahaja menerjah masok ke alam persekolahan.
Riang ria, berlari bergembira, bermain setiap masa.
Tidak pernah risau akan hal-hal dunia yang rumit.
Anda pula bagaimana?

Pernahkah anda terfikir...
Pada tarikh ini, lima belas tahon lalu.
Apakah yang sedang anda lakukan?

Ketika itu,
Aku mula memikirkan masa depan dan cita-cita.
Resah dengan peperiksaan yang akan menjelma.
Namon maseh ada masa untok bermain dan bergembira.
Lalu membuatkan aku lupa sejenak hal yang serius.
Dan terus menikmati dunia kanak-kanak.
Anda pula bagaimana?

Pernahkah anda terfikir...
Pada tarikh ini, sepuloh tahon lalu.
Apakah yang sedang anda lakukan?

Ketika itu,
Aku baru menikmati dunia remaja.
Baru mengenali bezanya gades mungil dengan jejaka perkasa.
Ilmu yang dituntot mula memenuhi dada.
Perasaan ingin tahu dan persoalan timbul bertimpa-timpa.
Baru aku tahu dunia ini maseh banyak yang perlu diteroka.
Anda pula bagaimana?

Pernahkah anda terfikir...
Pada tarikh ini, lima tahon lalu.
Apakah yang sedang anda lakukan?

Aku sedang berjuang sebagai mahasiswa.
Biarpon tewas berkali-kali dengan ujian namon akhirnya berjaya.
Dunia yang mengenalkan aku kepada dunia berdikari.
Cuma berbagai persoalan menjadi tanda tanya.
Aku kerap kali bertanya pada sumber yang ada,
Kerap kali perasaan ingin tahu dibiar begitu saja.
Mengapa dunia mahasiswa di Malaysia tidak seperti yang aku sangka.
Anda pula bagaimana?

Hari ini pada tarikh ini...
Apa pula yang sedang anda lakukan?

Aku sedang penat memburoh.
Sambil terkenang indahnya hidop anak-anak kecil.
Huh~!

Saturday, April 10, 2010

Budi Bahasa Budaya Kita


Seminggu ini amat memenatkan. Setiap hari balik memburoh, saya akan terlelap sehingga terbit mentari. Hari-hari memburoh melesukan saya. Rumah bersepah-sepah. Tiada masa untok mengemas. Hari minggu adalah saat yang tepat untok mengemas. Rupa yang masam berubah menjadi ceria apabila melihat rumah siap dikemas dan cantik.

Sekarang tiba masa untok bersenang-lenang pula. Dudok bersimpuh di hadapan laptop. Tangan kiri memegang henpon Soni-E yang sudah genap setahon usianya. Saya men'gigibiru'kan gambar dari henpon ke laptop. Tolong jangan burok sangka. Tiada bahan-bahan terlarang dalam henpon ini. Masih suci. Jika tidak percaya, tanya saya.

Klik...Klik...Klik...

Saya ternampak sebiji gambar. Modelnya tidaklah secun Maria Sharapova dan tidaklah sekacak Zed Zaidi (apehal plak terlintas nama mamat nih dalam kepala hotak aku?). Model ini juga bukan secanggih model ekonomi baru. Modelnya jauh lebih comel dari mereka semua. Model tersebut adalah Ijat dan adiknya, Nia. Agak lama usia gambar ini. Diambil ketika abang saya, Man berkahwin di Kuala Lumpor bulan Januari lalu. Kerana kesibokan saya, gambar ini tidak sempat di muatnaik ke mukabuku. Pasti Ijat mahu melihat gambar ini. Agak lama juga tidak menalipon ke kampong.

Lalu dengan sepantas kilat, saya memukol talipon untok bercakap dengan Ijat. Pasti dia akan terlompat mendengar panggilan talipon dari Ayah Did ini.

"Helo?" saya memulakan panggilan.
"Wa'alaikom salam!" Ijat menjawab.

Kahkahkah...saya tergelak. Cis! Sunggoh beradab saya ini. Lalu saya membetolkan kembali pertuturan saya.

"Assalamualaikom, Ijat." Saya memberi salam.
"Wa'alaikom salam, masuklah!" jawab Ijat tergelak-gelak.

Cis! Dua kali terkena dengan anak buah sendiri. Gua rasa pasni nak SMS jek la!

Sunday, April 4, 2010

Awas, Pencopet Tandas!

Kejadian ini sudah lama. Olih kerana daya fikrah ingatan saya semakin hari semakin kurang akibat terlalu kerap memakan semut, saya terlupa mengolah kisah ini di dalam belog saya. Kisah ini wajib diambil untok tatapan umom. Saya paksa, bukan sukarela. Tolong tampal entri ini di belog anda semua supaya dapat menjadi teladan kepada semua.

Kejadian ini berlaku kira-kira (sambil ambil kalkulator) 6 bulan yang lalu. Kisah ini dikisahkan kepada aku olih Herol dalam keadaan teresak-esak. Kisah ini dilakonkan olih Situa yang turut dibantu olih Man dan Herol. Hero dalam kisah ini adalah Situa.

Pada suatu malam yang hening, Situa mengajak Man dan Herol untok membeli belah di Tesco Damansara. Mereka bertiga adalah rakan serumah. Mereka mendapati gula, air milow tiga dalam satu dan Megi wajib dibeli memandangkan stok bekalan mereka di rumah hampir habis. Malah menurut Situa, selepas bersuka-ria membeli belah di Tesco nanti; beliau ingin ke parti liar sempena harijadi kawan beliau di Gombak sambil mengangkot Man dan Herol untok turot serta. Man dan Herol pada mulanya memalu kucing. Namon setelah digembar-gemborkan bahawa parti itu akan turut disertai gades-gades cun dan panas seperti Marion Caunter dan Diana Danielle, hilang terus perasaan segan silu itu. Malah laju sahaja mereka menyapu gel beraikerim untok bergaya rambot cacak-cacak.

Perjalanan mereka ke Tesco lancar. Tidak punya apa-apa halangan berliku. Hanya 10 minit mereka sudah sampai ke gedong ini. Bersunggoh-sunggohlah mereka berbeli-belah, mencari-cari barang yang diingini. Milo ada, Gula ada, Snek perisa peri-peri ada. Yang tak ada cuma jodoh. Puas sudah mencari jodoh, tidak pula mereka jumpa. Mereka mengalah untok mencari jodoh pada hari itu namon tersemat di sudut hati kecil mereka untok tidak berputus asa di lain hari. Setelah kesemua barang keperluan dan barang tidak keperluan selesai dibeli, Situa dan Herol merasa sakit perut. Mungkin kerana perubahan suhu yang mendadak telah mencucok-cucok perot mereka. Maka mereka berdua bersegeralah ke tandas manakala Man menunggu di luar.

Keadaan dalam tandas waktu itu agak sesak. Tidak tahu mengapa. Padahal tandas itu langsong tiada daya tarikan. Dalam tandas itu cuma ada 3 bilik kecil yang dilengkapi mangkok. Di depan setiap bilik kecil itu beraturlah manusia seketol dua. Selang beberapa minit, giliran Situa untok mengakses ke dalam bilik kecil itu. Tanpa sebarang katalaluan, Situa terus memuaskan hajatnya. Herol pula yang menunggu dari tadi tetiba hilang nafsu melepaskan hajat beliau. Lalu teros keluar dari tandas untok turut serta bersama Man.

Selang sepuloh minit kemudian, Situa keluar dengan keadaan muka yang kool walaupon hati gundah-gulana. Situa bersegera meminta Herol miskol talipon bimbitnya. Herol tanpa membuang masa cubalah miskol tanpa banyak soal. Berikut adalah sessi dialog mereka:

Herol: Cuba kau cek poket seluar kau. Wallet dengan kunci kereta ada tak?
Situa: Eh, takde jugak dowh!!
Herol: Aku miskol henpon kau pon asik masok voicemail jek nih. Memang sah dah kau kena...
Situa: Kena guna-guna ke?
Man: Kena copet la, bongok.
Situa: Takkan lah...aku sebelom masok toilet elok jek sms dengan awek-awek aku.
Man: Keji gila perangai.
Situa: Abaikan perangai keji aku itu. Camne bolih hilang ni?
Herol: Kau berak, sangkot seluar kat mana?
Situa: Kat penyangkot la.
Herol: Penyangkot tu letak kat mana?
Situa: Kat atas, sebelah tangki flush tu.
Man: Uih, patot lah! Dinding sebelah tu plak ada ruang kat atas kan?
Situa: Adui, ye la...dalam toilet pon sempat mencopet. Cilaka!

Dengan lagak Detektif Conan, mereka bertiga kembali ke tempat kejadian. Jelas di pintu bahagian dalam ada kesan cabutan penyangkot dan penyangkot itu dilekatkan di dinding bahagian belakang, sebelah tangki. Manakala bahagian dinding kiri dan kanan tandas itu mempunyai ruang di atas. Sindiket ini nampaknya hanya memerlukan seorang sahaja ahli yang aktif.


Modus operandinya sangat mudah. Situa yang masok ke tandas untok berak akan membuka seluarnya. Olih kerana di bahagian pintu tiada penyangkot, beliau akan mencari penyangkot yang ada. Akhirnya seluar disangkot pada penyangkot yang disediakan olih pencopet ini tanpa menyedari ia sebenarnya adalah jerat. Ini adalah jerat pencopet, bukan jerat percintaan mahupon stiven jerat. Situa yang ingin melepaskan hajat akan mencangkong dan mengadap ke pintu. Dalam keadaan Situa yang kusyuk dan stim, si pencopet ini akan mencopet dari tandas sebelah melalui ruang yang ada pada bahagian atas dinding tersebut. Situa tidak akan perasan kerana seluar itu telah sangkot di belakangnya. Begitulah hasil siasatan mereka yang bernas.

Mereka bertiga tersenyum puas kerana berjaya membongkarkan taktik pencopet tersebut. Tetapi situa yang bersorak gembira tadi dengan segera berubah. Katanya, ada RM700 dalam walletnya dan berhajat mahu belanja mereka berdua bersama-sama awek-awek di parti nanti ke genting. Herol dan Man segera sumpah seranah si pencopet tersebut diselit dengan jampi-jampi yang patot.

Sekian.

Wednesday, March 31, 2010

Hambek Kau!

Pada minggu lepas, saya berniat untok berjogging di sebuah tasek di Kuantan. Tasek ini sangat meriah pada waktu petang. Pada hemat saya, berjoging di waktu petang dapat menghilangkan gangguan emosi dan ribot taufan yang melanda dalam hotak saya akibat tekanan kerja. Dengan pemandangan yang indah lagi permai di selit dengan bunga-bunga mekar subur di taman larangan, saya amat bernafsu untok berjoging pada petang itu. Olih itu, bersiap siagalah saya untok berjogging.

Ketika saya sedang asyik mengikat tali kasot, muncol seketol tuboh entah dari mana datangnya berdiri di depan saya. Terkejot saya sehingga tercangkong. Ingatkan toyol manelah yang muncol. Rupa-rupanya anak saudara saya yang berumor 7 tahon, Ijat sedang memerhatikan saya.

"Ayoh Did nak pergi mana?" tanya Ijat. Dia ni memang manja dengan saya dan membahasakan saya dengan panggilan Ayoh Did.

"Nak Jogging. Nak ikot?" saya pelawa.
"Nak!" jawab Ijat ringkas lalu teros sahaja menyarung kasotnya.

Kami berjoging bersama. Saya terpaksa memperlahankan langkah bagi memberi peluang kepada Ijat untok berlari seiring dengan saya. Di tasek ini sudah punya trek untok berjoging, maka dengan itu dapatlah kami berjoging dengan selesa. Kami terus berjoging dengan bersunggoh-sunggoh.

Tak berapa jauh di hadapan kelihatan seorang gades berjoging menuju kami. Selisih dengan gades bergetah itu, saya senyum sambil mengangkat-ngangkat kening. Gades tu buat-buat tak nampak. Malulah tu! Ijat yang mengekor di belakang saya tersengih sambil melambai-lambai tangan. Gades tu senyum dan membalas dengan melambai-lambai tangannya. Cis! Ini sudah lawan tokey. Siapalah yang mengajar dia ni?

Kami teruskan larian kami dengan menyusur trek yang telah tersedia itu. Sedang asyik kami berlari, kami terjumpa dengan seorang brader yang amat sihat tuboh badannya. Bentok tuboh brader ini tidak ubah seperti Bob Ku2. Dengan semangat kental, beliau tetap berlari. Saya respek dengan brader seperti ini. Ada keinginan untok berubah.

Brader ini berlari perlahan. Kami yang mengikut rapat di belakang terpaksa memintasnya. Kami memintas beliau tanpa memberi sebarang signal mahupon memberi salam. Kira-kira sepuloh langkah di hadapan, Ijat mengajukan pertanyaan.

"Ayoh Did, kenapa pakcik tu besor sangat?" Tanya Ijat dengan muka berkerut. Budak-budak memang penoh dengan perasaan ingin tahu. Saya pon menjawab dengan penoh berhemat...

" Sebab masa dia besar ijat, dia malas jogging. Makan, tidor je rajin" jawab saya sambil mengerling ke belakang risau kalau-kalau brader tadi terdengar.

"Ooo...maknanya kakak tadi tu slim sebab selalu berjoging la ye?" tanya Ijat lagi.
Saya tersenyum sambil memandang Ijat. Pandai membuat kesimpulan budak Ijat ni.

Saya pon cuba berborak lagi dengan Ijat. Kali ini saya mengajukan pertanyaan sambil tercungap-cungap berlari.
"Ijat sayang Ayoh Did tak?" kali ini saya memperlahankan sedikit larian.
"Sayang!" pendek saja jawapan Ijat.

Dua tiga tapak kemudian saya mengajukan lagi pertanyaan.
"Kalau Ayoh Did jadi gemok macam pakcik tadi tu, Ijat sayang Ayoh Did tak?"
Saya mengajukan pertanyaan ngade-ngade sebab dah tiada topik nak berborak.

"Ayoh Did ingat Ayoh Did kurus ke sekarang nih?" sambil berlari laju ke hadapan dengan tergelak-gelak.

Cis! Bertuah punya budak. Siap! 5 Round aku berjogging!

Thursday, March 25, 2010

Nilai sebuah nombor.

Begitu perit dan lelah memburoh seharian ini. Waktu siangnya panas terik. Matahari tanpa belas kasihan memanah cahayanya kepada saya terus-terusan. Saya kepenatan. Badan ini telah dihidrasi. Matahari telah menyedot air dalam tuboh badan saya. Saya wajib minom air bagi menggantikan air yang telah hilang ini. Akhirnya peluang itu menjelma setelah tamat waktu memburoh.

Sebelom balik, saya telah menerima panggilan telefon. Sahabat ini meminta pertolongan - menemaninya ke kedai membuat nombor plat keretanya. Kisah kehilangan nombor platnya sangat trajis. Saya hampir-hampir menangis mendengar kisah sedihnya. Ini kerana nombor plat keretanya telah hilang kerana seekor kucing. Tolong jangan bersangka burok. Seekor kucing tidak mampu mencuri nombor plat kereta apatah lagi menkaratenya.

Kisahnya, sahabat saya ini telah melanggar kucing tersebot dengan tidak sengajanya. Perlanggaran kucing dan nombor plat tersebut telah melupuskan bentok statik plat kereta tersebut, manakala kucing tersebut telah lupus nyawanya. Semua ini akibat kedegilan kucing tersebut melintas jalanraya tanpa menoleh kanan dan kiri serta langsong tidak mahu menggunakan lintasan pejalan kaki yang telah disediakan. Saya bergenang air mata mengenangkan nasib kucing tidak berdosa itu manakala sahabat saya ini bergenang air mata mengenangkan duit yang akan dikeluarkannya untok membuat nombor plat kereta barunya.

Ketika di kedai aksesori kereta, kedua-dua kami diam membisu. Di selubungi suasana suram. Mungkin kerana kepenatan, mungkin juga kerana mengenangkan nasib yang kurang baik pada hari ini. Sahabat ini memaling perlahan kepada saya. Menatap sayu wajah ini. Dalam nada kesedihan, beliau menanyakan pendapat saya yang arif lagi bijaksana ini.

"Agak-agak nombor ni kena first prize tak?"

Cilaka. Saya terus mengajak amoi yang menjaga kedai itu keluar dating.

Search This Blog